Salah sebuah daerah yang terdapat banyak tempat menarik di Johor iaitu, daerah Segamat. Segamat awalnya dinamakan oleh seorang bendahara pada zaman ke sultanan Melaka yang mendapati bahawa kawasan ini sangat subur.
Dan sehingga kini, Segamat menjadi sebuah daerah yang subur dari segi pertanian. Tidak kurang juga tempat menarik Segamat Johor yang boleh di lawati ketika bercuti di sini.
Bahkan, anda boleh mencari tempat makan terbaik ketika jalan jalan cari makan Segamat dan menginap di hotel terbaik Segamat. Mari kita lihat.
Senarai Tempat-tempat Menarik Di Segamat Johor
Inilah beberapa cadangan lokasi menarik di sekitar Segamat. Di harapkan agar anda yang bercuti dan ingin datang ke Johor singgah lah ke daerah Segamat sekali.
Semoga pengembaraan anda akan menjadi kenangan yang manis bersama ahli keluarga mahupun sahabat handal.
Air Terjun Jeram Tinggi
Air terjun di Segamat
Alamat: Ulu Jementah,85200 Jementah, Segamat, Johor
Telefon: –
Bagi yang suka berkelah di hujung minggu sambil menikmati keindahan alam semulajadi, boleh lah berkunjung ke Air Terjun Jeram Tinggi ini.
Kedinginan air batu dan kejernihan air terjun menggamit sesiapa sahaja datang bermandi manda di sini. Camping pun pasti menyeronokkan!
Air terjun di sini tidak begitu dalam dan tempat ini jarang dikunjungi orang ramai kerana terletak di tengah-tengah hutan simpan yang terletak di Jementah, Segamat.
Terdapat kemudahan yang di sediakan di sini seperti wakaf rehat, laluan pejalan kaki ke air terjun, tempat letak kereta dan tandas awam.
Lihat peta | Waktu operasi: Sepanjang masa
Bukit Serakek, Buloh Kasap Segamat
Tempat hiking di Segamat
Alamat: Bukit Beirut, Serakek, Buloh Kasap Segamat
Telefon: –
Siapa sini geng hiking Segamat? Anda mungkin pernah mendengar bahawa Segamat mempunyai port mendaki baharu.
Berita itu telah tersebar luas dalam kalangan orang Segamat. Pemandangan juga sangat menakjubkan dan anda boleh melihat Gunung Ledang dari atas bukit.
Jom kongsi gambar-gambar cantik yang anda ambil dari puncak Bukit Serakek. Hanya lima minit dari lokasi mendaki, berhenti rehat di kedai milkshake yang menyegarkan di kampung Spangloi.
Jambatan Putus Buluh Kasap
Tinggalan sejarah di Buluh Kasap
Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Kuning Patah, 85000, Buloh Kasap, Johor
Telefon: –
Jambatan di batu pahat ini merupakan hasil buatan oleh tentera british pada masa dahulu, tetapi telah diletupkan dan putus bagi menghalang tentera jepun.
Kerana itu, jambatan itu dinamakan sebagai jambatan putus Segamat. Jambatan kedua telah dibangun sebagai jalan perhubungan tidak jauh dari jambatan ini.
Kita masih boleh lihat struktur binaan ini jika berkunjung ke sini.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Air Terjun Sungai Bantang
Aktiviti jungle trekking dan mandi manda di Segamat
Alamat: Hutan Lipur Sungai Bantang, Jalan Sungai Bantang, 85400, Johor
Telefon: 07-931 2141
Aktiviti jungle trekking di kawasan air terjun Sungai Bantang yang cantik sangat menenangkan minda. Kawasan ini telah di bangunkan sebagai tempat rekreasi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat riadah, parking, tandas awam, tempat persalinan pakaian dan lain-lain.
Kawasan ini telah di bangunkan sebagai hutan lipur. Malah, kawasan ini telah dijaga rapi supaya pengunjung dapat menikmati alam semulajadi.
Bagi mereka yang gemar berkhemah, kawasan tapak perkhemahan ada disediakan di sekitar hutan lipur ini. Anda juga boleh berkhemah tetapi hubungi pihak pengurusan terlebih dahulu.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5:30 petang, isnin (tutup)
Taman Bunga Batu Hampar
Taman rekreasi di Segamat
Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –
Jika ingin mencari taman rekreasi yang berada di tengah tengah bandar Segamat, maka boleh berkunjung ke Taman Bunga Batu Hampar atau Rock Garden.
