Jom jalan Kluang dengan cuaca Johor yang redup di tempat menarik di Kluang yang merupakan salah 1 daripada 10 daerah di Johor.
Sejarah Kluang wujud daripada perkataan ‘keluang’ iaitu spesies kelawar yang banyak pernah mendiami di daerah ini pada suatu ketika dahulu.
Selain itu, Kluang yang terdiri daripada 11 mukim ini dikelilingi oleh daerah Segamat, Batu Pahat, Pontian, Kulai Jaya, Kota Tinggi dan Mersing.
Tambahan pula, meskipun daerah ini tidaklah terkenal dengan pemandangan pantai yang cantik namun ia terkenal di dalam bidang jubin dan pertanian organik.
Senarai tempat menarik di Kluang
Walaupun Kluang tidak begitu terkenal untuk melihat pemandangan pantai, namun terdapat tempat terbaik untuk mengetahui sejarah kluang dan kluang coffee.
Berikut disenaraikan 16 tempat menarik untuk jalan Kluang yang disediakan khas untuk merancang percutian anda.
Lain daripada itu, turut disajikan lokasi menarik berhampiran daerah Kluang iaitu di daerah Batu Pahat dan Kota Tinggi.
UK Farm Kluang
Ladang ternakan kambing dan biri-biri terbesar di Kluang
Alamat: Projek Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor
Telefon: 07-7597555
Ladang ternakan terbesar di UK Farm Agro Resort seluas 100 ekar ini membolehkan kenderaan seperti bas mini untuk membawa pelancong masuk ke sini.
Suasanya ala-ala kampung pasti membuat pengunjung berasa teruja meneroka kawasan ini seperti menggembala kambing dan menunggang kuda.
Bukan itu sahaja malah aktiviti membuat jus buah markisar dan menanam secara hidroponik pun boleh dibuat di sini.
Selanjutnya, bagi pengunjung yang ingin merasa menu berasaskan hasil segar dari ladang bolehlah berkunjung ke sini.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: –
Kluang Mall
Shopping mall di Kluang
Alamat: Jln Rambutan, Taman Suria, 86000 Kluang, Johor
Telefon: 07-7726655
Untuk kaki shopping, tidak lengkaplah kalau bercuti di mana-mana negeri tetapi tidak singgah di mall negeri tersebut.
Jadi dengan cuaca Johor yang mungkin agak panas mari jalan Kluang ke tempat berhawa dingin iaitu di Kluang Mall.
Ia menempatkan pelbagai outlet kedai seperti pakaian H&M dan Uniqlo, restoran, pusat hiburan, pusat sukan serta aksesori khususnya untuk kaum hawa.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Galeri Terompah Mastor
Galeri di Kluang
Alamat: Lot 3406, Kampung Parit Hassan, Jalan Benut – Simpang Renggam, 86200 Kluang, Johor
Telefon: –
Bagi anda peminat tegar terompah, Galeri Terompah Mastor merupakan kawasan wajib singgah.
Ribuan terompah dengan elemen Jawa klasik didatangkan pelbagai warna dan corak yang ditampilkan semestinya mampu menambat hati sang pembeli.
Lain daripada itu, sandal kulit, tali pinggang, topi ala-ala koboi dan barangan cenderahati yang menarik turut terdapat di sini.
Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Gunung Lambak
Tempat menarik untuk keluarga di Kluang
Alamat: Gunung Lambak Recreational Forest, 86000 Kluang, Johor
Telefon: –
Gunung Lambak merupakan destinasi yang ditempatkan di dalam taman rekreasi yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga di Kluang.
Hal ini kerana, terdapat taman tema air dan laluan pejalan kaki yang boleh dituju untuk ahli keluarga yang tidak meminati aktiviti lasak mendaki gunung.
Untuk sampai ke puncak dan turun dari gunung ketinggian 510m ini mengambil masa kira-kira 5-7 jam yang bergantung kepada stamina masing-masing.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Gunung Belumut
Tempat hiking di Kluang
Alamat: Gunung Belumut Recreational Forest, Johor
Telefon: –
Gunung Belumut merupakan gunung tertinggi di Kluang dengan ketinggian 1010m yang sesuai untuk ‘kaki hiking’.
