loading...

Monday, 8 August 2022

15 Tempat Menarik Di Pontian Terkini Yang Terbaik

Terletak di lokasi strategik di antara daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kluang dan Batu Pahat menjadikan ia sebagai tempat menarik di Pontian Johor.

Selain itu, kawasan berkeluasan 3489km persegi ini menjadikan Pontian Kechil sebagai ibu daerah bandar yang terkenal dengan aktiviti perikanan ini.

Majoriti penduduk di bandar Pontian didiami oleh kaum Melayu daripada suku Melayu dan Bugis di bahagian persisiran manakala Jawa di bahagian pedalaman.

Selain itu, pulau pontian menempatkan penginapan menarik di pontian, pantai pontian, kopi tenggek pontian dan tempat mandi di pontian untuk cuti2 Malaysia.

Senarai tempat menarik di Pontian

Terdapat 12 mukim yang tergolong di bandar Pontian Johor untuk pengunjung boleh terokai di selatan tanah air ini.

Berikut adalah 15 tempat menarik di Pontian untuk cuti2 Malaysia. Semestinya tidak akan menghampakan percutian anda kali ini!

Taman Negara Tanjung Piai

Titik selatan di Benua Asia di Pontian

Alamat: Taman Negara Johor Tanjung Piai Mukim, 82030 Kukup, Johor

Telefon: –

Taman Negara Tanjung Piai
Sumber foto: google map

Menjejakkan kaki ke Taman Negara Tanjung Piai di pulau pontian ini bererti anda telah sampai ke titik selatan di Benua Asia. Menarik bukan?

Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan Pulau Karimun di Indonesia dan Singapura secara lebih dekat.

Di samping itu, pengunjung dapat menikmati keindahan alam di taman yang dikelilingi hutan paya bakau ini sambil berkhemah, memancing dan jungle trekking.

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 4.30 petang)

Laman Diraja Pontian

Dataran tepi pantai di Pontian

Alamat: Jalan Osman, Kampung Dalam, 82000 Pontian, Johor

Telefon: –

Taman Diraja Pontian
Sumber foto: google map

Sebuah dataran tepi pantai di pantai Pontian sememangnya tak lengkang dengan kehadiran pengunjung terutamanya di waktu petang.

Laman Diraja Pontian Johor ini lazimnya dipenuhi dengan aktiviti berbasikal, berjoging di trek sepanjang 500m dan beriadah.

Di samping itu, selain dapat melihat pemandangan matahari terbenam turut terletaknya mercu tanda mahkota kesultanan Johor di kawasan ini.

Lain daripada itu, dataran ini amat berhampiran dengan titik paling hujung di selatan semenanjung iaitu Taman Negara Tanjung Piai.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Nictar Farm

Ladang lebah di Pontian

Alamat: PTD 10822, Batu 24, 81500 Pekan Nanas, Johor

Telefon: –

Nictar Farm
Sumber foto: google map

Bagi anda yang ingin mendalami tentang ilmu penternakan bolehlah berkunjung ke Nictar Farm.

Pada asalnya, ia merupakan hanya ladang nanas namun telah ditambah baik menjadi ladang lebah dan berkongsi ilmu berkenaan penternakan dan pertanian.

Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan beberapa ladang haiwan ternakan yang lain seperti kuda, unta dan kambing.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5.30 petang)

Muzium Nanas

Industri nanas di Pontian

Alamat: Jalan Pontian, Pekan Nanas, Johor, 81500, Pekan Nenas, Johor, 81500

Telefon: 07-6868750 

Muzium Nanas
Sumber foto: google map

Seperti sedia maklum, bandar Pontian juga dikenali dengan penanaman dan perusahaan nanas.

Oleh itu, Muzium Nanas dipamerkan untuk panduan pengunjung berkenaan industri nanas yang menyumbang kepada ekonomi negeri Johor.

Di muzium ini pengunjung berpeluang melihat cara penanaman, penjagaan pokok, proses menuai, pemprosen dan ke bahagian akhir nanas ditinkan.