Kawasan ini boleh dijadikan tempat berkelah, jogging atau pun bermain di taman permainan di taman permainan bersama anak-anak. Lokasi menarik ini mempunyai keunikkan yang tersendiri iaitu dengan adanya batu-batuan di sekitar taman.
Di sini juga boleh dijadikan sebagai tempat mengambil gambar. Penat berjalan? Anda boleh menginap di homestay Segamat yang berdekatan.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Replika Durian
Ikon pelancongan di Segamat
Alamat: Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –
Daerah segamat memang terkenal dengan keenakan duriannya. Kebanyakkan durian boleh didapati di sini. Jika di Sarawak, anda juga boleh lihat replika durian di Serian.
Oleh sebab itu, apabila anda berada di bandar Segamat, anda akan menemui sebuah replika durian yang popular berhampiran kawasan Dataran Segamat.
Jangan lepaskan kesempatan untuk melihat replika tersebut sambil menangkap gambar kenangan.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Dataran Segamat
Tempat menarik untuk bergambar dan melepak di Segamat
Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 019-3420 073
Bersebelahan dengan replika durian, Dataran Segamat juga salah satu tempat untuk anda bergambar di Johor.
Dataran ini biasanya digunakan ketika sambutan-sambutan penting seperti hari kebangsaan dan sebagainya. Oleh sebab itu, dataran ini telah di ubah suai dengan cantik. Di sini juga menjadi mercu tanda Segamat.
Jika anda berkelapangan, boleh lah mengambil gambar kenangan di sini. Dataran ini juga adalah tempat yang bagus untuk menghabiskan waktu malam bersama rakan atau keluarga.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Menara Jam
Tempat photoshoot di Segamat
Alamat: Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –
Wah, Segamat pun ada menara jam. Nak bergambar pun boleh santai-santai! Sebabnya Menara Jam Segamat ini berada di sekitar Dataran Segamat. Menara jam ini siap dibina pada tahun 1996.
Jika datang bercuti di Segamat Johor, jangan lupa tangkap gambar anda bersama keluarga di Menara Jam Segamat. Selepas itu, upload di akaun media sosial anda dengan #Segamat.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Menara Bendera
Bangunan bersejarah di Segamat
Alamat: Jalan Omar Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –
Selain replika durian dan menara jam, menara bendera terletak juga berdekatan dataran. Ini kerana pembinaan Menara Bendera ini di buat bersama-sama Dataran Segamat.
Jadi tidak hairanlah jika ketiga-tiga mercu tanda Segamat ini diletakkan di kawasan yang sama. Pengunjung lebih menyukai untuk berkunjung pada waktu petang kerana pemandangan di sana sangat cantik.
Nak bergambar di Segamat? Ini salah satu port menarik untuk anda singgah!
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Makam Bendahara Tepok
Makam pahlawan di Segamat
Alamat: Jalan Sultan, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –
Bendahara tepok merupakan bendahara terakhir pada zaman ke sultanan melayu Melaka. Ketika Melaka menghadapi Portugis, mereka yang hampir kalah telah berundur ke Johor dan bendahara inilah yang telah menamai daerah Segamat.
Nama itu dikekalkan sehingga kini. Beliau juga yang bertangungjawab membuka penempatan di sini dan akhirnya menetap di sini. Makam ini dijaga rapi dan boleh dikunjungi.
Pusat Rekreasi Pusat Air Panas Labis
Tempat menarik untuk keluarga di Segamat
Alamat: Air Panas, 85300 Labis, Johor
Telefon: 07-928 7106
Salah sebuah kolam air panas yang sering menjadi tumpuan pengunjung di daerah segamat.
Selain terdapat pilihan kolam sebanyak yang mempunyai kedalaman yang berbeza. Bolehlah anda bawa ahli keluarga untuk bersantai di sini.
Terdapat juga kemudahan lain seperti surau, tandas dan taman permainan untuk kanak-kanak. Apa yang lebih istimewa lagi ialah bilik sauna juga disediakan.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 1 petang – 7 malam
Taman Rekreasi Sungai Kapeh
Tempat menarik untuk lepak di Segamat
Alamat: 1, Jalan Utama 2/3, Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor
Telefon: –
Taman reakreasi ini awalnya adalah belukar. Namun kerajaan setempat telah berinisiatif untuk menjadikan sebagai tempat rekreasi masyarakat. Tempat riadah ini dilengkapi dengan alat senaman dan tasik yang dihubungkan melalui jambatan.
Di dalam tasik ini juga terdapat pelbagai ikan air tawar. Untuk kaki pancing, sila bawa joran anda. Di sini memancing di benarkan. Bahkan kawasan ini boleh menjadi tempat kunjungan anda sekeluarga.
