loading...

Monday, 29 August 2022

15 Tempat Menarik Di Australia Untuk Bercuti

Tempat-tempat menarik di Australia seringkali menjadi tempat terkenal tumpuan pelancong dari pelosok dunia untuk bercuti.

Selain itu, pulau terbesar yang berada di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik ini mengalami 4 musim di Australia.

Iaitu musim sejuk, panas, bunga dan luruh. Tambahan pula, negara ke-6 terbesar di dunia ini menempatkan tarikan haiwan seperti kangaroo, ikan lumba-lumba dan penguin.

Nak tengok haiwan-haiwan unik lain yang tiada di Malaysia ini? Jom ke Australia!

Senarai tempat menarik di Australia

Kebiasaannya bandaraya utama terletak di tengah-tengah bandar kan?

Berbeza dengan kebanyakan bandaraya tempat pelancongan di Australia ini yang terletak di tepian pantai! Antaranya ialah Sydney, Melbourne dan Perth.

Ingin bermain salji pada musim di Australia yang sejuk? Bolehlah ke senarai tempat menarik di Australia seperti yang dinyatakan.

Western Australia Maritime Museum

Muzium laut di Australia

Alamat: Victoria Quay Road, Fremantle WA 6160, Australia

Telefon: +61 1300 134 081

Tempat menarik Australia - Western Australia Maritime Museum
Sumber gambar: Lan Thi Kim Ho, Karl Abraham, John Crash, WA Maritime Museum

Sebuah tempat pelancongan di Australia yang menarik untuk anda bercuti ialah di Western Australia Maritime Museum.

Muzium laut yang besar ini terletak di pesisiran pantai Lautan Hindi. Di sini menempatkan pelbagai pameran mengikut peredaran zaman dan tema yang ditetapkan.

Iaitu pameran zaman peperangan, sejarah penjajahan, pertahanan tentera laut dan industri perikanan. Disebabkan muzium ini besar sedar tak sedar dah berjam-jam anda di sini tau!

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 5 petang

Round House

Bangunan tertua di Australia

Alamat: 15 Captains Ln, Fremantle WA 6160, Australia

Telefon: +61 8 9336 6897

Tempat menarik Australia -Round House
Sumber gambar: Chris G, Eleanor Flett, ZEN chin, Simon Chen

Round House yang dibina sejak tahun 1830 sudah pastinya menyimpan sejarah menarik kan?

Bangunan tertua ini pernah berperanan sebagai penjara, kuarters ketua konstabel sekeluarga dan akhirnya menjadi tempat pelancongan di Australia.

Di sini terdapat terowong bawah tanah yang dilengkapi dengan informasi dan gambar-gambar lama. Manakala di bahagian atas bangunan pula anda dapat menyaksikan pemandangan indah laut.

Tambahan pula, pastikan anda masih berada di sini sekitar jam 1 petang untuk menyaksikan meriam dibunyikan!

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10.30 pagi – 3.30 petang

Aviantion Heritage Museum

Muzium pesawat di Australia

Alamat: Air Force Memorial Estate, 2 Bull Creek Dr, Bull Creek WA 6149, Australia

Telefon: +61 8 9311 4470

Tempat menarik Australia -Aviantion Heritage Museum
Sumber gambar: Aviation Heritage Museum, Samantha J, Paul Green, T Y Ho

Alami tempat paling best di Australia di Aviantion Heritage Museum. Muzium ini mempamerkan pelbagai jenis pesawat di dalam 2 buah bangunan tau!

Menariknya di sini pesawat yang dipamerkan adalah pernah digunakan oleh awam dan tentera.

Yang paling menyeronokkan bukan sahaja boleh melihat malah anda boleh masuk ke dalam pesawat tersebut!

Jika anda ingin merasai pengalaman seperti berada dan memandu pesawat apa kata anda cuba bercuti di sini?

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 4 petang

Margaret Rivee Chocolate Company

Kilang coklat terbesar di Australia

Alamat: 415 Harmans Mill Rd &, Tom Cullity Dr, Metricup WA 6280, Australia

Telefon: +61 8 9755 6555

Tempat menarik Australia -Margaret Rivee Chocolate Company
Sumber gambar: Wojciech Zielonka, LeX jun jie, Neil Plunkett, Elizabeth Van Der Syde

Anda penggemar coklat? Jangan lepaskan peluang berkunjung ke kilang coklat terbesar di Australia iaitu di Margaret Rivee Chocolate Company!

