loading...

Friday, 30 September 2022

17 Tempat Menarik Di Marang Untuk Jalan-jalan

Jika sebut tentang Terengganu, dua perkara yang akan muncul di kepala kita. Nasi dagang dan pantai yang cantik bukan? Namun, dimana tempat menarik di Marang, salah satu destinasi popular di negeri Terengganu.

Daerah Marang juga bersebelahan dengan daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Hulu Terengganu. Bahkan, Marang berfungsi sebagai pintu masuk ke Pulau Redang, Pulau Gemia, Pulau Kapas, dan pulau lain.

Senarai tempat menarik di Marang Terengganu

Kali ini, artikel ini akan membawa anda ke Marang, Terengganu untuk mencari tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati ketika bercuti ke sini.

Anda boleh siapkan cheklist melalui senarai tempat menarik yang terdapat di sini. Jadi, mari kita teruskan!

Pulau Kapas

Pulau popular di Terengganu

Alamat: Pulau Kapas, Terengganu

Telefon: –

pulau kapas yang best di marang terengganu
Sumber: Facebook group cuti-cuti Terengganu

Siapa sahaja yang tidak terpikat dengan kebiruan air lautnya, cantik hingga ke dasar dengan warna-warni ikan dan hidupan yang lain. Pasir pantainya yang putis seperti kapas sesuai dengan namanya.

Pulau kapas popular sebagai tempat percutian di Terengganu dengan aktiviti mandi laut, snorkeling dan scuba diving. Terletak tidak jauh dari bandar Marang dan anda perlu naik bot dalam 30 minit perjalanan untuk sampai ke sini.

Jika anda ingin berbulan madu, eloklah datang ke sini kerana kombinasi resort dan penginapan tepi pantai yang menarik. Suasana lebih romantik ketika matahari terbenam. Wah, indahnya!

Pinehill Garden

Kebun anggur di Marang

Alamat: 21600 Marang, Terengganu

Telefon: 014-500 9315

pine hill garden yang cantik di marang terengganu
Sumber gambar: Facebook Pinehill Garden & terengganu gov

Bagi yang belum tahu Pinehill Garden terletak di atas Bukit Kemas. Dari Kampung Kelulut, perjalanan menaiki kereta hanya mengambil masa sepuluh minit.

Setibanya di puncak bukit, anda boleh melihat pemandangan panoramik Laut China Selatan dan kehijauan di semua arah. Landskap yang sangat indah dengan pokok anggur dan pokok pinn seperti mini England.

Inilah tempat yang bagus untuk short trip pada waktu petang atau pagi untuk menikmati puncak bukit yang sejuk. Jom singgah dan bergambar di kebun anggur ini!

Pulau Gemia

Tempat menarik untuk pasangan di Marang

Alamat: Pulau Gemia, Terengganu

Telefon: –

pulau gemia di marang terengganu
Sumber:1.rabanie Yasser  2&4.Hazlina 64  3.Baljinder Singh

Nak tengok anak-anak penyu berenang? Di sini bersebelahan pulau kapas terdapat sebuah pulau kecil yang dipanggil Pulau Gemia.

Jika anda lebih sukakan privasi atau honeymoon bersama yang tersayang inilah tempatnya. Terdapat resort cantik yang menghadap pantai. Berkayak, snorkelling, scuba diving dan banyak lagi anda boleh lakukan di sini.

Anak-anak penyu yang comel mereka tempatkan di sebuah kolam dan anda boleh tengok secara real betapa comelnya mereka.

Pantai Peranginan Kelulut

Pantai di Marang

Alamat: Pantai Peranginan Kelulut 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Pantai Peranginan Kelulut di Marang Terengganu
Sumber: Norza Ismail, norlela ali, Nooraini Musa & Aiasah Sitam

Bersantai di tepi pantai Marang ini sambil makan keropok lekor dan ditemani hembusan bayu petang yang menyenangkan terasa indah bukan? Ditambah pula dengan cuaca Marang Terengganu yang sederhana.

Kawasan Pantai Kelulut adalah pantai rekreasi yang popular serta sangat dekat dengan Bandar Marang kira-kira 3 hingga 5 minit perjalanan sahaja.

Anda boleh lepak di gerai makan di sepanjang Pantai Kelulut pada waktu petang dan makan makanan jalanan Terengganu seperti keropok, ikan bancuh, sate ikan, dan air kelapa.

Benteng Marang / Benteng Pemecah Ombak

Tempat ootd di Terengganu

Alamat: 21600, Marang Terengganu

Telefon: –

Benteng Marang atau Benteng Pemecah Ombak di Marang
Sumber: winnie KL, Bediuzzaman Asari, wardatul Mahdiyyah & Amazing Terengganu

Oleh kerana kawasan ini dikelilingi laut lepas, maka kerajaan telah membina benteng ombak untuk tujuan keselamatan. Namun kawasan ini juga menjadi tempat pilihan pengunjung untuk bersantai petang.

