loading...

Tuesday, 2 August 2022

17 Tempat Menarik Di Sepang Bandar Cyberjaya

Pada asalnya, Sepang Selangor merupakan daerah yang agak terpencil namun kini banyak tempat menarik di Sepang.

Bandar Cyberjaya ini dikelilingi oleh daerah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Langat.

Kawasan ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan terbahagi kepada 3 mukim iaitu Dengkil, Labu dan Sepang.

Senarai tempat terkenal di Sepang

Tahukah anda kawasan Sepang Selangor amat dikenali sehingga ke persada dunia?

Misalnya, lapangan terbang utama negara di Asia Tenggara iaitu KLIA dan tapak perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Berikut 17 tempat menarik di Sepang, pantai di Sepang, tempat menarik di Dengkil dan kawasan berhampiran iaitu Hulu Langat.

Pantai Bagan Lalang

Pantai di Sepang

Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor

Telefon: –

Pantai cantik di Sepang
Sumber foto: google map

Pantai di Sepang iaitu Pantai Bagan Lalang merupakan pantai yang sentiasa meriah dengan pengunjung.

Menariknya di sini ketika air surut, pengunjung boleh berjalan sekitar 300m – 400m ke tengah laut untuk rasai sendiri pengalaman menangkap ketam dan kerang.

Selanjutnya, aktiviti lain seperti berkelah, bermain layang-layang, barbeku, berkhemah dan menunggang kuda merupakan tarikan pengunjung ke sini.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Avani Gold Coast Sepang

Chalet terapung di Sepang

Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Telefon: 03-31823600

Avani Gold Coast Sepang
Sumber foto: google map

Alami tempat penginapan bertaraf chalet terapung yang menarik di Avani Gold Coast Sepang. Chalet ini terkenal sebagai destinasi pilihan penginapan untuk pasangan mahupun keluarga.

Keunikan yang ada pada chalet ini ialah dari pandangan udara ia kelihatan seperti sebatang kelapa sawit.

Pelbagai kemudahan yang disediakan di chalet yang menempatkan 315 unit bilik ini seperti tempat makan dan kolam renang.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Restoran Bayu Malam

Tempat makan malam di Sepang

Alamat: Avani Sepang Goldcoast Resort, lot 980 jalan pantai, 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor

Telefon: –

Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood
Sumber foto: google map

Restoran Bayu Malam merupakan tempat makan malam yang best untuk menjamu selera. Ia terletak hanya 5 minit dari pusat penginapan Avani Gold Coast Sepang.

Selain itu, restoran ini menyajikan pelbagai menu ikan bakar dan makanan laut segar yang mampu mengenyangkan perut anda.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (5 petang – 1 pagi)

Litar Antarabangsa Sepang

Sukan permotoran antarabangsa di Sepang

Alamat: 27, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-92128338

Litar Antarabangsa Sepang
Sumber foto: google map

Litar Antarabangsa Sepang merupakan tempat menarik di Sepang yang terkenal di persada antarabangsa.

Selain itu, litar yang dibina pada tahun 1998 ini dibina dengan ciri moden dan sarat dengan teknologi yang canggih.

Tambahan pula, litar ini acapkali menjadi tuan rumah untuk acara dalam sukan permotoran seperti Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan Formula 1.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 6 petang)

Go-Kart di Sepang

Tempat menarik untuk remaja di Sepang

Alamat: 344, Sepang F1 Circuit, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: –

Go-Kart di Sepang
Sumber foto: google map

Khas untuk para remaja yang gemar akan aktiviti lasak dalam bidang permotoran di Sepang Selangor. Sewaan kereta go-kart dan bermain di atas litar disediakan di Go-Kart di Sepang.

Pengunjung boleh memilih jenis kereta yang disediakan di sini seperti Double Seater Kart, Cader Kart, 125 cc Kart dan Pro Kart.

