loading...

Wednesday, 17 August 2022

16 Tempat Menarik Di Seberang Perai Penang Yang Best

Pelbagai tempat menarik di Seberang Perai yang dahulunya dikenali sebagai “Province Wellesly”. Selain itu, “Province Wellesly” diambil sempena nama pegawai British iaitu Richard Wellesley.

Sebuah kawasan tanah besar ini terletak bertentangan dengan sebuah pulau lalu membentuk sebuah negeri Pulau Pinang.

Seberang Perai terbahagi kepada 3 daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan yang mempunyai pantai Penang cantik.

3 bandar utama di 3 daerah ini ialah Butterworth, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal yang menjadi tempat menarik di Pulau Pinang.

Senarai tempat best di Seberang Perai Penang

Pelbagai aktiviti di Penang yang best boleh dilakukan di tempat menarik di Pulau Pinang atau dikenali sebagai “Pulau Mutiara” ini.

Antaranya ialah mengunjungi tempat viral di Penang serta pantai tarikan pelancong di Pulau Pinang sebagai tempat lepak Penang.  

Oleh itu, terdapat 16 tempat menarik di Seberang Perai secara keseluruhannya untuk jalan jalan Penang bersama kawan-kawan mahupun seisi keluarga.

Jambatan Pulau Pinang

Jambatan di Penang

Alamat: Penang Bridge, Penang

Telefon: 04-398 7419

Tempat menarik Seberang Perai - Jambatan Pulau Pinang
Sumber foto: google map

Jika anda jalan jalan Pulau Pinang jangan lupa melalui ke jambatan ke-2 terpanjang di Malaysia iaitu Jambatan Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, ia juga menjadi jambatan ke-5 terpanjang di Asia Tenggara serta menghubungkan Bayan Lepas dan Seberang Perai.

Tambahan pula, ia turut menjadi jambatan terawal di dunia iaitu struktur bahagian tengah jambatan menggunakan kabel penahan (cable-stayed bridge). 

Di samping itu, Larian Jambatan Pulau Pinang diadakan saban tahun di jambatan ini.

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Taman Burung Pulau Pinang

Taman burung terbesar di Malaysia

Alamat: Jalan Todak Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang

Telefon: 04-399 1899

Tempat menarik Seberang Perai -Taman Burung Pulau Pinang
Sumber foto: google map

Taman Burung Pulau Pinang sesuai sebagai tempat yang ingin travel bersama kawan ketika jalan jalan Pulau Pinang ini.

Ia merupakan taman burung terbesar dan pertama di Malaysia yang mampu memuatkan 3000 burung terdiri daripada 300 jenis berlainan spesies.

Bukan itu sahaja, malah ada juga haiwan lain iaitu buaya, kura-kura dan kancil yang ditempatkan di sini.

Tambahan pula, taman ini sesuai untuk dijadikan tempat lepak Penang di air terjun buatan yang terdapat di sini sambil memerhati flamingo serta pelikan di sini.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Instagram | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 6 petang

Hutan Lipur Bukit Panchor

Aktiviti outdoor di Seberang Perai

Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Telefon: 04-593 2977

Tempat menarik Seberang Perai - Hutan Lipur Bukit Panchor
Sumber foto: google map

Mencari aktiviti di Penang sebagai tempat menarik di Pulau Pinang?

Hutan Lipur Bukit Panchor sesuai dikunjungi sebagai tempat yang ingin travel bersama kawan untuk melakukan aktiviti outdoor.

Antara aktiviti best yang boleh dilakukan di sini ialah berkhemah, jungle trekking serta meneroka di sekitar gua kediaman kelawar. Menarik bukan?

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 petang

Pulau Aman

Pulau di Seberang Perai

Alamat: Pulau Aman, Penang

Telefon: –

Tempat menarik Seberang Perai -Pulau Aman
Sumber foto: google map

Sebuah pulau dan pantai tarikan pelancong di Pulau Pinang yang terkenal ialah Pulau Aman.

Ia merupakan tempat menarik di Seberang Perai yang sesuai sebagai tempat yang ingin travel bersama kawan yang tidak sesak dengan pengunjung.

Selain itu, anda boleh jalan jalan Pulau Pinang di sekitar pulau ini iaitu Telaga Emas, Gedung Peluru, Gua Perompak dan Makam Purba.

