loading...

Thursday, 10 October 2019

Uqasha Tak Mahu Masuk Campur Urusan Datin

Uqasha Senrose menyatakan bahawa beliau tidak mahu untuk masuk campur hal-hal datin. Mestii ramai yang tahu baru-baru ini, kecoh mengenai pergaduhan dua pelakon bergelar datin. Namun, kali ini nama Uqasha Senrose turut terkait sama apabila dia dituduh cuba menggoda suami Datin Rabecca Nur Islam seperti didakwa Datin Paduka Eina Azman.

Menurut dari portal utusan, pelakon Uqasha Senrose mengakui terkejut dengan dakwaan liar itu dan menganggap tuduhan itu sangat mengarut, malah dia tidak masuk campur hal dua pelakon berstatus VIP itu.

Foto: nst.com.my

“Tolonglah, saya tak campur lah hal datin-datin. Saya sedar kalau terlalu rapat dengan sesama artis pun, kita tak tahu sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka dalam bersahabat. “Saya tengok ramai saja yang suka cakap-cakap belakang.” 

Uqasha Senrose

Uqasha Senrose kini lebih memilih berdiam diri mengunci mulut daripada berkata-kata kerana  tidak mahu kenyataannya akan diputar belit pihak tertentu, sekali gus memakan dirinya.

“Malah, saya juga sering mengingatkan diri supaya tidak masuk campur dalam hal orang lain. Lebih baik saya fokus dengan diri sendiri dan tidak terlibat dengan masalah atau kontroversi,” 

Uqahsa Senrose

Uqasha kini sedang sibuk dengan telefilem baharu lakonannya, Runtun Jiwa bersama aktor Azrel Ismail. Betullah tu Uqasha. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi untuk kekal relevan dalam industri ni.

Semoga Uqasha Senrose mampu membuat pilihan yang tepat untuk urusannya yang akan datang. Gambate! Uqasha!

The post Uqasha Tak Mahu Masuk Campur Urusan Datin appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...