Sebelum ke tempat menarik di Batu Gajah Perak ayuh kenali sejarahnya! Perak Darul Ridzuan merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dan keempat terbesar di Malaysia. Negeri yang berkeluasan 20976 Km ini mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 2 juta orang.
Di dalam negeri yang terkenal dengan buah durian ini, terdapat salah satu tempat yang menjadi destinasi pelancongan iaitu Batu Gajah.
Untuk pengetahuan anda, Batu Gajah terletak di daerah Kinta pada asalnya merupakan sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Terap.
Senarai tempat menarik di Batu Gajah, Perak
Tempat ini dinamakan Batu Gajah sempena peristiwa penemuan batu sebesar dan sekeras gajah yang ditemui ketika aktviti melombong suatu ketika dahulu.
Terdapat banyak versi dan cerita mengenai kewujudan lokasi menarik ini. Antaranya cerita mengenai dua ekor gajah yang berubah menjadi batu di Sungai Kinta berdekatan Kampung Pisang.
Selain tempat menariknya yang penuh dengan sejarah dan cerita, Batu Gajah menarik ramai pelancong luar mahupun dalam negara.
Dikatakan Batu Gajah merupakan tempat yang penuh dengan sejarah, tempat makan yang menarik serta lokasi-lokasi mistik. Berikut beberapa lokasi menarik disyorkan untuk anda.
Kellie’s Castle
Istana lama di Batu Gajah
Alamat: Kompleks Pelancongan Kellie’s Castle Lot 48436, KM 5, 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak.
Telefon: 05-365 3381
Istana indah yang bernama Kellie’s Castle adalah salah satu tapak bersejarah di Batu Gajah. Istana ini dibina pada tahun 1915 oleh seorang lelaki berasal dari Scotland bernama William Kellie Smith.
Menurut sejarah, beliau membina istana ini sebagai tanda cinta terhadap isterinya. Sungguh romantik cerita istana ini. Yang lebih menarik, lif pertama di Malaysia dibina di istana ini.
Namun istana ini tidak siap dibina sepenuhnya atas faktor wabak Spanish Flu dan perang dunia pertama. Setelah itu, Kellie’s castle telah dijadikan tempat tarikan pelancong kerana seni bina yang cantik dan klasik.
Selain tempat bersejarah, lokasi ini juga dikatakan mistik kerana ianya masih dihuni oleh roh William dan keluarganya.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Lihat peta | Facebook | Laman web
Muzium Perlombongan Bijih Timah
Muzium perlombongan bijih timah di Perak
Alamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
Telefon: 012-288 8530
Muzium Perlombongan Bijih Timah merupakan salah satu destinasi bersejarah berkaitan bijih timah terletak di Kampar, Perak.
Dibuka pada tahun 2012, muzium ini mempamerkan kepada anda cara dan jenis perlombongan dari kaedah tradisional hingga ke moden. Artifak, dokumen sejarah serta peralatan bersejarah berkaitan perlombongan bijih timah terdapat disini.
Anda juga akan terpesona melihat replika si Larut iaitu gajah yang telah menemui bijih timah pertama di Larut.
Tiket masuk untuk dewasa hanya RM 5 manakala kanak- kanak hanya RM2. Tempat yang murah dan menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.
Waktu operasi: Rabu – ahad (12 tengah hari – 7 malam)
Lihat peta | Facebook | Laman web
Kawasan Perkelahan Papan
Tempat mandi di Perak
Alamat: Pusing, Perak
Telefon: –
Kawasan ini juga disebut sebagai Hutan Lipur Papan yang terletak tidak jauh dari bandar Batu Gajah. Keindahan alam semula jadi, air terjun yang jernih dan tidak terlalu dalam menggamit sesiapa sahaja untuk datang ke sini.
Kawasan ini dijaga rapi oleh jabatan perhutanan Perak jadi pengunjung yang datang untuk berkelah dan mandi manda, dinasihatkan untuk menjaga kebersihan kawasan serta menjaga barang peribadi mereka.
Ramai pengunjung suka menghabiskan hujung minggu mereka di sini bahkan pengunjung dari luar negeri Perak juga sering datang ke sini.
Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari
Restoran Pak Ya Nasi Pandan
Tempat makan best di Batu Gajah Perak
Alamat: 33, Laluan Batu Gajah Perdana 1, Taman Batu Gajah Perdana, 31550 Pusing, Perak, Malaysia
Telefon: 019-479 9958
Tidak lengkaplah percutian anda sekiranya tidak singgah ke restoran Pak Ya Nasi Pandan dan mencuba makanan signature mereka iaitu Nasi Pandan.
Restoran yang terletak di Taman Batu Gajah ini popular disebabkan makanan yang sedap, staff yang ramah dan suasana tempat makan yang selesa.
