Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang sangat unik dengan pelbagai tempat menariknya termasuklah Port Dickson dan Seremban.
Selain itu, negeri Sembilan terletak di pantai barat semenanjung Malaysia.
Masyarakatnya berasal dari Minangkabau, Sumatera Indonesia yang telah bermukim di Malaysia sejak abad ke-14.
Selain budaya masyarakat yang unik, di Negeri Sembilan juga terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati.
Senarai Tempat Menarik Di Seremban Negeri Sembilan
Melalui artikel ini, diharapkan semoga memberi inspirasi untuk anda yang ingin bercuti bersama keluarga dan rakan. Mari bersama-sama kita meninjau tarikan yang terdapat di Negeri Sembilan.
Jika anda ada kesempatan melancong ke sini, boleh lah berkunjung ke tempat-tempat menarik Seremban berikut dan rasai pengalamannya.
Hutan Lipur Ulu Bendul
Tempat mandi dan aktiviti outdoor di Seremban
Alamat: Jalan Seremban-Kuala Pilah, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
Telefon: 017-766 7354
Meneruskan perjalanan selama 21 minit ke Hutan Lipur Ulu Bendul pilihan yang tepat. Keindahan air terjun dan kawasan sekitarnya akan menjadikan hujung minggu keluarga anda lebih menyeronokkan.
Sudah tentu, kolam dengan air terjun semula jadi adalah tarikan utamanya. Banyak pondok disediakan untuk anda berkelah dan berteduh.
Sangat luas dan lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan. Kolam renang juga berasingan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Terdapat juga bilik air, ruang solat, dan tempat mandi. Anda juga boleh menjelajah hutan, berkhemah, berkelah, mendaki Gunung Angsi atau mandi-manda di Jeram Toi.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam
Lorong Seni Seremban
Lukisan mural di Seremban
Alamat: 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: –
Ingin melihat lukisan seni simbolik? Ayuh ke Lorong Seni Seremban. Jangan lupa bawa telefon pintar atau kamera anda!
Di sini anda boleh melihat pelbagai lukisan berwarna-warni yang mewakili budaya di Malaysia. Suasana klasik di Pekan Seremban ini menghidupkan lagi suasana hipsternya di Lorong Seni ini.
Jika anda tidak mengambil swafoto dengan salah satu lukisan yang ditawarkan, anda sangatlah rugi. Apabila anda berpuas hati dengan gambar itu, muat naik ke profil media sosial anda.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
IJM Hillpark
Tempat menarik percuma di Seremban
Alamat: S2 Heights, Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: –
Wah! Seremban pun ada dinosaur! Kanak-kanak pasti suka datang ke sini. Taman ini seluas 30 ekar dan 162m dari aras laut dengan beberapa kemudahan, seperti pondok berteduh, laluan berjalan kaki dan berjoging.
Parking juga disediakan, namun anda mesti berjalan dan mendaki bukit untuk sampai ke puncak. Kanak-kanak juga akan seronok bermain flying foxes, buaian, gelongsor dan banyak lagi.
Taman dinosaur Seremban 2, pilihan ideal untuk melepak bersama keluarga. Anda juga boleh berjoging dan bermain pada waktu petang, mesti best kan!
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 6.30 pagi – 9 malam
Laman Basikal Seremban
Tempat menarik untuk berbasikal di Seremban
Alamat: Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 013-513 0131
Inilah lokasi terbaik di mana kanak-kanak boleh berbasikal dengan selamat di Seremban. Situasi realistik, termasuk lampu isyarat, stesen minyak, balai polis, kedai runcit, perhentian bas dan lain-lain.
Anda juga boleh menerangkan kepada mereka simbol dan peraturan di jalan raya. Tempat menarik di negeri Sembilan ini terletak berhampiran Taman Tasik Seremban.
Mari bawa anak-anak anda keluar untuk masa lapang tanpa perlu risau tentang kesesakan atau mengganggu keseronokan anak-anak anda! Anda boleh menyewa atau membawa basikal sendiri.
Lihat peta | Waktu operasi: 8 pagi – 7.30 petang
Jelita Ostrich Farm
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Seremban
Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-767 0707
Selain dari Pd Ostrich Farm, Jelita Ostrich Farm antara pilihan kedua anda untuk melihat unta yang comel di Negeri Sembilan.
Tempat best ini sesuai untuk anda yang bercuti di Seremban bersama keluarga atau membawa anak kecil. Anak anda boleh menunggang burung unta dan berdiri di atas telur burung unta.
