loading...

Wednesday, 17 August 2022

18 Tempat Menarik Di Bintulu Sarawak Untuk Diterokai

Seperti sedia maklum, Bintulu dikenali dalam industri gas asli. Meskipun begitu, pelbagai lagi tempat menarik di Bintulu Sarawak untuk diterokai.

Di samping itu, bahagian ke-3 terbesar di Sarawak yang seluas 7220 km persegi ini menghadap Laut China Selatan di sebelah barat.

Selain itu, ia bersempadan dengan bahagian Mukah, Sibu, Kapit dan Miri.  

Senarai tempat percutian menarik di Bintulu

Bintulu menempatkan banyak khazanah pelancongan yang terbaik.

Antaranya ialah pantai Bintulu, mercu tanda Bintulu, kedai makan Bintulu sebagai tempat makan menarik di Bintulu dan pulau di Sarawak.

Justeru, sebanyak 18 tempat menarik di Bintulu Sarawak telah disajikan untuk tatapan umum di bandar yang menempatkan rumah panjang tercantik Sarawak ini.

Pantai Temasya Tanjung Batu

Pantai di Bintulu

Alamat: Pantai Temasya Tanjung Batu, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: –

Tempat menarik Bintulu Sarawak - Pantai Temasya Tanjung Batu
Sumber foto: tripadvisor.com

Pantai Temasya Tanjung Batu merupakan pantai Bintulu yang terletak 5 km dari pusat bandar. Selain itu, pelbagai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak, pondok rehat dan lokasi beriadah yang disediakan.

Tambahan pula, di sini pengunjung boleh mempelajari adat dan budaya masyarakat setempat. Menarik bukan?

Lihat Peta | Waktu operasi:

Pantai Tanjung Kidurong (Pantai ABF)

Pelabuhan bot nelayan di Bintulu

Alamat: Pantai ABF Kidurong, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: –

Tempat menarik Bintulu Sarawak -Pantai Tanjung Kidurong
Sumber foto: google map

Di penghujung Pantai Temasya Tanjung Batu terdapat lagi sebuah pantai tempat pelabuhan bot-bot nelayan iaitu Pantai Tanjung Kidurong.

Turut mesra disapa sebagai Pantai ABF, keindahan pada waktu senja yang amat memukau sesuai untuk aktiviti fotografi dilakukan di sini.

Selain itu, pondok rehat dan kedai makan Bintulu turut disediakan untuk kemudahan pengunjung yang bertandang.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Taman Tumbina Bintulu

Taman botani dan zoologi di Bintulu

Alamat: Jalan Tun Razak, Taman Tumbina, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: 08-633 7709

Tempat menarik Bintulu Sarawak -Taman Tumbina Bintulu
Sumber foto: google map

“Tumbina” diambil daripada kombinasi perkataan “tumbuhan” dan “haiwan”. Demikianlah tempat ini dikenali sebagai Taman Tumbina Bintulu.

Ia merupakan taman botani dan zoologi yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna yang diancam kepupusan.

Selanjutnya, haiwan seperti rusa, memerang, landak, orkid dan kaktus juga terdapat di taman seluas 57 hektar ini.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang

Bintulu Promenade

Tempat bersantai di Bintulu

Alamat: Bintulu Promenade, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: –

Tempat menarik Bintulu Sarawak -Bintulu Promenade
Sumber foto: Instagram @pix.jameswk, google map

Mencari tempat bersantai sambil menenangkan fikiran? Bintulu Promenade adalah lokasi yang tepat.

Kawasan ini dibina oleh Lembaga Kerajaan Bintulu sebagai lokasi strategik untuk melihat keindahan panorama matahari terbenam di jambatan yang disediakan.  

Selain itu, ia dilengkapi dengan pusat keselamatan, berbagai spesies tumbuhan dan tandas awam.  

Lihat Peta | Waktu operasi:

Taman Negara Similajau

Taman negara di Bintulu

Alamat: Similajau, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: –

Tempat menarik Bintulu Sarawak -Taman Negara Similajau
Sumber foto: google map

Bagi pencinta alam semulajadi, mari ke Taman Negara Similajau yang mudah diakses kira-kira 45 minit dari Bintulu.

Menariknya, di sini ia menempatkan sebuah pantai Bintulu yang cantik menghadap Laut China Selatan.