Bersantai sambil mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga. Jangan lupa untuk membeli makanan yang di jual di sana.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Bazaar Karat
Tempat menarik di Segamat waktu malam
Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000, Segamat, Johor
Telefon: –
Pernah dengar tentang Bazaar Karat? Nama yang unik. Bazaar Karat sebenarnya pasar malam dimana peniaga menjual macam-macam keperluan. Bermula dari pakaian sehingga makanan.
Awalnya hanya beroperasi selama 2 hari sahaja. Tetapi atas desakan para peniaga dan pengunjung, maka pasar ini telah di buka selama 3 hari dan ini telah menjadikan Dataran Segamat berhampiran menjadi tumpuan para pengunjung.
Cakap sahaja nak cari apa semua ada di sini. Bermula dari barang biasa yang kita selalu nampak hingga barang rare. Bagi peminat bola, di sini juga mereka menghabiskan masa untuk menonton bola sepak secara live.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Jumaat – ahad: 5 petang – 12 malam
Restoran Selera Nasi Beringin
Tempat makan menarik Segamat
Alamat: 22 & 24, Jln Utama 2/7, Taman Utama, 85000 Segamat District, Johor
Telefon: 012-6046 365
Restoran Selera Nasi Beringin ini sangat terkenal kerana asal mulanya nasi ini hanya eksklusif untuk tetamu diraja di Istana Johor.
Resepi turun temurun ini sangat sedap dan aroma rempah ratus nasinya sangat wangi! Nasi beringin juga dihidangkan dengan pilihan ayam masak kari, ayam masak merah, atau kari kambing bersama acar timun.
Jadi rasa, tekstur dan bau serta kualiti makanan ini masih dijaga untuk di nikmati. Kebanyakan pengunjung yang pernah datang ke sini sangat berpuashati dengan masakan di restoran ini.
Bahkan tidak kurang juga pelangan yang kembali kerana keenakan makanan di sini. Hidangan mewah di zaman silam kini boleh dirasai sesiapa sahaja.
Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 8:30 pagi – 4:30 petang
Restoran Rz
Kedai makan sedap di Segamat
Alamat: No. 34, Jalan Utama 2/3, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 019-7350 735
Restoran di Segamat ini mempunyai citarasa lain dari yang lain. Menyajikan masakan yang berasaskan ikan baung dan udang galah. Kawasan sekitar Segamat ini terkenal dengan keenakan juadahnya.
Ikan baung pula diperoleh daripada Sungai Segamat. Menunya memukau selera sesiapa sahaja yang makan.
Pelanggan mereka bukan sahaja dari Johor, bahkan sehingga Pahang dan Kelantan yang sanggup datang jauh ke sini hanya untuk menikmati juadah restoran ini.
Bagi peminat ikan baung dan udang galah boleh lah berkunjung ke sini dan merasai sendiri keenakan masakan mereka.
Lihat peta | Waktu operasi: Rabu (tutup), khamis – selasa: 8 pagi – 3:30 petang
Restoran Al Rizki 786
Nasi briyani lauk kambing di Segamat
Alamat: Jalan Buloh Kasap, Taman Yayasan, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 019-763 4786
Mana nak cari briyani yang sedap tapi harga berpatutan? Anda jangan risau Restoran Al Rizki 786 ada jawapannya. Di sini anda boleh menikmati kelembutan daging briyani kambing.
Selain itu, murtabak yang di sajikan di sini juga sangat special. Penuh dengan daging dan rasa yang sangat sedap bila di gabungkan dengan pencicahnya.
Rojak mee dan pelbagai pilihan makanan lain yang sesuai dengan selera anda pun ada. Pendek kata berkunjung ke sini anda takkan rugi!
Lihat peta | Waktu operasi: Isnin (tutup), selasa – ahad: 8 pagi – 6:30 petang
Kedai Cendol Masjid India
Gerai cendol sedap di Segamat
Alamat: 1954, Jalan Mentol, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 013-612 9977
Sebagai rakyat Malaysia, siapa sahaja yang tak suka dengan cendol? Tak kira semua peringkat umur. Apa lagi jika makan cendol di waktu panas terik, sedapnya!
Terdapat satu tempat popular yang sering di kunjungi di bandar Segamat iaitu Cendol Segar Amat yang berdekatan Masjid India. Selain cendol, mereka juga menyajikan rojak yang sangat sedap.
Anda boleh pesan pelbagai variasi cendol seperti durian, jagung, pulut dan banyak lagi. Tempat letak kereta pun luas. Jadi apa lagi datanglah ke sini dan menikmati cendol ini.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang
0 comments:
Post a Comment