Bukan itu sahaja, bahkan aktiviti di Penang seperti berkayak, jungle trekking dan memancing boleh juga dilakukan di sini.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Kelip-Kelip Nibong Tebal

Tempat menarik waktu malam di Seberang Perai

Alamat: 2934, Jalan Teluk Ipil, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Telefon: –

Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal
Sumber foto: Facebook @Amazing Nibong Tebal firefly jetty

Kehadiran kelip-kelip di kawasan bersempadan dengan Parit Buntar ini semestinya menjadi aktiviti menarik pada waktu malam.

Tempat viral di Penang iaitu Kelip-Kelip Nibong Tebal menawarkan tarikan mengembara di sepanjang sungai bagi menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan ini.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan agar tidak berbuat bising yang boleh menjejaskan kelip-kelip hilang dari pandangan anda.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 7.30 malam – 9.30 malam

Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk terkenal di Penang

Alamat: Lorong Iks Tasek 4, Kawasan Iks Tasek, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Telefon: 04-588 3781

Jeruk Madu Pak Ali
Sumber foto: google map

Tidak sahlah jika Jeruk Madu Pak Ali tidak tergolong sebagai tempat viral di Penang kan?

Bagi penggemar jeruk terbaik, jangan lupa hadir ke sini sekaligus boleh menjadikan jeruk ini sebagai ole-ole bercuti di Seberang Perai.

Untuk makluman anda, jeruk ini mempunyai banyak kelebihan iaitu halal, pengunaan madu dan gula bermutu tinggi serta tidak mengakibatkan sakit tekak.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 6 petang

Projek Pemprosesan Belacan

Belacan di Seberang Perai

Alamat: Projek Pemprosesan Belacan, Kumpulan Nelayan Pulau Aman, 14100, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Penang

Telefon: –

Projek Pemprosesan Belacan
Sumber foto: Facebook @Belacan dmd Pulau Aman

Umum mengetahui bahawa negeri Melaka amat terkenal dengan perusahaan belacan, namun tidak kurang hebatnya di Seberang Perai turut ada belacan tau!

Terletak berhampiran pulau dan pantai penang cantik, ia menempatkan pusat pemprosesan belacan dari awal sehingga siap dibungkus menjadi seketul belacan.

Jadi bagi anda yang ingin melihat dan membeli belacan yang murah bolehlah berkunjung ke sini.

Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi:

Kilang Gamat Seberang Perai

Gamat di Seberang Perai

Alamat: No.70 Pulau Aman, 14100, Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Telefon: 04-530 9115  

Kilang Gamat Seberang Perai
Sumber foto: pulauamanhomestay-peaceful.blogspot.com, Facebook @ Pembekal GAMAT

Selain bertandang ke kilang perusahaan belacan dan jeruk, anda juga boleh berkunjung ke kilang penghasilan gamat.

Rata-rata pengunjung yang berkunjung di Pulau Pinang mahupun Seberang Perai membeli berbotol-botol minyak gamat untuk dibawa pulang. Hal ini kerana, harga minyak gamat yang dijual amatlah berpatutan.

Selain itu, di kilang gamat ini pengunjung boleh menyaksikan proses penghasilan gamat selain menjadi minyak ia juga boleh menghasilkan produk yang lain.

Antaranya ialah balm dan air gamat yang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Empangan Mengkuang

Empangan terbesar di Penang

Alamat: P133, Kampung Mengkuang, 14000 Kubang Semang, Pulau Pinang

Telefon: –

Empangan Mengkuang
Sumber foto: google map

Empangan terbesar di Penang iaitu Empangan Mengkuang telah berjasa kepada penduduk Pulau Pinang sejak 1985 lagi.

Selain itu, berjoging dan berkayak serta menikmati kehijauan alam semulajadi yang segar merupakan aktiviti menarik yang seringkali dilakukan di sini.

Tambahan pula, destinasi ini pernah berperanan sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Tahunan Perahu Naga iaitu acara sukan air peringkat negeri.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam

Taman Tunku

Taman rekreasi di Seberang Perai

Alamat: Lorong Tenggiri, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

Telefon: –

Taman Tunku
Sumber foto: google map

Taman Tunku merupakan taman rekreasi yang sesuai sebagai tempat lepak Penang terutamanya pada waktu petang.