Apa yang menariknya di sini berbanding kilang-kilang coklat yang lain? Anda boleh masuk ke kilang ini dan merasa coklat-coklat yang dihasilkan secara percuma!

Bukan itu sahaja, malah anda boleh melihat melalui cermin besar yang disediakan bagi penghasilan coklat dari awal hingga siap dibungkus.  

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5 petang

Elizabeth Quay

Tempat menarik di Perth

Alamat: The Esplanade, Perth WA 6000, Australia

Telefon: –

Elizabeth Quay
Sumber gambar: Dorian Bennett, N Creative, กิตติศักดิ์ เตชะพิเชฐวนิช, Yu-Ting Huang

Elizabeth Quay, Perth dikatakan agak baru dalam senarai tempat percutian di Australia yang wujud pada 2016.

Namun banyak tarikan terbaik di sini iatu BHP Billiton Water Park, menaiki jambatan, Segway, feri dan gondola.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai tempat bulan madu di Australia.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Fremantle Markets

Ole-ole di Australia

Alamat: South Terrace &, Henderson St, Fremantle WA 6160, Australia

Telefon: +61 8 9335 2515

Fremantle Markets
Sumber gambar: Fremantle Markets, Winona Khocolate, RAY TSANG

Biasanya apabila bercuti di negeri atau negara orang sudah pastinya singgah ke tempat menjual ole-ole kan?

Jadi anda boleh kunjungi ke sebuah pasar yang dikenali sebagai Fremantle Markets. Ia menempatkan pelbagai barangan basah, antik, kulit dan hasil kayu.

Pasar yang wujud pada era pengangkutan utama sebagai kereta kuda pada tahun 1897 ini masih kekal relevan dengan suasana klasiknya hingga kini!

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Jumaat – Ahad: 9 pagi – 6 petang

Lakeside Joondalup Shopping City

Mall terbesar di Australia

Alamat: 420 Joondalup Dr, Joondalup WA 6027, Australia

Telefon: +61 8 9300 3888

Lakeside Joondalup Shopping City
Sumber gambar: Trieu Hong Truong, Lakeside Joondalup Shopping City, Connie Keating, John Lamerand

Tak puas berbelanja di Fremantle Markets? Jom ke mall terbesar di Australia ini!

Lalu apa yang ada di sini? Di sini menempatkan banyak barangan berjenama terkenal dan pasaraya serbaneka.

Tambahan pula, kedai untuk anda d.i.y teddy bear sendiri pun ada juga tau!

Waktu operasi:

  1. Isnin – Rabu & Jumaat: 9 pagi – 5.30 petang
  2. Khamis: 9 pagi – 9 malam
  3. Sabtu: 9 pagi – 5 petang
  4. Ahad: 11 pagi – 5 petang

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Kings Park

Taman negara di Australia     

Alamat: Fraser Ave, Perth WA 6005, Australia

Telefon: +61 8 9480 3600

Kings Park
Sumber gambar: William Brown, Sandra Sicilia, Wieslaw Gwozdz, Tony Sun

Jom kunjungi tempat paling best di Australia iaitu di Kings Park! Di mana dari taman ini anda boleh menyaksikan pemandangan indah dari bandar Swan River dan Perth.

Bukan itu sahaja, malah terdapat DNA Tower untuk anda menyaksikan lagi pemandangan indah yang lebih luas!

Tambahan pula, taman ini kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang ada di antaranya berusia sudah 750 tahun.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Perth Zoo

Zoo di Australia

Alamat: 20 Labouchere Rd, South Perth WA 6151, Australia

Telefon: +61 8 9474 0444

Perth Zoo
Sumber gambar: Sandra Kennedy, Dipesh, Gavin Meredith, Greg Kolbow

Dibuka sejak tahun 1898, Perth Zoo menempatkan lebih 1000 ekor haiwan daripada 164 spesies.

Selain itu, zoo ini mempunyai 3 bahagian seperti Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest.

Tambahan pula, terdapat pameran mini bagi burung-burung dari selatan Amerika dan kura-kura Galapalagos.

Nak tengok haiwan-haiwan yang tidak pernah anda jumpa di depan mata termasuk kangaroo? Jom ke tempat terkenal di Australia ini!

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5 petang

Aquarium of Western Australia

Hidupan laut dalam akuarium di Australia

Alamat: 91 Southside Dr, Hillarys WA 6025, Australia

Telefon: +61 8 9447 7500

Aquarium of Western Australia
Sumber gambar: Joni Siah, Jerin Mathew, anthony maddock, Natalie Tamara

Jika di KL ada Aquaria KLCC manakala di Australia ada Aquarium of Western Australia.

