loading...

Saturday, 5 October 2019

Pendapatan Generasi Baru Lebih Banyak Ke Arah Media Sosial

Pendapatan generasi sekarang sangat bergantung dengan sektor media sosial berbanding perindustrian. Memerik dari utusan.com.my, menggunakan me­dia sosial untuk menjana pendapatan dengan menceburi perniagaan secara dalam talian yang kini sedang berkembang pesat.

Ramai jutawan muda telah berjaya dilahirkan hasil perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial. Jangan gentar untuk memulakan perniagaan melalui media sosial kerana Malaysia mempunyai populasi yang tinggi iaitu sebanyak 30 juta penduduk.

Kebanyakan mereka gemar membeli barangan secara dalam talian kerana lebih murah dan dihantar terus ke rumah atau pejabat. Perniagaan secara dalam talian tidak memerlukan seseorang itu mempunyai premis perniagaan, malah peniaga boleh memilih untuk beroperasi dari rumah.

Modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan melalui media sosial juga tidaklah begitu besar. Oleh itu, tiada alasan kepada generasi muda untuk tidak memulakan perniagaan melalui media sosial. Jika kita tidak mengambil peluang daripada perkembangan teknologi ini kita sudah pasti akan ketinggalan.

Penjanaan Duit Melalui Youtube

Remaja sekarang ramai sudah menceburi bidang Youtube iaitu dalam pembikinan video. Kebanyakan mereka membuat vlogger, video masakan, jalan-jalan cari makan, video menari, dan banyak lagi.

Jumlah pengguna Internet dinegara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial.

Kajian terbabit adalah sebahagian daripada hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social. Laporan berkenaan turut mendedahkan jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial.Malaysia juga berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian.

Menurut pandangan anda, apakah kesan daripada ini jika hampir semua manusia menceburi bidang ini berbanding kerja-kerja yang sedia ada sekarang?

The post Pendapatan Generasi Baru Lebih Banyak Ke Arah Media Sosial appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...