Tahukah anda asal usul dan tempat menarik Kulai? Kulai dikenali sebagai Gui Lai sebelum tahun 1920. Menurut sejarah, nama ini diambil sempena peristiwa kura-kura akan naik ke darat dan bergerak ke pekan apabila banjir berlaku di sungai Kulai.
Kulai adalah salah satu daerah di negeri Johor dan terletak sejauh 29 KM dari ibu kota iaitu Johor Bahru.
Selain itu, Kulai turut terkenal dengan peristiwa kebakaran sebanyak enam kali. Peristiwa keenam yang paling dahsyat yang meranapkan ratusan bangunan pada tahun 1981.
Namun kini, daerah ini sungguh subur dan kaya dengan pelbagai tempat menarik yang wajib anda lawati bersama rakan, sanak saudara mahupun keluarga.
Senarai Tempat Menarik di Kulai
Daerah yang jarang didengari ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan tempat-tempat pelancongan tersembunyi yang tidak mengecewakan.
Dari hutan semula jadi ke hutan konkrit, pelbagai lokasi menarik yang wajib dilawati oleh kaki melancong yang bakal memberikan pengalaman yang luar biasa.
Oleh itu, artikel ini akan berkongsi kepada anda lokasi menarik di Kulai, Johor yang wajib anda kunjungi.
Kelapa Sawit Wall Art
Seni mural di Kulai Johor
Alamat: Kelapa Sawit Wall Art, Kampung Sri Paya, 81000 Kulai, Johor
Telefon: –
Adakah anda ingin bergambar tetapi tiada idea di mana port bergambar di Kulai Johor? Jom half day trip ke Kelapa Sawit Wall Art bersama keluarga!
Dinding tarikan Kulai ini diliputi dengan pelbagai karya seni, termasuk lukisan minimalis, mural interaktif, papan pemotong Hakka, dan watak anime Jepun. Ambil beberapa gambar dan cuba hidangan tempatan seperti Yong Tau Foo, Choy Pan dan banyak lagi.
Seni jalanan ini menghiasi deretan bangunan dengan kedai-kedai tempatan sepanjang Jalan Kelapa Sawit Kulai. Habiskan hujung minggu anda dengan aktiviti ringkas dan santai.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Star Fish Leisure Farm
Kolam ikan di Kulai
Alamat: Star Fish Leisure Fram, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 016-778 2208
Star Fish Leisure Farm adalah lokasi yang sesuai jika anda ingin bercuti tanpa menggunakan Internet. Pekerja di sini juga akan mengajar anda memancing.
Banyak aktiviti lain yang ditawarkan di sini, termasuk berkayak dan cabaran bot terapung. Tarikan Kulai ini sangat baik untuk team building dan aktiviti berkumpulan.
Selain itu, tempat menarik di Kulai Johor ini juga memelihara arnab, angsa, ayam jantan, dan lebah.
Lihat peta | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: 9:00 am – 5:00 pm
Hutan Lipur Gunung Pulai
Aktiviti outdoor di Kulai
Alamat: Gunung Pulai, Kulai, Johor
Telefon: 011-1756 6284
Hutan Lipur Gunung Pulai adalah kawasan hutan rekreasi yang dilindungi oleh kerajaan Johor yang mempunyai kepelbagaian spesis hidupan liar seperti rusa, monyet dan berbagai jenis burung.
Keunikan hutan ini ialah Gunung Pulai yang setinggi 654 M yang terletak tengah hutan. Menakjubkan bukan? Hutan juga tidak lengkap sekiranya tiada air terjun. Anda jangan risau, Hutan Lipur Gunung Pulai juga mempunyai kawasan air terjun.
Selain menjadi kawasan rekreasi, kawasan hutan ini juga merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk negeri Johor.
Kawasan ini sesuai untuk anda yang ingin lari dari kesibukan kota.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 7:00 am – 7:00 pm
Hutan Bandar Putra
Hutan bandar di Kulai
Alamat: Hutan Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 011-3960 1029
Ingin menceriakan anak-anak anda? Bawalah mereka ke Hutan Bandar Putra, Kulai. Taman cantik Kulai ini sesuai untuk anda seisi keluarga kerana banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini.
Fasiliti yang banyak seperti taman permainan, laluan basikal, laluan jogging, tasik, kolam, pavilion, dan plaza sangatlah sesuai untuk aktiviti outdoor.
Berdekatan dengan lapangan terbang Senai, anda boleh beriadah sambil menikmati permandangan kapal terbang yang berlepas.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (7:00 am – 6:30 pm)
Nanyan Aquarium
Aquarium di Kulai
Alamat: MLO 197, Air Bemban, 81020, Kulai, Johor
Telefon: 07-656 2952
Sekiranya anda pencinta ikan atau ingin membawa anak-anak melihat pelbagai ikan yang cantik maka datanglah ke Nanyan Aquarium atau Nanyang Fish Farm.