Selain itu, taman permainan dan trek berjoging merupakan fasiliti yang disediakan bagi penduduk setempat.

Tambahan pula, berjoging dan bersenam merupakan aktiviti kebiasaan penduduk setempat di sini.  

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Taman Negeri Bukit Panchor

Tempat menarik di Seberang Perai Selatan

Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Telefon: 04-593 2977

Taman Negeri Bukit Panchor
Sumber foto: google map

Jika anda berada di Seberang Perai Selatan, jangan lupa singgah di Taman Negeri Bukit Panchor.

Taman berkeluasan 155 hektar ini adalah sempadan negeri Kedah.

Antara perkara berfaedah yang boleh dilakukan di sini ialah mandi-manda di sungai dan kawasan lapang yang ada sesuai untuk berkelah.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam

Pantai Bersih

Pantai di Penang

Alamat: Jalan Pantai Bersih, 13000 Butterworth, Pulau Pinang

Telefon: –

Pantai Bersih
Sumber foto: Instagram @kavi2707_, @nickyooi, @i.love.penang, @lee.chin.kuan

Pantai Bersih merupakan pantai Penang cantik dan terkenal sebagai pantai tarikan pelancong di Pulau Pinang.

Selain itu, sesuai dengan nama yang diberi semestinya tahap kebersihan pantai ini dijaga dengan rapi.

Selanjutnya, bagi ‘kaki pancing’ juga boleh memancing dengan tersedia 2 pelantar khas untuk memancing.

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Bukit Katak Tasik Gelugor

Hidden gems di Seberang Perai

Alamat: 14400 Tasek Gelugor, Penang

Telefon: –

Bukit Katak Tasik Gelugor
Sumber foto: google map

Sebuah tempat hidden gems yang kurang dikenali dalam kalangan pengunjung di Tasek Gelugor ini ialah Bukit Katak.

Ia merupakan tapak perlombongan bijih timah dan memerlukan sedikit pendakian untuk tiba di lokasi ini.

Bagi penggemar fotografi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengambil gambar landskap panorama yang indah dari atas bukit ini.  

Lihat Peta | Waktu operasi:

Aziz Mee Udang

Kedai makan viral Penang

Alamat: 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

Telefon: –

Aziz Mee Udang
Sumber foto: google map

Setelah puas berjalan ke sana sini, pastinya perut mulai berkeroncong kan? Jadi apa tunggu lagi, jom menjamu selera ke Aziz Mee Udang!

Selain mee udang, turut disajikan menu yang lain di sini iaitu mee sotong, mee daging, gulai termenung panas, sate dan banyak pilihan menarik. Semestinya mampu membuat anda rambang mata.

Dengan ini, bukan nasi kandar sahaja yang popular di Penang malah mee udang pun sama. Rugi tak cuba!

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Selasa – Ahad: 1.30 tengahari – 11 malam

Butterworth Art Walk

Tempat menarik yang percuma di Seberang Perai

Alamat: 1, Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

Telefon: –

Butterworth Art Walk
Sumber foto: google map

Selain Penang Art Street, Butterworth Art Walk merupakan tempat menarik di Seberang Perai yang percuma.

Lukisan-lukisan di dinding yang cantik ini menampilkan pelbagai penceritaan menarik misalnya berkenaan kebudayaan Malaysia.

Tambahan pula, lokasi ini sesuai untuk anda ‘kaki ootd’ berlatar belakangkan warna-warna lukisan di dinding.

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Taman Rimba Bukit Mertajam

Tempat menarik di Seberang Perai Tengah

Alamat: Jalan Kolam, Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Telefon: –

Taman Rimba Bukit Mertajam
Sumber foto: google map

Taman Rimba Bukit Mertajam merupakan hutan lipur sebagai tempat menarik di Seberang Perai Tengah.

Selain itu, ia juga mempunyai nama lain iaitu Cherok To’Kun dan menempatkan spesies kayu balak yang diancam kepupusan iaitu Meranti Seraya dan Meranti Rambai Daun.

Tambahan pula, taman rimba ini adalah lokasi tumpuan untuk aktiviti lasak seperti mendaki bukit di Jeep Track dan downhill mountain bike.  

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 8 malam

0 comments:

Post a Comment

loading...