Di samping itu, taman negara ini dihuni oleh hidupan liar seperti buaya air tawar, kera ekor panjang, ungka dan lebih 200 ekor spesies burung.  

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang

Esplanade Bintulu

Taman awam di Bintulu

Alamat: Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: –

Esplanade Bintulu
Sumber foto: google map

Esplanade Bintulu adalah sebuah destinasi bagi penduduk setempat melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Aktiviti kebiasaan yang seringkali dianjurkan di sini ialah tempat makan menarik di Bintulu iaitu pasar terbuka, konsert mini dan sukan papan luncur.

Tambahan pula, taman ini sesuai untuk aktiviti bersenam dan bersantai kerana memiliki kawasan yang luas.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Promenade Hotel

Hotel di Bintulu

Alamat: Lot 8074, No. 178, Bintulu Sentral Jalan Kindurong, 97000 Bintulu, Malaysia

Telefon: 08-685 8888

Promenade Bintulu hotel
Sumber foto: google map

Mencari tempat penginapan berdekatan Bintulu Promenade? Promenade Hotel merupakan tempat berhampiran yang anda boleh menginap.

Hotel ini mempunyai pemandangan indah melihat pantai dan pulau di Sarawak dengan jenis bilik superior room, deluxe room dan executive suite.

Tambahan pula, Lapangan Terbang Antarabangsa Bintulu turut berhampiran dari hotel ini.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

Monument Council Of State

Mercu tanda Bintulu yang bersejarah di Sarawak

Alamat: BDA Shahida Commercial Centre, Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: –

Monument Council Of State
Sumber foto: google map

Monument Council of State merupakan mercu tanda Bintulu yang sangat bersejarah di Sarawak.

Ia dibina pada tahun 1967 dan pernah menjadi Tugu Dewan Undangan Negeri-Negeri Persidangan Pertama di Sarawak yang tertua di Malaysia.

Ketika itu, persidangan tersebut dianjurkan pada era pemerintahan pemerintah kulit pertama di Sarawak iaitu Charles Brooke.   

Lihat Peta | Waktu operasi:

Park City Mall

Mall di Bintulu

Alamat: LEVEL 3, LOT 4762, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: 08-631 2322

Park City Mall
Sumber foto: google map, tripadvisor.com

Untuk penggemar ‘kaki shopping’ sememangnya tidak lengkaplah hidup anda tanpa membeli-beli di negeri yang dikunjungi kan?

Park City Mall menempatkan pelbagai outlet yang menjual pelbagai barangan menarik sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.

Pastinya mampu membuat anda rambang mata untuk memilih!

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 9 malam

Pulau Batu Mandi

Pulau di Bintulu

Alamat: Pulau Batu Mandi, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: –

Pulau Batu Mandi
Sumber foto: google map

Sebuah lagi pulau di Sarawak yang wajib anda terokai iaitu Pulau Batu Mandi. Pulau yang cantik ini acapkali menjadi destinasi pelabuhan bot-bot nelayan.

Selain itu, aktiviti menyelam dan snorkeling turut merancakkan lagi percutian pengunjung di tempat menarik di Bintulu Sarawak ini.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Pasar Tamu Dan Pasar Utama

Pasar di Bintulu

Alamat: Jalan Main Bazaar, 97000 Bintulu , Sarawak, Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: –

Pasar Tamu Dan Pasar Utama
Sumber foto: google map

Pasar Tamu dan Pasar Utama merupakan pasar harian yang menjadi tumpuan penduduk setempat membeli barangan basah yang segar serta barangan kering.

Sementara itu, turut ditempatkan di sini pelbagai kedai makan Bintulu dengan beraneka jenis makanan yang menarik yang memenuhi citarasa pengunjung.   

Uniknya pasar ini ialah bumbung yang digunakan adalah simbolik penutup kepala tradisional kaum Melanau yang mempunyai rumah panjang tercantik Sarawak.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 2 petang

Tua Pek Kong Temple

Tokong bersejarah di Sarawak

Alamat: Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: 08-633 2685

Tua Pek Kong Temple
Sumber foto: google map

Tua Pek Kong Temple merupakan rumah ibadat masyarakat Buddha yang bersejarah di Sarawak. Ia dibina sekitar tahun 1890 bagi memastikan legasi kestabilan masyarakat tiong hua ini berterusan hingga kini.