Lain daripada itu, aktiviti yang dikendalikan oleh City Karting ini turut terdapat cawangan lain di Shah Alam dan Langkawi.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Lapangan terbang utama Malaysia di Sepang

Alamat: Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-87762000

KLIA lapangan terbang utama yang menarik di Sepang
Sumber foto: google map

KLIA atau KLIA II sememangnya tidak lekang dengan kedatangan pengunjung yang datang dan pergi dari dalam mahupun luar negara.

Mana tidaknya, lapang terbang ini merupakan lapangan terbang antarabangsa paling utama di Malaysia. Selanjutnya, ia terletak hanya 45km dari selatan bandaraya Kuala Lumpur.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi:

Jeti Wak Sempuh

Tempat menarik untuk memancing di Sepang

Alamat: Unnamed Rd, Kampung Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor

Telefon: –

Jeti Bagan Lalang salah satu lokasi menarik untuk bergambar di Sepang
Sumber foto: google map

Berhampiran dengan pantai di Sepang iaitu Pantai Bagan Lalang, Jeti Wak Sempuh amat sesuai untuk aktiviti memancing.

Antara ikan yang selalu dipancing oleh ‘kaki pancing’ ialah siakap, jenahak dan senangin.

Tambahan pula, terdapat kedai yang menjual joran dan umpan dengan harga yang berbaloi.

Waktu operasi:

  1. Selasa – Jumaat (10 pagi – 10 malam)
  2. Sabtu – Ahad (9 pagi – 11 malam)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp

Paya Indah Wetlands

Kawasan ekopelancongan di Dengkil

Alamat: KM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor

Telefon: 03-87687616

Paya Indah Wetlands
Sumber foto: google map

Paya Indah Wetlands merupakan tempat menarik di Dengkil sebagai kawasan ekopelancongan utama di Malaysia.

Selain itu, ia terdiri daripada 3 zon utama iaitu Zon Rekreasi, Pendidikan dan Konservasi. Kawasan seluas 3100 hektar ini mempunyai pelbagai 14 aktiviti menarik untuk diterokai.

Antaranya ialah memerhati burung, aktiviti kebudayaan, memancing, memberi makan kepada badak air dan buaya, menikmati pemandangan di menara tinjau dan banyak lagi.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Muzium Automobil Nasional

Muzium di Sepang

Alamat: Sepang International Circuit, 27, Sepang F1 Circuit, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-87874759

Lokasi menarik Sepang untuk remaja
Sumber foto: google map

Di Sepang juga memiliki muzium iaitu Muzium Automobil Nasional. Dengan berkembangnya industri kenderaan Malaysia, maka muzium ini telah dibina.

Ia mempamerkan berbagai koleksi kereta klasik, motosikal dan kereta import tempatan yang mempunyai sejarah yang tersendiri.   

Antara kereta klasik yang dipamerkan seperti The Brushmobile tahun 1904, Ford Speedster tahun 1923 dan Alvis Tourer tahun 1935.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

KLIA Jungle Broadwalk

Hutan dalam bandar di Sepang

Alamat: Kuala Lumpur International Airport, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: –

tempat menarik KLIA Jungle Broadwalk
Sumber foto: google map

KLIA Jungle Broadwalk yang terletak di dalam KLIA merupakan hutan buatan berkonsepkan hutan di dalam bandar.

Ia direka seperti suasana hutan asli yang dilengkapi dengan kebun bunga, air terjun, tumbuhan menghijau dan titi kayu.

Jika jadual penerbangan anda lambat, maka singgah di sini dahulu sambil menikmati keindahan ala-ala hutan asli.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)

Taman Ekuestrian Putrajaya

Tempat menunggang kuda di Dengkil

Alamat: Jalan Kandang Kuda, Precinct 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03-80008902

Taman Ekuestrian Putrajaya
Sumber foto: google map

Taman Ekuestrian Putrajaya merupakan tempat menarik di Dengkil yang diilhamkan dengan konsep taman dalam bandar.

Taman yang dibuka pada tahun 2006 ini memiliki 70 ekar tasik buatan manusia serta tempat terbaik untuk belajar menunggang kuda. 