Anda juga boleh bergambar dengan unta dan haiwan lain seperti kambing, kuda dan rusa.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang
Taman Tasik Seremban
Taman rekreasi di Seremban
Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: –
Jika anda ingin merasai aktiviti rekreasi air, maka anda boleh lah singgah ke Taman tasik Seremban.
Di sini selain anda boleh jogging dan bersantai, ada juga disediakan aktiviti air seperti mengayuh bot angsa, main basikal air dan sebagainya.
Semua aktiviti ini lebih seronok jika dilakukan bersama keluarga dan sahabat handai. Yuran di kenakan kepada anda yang ingin merasai aktiviti ini.
Semuanya berpatutan. Dihujung minggu ini anda perlu datang ke sini ya.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 10 malam
Galeri Diraja Tuanku Jaafar
Galeri bersejarah di Seremban
Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-761 9102
Lokasi menarik yang seterusnya, lawati Galeri Diraja Tuanku Jaafar. Galeri ini dibina bagi memperingati DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Beliau menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1967. Pengunjung boleh mengetahui biografi, latar belakang dan sumbangan Allahyarham kepada negeri dan Malaysia semasa hayatnya.
Pameran ini dibahagikan kepada empat Ruang berbeza yang bertaraf antarabangsa. Bagi yang meminati sejarah, eloklah berkunjung ke galeri ini.
Lihat peta | Waktu operasi: 10 pagi – 4:30 petang
Gunung Angsi
Aktiviti hiking di Seremban
Alamat: Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: –
Anda minat aktiviti outdoor? Nikmati pendakian anda di Gunung Angsi yang mempunyai ketinggian 825 meter juga berdekatan dengan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Disebabkan tarikan ini popular di kawasan Seremban, ramai yang datang ke sini. Pemandangan di atas puncak sangat menenangkan!
Pendaki boleh melihat puncak berhampiran seperti Gunung Berembun, Gunung Telapak Buruk, Gunung Datuk, dan Gunung Tampin dari Gunung Angsi.
Dinasihatkan kepada pendaki beginner untuk bermula dari Jalan Bukit Putus kerana ia kurang sukar dan hanya mengambil masa 1.5 hingga 2 jam untuk sampai ke puncak.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Masjid Sri Sendayan
Tempat menarik di Sendayan Negeri Sembilan
Alamat: Masjid Sri Sendayan, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Telefon: 019-696 9871
Masjid Sri Sendayan terletak di salah sebuah daerah Negeri Sembilan bernama Sendayan, yang berhampiran dengan Seremban.
Menariknya lagi, masjid ini dikenali sebagai Taj Mahal Malaysia. Pengunjung pasti akan sangat kagum dengan seni bina Islam yang mengagumkan dan taman hijau yang subur.
Mereka juga boleh bergambar di hadapan masjid yang cantik ini.
Lihat peta | Waktu operasi: 5 pagi – 10 malam
Muzium Negeri Sembilan
Tempat bersejarah di Negeri Sembilan
Alamat: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-763 1149
Pada masa kini, sudah tidak nampak senibina yang bercirikan Minangkabau. Bahkan generasi sekarang hampir tidak tahu tentang keunikan senibina ini. Jika anda berkesempatan, singgahlah ke Kompleks Muzium Negeri Sembilan yang menjadi keistimewaan Seremban.
Di sini, terdapat tiga bahagian bangunanan utama iaitu Teratak Pepatih, Rumah Negeri Sembilan, dan Istana Ampang tinggi (istana negeri Sembilan). Di dalam teratak pepatih, di pamerkan kelengkapan senjata dahulu kala dan alat kelengkapan di raja.
Pengalaman melawat muzium ini akan memberikan pengetahuan baru kepada anda di samping menghayati sejarah masyarakat.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5 petang
Masjid Jamek Seremban
Masjid di Seremban
Alamat: Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 012-692 6839
Masjik unik ini merupakan masjid tertua di Negeri Sembilan. Dibuat sekitar tahun 1900 dan masih kekal sehingga kini. Menarik bukan? Senibinanya juga bukan berasal dari Minangkabau.
Senibina masjid ini dipengaruhi oleh budaya arab kerana pengasasnya seorang pendakwah dari Arab. Masih kukuh sehingga sekarang.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 5 pagi – 10 malam
Popia Kuala Kangsar
Popia basah di Seremban
Alamat: No.11, Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 012-677 5930
Unik dan popular, itulah gambaran popia basah paling sedap di Seremban!
Popia ini asalnya daripada kuala Kangsar Perak. Namun pengusahanya telah membuka gerai popia ini di Seremban agar anda tidak perlu jauh ke Perak untuk merasa kesedapan popia ini.