Setelah puas berjalan seharian menerokai bumi Batu Gajah, eloklah anda mengisi perut di sini. Dijamin anda pasti berpuas hati.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Isnin – sabtu (4:30 pagi – 7 malam)
Taman Herba Negeri Perak
Taman herba di Perak
Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak
Telefon: 05-357 7280
Jika anda seorang yang minat dengan herba, tumbuhan hijau dan suka menikmati udara segar di hutan, maka anda wajib untuk datang ke Taman Herba Papan yang terletak di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Seperti yang anda tahu, herba sangatlah berguna untuk kehidupan manusia dalam bidang perubatan, aromaterapi dan sumber makanan.
Terdapat lebih seratus jenis herba yang ada di taman ini. Di samping itu, pelbagai kemudahan turut disediakan seperti jabatan penerangan, surau, dewan terbuka dan denai.
Selain menghayati kepelbagaian herba, ada juga aktiviti lain yang boleh anda lakukan seperti jungle trekking, berkelah dan berkhemah. Tunggu apa lagi, bawalah keluarga anda datang kesini untuk menimba ilmu sambil beriadah.
Lihat peta | Waktu operasi: Rabu – ahad (9 pagi – 5 petang)
Gazebo Abg Nash
Tempat makan menarik di Batu Gajah waktu malam
Alamat: 2, Lebuh Lapangan Siber 2, Taman Botani, 31350 Ipoh, Perak
Telefon: 012-204 2500
Terkenal dengan tagline “ Where everyone can makan & enjoy”, Gazebo Abg Nash juga salah satu tempat lepak di Batu Gajah yang popular.
“Best Capati in town”, itulah antara review dibagi oleh pelanggan menandakan capati di tempat ini wajib untuk dicuba. Selain itu, nasi lemak, mee kari dan roti goyang Gazebo Abg Nash juga tidak mengecewakan.
Jika anda ingin mencari tempat sarapan dan tempat lepak yang terbaik dan sedap, disinilah tempatnya.
Tempatnya yang santai, staff yang peramah dan makanan dengan harga berpatutan adalah kombinasi tempat makan yang terbaik.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Khamis – selasa (8 pagi – 11:30 malam)
Muzium Batu Gajah @ Muzium Perak
Muzium menarik di Perak
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Telefon: 05-807 2057
Tahukah anda? Muzium pertama di Malaysia ialah Muzium Perak, Taiping yang dibina pada tahun 1883. Reka bentuk Muzium Perak sangat unik dengan gabungan gaya bangunan “moor” di India dan gaya eropah.
Muzium terawal di Malaysia ini menjadi tempat penyimpanan dan pameran koleksi artifak yang jarang ditemui dan berusia lebih ratusan tahun seperti spesimen haiwan tempatan yang telah pupus, tengkorak, tembikar, dan hasil buatan tangan masyarakat terawal.
Jika anda ingin lebih mengetahui tentang sejarah negeri Perak, cubalah menjejakkan kaki ke muzium yang indah ini.
Waktu operasi: Setiap hari (9:00 am – 5:00 pm)
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web
Istana Raja Billah
Tempat menarik di Batu Gajah untuk ootd
Alamat: Istana Raja Billah Papan, A188, Pusing, Perak
Telefon: 05-807 2057
Satu lagi istana cantik di Batu Gajah bernama Istana Raja Billah dengan reka bentuk mewah dibina dari papan berkonsepkan seni masyarakat Mandailing.
Seni binanya yang klasik dan tradisional, sangat menarik untuk gambar OOTD atau lokasi penggambaran filem. Istana ini dibina oleh Raja Billah untuk menghabiskan sisa hidupnya di Perak di rumah agam ini.
Raja Billah merupakan seorang bangsawan dan kaya pada zaman dahulu. Selain itu, tujuan utama pembinaan istana ini adalah sebagai tempat pertemuan dan mesyuarat masyarakat Mandailing.
Namun, istana ini popular dengan cerita-cerita seram dan mistik dari penduduk tempatan. Kawasan ini sering berlaku aktiviti paranormal sehingga terdapat dokumentari yang diterbitkan tentang kisah seram istana ini.
Nasi Kukus Gulai Kawah Batu Gajah
Tempat makan menarik di Batu Gajah
Alamat: 221, Jalan Pusing, Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 05-366 8337
Satu lagi tempat makan yang terkenal di Batu Gajah iaitu Nasi Kukus Gulai Kawah Batu Gajah.
Restoran ini dahulunya dikenali sebagai Kedai Nasi Kukus Kak Yong. Tempat ini popular kerana keenakan nasi kukusnya yang menggunakan resipi turun-temurun dan menu Gulai Kawah yang akan membuatkan selera makan anda bertambah.
Pastinya, restoran ini wajib untuk anda kunjungi bagi merasai sendiri keenakan makanan mereka.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi– 8 malam)
Taman Alam Kinta
Taman rekreasi di Batu Gajah
Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: –
Hidup di bandar jarang sekali kita nampak jenis burung lain selain burung gagak bukan? Ini kerana di bandar, sudah tidak terdapat alam semula jadi. Oleh itu, anda wajib datang ke sini.