Disini anda boleh melihat dan membeli pelbagai jenis ikan yang cantik dan rare seperti ikan Channa Cobra Auranti, Tricolour Oranda, Japanese Koi. Selain ikan, ada juga hidupan akuatik lain seperti Salamander.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah fun fishing. Anda wajib singgah disini untuk mencari kenangan bersama ikan-ikan.
Waktu operasi: Setiap hari (10:00 am – 6:00 pm)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Johor Premium Outlet
Outlet mall di Kulai
Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 07-661 8888
Johor Premium Outlet merupakan premium outlet pertama yang dibuka di Asia Tenggara pada tahun 2011.
Boleh dikatakan “syurga” untuk yang kaki shopping kerana pelbagai jenama terkenal terdapat disini seperti Aigner, Adidas, Balenciaga, Burberry, Coach dan banyak lagi.
Yang menarik lagi, Johor Premium Outlet menawarkan penjimatan sehingga 65%. Outlet makanan terkenal juga ada disini seperti Baskin Robbins, Burger King, Starbucks, dan banyak lagi.
Lokasi ini sememangnya tempat himpunan jenama serta makanan terkenal. Pastikan duit anda mencukupi sebelum datang ke sini.
Waktu operasi: Setiap hari (10:00 am – 10:00 pm)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Kampung Putuo
Kampung menarik di Kulai
Alamat: 1488, Jalan Kampung, Off, Jalan Kota Tinggi – Kluang, Felda Taib Andak, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 07-213 3398
Kampung Putuo boleh dikatakan hidden gems yang terdapat di Kulai yang berlandskapkan buluh dan budaya kaum Buddha.
Kampung ini dibangunkan sebagai tempat ibadat kaum Buddha. Oleh itu, tempat menarik Kulai Johor ini mempunyai kuil, kolam kura-kura, patung Buddha dan banyak lagi.
Kombinasi antara tempat ibadah dan alam semula jadi menjadikan suasana di tempat ini sangatlah cantik serta udaranya yang nyaman.
Lokasi ini sangat sesuai untuk anda yang “photogenic” dan ingin membuat sesi penggambaran.
Waktu operasi: Setiap hari (9:00 am – 6:00 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Nasi Lemak Wak Kentut
Tempat makan menarik di Kulai
Alamat: 2130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 012-754 3818
Nasi Lemak Wak Kentut sudah tidak asing lagi bagi warga Kulai.
Bukan sahaja namanya yang unik tetapi nasi lemak nya juga sememangnya sedap seperti yang menjadi bualan ramai.
Nasi lemak yang pernah tular ini sudah bertapak lebih 30 tahun, rasa dan keenakannya masih sama kerana resipi yang digunakan merupakan resipi turun- temurun.
Tidak lengkap percutiaan anda ke Kulai sekiranya anda tidak singgah makan disini.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (3:30 pm – 11:55 pm)
Major Street Cafe
Cafe di Kulai
Alamat: 88, Jalan Kenanga 29/7, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 07-660 0164
Terletak di Indahpura, Kulai, Major Street Café merupakan tempat makanan western yang popular di Kulai.
Harga yang berpatutan, hidangan yang banyak, dan rasa yang memuaskan cukup untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna.
Tempat makan menarik di Kulai ini sesuai untuk anda keluar makan bersama keluarga atau lepak dan bersantai bersama rakan-rakan.
Waktu operasi: Setiap hari (12:30 pm – 11:30 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram
Rainforest Tree House
Penginapan unik di Kulai
Alamat: Gunung Pulai, Taman Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 012-930 9914
Persekitaran rumah pokok hutan hujan yang tenang akan mendamaikan anda. Tempat menarik Kulai ini terletak di Gunung Pulai di Johor Bahru, hanya satu jam pemanduan dari Singapura.
Terdapat 2 rumah pokok besar boleh memuatkan sehingga 12 orang dan 4 rumah pokok kecil boleh memuatkan sehingga 6 orang.
Terdapat saluran bekalan elektrik, katil, selimut, kelambu, dan bantal di rumah pokok itu. Tandas, singki dan pancuran mandian semuanya ada di dalam bilik mandi.
Di sana, anda boleh berehat di Tree Net, jungle trekking, melawat ladang, belajar memasak di atas api kayu, dan menikmati keindahan alam sekitar.
Lihat peta | Facebook | Whatsapp
0 comments:
Post a Comment