Gerai ini popular pada waktu malam di Seremban kerana ia dibuka sehingga lewat malam. Malah, gerainya sentiasa penuh dengan pelanggan. Makan satu tak cukup, makan dua pun masih tak cukup.
Lihat peta | Waktu operasi: Isnin – jumaat: 1 petang – 11 malam, ahad (tutup)
Hard Wood Café
Kedai makan best di Seremban
Alamat: No 60, Lot 48, Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 1624
Sudah puas jalan-jalan di Seremban, teringin pula nak makan masakan Negeri Sembilan kan? Di Hard wood café menyajikan masakan kampung yang anda mahukan.
Bercirikan masakan asli Minangkabau yang memukau selera sesiapa sahaja yang makan. Di samping vibe kampung yang menggamit memori, anda boleh merasai masak lemak cili api.
Waktu operasi: Isnin-sabtu: 6 pagi – 6 petang, ahad (tutup)
Lihat peta | Facebook | Whatsapp
The Dusun, Seremban
Resort ada outdoor pool & boleh bbq di Seremban
Alamat: 3437, Jalan, Mukim, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 012-616 2585
The Dusun adalah tempat penginapan yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keindahan pemandangan waktu pagi yang dikelilingi bukit bukau. Stress boleh hilang dan menjadi terapi mental setelah penat di bandar.
Penginapan yang berkonsepkan rumah di dalam dusun sangat menakjubkan. Sangat menyeronokkan apabila meluangkan masa berkualiti bersama yang tersayang di sini.
Mereka juga menyediakan fasiliti yang lengkap termasuk outdoor pool, taman permainan dan ruangan bbq peribadi untuk pengunjung.
Pengalaman tinggal di dalam dusun yang dipenuhi buah-buahan dan haiwan ternakan sangat mengujakan bukan?
Lihat peta | Facebook | Laman web
The Shorea
Resort menarik di Seremban
Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 017-338 5698
Adakah anda ingin merasai penginapan yang tenang di Seremban? Luangkan masa cuti anda dengan menginap di resort unik yang dikenali sebagai The Shorea.
Resort ini juga mempunyai kolam air terjun, kolam renang, dan dek bersantai yang cukup besar. Sama seperti resort lain, The Shorea menawarkan sarapan pagi, tempat barbeku, katering dan dapur di setiap vila yang dilengkapi dengan bahan asas.
Penginapan menarik ini terletak pada ketinggian 3900 kaki dan memberikan pemandangan Hutan Simpan Berembun yang sangat indah dari bilik anda. Selain itu, anda boleh melibatkan diri dalam aktiviti hutan dan mandi di air terjun berdekatan.
Lihat peta | Laman web | Facebook
Palm Mall Seremban
Tempat membeli-belah di Seremban
Alamat: Palm Mall, Level 4, Jalan Sungai Ujong, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-765 6073
The Palm Mall adalah salah satu pusat beli-belah terbesar di Seremban, Malaysia. Pawagam GSC tarikan utama pusat beli-belah ini kerana ia adalah teater terbesar dan paling maju dari segi teknologi dengan 10 skrin dan tiga teater 3-D.
Pusat beli-belah ini menempatkan kira-kira 30 restoran yang popular dengan pembeli, termasuk KFC dan Pizza Hut.
Selain itu, pusat refleksologi dan kecergasan, karaoke serta pusat hiburan juga disertakan. Pusat membeli-belah 5 tingkat ini termasuk trek pejalan kaki berlandskap yang tenang.
Lihat peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 10 malam
Centipede Temple
Kuil dengan patung lipan di Seremban
Alamat: Jalan Temiang, 70200, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, 70200 Seremban
Telefon: 010-310 5880
Kuil Tze, juga dikenali sebagai Kuil Lipan, terletak di Seremban dan terletak di atas Bukit Wu Gong. Untuk ke kuil ini, seseorang mesti menaiki 264 anak tangga. Bahagian tengah kuil ini ialah patung batu lipan.
Di dalamnya juga terdapat patung Lord Yue Lao (Dewa Perkahwinan). Kolam kura-kura dan pavilion yang dikhaskan untuk Guan Di, adalah antara tarikan lain Centipede Temple.
Walaupun merupakan kuil Tao, Kuil Lipan juga mempunyai unsur Cina dan Buddha. Kuil ini juga mempunyai tanglung yang cantik, gendang, loceng Dinasti Qing, dan pintu dengan hiasan yang rumit.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 6.30 petang
0 comments:
Post a Comment