loading...

Friday, 4 October 2019

Wanita Ini Puas Dengan Bentuk Bibirnya Sekarang

Zaman sekarang, semakin banyak orang yang suka mengubah bentuk wajah mereka. Lebih-lebih lagi di negara barat. Untuk nampak diri itu unik, lain dari orang lain, wanita ini membuat rawatan bibir untuk nampak bibir lebih seksi, besar dan menawan baginya.

Seorang pelajar wanita berusia 22 tahun masih belum berpuas hati dengan saiz bibirnya yang tebal walaupun sudah menjalani 15 prosedur. Bayangkan, 15 prosedur adalah bukan proses yang mudah. Ia memerlukan belanja yang tinggi dan masa yang panjang untuk melakukan nya.

Wajah Sebelumnya

Foto: daily.co.uk
Foto: dailymail.co.uk

Andrea Emilova Ivanova yang berasal dari Bulgaria itu mendakwa menyuntik asid hyaluronik ke bibirnya dalam usaha menjadi pemilik bibir paling tebal di dunia. Untuk mengambil “title” itu, dia sanggup untuk mengubah bentuk bibirnya dan menjadi seorang yang unik di dalam dunia untuk jangka masa yang panjang.

Impiannya dari kecil untuk menjadi pemilik bibir paling tebal di dunia menyebabkan dia mengunjungi beberapa klinik estetik di ibu negara untuk mencantikkan bibirnya itu.

“Saya suka dengan saiz bibir saya sekarang. Saya rasa gembira kerana dengan bibir tebal saya kelihatan lebih cantik. “Di Bulgaria bibir tebal kini menjadi satu trend,”

Andrea Emilova Ivanova

Wajah Selepas

Foto: dailymail.co.uk
Foto: dailymail.co.uk

Setiap kali rawatan untuk bibirnya, Andrea yang merupakan pelajar di Universiti Sofia St. Kliment Ohridski membayar sekitar 135 pound sterling (RM703). Sanggupkah anda membelanja sejumlah wang untuk nampak menarik? Atau anda menggunakan wang tersebut untuk kegunaan lain?

Dia juga sering berkongsi gambar selfie terbaharunya di Instagram dan walaupun dia dikecam ramai, Andrea pernah mendapat lamaran lelaki dari Timur Tengah, Argentina dan Australia. Sungguh bertuah yang dapat melamar dia kan? Hehe.

The post Wanita Ini Puas Dengan Bentuk Bibirnya Sekarang appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...