Lain daripada itu, taman ini pernah menjadi destinasi acara bertaraf dunia seperti Pameran Kuda Piala Siri Premier, FEI Asian World Cup Qualifier dan Sukan SEA 2017.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 6.30 petang)

Aerobar Gamuda Cove

Tempat bersantai di Dengkil

Alamat: Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor

Telefon: –

Aerobar Gamuda Cove di Sepang
Sumber foto: google map

Aerobar Gamuda Cove amat sesuai untuk anda yang tidak gayat dengan ketinggian. Ia merupakan tarikan terbaharu untuk makan secara terapung di udara.

Selain itu, dengan ketinggian hanya 35 meter pengunjung dapat menjamu selera sambil bersantai menikmati pemandangan hijau dan tasik di sekitar kawasan ini.

Tambahan pula, dengan adanya belon udara panas di udara ia seolah-olah seperti di Turki dan Dubai.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat (11 pagi – 7 malam)
  2. Sabtu – Ahad (10 pagi – 8 malam)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Air Terjun Sungai Gabai

Air terjun di Hulu Langat

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Air Terjun Sungai Gabai
Sumber foto: google map

Air Terjun Sungai Gabai yang hanya terletak berdekatan Air Terjun Sungai Congkak memudahkan pengunjung untuk berkunjung ke sini.

Selain itu, kejernihan air di kawasan air terjun ini serta berlokasi strategik di kawasan redup menambatkan lagi hati pengunjung untuk aktiviti perkelahan dan barbeku.

Lain daripada itu, terdapat ikan bakar air tawar yang terletak berdekatan pintu masuk Sungai Gabai yang boleh disinggah untuk menjamu selera.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Kolam Air Panas Batu 16

Kolam air panas di Hulu Langat

Kampung Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Lokasi kolam air panas, tempat menarik di Sepang
Sumber foto: google map

Kolam Air Panas Batu 16 merupakan kawasan persendirian sebagai tempat percuma di Hulu Langat.

Selanjutnya, bilik persalinan dan 10 buah pondok wakaf merupakan antara kemudahan yang terdapat di sini.

Tambahan pula, sumber air panas di kolam air panas ini berpunca daripada tindak balas sulfur di dalam tanah.

Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)

Gunung Nuang

Gunung tertinggi di Selangor

Alamat: Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Gunung Nuang
Sumber foto: google map

Gunung Nuang dengan ketinggian mencecah 1493m ini merupakan gunung tertinggi di Selangor.

Tambahan pula, untuk mendaki gunung ini pengunjung perlu mempunyai stamina yang tinggi kerana laluannya agak berliku.

Selanjutnya, 2 laluan yang disediakan untuk menuju ke puncak iaitu dari Janda Baik dan Hulu Langat.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Bukit Broga

Bukit di Hulu Langat

Alamat: Bukit Broga, Selangor

Telefon: –       

Bukit Broga
Sumber foto: google map

Bukit Broga dengan ketinggian 400m lazimnya menjadi tarikan pengunjung untuk mendaki.

Selain itu, bukit ini amat bersesuaian dengan pengunjung yang baru berjinak dalam dunia hiking. Hal ini kerana, laluan untuk menuju ke puncak amatlah mudah.

Info lain berkenaan Bukit Broga ialah ia dikenali dengan nama Bukit Lalang kerana terdiri daripada lalang dan rumput panjang.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Sungai Congkak

Aktiviti lasak di Hulu Langat

Alamat: Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –       

Sungai Congkak di Sepang
Sumber foto: google map

Anda mencari aktiviti lasak berhampiran Sepang? Skytrex Sungai Congkak merupakan lokasi yang ideal.

Pelbagai aktiviti lasak yang ditempatkan di sini mengikut tahap kesukaran yang diingini seperti jungle trekking, skytrek, flying fox, step bridge, monkey bar, dan fish bone.

Tambahan pula, Skytrek mempunyai cawangan lain iaitu di Melaka dan Langkawi

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

0 comments:

Post a Comment

loading...