Tambahan pula, pengunjung boleh membeli produk penghasilan nanas yang dijual seperti jem nanas, gula-gula nanas dan sebagainya.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi:

Muzium Bugis

Tempat menarik yang percuma di Pontian

Alamat: Muzium Bugis, Kampung Rambah, 82000 Rambah, Johor

Telefon: –

Muzium Bugis
Sumber foto: google map

Negeri Johor dan kaum Bugis sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi. Untuk anda yang merancang ke Taman Negara Tanjung Piai, boleh singgah sebentar dahulu ke Muzium Bugis secara percuma.

Muzium ini menempatkan lebih 2000 artifak yang menjangkau usia lebih 300 tahun.

Antara bahan pameran yang dipelihara ialah sejarah asal-usul, artifak dan budaya etnik Bugis di semenanjung Tanah Melayu.

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Sri Tanjung Leisure Farm

Taman ala-ala safari di Pontian

Alamat: Kampung Parit Baharu, 82100 Pekan Nanas, Johor

Telefon: –

Sri Tanjung Leisure Farm
Sumber foto: google map

Jom cuti2 Malaysia ke Sri Tanjung Leisure Farm iaitu sebuah ladang ala-ala taman safari.

Setibanya di sini, pengunjung akan menaiki bas mengelilingi ladang melihat tumbuhan dan haiwan serta ditemani penerangan daripada pemandu pelancong.

Antara haiwan dan tumbuhan terdapat di sini ialah burung unta, angsa, rusa, kambing, ladang kelapa sawit, ladang nanas dan ladang jagung.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi:

Pulau Kukup

Kawasan paya bakau yang ke-2 terbesar di dunia di Pontian

Alamat: Pulau Kukup, 82300, Johor

Telefon: –

Pulau Kukup
Sumber foto: google map

Siapa sangka pulau Pontian mempunyai kawasan paya bakau yang ke-2 terbesar di dunia tanpa didiami oleh penduduk iaitu Pulau Kukup.

Jika anda berada di Tanjung Piai bolehlah menaiki bot untuk ke menuju ke Pulau Kukup.

Selain itu, pulau yang turut dijadikan sebagai taman negara ini menempatkan ekosistem paya bakau berserta hidupan seperti monyet dan ikan.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menikmati kehijauan pokok bakau, berjalan di pelantar kayu, memancing dan memberi makan kepada ikan.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Kopi Tenggek

Kopi Tenggek Pontian

Alamat: NO 161, Kampung Serkat Laut, 82300 Kukup, Johor

Telefon: –

Kopi Tenggek
Sumber foto: google map

Penggemar kopi, sila munculkan diri anda! Kopi Tenggek Pontian boleh dijadikan sebagai destinasi wajib setibanya anda berhampiran Tanjung Piai.

Untuk makluman anda, kopi tenggek adalah kopi yang diletakkan di atas cawan dan ditapis untuk memberi rasa kopi yang sebenar.

Selain itu, perniagaan kopi tenggek ini diusahakan oleh Encik Ghazaly Ayuib. Tambahan pula, bukan itu sahaja malah char kuey teow udang, roti dan keropok lekor cheese turut terdapat di sini.

Waktu operasi:

  1. Rabu – Khamis & Sabtu – Isnin (8.30 pagi – 4.30 petang)
  2. Jumaat (8.30 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp

Selera Tradisi Catering

Masakan tradisi perayaan di Pontian

Alamat: No 290-A, Tkt Bawah, Jln. Alsagoff, 82000 Pontian, Johor

Telefon: –

Selera Tradisi Catering
Sumber foto: google map

Kebiasaannya, makanan tradisi turun-temurun hanya dapat ditemui ketika musim perayaan namun kini tidak lagi.

Bagi sesiapa yang mencari lauk-pauk best hari raya bolehlah menjamu selera di Selera Tradisi Catering. Dijamin menyelerakan selera makan anda!

Antara menu hari raya yang boleh didapati di sini ialah ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, ayam masak merah dan burasak.

Waktu operasi: Khamis – Selasa (11 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp

Pontian Seaside

Taman tepi laut di Pontian

Alamat: Pontian Seaside, 82000 Pontian District, Johor

Telefon: –

suasana tepi pantai di Pontian
Sumber foto: google map

Tambak Pantai Pontian iaitu Pontian Seaside merupakan destinasi yang terkenal dengan taman tepi pantai di kalangan pengunjung untuk beriadah.

Ia tersedia berbagai fasiliti seperti taman permainan, laluan pejalan kaki, kiosk makanan segera, tandas dan restoran.