Di sini terkenal sebagai syurga burung, pelbagai jenis burung yang datang ke sini terutama semasa musim-musim tertentu. Bahkan spisis burung yang jarang dilihat seperti tiung, wak-wak, panglim, belatuk, dan pelbagai jenis lagi boleh dilihat di sini.
Bahkan setiap tahun, populasi burung di sini semakin bertambah kerana sumber makanan mereka yang banyak disini. Jadi anda jangan lupa untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sini.
Lihat peta | Waktu operasi: tidak ditetapkan
Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5
Kapal korek terakhir di Batu Gajah
Alamat: 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah
Telefon: 014-904 3255
Pernahkah anda terfikir bagaimana teknologi pada zaman dahulu ketika melombong bijih timah? Dengan adanya kapal korek ini maka aktiviti melombong bijih timah telah menjadi semakin mudah selain melombong menggunakan tenaga manusia.
Itulah sebabnya pada satu ketika dahulu kawasan Batu Gajah ini amat pesat membangun pada zamannya. Kapal korek ini masih wujud sehingga kini telah dijadikan sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik minat pengunjung untuk datang.
Atas inisiatif kerajaan Perak, mereka memperbaiki semua kapal ini dan membuka untuk orang awam. Bagi yang ingin berkunjung ke sini, pengunjung hanya dibenarkan untuk melawat aras bawah sahaja tetapi masih boleh melihat kawasan pemprosesan yang lain dari aras bawah.
Selain itu, di sini anda dibenarkan untuk memegang barang-barang pameran. Bahkan terdapat masa tertentu untuk pengunjung merasai pengalaman mendulang bijih timah.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari ( 9 pagi – 5:15 petang)
Perak Agrotourism Resort
Resort menarik di Batu Gajah
Alamat: A15, 31800 Tanjung Tualang, Perak
Telefon: 05-360 0471
PATRO atau yang disebut sebagai Perak Agrotourism yang diusahakan oleh kumpulan perbadanan pembangunan pertanian negeri Perak. Kawasan ini sebenarnya dahulunya merupakan penempatan para pelombong bijih timah.
Namun kini dibaik pulih dan menjadi kawasan pelancongan melalui penginapan chalet serta aktiviti-aktiviti lasak seperti ATV, kayak, paintball dan banyak lagi.
Bagi pencinta alam semulajadi dan aktiviti lasak anda di alu-alukan ke sini. Selain itu, juga disediakan masakan kampung serta anda boleh melihat pemprosesesan telur masin. Anda akan terasa seperti berada di kampung.
Lihat peta | Waktu operasi: buka setiap hari
Taman Sesat (Maze Park)
Tempat lepak di Batu Gajah
Alamat: KM9, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 017-875 2663
Maze Park atau Taman Sesat merupakan sebuah taman unik yang baru didirikan di Batu Gajah. Menariknya disini, ialah apabila anda masuk ke taman ini anda akan tersesat.
Malahan, sepanjang tersesat di taman ini, anda akan menjumpai zoo haiwan-haiwan yang comel seperti arnab, ayam serama dan kambing.
Disini anda boleh bermain dengan haiwan-haiwan ini dan terdapat bayaran tertentu mengikut peringkat umur. Sesuai untuk anak-anak anda.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah
Tempat bersejarah di Batu Gajah
Alamat: No.37, Jalan Aman, Kampung Bendera, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 05-365 3236
Sebuah rumah yang bersejarah yang pernah didiami oleh DYMM Sultan Azlan Shah bersama ahli keluarganya suatu ketika dahulu.
Struktur rumah ini masih mengekalkan reka bentuk asal dan kini dijadikan galeri dan boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja.
Tempat menarik Batu Gajah ini mempunyai ruang pameran tentang salah silah keluarga, serta paparan tentang zaman persekolahan baginda sehingga dewasa. Koleksi-koleksi pencapaian sukan baginda juga di pamerkan disini.
Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari ( 9:30 pagi – 4:30 petang)
Restoran Mee Udang Galah Afni
Mee udang sedap di Batu Gajah
Alamat: Jalan Pusing, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 019-517 7230
Salah sebuah restoran mee udang yang popular di Batu Gajah. Kemanisan udang galah yang besar turut disaji dan keenakan hidangannya menarik ramai pengemar mee udang.
Kawasan persekitaran yang selesa dan nyaman menjadikan setiap orang yang datang ke sini tidak cukup hanya sekali. Setiap pengunjung menikmati mee udang mereka sangat berpuas hati.
Selain mee udang, pilihan menu ala barat pun dijual. Anda akan rugi jika tidak merasai menu utama mereka iaitu mee udang galah.
Lihat peta | Waktu operasi: isnin – jumaat (10:30 pagi – 10:30 malam)
0 comments:
Post a Comment