Selain itu, pengunjung boleh melihat seni bina yang dihasilkan di sekitar tokong ini amatlah unik.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 6 petang

Taman Millenium

Taman rekreasi di Bintulu

Alamat: Jalan Abang Leman, Tanjung Kidurong, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: 08-633 2011

Taman Millenium
Sumber foto: google map

Taman Millenium lazimnya menjadi aktiviti riadah bagi penduduk setempat. Selain itu, taman rekreasi ini turut mempunyai trek joging, pondok rehat, alatan senaman dan taman permainan.

Dalam pada itu, berjoging dan bersenam merupakan aktiviti yang sering dilakukan di sini.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Family Inn Bintulu

Tempat penginapan untuk keluarga di Bintulu

Alamat: Family Inn Bintulu, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: 08-634 1196

Family Inn Bintulu
Sumber foto: google map

Sesuai dengan nama yang diberi iaitu Family Inn Bintulu merupakan tempat penginapan pilihan bagi seisi keluarga di Bintulu.

Tempat penginapan ini amatlah strategik kerana berdekatan dengan Lapangan Terbang Bintulu serta tempat-tempat makan menarik di Bintulu.

Jenis-jenis bilik berkeluarga yang disediakan ialah junior family, superior mini family, superior family dan mini family.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

The Spring Bintulu

Barangan berjenama di Bintulu

Alamat: Lot 4282, Jalan Tun Abdul Razak, 97000 Bintulu, Sarawak

Telefon: 08-6344 770

The Spring Bintulu
Sumber foto: google map

Suka membeli-belah barangan berjenama? Jangan risau, The Spring Bintulu merupakan pusat membeli-belah yang anda cari.

Antara barangan berjenama yang boleh didapati di sini ialah Uniqlo, H&M, The Face Shop dan banyak lagi.

Tambahan pula, ia pernah menerima banyak anugerah seperti “Best Shopping Mall”, “Outstanding Shopping Mall” dan “Outstanding Food Outlet”.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 10 malam

Taman Negara Bukit Lambir (Lambir Hills National Park)

Tempat menarik di Miri

Alamat: 1-76, Bintulu – Miri Hwy, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: –

Lambir Hills National Park
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik di sempadan Bintulu? Mari terokai Taman Negara Bukit Lambir yang terletak di sepanjang jalan Miri-Bintulu.

Selain itu, taman negara ini terdiri daripada 1173 spesies pokok dan didiami oleh hidupan liar seperti tenggiling juga kelawar.

Tambahan pula, terdapat air terjun yang indah serta menara pokok setinggi 2 meter untuk melihat pemandangan sekitar hutan yang cukup mempesona.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 2 petang

Taman Negara Niah (Niah National Park)

Penempatan awal manusia di Sarawak

Alamat: Taman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak

Telefon: 08-5417 130

Niah National Park
Sumber foto: google map

Taman Negara Niah sememangnya terkenal sebagai lokasi bersejarah penempatan awal manusia Paleolitik dan Neolitik di Sarawak.

Hal ini disebabkan oleh penemuan rangka manusia kira-kira 40 000 tahun dahulu dan rumah panjang tercantik Sarawak.

Bukan itu sahaja, malah taman negara ini menempatkan salah satu pintu gua terbesar di dunia iaitu Gua Niah.  

Waktu operasi:

  1. Isnin – Selasa & Sabtu – Ahad: 8 pagi – 1 tengahari
  2. Rabu – Jumaat: 8.30 pagi – 1 tengahari

Lihat Peta | Laman Web

D-Virtual Park

Tempat menarik di Kota Samarahan

Alamat: Jalan Meranek, Kampung Melaban, 94300, Kota Samarahan, Sarawak

Telefon: 08-659 686

D-Virtual Park @ Evo Mall
Sumber foto: google map

Dari Bintulu ingin menuju ke Kota Samarahan? Jom singgah bermain game di taman hologram pertama di Malaysia iaitu D-Virtual Park.

Di samping itu, taman hologram ini adalah simbol kepada kecanggihan teknologi yang ada di Malaysia.

Antara tarikan pilihan yang terdapat di sini ialah kunjungan maya perayauan bebas, mainan tunggangan dan medan pertarungan maya.  

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 7 malam

0 comments:

Post a Comment

loading...