Disebabkan gunung ini agak tinggi, pengunjung dinasihatkan untuk membawa jaket tebal kerana cuaca Johor di puncak gunung amatlah sejuk.
Selain itu, gunung ini menempatkan 4 checkpoint untuk pengunjung berehat sebentar sebelum meneruskan pendakian.
Kemudian, setibanya di puncak pemandangannya amat indah yang bukan sahaja dapat melihat pemandangan pantai malah pemandangan di sekitar bandar Kluang.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Kluang Rail Coffee
Tempat menarik yang nostalgik di Kluang
Alamat: KTM, Jalan Station, 86000 Kluang, Johor
Telefon: –
Kluang coffee di Kluang Rail Coffee yang bertapak di sebelah landasan keretapi Kluang sejak tahun 1983 adalah tempat nostalgik untuk disinggah.
Ia merupakan kawasan tumpuan pengunjung yang menyediakan minuman kopitiam asli yang sedap sambil didengari bunyi keretapi lalu.
Sememangnya agak nostalgia ala-ala zaman lampau! Selain kopi, turut disediakan makanan seperti nasi lemak, roti bakar dan telur separuh masak.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (7 pagi – 6 petang)
La Dairy Goat Farm
Taman haiwan ternakan di Kluang
Alamat: No. 160, Jalan Yap Tau Sah, Kampung Yap Tau Sah, 86000 Kluang, Johor
Telefon: 07-7878676
Haiwan ternakan seperti kambing, lembu, ayam, itik dan sebagainya ditempatkan di La Dairy Goat Farm iaitu sebuah taman haiwan ternakan.
Selain itu, bagi anda penggemar susu kambing juga boleh mendapatkan susu kambing segar dari ladang yang dijamin tidak berbau hamis.
Untuk makluman anda, pelbagai manfaat yang diperoleh apabila meminum susu kambing iaitu melembabkan dan mencantikkan kulit serta menguatkan tulang.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat & Ahad (8.30 pagi – 5 petang)
- Sabtu (12 tengahari – 4.30 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web
Zenxin Organic Park
Ladang organik di Kluang
Alamat: 47A & 47B, Batu 9, Jalan Batu Pahat, Kluang, 86000 Kluang, Johor
Telefon: –
Zenxin Organic Park adalah sebuah ladang organik yang menjadi pengeluar pelbagai bahan makanan organik terutamanya kepada penduduk Malaysia dan Singapura.
Ladang yang dibuka pada umum sekitar tahun 2001 ini banyak berkongsi ilmu bercucuk tanam dan pemakanan yang sihat kepada pengunjung.
Misalnya, proses cara-cara buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam dan dijaga dengan rapi sehingga membuahkan hasil dengan 4 prinsip penuaian organik.
Selain itu, untuk meneroka di sekitar ladang ini pengunjung boleh memilih samada berjalan kaki mahupun berbasikal.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8 pagi – 5 petang)
Kluang Street Art
Seni jalanan di Kluang
Alamat: 25, Jalan Merdeka, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Telefon: –
Kebanyakan negeri seperti Pulau Pinang mempunyai lukisan jalanan, namun tidak kurangnya di Kluang turut ada Kluang Street Art.
Ia menampilkan pelbagai lukisan mural berbeza-beza di setiap dinding bangunan sepanjang 250m yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Selain itu, untuk anda ‘kaki gambar’ di sini merupakan port terbaik untuk bergambar dengan lukisan-lukisan yang cantik.
Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
Laman Kreatif Kluang
Tempat bergambar di Kluang
Alamat: 1956, Jln. Dato Kaptain Ahmad, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Telefon: –
Selain Kluang Street Art, Laman Kreatif Kluang sebagai hub seni Kluang tidak kurang hebatnya.
Pelbagai hasil seni lukisan mural ditempatkan di sini yang kebanyakannya menceritakan sejarah Kluang dan keunikan negeri selatan semenanjung ini.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk kunjungi di sini.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
Kluang Container Hotel
Hotel berkonsepkan kontena di Kluang
Alamat: Lot 10943, Jalan Dua, Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor
Telefon: 07-7785679
Mencari penginapan yang unik dan terbaik di Kluang? Kluang Container Hotel merupakan destinasi yang tepat untuk menginap.