Meskipun hanya berfungsi sebagai benteng ombak tetapi keunikan binaannya yang terdiri dari batuan besar dan melengkung menjadi tarikan untuk datang ke sini.

Anda boleh berjalan kaki atau berbasikal di atas benteng ini. Melalui atas benteng ini, anda akan nampak dengan jelas Laut China Selatan yang biru dan cantik.

Pantai Pulau Kekabu

Tempat menarik untuk keluarga di Marang

Alamat: Taman Rekreasi Pulau Kekabu, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

pantai pulau kekabu di marang
Sumber: nazif JT, Aylanin Aurora, Joe Loo & Ahmad Naqiuddin

Tempat menarik ini dinamakan Pulau Kekabu walaupun sebenarnya ianya sebuah muara. Selain berkelah dan bergambar, memancing kat sini pun best sebabnya kawasan pantainya sangat tenang tidak seperti lautan lepas.

Pantai cantik di Terengganu ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang membawa anak-anak kecil kerana ada taman permainan dan kawasan pondok rehat untuk anda sekeluarga.

Jadi apa tunggu lagi? Ajak keluarga anda hujung minggu ini dan datang ke pantai Marang ini terutama anda yang menetap di Marang.

Kraf Tangan Rotan

Tempat membeli kraftangan di Marang

Alamat: Bukit Payung 21400 Marang,Terengganu

Telefon: –

Kraf Tangan Rotan di Marang Terengganu
Sumber: sikidang, CINTA MARANG & mytrip

Kraf tangan buatan Malaysia yang masih menjadi kegemaran penggemarnya ialah kraft tangan berasaskan rotan.

Bagi yang sukakan produk kraftangan sebegini, datanglah ke salah satu tempat menarik di Marang iaitu di sekitar Kampung Rusila dan Kampung Rhu Rendang.

Kawasan ini mempunyai beberapa kedai di sepanjang jalan utama yang menjual buluh, anyaman, kraf rotan, mengkuang dan lain-lain.

Ayuh beli kraf tangan ini dan jadikan cenderahati kepada sanak-saudara dan rakan. Inilah masanya kita sokong buatan Malaysia!

Pelabuhan Nelayan Seberang Marang

Pelabuhan nelayan di Marang

Alamat: Jeti Perikanan, 26100 Marang, Terengganu

Telefon: –

Tempat Pelabuhan Nelayan di Marang
Sumber: zak Adli, asbi mohair Abdullah, Arshad Idris  & mohd Nazri

Adakah anda ingin memborong ikan dengan harga murah? Kunjungi Pelabuhan Nelayan Seberang Marang.

Jika anda seorang jurugambar landskap, anda harus melawat Pelabuhan Marang, di mana banyak bot nelayan berlabuh.

Ini sesuai dijadikan subjek utama berlatarkan belakangkan muara Sungai Marang. Pada awal pagi lokasi ini sudah sesak dengan peraih ikan yang ingin membeli ikan dari nelayan.

Jeti Marang

Jeti di Marang

Alamat: Jeti Marang, 21600, Terengganu

Telefon: –

jeti di marang terengganu
Sumber: M Muazzim, yazid samsuddin & Zul Aizat

Jeti utama untuk para pelancong menaiki bot ke Pulau Kapas. Tempat ini juga mempunyai pemandangan yang sangat menarik.

Selain itu, sekitar jeti ini terdapat agen-agen pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej day trip ke Pulau Kapas.

Sambil menunggu bot ke Pulau Kapas, anda di sarankan untuk lepak sebentar di medan selera bersebelahan yang menghadap muara Sungai Marang. Pemandangan di sini amat cantik.

Marang Waterfront

Tempat menarik untuk bersantai waktu petang

Alamat: 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Marang Waterfront
Sumber:1&2.Charlie ling  3.SHAMSUL AZHAR  4.yazid samsudin

Jika anda mencari tempat santai pada waktu petang bersama keluarga di sekitar Marang, anda boleh datang ke Marang Waterfront.

Waterfront ini terletak di muara Sungai Marang. Terdapat dataran dan taman permainan yang tentu akan membuat anak-anak teruja berkejaran.

Sambil berehat melihat pemandangan indah, anda boleh menikmati makanan yang dijual di gerai-gerai sekitar sini.

Taman Rekreasi Pulau Kerengga

Taman rekreasi di Marang

Alamat: 3, Kampung Kuala Tengah, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Taman Rekreasi Pulau Kerengga
Sumber: Kervin Chong & Azrol Ridzuan

Sebuah taman rekreasi yang unik yang terletak 5 minit perjalanan dari Bandar Marang. Uniknya Taman Rekreasi Pulau Kerengga ini kerana terletak di antara sungai dan laut.