Di samping itu, sambil beriadah mahupun bersenam, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan laut yang luas terbentang.

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Sinar Eco Resort

Resort di Pontian

Alamat: Lot 2346 GM 2535 Kg. Sungai Molek Mukim Jeram Batu Pekan Nanas, 81500 Pontian, Johor

Telefon: 013-7572434

Resort menarik di Pontian
Sumber foto: google map

Mencari tempat penginapan menarik di Pontian berserta aktiviti terbaik di sini? Sinar Eco Resort merupakan lokasi ideal untuk anda.

Terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit menjadikan pusat penginapan bertaraf resort ini sebagai penginapan lain dari yang lain.

Selanjutnya, menunggang kuda, menaiki atv, menaiki ‘buggy’, memanah, berkayak dan berakit merupakan aktiviti outdoor best yang boleh dilakukan di sini.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi:

Lata Seri Pulai

Tempat menarik untuk keluarga di Pontian

Alamat: 4, Jln Kampung Melayu Raya, Jalan Rizab 1, 81500 Pekan Nanas, Johor

Telefon: –

port penginapan terbaik untuk keluarga di pontian
Sumber foto: google map

Mencari port terbaik untuk keluarga di Pontian? Jom ke Lata Seri Pulai yang mempunyai tempat mandi di Pontian dan pusat penginapan untuk menginap.

Selain itu, kolam renang luas dan gelongsor serta kolam khas untuk memancing merupakan antara tarikan terbaik di sini.

Tambahan pula, penginapan jenis rumah kayu tradisional, banglo dan chalet turut tersedia di sini.

Lain daripada itu, aktiviti yang boleh dilakukan di sini iaitu memancing, menaiki atv, barbeku dan berbasikal.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

El-Dhuha Campsite

Tempat menarik untuk camping di Pontian

Alamat: El-Dhuha Campsite, 81500 Kulai, Johor

Telefon: –

lokasi camping menarik pontian untuk rakan-rakan
Sumber foto: google map

Bagi anda yang suka menggembara dan aktiviti camping bolehlah menuju ke El-Dhuha Campsite.

Ia merupakan tapak perkhemahan yang terletak berhampiran Air Terjun Gunung Pulai 2 dan turut menyediakan sewaan khemah.

Selain itu tapak ini sesuai sebagai tempat mandi di Pontian dengan adanya kolam mandi dan air terjun, berkelah, barbeku serta banyak lagi aktiviti menarik menanti pengunjung.

Bayaran:

  1. Berkelah (RM 10 untuk dewasa & RM 5 untuk kanak-kanak)
  2. Berkhemah (1 tapak RM 70 untuk 2 hari 1 malam)
  3. Sewaan khemah untuk 2 hari 1 malam (RM 50 – RM 250)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

KW Caravan Park And Cabin Stay

Karavan dan kabin di Pontian

Alamat: Lot 148, Jalan Parit Pinang, 82200 Benut, Johor

Telefon: –

penginapan cabin yang menarik pontian
Sumber foto: Facebook @KW Caravan Park And Cabin Stay, google map

Jarang sekali kan dengar tempat penginapan seperti karavan di Malaysia ini? Jika anda berkunjung di Pontian, bukan setakat karavan sahaja malah penginapan dalam kontena turut ada di sini.

KW Caravan Park And Cabin Stay sebagai tempat penginapan menarik di Pontian menyediakan 16 buah kabin kontena serta perkhidmatan dan jualan karavan.

Lain daripada itu kawasan penginapan ini turut disediakan kolam renang untuk mandi-manda. Menarik bukan?

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

Haidat Fish Breeding

Tempat menarik untuk memancing di Pontian

Alamat: Jalan Kukup, 82300 Kukup, Johor

Telefon: –

port memancing menarik di pontian
Sumber foto: Facebook @Haidat Fish Breeding

Jika anda ‘kaki pancing’, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memancing di Haidat Fish Breeding.

Untuk menuju ke destinasi ini, pengunjung akan menaiki bot dari Terminal Feri Antarabangsa Kukup bagi ke sangkar ikan yang berdekatan.

Di samping itu, terdapat pelantar ikan yang disediakan untuk memancing pelbagai spesies ikan air masin.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5.30 petang)

0 comments:

Post a Comment

loading...