Hotel berkonsepkan kontena ini menyediakan kolam renang yang besar dan gelongsor air khususnya untuk kanak-kanak bermain.
Selain itu, kawasannya yang agak luas amat sesuai untuk menganjurkan family day mahupun majlis perkahwinan.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
Taman Tasik MPK Kluang
Taman awam di Kluang
Alamat: Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan, 86000 Kluang, Johor
Telefon: –
Taman Tasik MPK Kluang lazimnya menjadi destinasi pilihan pengunjung setempat untuk beriadah terutamanya di hujung minggu.
Berjoging, bersenam, berkelah di sekitar tasik dan membawa anak-anak bermain di taman permainan merupakan aktiviti kebiasaan pengunjung di sini.
Selain itu, taman yang dibuka 24 jam ini dilengkapi dengan cahaya lampu pada waktu malam. Oleh itu, untuk pengunjung yang suka berjoging pada waktu malam di sini merupakan lokasi yang sesuai.
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
Hairee Food Industry
Kudapan di Kluang
Alamat: Jln Parit Ismail, 82200 Benut, Johor
Telefon: –
Mencari kudap-kudapan ataupun ole-ole untuk dibawa pulang? Jangan lupa untuk singgah di Hairee Food Industry.
Pelbagai jenis kudap-kudapan seperti kerepek dan biskut yang dijual di sini yang mampu membuat anda rambang mata untuk membeli.
Antara kerepek yang biasa menjadi pilihan pengunjung ialah kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas dan kerepek pisang.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 malam)
Kilang Kopi Kluang
“Kopi Cap Televisyen” di Kluang
Alamat: 76, Jalan Besar, Kampung Yap Tau Sah, 86000 Kluang, Johor
Telefon: –
Kluang Coffee Powder Factory yang terkenal dengan jenama produk “Kopi Cap Televisyen” ini diperkenalkan oleh Encik Goh Tong Tor pada tahun 1966.
Ia adalah sebuah kilang di mana pengunjung dapat melihat proses pembuatan kopi dari awal sehingga ke prosese pembungkusan yang diiringi oleh taklimat dari pekerja di sini.
Setelah itu, pengunjung boleh menikmati white coffee mahupun black coffee bersama nasi lemak dan roti bakar di kafe yang tersedia di dalam kilang ini.
Seterusnya, pengunjung boleh membeli pelbagai kopi-kopi yang dijual sebagai ole-ole untuk dibawa pulang ke rumah.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)
- Sabtu (8.30 pagi – 4.30 petang)
- Ahad (9.30 pagi – 4.30 petang)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp
Wet World Batu Pahat
Tempat menarik di Batu Pahat
Alamat: 15, Jalan Seroja Jaya 2, Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 07-4336060
Mari melanjutkan perjalanan ke tempat menarik di daerah berdekatan Kluang iaitu daerah Batu Pahat.
Sebuah taman tema air untuk mandi-manda iaitu Wet World Batu Pahat menempatkan kolam renang besar dan gelongsor pelbagai saiz.
Selain itu, ia turut menempatkan kolam mandi yang bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk golongan dewasa juga.
Meskipun ia tidaklah sebesar seperti di Sunway Lagoon, namun terdapat pelbagai tarikan seperti Kiddy Pool, Big Splash, Mini Waterfall, Wave Pool dan Swan Boat.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Jambatan Kota Tinggi
Tempat menarik di Kota Tinggi
Alamat: Jalan Besar, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Telefon: –
Tempat menarik lain yang berhampiran dengan daerah Kluang ialah Jambatan Kota Tinggi iaitu sebagai mercu tanda di daerah Kota Tinggi.
Tambahan pula, jambatan ini berperanan sebagai untuk menghubungkan jalan kepada penduduk ke kota ataupun ke Johor Bahru.
Setelah ia dibina kira-kira tahun 1930, menjadikan ekonomi dan pembangunan di Kota Tinggi bertambah maju membangun.
Lain daripada itu, di sini merupakan tempat best untuk melihat keindahan matahari terbit dan terbenam.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
0 comments:
Post a Comment