Selain itu, tempat percutian di Australia yang menarik ini menempatkan lebih 4000 ekor ikan yang boleh anda lihat tau!

Antara ikan daripada 400 spesies yang berbeza ialah ikan jerung dan ikan pari!

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 4 petang

Marmion Marine Park

Aktiviti snorkeling di Australia

Alamat: Marmion WA 6020, Australia

Telefon: +61 8 9303 7700

Marmion Marine Park
Sumber gambar: Ben Williams, M Rahul Reddy, Ben De Rosa

Lagi tempat pelancongan di Australia yang boleh anda kunjungi ialah Marmion Marine Park.

Selain itu, taman marin yang berkeluasan 10 500 hektar ini terletak dari kawasan Trigg Island sehingga Burns Beach.

Antara aktiviti tarikan di tempat percutian di Australia ini ialah snorkeling dan scuba diving untuk melihat keindahan hidupan laut!

Bagi anda yang tidak meminati aktiviti ini boleh juga memancing dan menyewa bot untuk meneroka pulau-pulau berdekatan.

Manalah tau ketika berada di dalam bot anda berpeluang melihat telatah ikan lumba-lumba di sini kan?

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

The Bell Tower

Menara loceng di Australia

Alamat: Barrack Square, Riverside Dr, Perth WA 6000, Australia

Telefon: +61 8 6210 0444

The Bell Tower
Sumber gambar: Jerin Mathew, Yu-Ting Huang, Paul Pichugin, The Entertainer

Nampak sahaja seperti bangunan biasa namun ia adalah instrumen muzium yang terbesar di dunia setinggi 82.5 m.

The Bell Tower merupakan tempat menarik di Australia yang menempatkan 12 buah loceng dari sebuah gereja terkenal di London.

Manakala di dek pemerhatian anda dapat menyaksikan pemandangan secara 360 darjah dari bandar Swan River dan Perth.

Menarik bukan?

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Khamis – Ahad: 10 pagi – 4 petang

Art Gallery of Western Australia

Galeri seni di Australia

Alamat: Perth Cultural Centre, Perth WA 6000, Australia

Telefon: +61 8 9492 6600

Art Gallery of Western Australia
Sumber gambar: Belly Dancer Olga Giba, Cyril Abadie, Yogesh R, The Art Gallery of Western Australia | AGWA

Selain Margaret Rivee Chocolate Company, tempat terkenal di Art Gallery of Western Australia pun masuk secara percuma tau!

Galeri seni yang wujud pada tahun 1895 ini memaparkan pelbagai hasil seni dari pengkarya-pengkarya hebat dari seluruh dunia.

Antara karya seni menarik yang dihasilkan ialah ukiran-ukiran klasik dari Henry Moore dan karya motif oleh Orang Asli di Australia.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Rabu – Isnin: 10 pagi – 5 petang

Penguin Island

Pulau penguin di Australia

Alamat: Western Australia, Australia

Telefon: –

Penguin Island
Sumber gambar: Cheryl Homewood, P. Pawar, Steve Wilcox, Kevin Zheng

Ingin melihat haiwan comel di dunia yang hidup dalam musim di Australia yang sejuk? Jom ke Penguin Island!

Bukan sahaja ada penguin malah ada hidupan laut seperti singa laut dan ikan lumba-lumba tau! Selain itu, aktiviti snorkeling, berenang dan berjalan-jalan di sekitar pulau juga boleh dilakukan di sini.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi:

Jurien Bay Skydiving

Skydiving di Australia

Alamat: 65 Bashford St, Jurien Bay WA 6516, Australia

Telefon: +61 8 9652 1320

Jurien Bay Skydiving
Sumber gambar: 颯水兒, po an tsai, Evee Flores, Skydive Jurien Bay

Anda suka akan cabaran dan berjiwa kental atau mencari pengalaman bercuti yang rare? Jom melakukan skyding di Jurien Bar Skydiving.

Tempat paling best di Australia ini mungkin agak mahal tetapi harga sebuah pengalaman terbang di udara sememangnya sukar untuk dapat di mana-mana!

Bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk aktiviti skydiving ini tidak perlu risau kerana dibantu oleh staf yang profesional.

Pada awalnya, debaran pasti terasa seketika namun apabila payung terjun terbuka rasa seperti terapung-apung di awang-awangan sememangnya menyeronokkan!

Waktu operasi:

  1. Isnin – Sabtu: 8 pagi – 6 petang
  2. Ahad: 9 pagi – 6 petang

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

0 comments:

Post a Comment

loading...