loading...

Friday, 25 October 2019

Sugar Glider Sebagai Haiwan Peliharaan

Sugar Glider merupakan seekor tikus terbang yang kecil namun nampak sangat comel apabila ia terbang dari satu tempat ke satu tempat. Ada yang mengatakan bahawa haiwan ini semakin pupus dan tidak baik untuk dijadikan haiwan peliharaan. Akan tetapi, jika tidak dipelihara ia makin lah pupus kan? Ia sudah tidak mampu untuk mencari makanan di kota raya, malah hutan kini semakin menipis.

Foto: texvetpets.com

Haiwan Peliharaan

Ia bergantung kepada siapa yang ingin menjadikan ia sebagai haiwan peliharaan. Sebelum untuk memelihara sesuatu binatang, hendaklah dikaji terlebih dahulu sifat-sifat haiwan ini, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, apa yang dia takut dan sebagainya.

Selain itu, bahan makanan haruslah bertepatan dengan kehendak haiwan itu. Jangan diberi makanan yang bukan-bukan hingga menyebabkan haiwan itu berpenyakit atau mati. Nanti jadi satu masalah pulak kan? Maka anda mestilah ketahui apa yang ia makan.

Pemakanan yang sesuai adalah seperti buah-buahan dan sayur serta serangga. Letakan makanan tersebut di tempat makanan dia sendiri. Bahan-bahan untuk kegunaan sangkar adalah sebaik-baiknya dari kaca, bukan plastik. Kerana ia boleh membawa penyakit kepada Sugar Glider.

Minuman dia juga haruslah ada bebuli besi, dan jangan letakkan tempat makanan nya yang mudah tercemar. Kebersihan hendaklah dijaga jika ingin menjadikan ia sebagai haiwan peliharaaan. Yang penting, anda berkemampuan untuk menangung segala kos hidup dia kerana rumahnya pun di ambil kita. Tiada lagi hutan untuk nya terbang. Maka, di situlah kita membaik pulih hubungan kita dengan haiwan lain.

Foto: exoticbirdhospital.com

Cari doktor haiwan

Seperti anjing dan kucing, sugar glider kadang-kadang sakit. Sebelum anda membawa pulang dia, pastikan anda mencari doktor haiwan di kawasan anda untuk merawat haiwan itu. Anda harus membawa sugar glider untuk diperiksa dalam setahun sekali untuk memastikan keadaannya baik.

Lihat penyakit yang umum dihidap oleh sugar glider

Semasa keadaannya baik, sugar glider merupakan binatang peliharaan yang tidak perlu rawatan yang terlalu banyak. Namun, ada juga masanya mereka mungkin sakit kerana kekurangan nutrisi penting, tidak cukup bermain atau atas sebab lain. Bila Anda melihat tanda-tanda sugar glider anda tidak sihat, sila bawa terus ke klinik doktor haiwan untuk rawatan segera. Disini merupakan penyakit yang umum dialami oleh sugar glider:

  • Kekurangan kalsium, yang menyebabkan kelumpuhan dan boleh dicegah dengan memberi makanan yang sesuai.
  • Gangguan pencernaan
  • Luka-luka kecil
  • Parasit seperti kutu atau cacing
  • Obesiti kerana makan terlalu banyak makanan berlemak
  • Stres karena kurang bersosial dengan tuan atau pasangan

The post Sugar Glider Sebagai Haiwan Peliharaan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...