Sebut sahaja Sabah sudah tentu negeri di bawah bayu ini sinonim dengan keindahan serta kepelbagaian tempat pelancongan yang mempunyai keunikan sendiri lebih-lebih lagi di tempat menarik Kota Belud.
Terletak di bahagian pantai barat Sabah, Kota Belud juga merupakan kawasan pentadbiran terawal semasa zaman penjajahan British.
Untuk sampai ke sini, anda perlu memandu sejauh 77 kilometer dari Kota Kinabalu.
Yang menarik lagi, anda akan disajikan dengan suasana kehijauan sepanjang perjalanan ke Kota Belud.
Senarai Tempat Menarik Di Kota Belud
Apa yang ada di Kota Belud sehingga anda wajib letak dalam wishlist lokasi percutian anda?
Selain subur dengan kehijauan, Kota Belud menawarkan pengalaman percutian yang berbeza untuk anda yang sarat dengan lokasi yang menarik.
Oleh itu, artikel ini akan membawa anda ke lokasi-lokasi menarik di Kota Belud yang wajib anda kunjungi. Diharap anda mendapat sedikit maklumat tentang tempat menarik di Kota Belud.
Polumpung Malangkap
Camp site tepi sungai di Kota Belud
Alamat: Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah
Telefon: 011-3624 4723
Cuba anda bayangkan berkelah dan mandi sungai sambil berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Wah, pasti best nak nak time tu anda tension kerana hal peribadi, kerja yang banyak atau masalah lain.
Ya, anda boleh rasai suasana relax dan nyaman ini di Polumpung Malangkap. Lokasi ini menjadi tumpuan pencinta alam semula jadi kerana permandangannya yang memukau.
Dari Kota Kinabalu, perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam setengah. Suasananya membuatkan anda berasa seperti berada di kampung dan keindahan alam semula jadinya sangat menenangkan minda anda.
Selain mempunyai sungai cantik, anda juga boleh berkhemah di sini. Tiket kemasukan serendah RM3. Khemah, bbq set dan tilam pun boleh disewa.
Waktu operasi: Setiap hari: 8:00 pagi– 5:00 petang
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp
Pulau Mantanani
Pulau popular di Kota Belud
Alamat: Kampung Mantanani, Pulau Mantanani, Kota Belud Sabah
Telefon: –
Antara pulau tercantik di Sabah, Pulau Mantanani yang berbentuk seakan pisau merupakan salah satu “hidden gems” di Kota Belud.
Digelar juga sebagai “Pulau Ikan Duyung”, pulau ini mempunyai air laut yang sangat jernih serta kebiru-biruan. Banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini seperti berkhemah di pantai, scuba, berkayak, berkelah di pantai dan banyak lagi.
Sekiranya bertuah, anda mungkin akan menyaksikan salah satu fenomena menarik iaitu “bioluminescence” atau bahasa mudahnya fenomena “Plankton biru”. Fenomena ini berlaku apabila fitoplankton hanyut di permukaan air dan menghasilkan cahaya biru yang memukau.
Pulau ini juga terbahagi kepada Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Instagram
Bukit Bongol
Aktiviti hiking di Kota Belud
Alamat: Hutan Negara, 89150, Kota Belud, Sabah
Telefon: –
Anda seorang yang suka mendaki? Jangan lepaskan peluang untuk mendaki Bukit Bongol yang penuh kehijauan dengan landskap yang menyejukkan mata.
Dengan ketinggian 527 meter, memerlukan masa selama 2 jam untuk mencapai puncak Bukit Gondol. Sampai sahaja di puncak, anda akan menikmati permandangan bukit yang dilitupi kehijauan serta awan yang luas terbentang.
View cantik, trail yang mencabar dan kepelbagaian spesies flora fauna sesuai untuk anda yang kaki hiking.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Cabana Retreat
Resort tepi pantai di Kota Belud
Alamat: Jln Rampayan Laut, 89150 Kota Belud, Sabah
Telefon: 013-885 0903
Cabana Retreat merupakan resort pantai berkonsep “pop-up” pertama di Malaysia yang berlokasi di pantai Rempayan. Ianya merupakan tempat pelancongan di Sabah yang wajib anda lawati bersama keluarga mahupun sahabat.
Pelbagai kemudahan disediakan seperti wifi, kolam renang, tempat BBQ dan banyak lagi. Anda boleh bersantai dan menangkan fikiran disini kerana segala kemudahan telah disediakan.
Terdapat lima jenis khemah yang tersedia iaitu Romantic (sesuai untuk berbulan madu), Deluxe Queen, Quad, Classic dan Deluxe Single.
Di samping lokasi yang mesra pelancong, permandangan pantai di Cabana Retreat sememangnya indah dan memukau.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp
Bigfin Divers
Aktiviti scuba diving di Kota Belud
Alamat: Bigfin Divers, South China Sea, 89150 Kota Belud, Sabah
Telefon: 012-389 0424
Bigfin Divers merupakan resort pantai yang terletak di teluk Mengkabar yang sesuai untuk bersantai dan menikmati keindahan alam semula jadi serta hidupan marin.