Di sini juga ada kemudahan seperti taman permainan, pondok rehat, surau, jambatan, dan tandas. Lokasi ini terletak berhampiran pokok nipah dan pemandangan sungai yang tenang dan mendamaikan.

Jika anda kaki pancing, anda boleh memancing di sini kerana kawasan ini antara port terbaik di Marang untuk memancing ikan sungai. Jangan lupa datang tau!

Kedai Keropok Lekor Marang

Makanan popular di Terengganu

Alamat: 3, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: 016-922 8008

Kedai Keropok Lekor Marang
Sumber: Ayphool, Athirah Faisal, Kama Sairi & Ultra timber

Nak makan keropok lekor yang sering dikunjung pelancong? Tak perlu susah payah ke Kampung Bukit Tok Beng atau Kampung Losong di Kuala Terengganu.

Sebaliknya, anda boleh menemui banyak kedai yang menjualnya di sepanjang jalan pantai di Marang. Kedai yang paling popular di sini ialah Kedai Keropok Lekor 008 Kelulut.

Anda boleh pilih pelbagai jenis kerepok lekor sama ada yang rebus, goreng ataupun keropok keping.

Air Nira Kelulut & Dodol Palas

Perusahaan utama di Marang

Alamat: 21600 Marang Terengganu

Telefon: –

Air Nira Kelulut & Dodol Palas
Sumber: Amazing Terengganu, alamiterengganu & Truly Terengganu

Air nira, merupakan salah satu minuman yang berkhasiat kerana manis yang terhasil semulajadi bahkan menjadi minuman kegemaran masyarakat Terengganu.

Jika belum pernah merasainya anda boleh mendapatkannya di sepanjang jalan Kg Kelulut dan Pulau Kerengga. Di sini banyak gerai-gerai yang menjual air nira yang sangat segar.  

Jika anda mencari dodol palas, madu kelulut, dan air kelapa juga ada di sini. Salah satu perniagaan terpenting orang kampung khususnya di kawasan Kampung Batangan ialah perusahaan dodol palas, jagung, jus, dan madu kelulut.

Pasar Marang

Pasar di Marang

Alamat: Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Pasar Marang
Sumber: Kervin Chong, zues lieey & wa_an Din

Nak menginap di homestay sekitar Marang dan tak tahu nak beli bahan-bahan basah di mana? Jangan panik, datanglah ke Pasar Marang!

Selain makanan laut segar, banyak gerai di sini menjual kuih muih tradisional Terengganu seperti bronok sagu, kuih gulung, onde-onde, dan sebagainya.

Restoran Lempeng Rusila

Lempeng sedap di Marang

Alamat: 11, Malaysia, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 013-9283414

Restoran Lempeng Rusila di Marang
Sumber: Asry Arym, zuhdi zakaria, ila Mohd & Jimmy Phung

Lempeng menjadi salah satu menu utama di restoran ini yang terletak di Kampung Rusila dan berhampiran pantai menambahkan lagi keenakan rasa lempeng ini semasa memakannya.

Terdapat pelbagai jenis lauk pauk tersedia untuk makan tengah hari dan sering dipenuhi pengunjung tempatan. Lempeng antara hidangan yang ringkas namun jarang yang tahu tentang menu ini.

Restoran ini pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, bahkan sehingga kini masih menjadi pilihan orang ramai untuk berkunjung makan.

Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 7 malam)

Medan Selera Esplanade

Tempat makan menarik di Marang Terengganu

Alamat: Jetty Pulau Kapas/Gemia, Arked Jeti Pelancongan, 21600, Marang, Terengganu

Telefon: –

Medan selera esplanade
Sumber:1&4.Zaknurha Hasniza  2.masdiq burhanuddin  3.james how

Jika anda berkunjung ke Esplanade ini, jangan lupa untuk singgah di gerai-gerai berhampiran. Bermacam-macam kudapan yang menyelerakan anda boleh dapati di sini.

Bermula dari yang sejuk hingga panas. Semuanya sangat sedap. Sambil meluangkan masa bersama keluarga, anda boleh menikmati cendol atau sotong celup tepung goreng.

Lihat peta | Waktu operasi: sabtu – khamis (11 pagi – 8 malam)

Roti Tempayan Line Clear

Roti tempayan di Terengganu

Alamat: Kampung Rhu Renggeh, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 012-9486646

Roti Tempayan Line Clear
Sumber: Aimy j, En Yusri Y. & roshaizulnizam

Pernah tak anda makan roti yang di bakar dalam tempayan? Jika anda ingin merasainya anda wajib datang ke Roti Tempayan Line Clear.

Roti yang unik di bakar secara tradisonal dan dimakan dengan masakan gulai ayam atau gulai daging ala Terengganu pilihan anda.

Pengunjung sentiasa datang ke sini dari dalam dan luar negeri untuk menikmatinya.

Lihat peta | Waktu operasi: isnin – jumaat (4.30 petang – 11 malam)

0 comments:

Post a Comment

loading...