Diselimuti oleh hutan dan pasir yang putih, lokasi ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti jungle trekking, sukan air, lepak di restaurant dan scuba.
Bigfin Divers juga merupakan lokasi PADI Scuba Dive Centre. Jadi tempat menarik di Kota Belud ini boleh dikatakan selamat untuk anda yang minat aktiviti scuba.
Untuk pengetahuan anda, lokasi ini hanya boleh dicapai menggunakan jalan air dari kampung Mengkabar.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp
Riverside Ecology Firefly Center
Lihat kelip-kelip di Kota Belud
Alamat: Jalan Rampayan Laut, Kota Belud, Kota Kinabalu
Telefon: –
Ditubuhkan untuk melindungi populasi kelip-kelip, Riverside Ecology Firefly Center juga adalah pusat penyelidikan kelip-kelip pertama di dunia.
Disini anda boleh melihat kecantikan kelip-kelip di waktu malam dengan menaiki bot. Selain itu, anda juga boleh mendaki dan jika ada rezeki, anda akan terlihat monyet proboscis atau monyet belanda.
Setelah puas meluangkan masa bersama kelip-kelip, anda boleh mengisi perut di restoran yang disediakan sambil menikmati alam semula jadi.
Eko Pelancongan Tomodu Paradise
Tempat menarik untuk keluarga di Kota Belud
Alamat: WDT 22, Jln Tambulion Piasau, Kg Tambulion Ulu, 89150 Kota Belud, Sabah
Telefon: 010-323 8090
Eko Pelancongan Tomodu Paradise merupakan tempat pelancongan yang sesuai untuk aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Hanya 9 KM sahaja daripada pekan Kota Belud. Kawasan pelancongan ini tidak akan mengecewakan anda kerana ia berlokasi di tepi sungai Wariu yang mempunyai air jernih dan bersih.
Berlandskapkan hutan, anda boleh menikmati masa bersama keluarga dengan aktiviti BBQ, karaoke dan berenang di sungai Kota Belud. Sangat sesuai untuk santai-santai bersama keluarga.
Waktu operasi: Setiap hari (8:30 am – 6:00 pm)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp
NariouCraft and Eco Tourism
Aktiviti hiking dan mandi air terjun di Kota Belud
Alamat: NariouCraft and Eco Tourism, 89150 Kota Belud, Sabah
Telefon: 016-848 8609
Satu lagi kawasan pelancongan yang perlu anda lawati iaitu NariouCraft and Eco Tourism yang terletak Kampung Malangkap Nariou, Kota Belud.
Disini anda berpeluang untuk menjelajah gua prasejarah, melihat keindahan bunga rafflesia, jungle trekking, melihat orkid liar, hiking serta mandi air terjun di Sabah.
Terdapat 3 pakej yang ditawarkan iaitu Pakej A (Gua Kipunggit), Pakej B (Air Terjun Kuminangkad) dan Pakej C (Nuluh Kagarasan).
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Tegudon Tourism Village
Lokasi camping dan jambatan gantung di Kota Belud
Alamat: P/S 291 Tegudon, 89158 Kota Belud, Sabah
Telefon: 013-602 4089
Antara kawasan tarikan pelancong kerana landskapnya indah untuk berkhemah, Tegudon Tourism Village merupakan tempat percutian berkonsepkan suasana kampung di Kota Belud.
Dibawah kebiruan langit, hamparan sawah padi yang luas menghijau serta berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Tidak hairanlah tempat cantik di Sabah ini menjadi tarikan pelancong untuk berkhemah.
Cuaca yang panas tetapi anda jangan risau kerana air sungainya sejuk serta anda juga boleh berkayak.
Waktu operasi: Isnin – khamis (8:00 am – 5:00 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Whatsapp
Tamu Kota Belud
Pasar pagi di Kota Belud
Alamat: Pasar Kota Belud, 89150 Kota Belud, Sabah
Telefon: –
Tidak lengkaplah percutian anda di “bandar koboi” atau Kota Belud sekiranya anda tidak singgah di Tamu Kota Belud.
Dibuka setiap hari ahad seawal jam 6 pagi, Tamu Kota Belud atau dipanggil semio oleh orang tempatan menjual pelbagai barangan dan makanan tempatan, dari kraftangan sehingga makanan tradisional.
Kraftangan disini dibuat hasil tangan orang tempatan menggunakan bahan semula jadi seperti rotan. Hasilnya akan menjadi tikar mengkuang, beg tangan, tudung saji dan banyak lagi.
Disinilah anda akan bertemu dengan pelbagai suku kaum tempatan dari suku bajau, kadazandusun, murut dan sebagainya. Cara berkomunikasi disini juga bercampur-campur bahasa yang merupakan antara keunikan Tamu Kota Belud.
Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari: (6:00 am – 6:00 pm)
Usukan Cove Lodge
Penginapan ala Bali di Kota Belud
Alamat: Jalan Kg. Kuala Abai, Teluk Usukan Jetty, 89158 Kota Belud
Telefon: 088-486 168
Usukan Cove Lodge adalag hotel bertaraf tiga bintang yang bertempat di tepi pantai Teluk Usukan Jetty, Kota Belud.
Hanya 20 minit sahaja dari pekan Kota Belud dan memerlukan pemanduan hanya 1 setengah jam dari Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Berkonsepkan rumah singgah ala Bali, Usukan Cove Lodge dibina pada tahun 2003 menawarkan bermacam aktiviti air kepada anda.
Bersantai sambil BBQ, menikmati angin segar laut dan udara nyaman dari hutan sudah tentu lokasi sesuai untuk anda yang ingin bebas dari kesibukan kota.
Waktu operasi: Tempahan (Daftar masuk 2:00 pm – Daftar keluar 12:00 pm)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Tadzmahal Travel & Tours Jetty
Agensi pelancongan di Kota Belud
Alamat: Tadzmahal Travel & Tours Jetty, 89150 Kota Belud, Sabah
Telefon: 016-582 5000
Ditubuhkan pada tahun 2013, Tadzmahal Travel & Tours Jetty adalah agensi pelancongan yang terbaik di Sabah.
Disini pelbagai aktiviti menarik yang mereka tawarkan seperti menaiki bot ke dalam kawasan pedalaman, menikmati suasana hutan yang pelbagai biodiversiti, snorkelling dan banyak lagi.
Selain itu, disini juga anda boleh menikmati sunset yang indah dengan awannya yang berwarna oren.
Waktu operasi: Setiap hari (6:00 am – 10:00 pm)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp
Porohon Garden & Lodge
Homestay dengan kolam renang di Kota Belud
Alamat: Nopungguk, Lituk Kg Sayap, 89150 Kota Belud, Sabah
Telefon: 011-14120218
Antara penginapan terbaik di Kota Belud untuk anda berehat dan menghabiskan hujung minggu melakukan perkara yang menyeronokkan seperti mandi kolam atau mandi di sungai Kota Belud, melawat ladang buah-buahan, bbq, dan mendaki!
Bagi anda yang berhasrat untuk bermalam di sini, terdapat pilihan penginapan yang lengkap.
Walau bagaimanapun, untuk membuat tempahan penginapan, berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.
Suasana kampung disini lengkap dengan sawah padi, pemandangan sungai yang indah, serta view cantik gunung di hadapannya.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Kilombun Homestay
Homestay menarik di Kota Belud
Alamat: Kg. Tambatuon, 89150, Kota Belud, Sabah
Telefon: 014-203 0050
Kawasan yang dingin, sungai yang cantik dan view yang menarik ada di Kilombun Homestay.
Pengunjung juga boleh mandi-manda, camping, hiking, BBQ dan lain-lain. Disini juga ada kolam renang dan anda juga boleh berendam di air sungai yang dingin tanpa harus risau.
Sememangnya rumah singgah ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan atau bersama keluarga.
Sondot View Camp
Camping di Kota Belud
Alamat: KG kebayau, Kg kebayau wdt 09, 89158 Kota Belud, Sabah
Telefon: 011-3520 8186
Antara tempat berkhemah yang jarang didengari atau hidden gems di Kota Belud ialah Sondot View Camp. Terletak di Kampung Kebayau, Kota Belud dan dibuka setiap hari.
Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah spa ikan, bersiar-siar di kolam ikan dan sawah padi, bermain bola tampar, mandi sungai dan banyak lagi.
Banyak kemudahan yang disediakan seperti bilik persalinan, kawasan parking yang luas dan tapak perkhemahan juga besar.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp
Daradaat View
Port camping bersama keluarga di Kota Belud
Alamat: Jln Ratau, 89150 Kota Belud, Sabah
Telefon: 016-552 7612
Adakah anda masih mencari tempat percutian di Kota Belud yang menarik minat anda? Bagaimana dengan Daraat View? Lokasi yang menarik setanding dengan Polumpung Malangkap!
Inilah salah satu spot baru untuk anda camping bersama keluarga tercinta! Menariknya lagi, anda juga berpeluang melihat Gunung Kinabalu dari sini.
Anda juga boleh menyewa khemah, peralatan bbq dan menyewa baju kimono atau baju tradisi serta menangkap gambar ootd anda di sini. Sungai di sini tidaklah deras dan cetek, sangat sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Lagipun, pondok rehat pun ada!
Mungkin anda boleh memanggang sate atau barbeku sambil melihat anak-anak anda bersuka ria di pondok yang disediakan! Hubungi nombor yang kami berikan untuk maklumat lanjut!
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
0 comments:
Post a Comment