Mencari tempat menarik di Semenyih Selangor untuk menjamu selera? Bandar ini mempunyai banyak port makan yang terbaik pilihan pengunjung.
Semenyih agak kurang dikenali dengan kunjungan pelancong dari luar negeri yakni sesuai dengan asal usulnya bermaksud “sembunyi”.
Terdahulu, bandar Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan, namun kini berada dalam Hulu Langat.
Ingin tahu apa lagi yang best di bandar ini? Mari sambung pembacaan anda di sini!
Senarai tempat menarik di Semenyih Selangor
Berbagai jenis menu masakan yang terdapat di bandar Semenyih ini seperti masakan melayu, cina, timur tengah, Jepun dan barat. Wah, macam-macam ada!
Berikut merupakan 15 tempat menarik di Semenyih yang bukan sahaja tempat makan terbaik malah banyak lagi. Jom pakat-pakat ke bandar tersembunyi yang istimewa ini!
Lepaking 2.0
Tempat lepak di Semenyih
Alamat: 497A, Jalan 15, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Sesuai dengan namanya Lepaking 2.0 menjadikan ia port terbaik untuk lepak bersama rakan-rakan sambil makan.
Ia menempatkan banyak gerai makanan di dalam satu tempat dengan persembahan busker sebagai hiburan.
Cakap apa sahaja yang anda inginkan masakan western? Thai? Arab? Semua ada di sini. Tambahan pula, kawasan ini amat luas juga!
Untuk anda yang bercuti secara berkumpulan di bandar Semenyih ini mungkin boleh singgah makan di sini?
Waktu operasi:
- Isnin – Khamis: 5 petang – 1 pagi
- Jumaat – Ahad: 5 petang – 2 pagi
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp
Nasi AJ Semenyih
Masakan pantai timur di Semenyih
Alamat: Bandar Rinching Seksyen 5, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Anda berada di Semenyih yang mungkin rindukan masakan Kelantan? Bolehlah melepaskan kerinduan anda di Nasi AJ Semenyih ini!
Atau anda pertama kali ingin merasa masakan pantai timur ini mungkin boleh cuba nasi ayam cincang?
Untuk makluman anda, nasi ayam cincang adalah sama seperti sahaja nasi kak wok. Lain daripada itu, coconut shake, cendol dan kuih akok turut terdapat di sini.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 10.15 pagi – 7 malam
Nasi Lemak Fareed
Nasi lemak popular di Semenyih
Alamat: Lot 41B, Jalan Semenyih, Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Dah mencuba bermacam-macam nasi lemak di gerai-gerai tetapi rasanya masih tidak memuaskan? Apa kata anda cuba nasi lemak popular di Semenyih iaitu Nasi Lemak Fareed?
Lauk pauk yang dihidangkan bersama nasi lemak sama sahaja seperti kebiasaan. Namun menariknya tambahan lauk iaitu sambal sotong dan kerang serta ayam goreng istimewa ala-ala KFC!
Bukan itu sahaja, malah ada berbagai jenis roti canai seperti roti telur, roti milo dan roti salad.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat: 1 petang – 1 pagi
- Sabtu – Ahad: 7 pagi – 1 pagi
Luthfi Tang Kopitiam
Masakan cina muslim di Semenyih
Alamat: 37-1, Jalan Eco Majestic 3A/1, ECOMAJESTIC, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Teringin nak mencuba masakan cina tetapi takut akan status halalnya? Jangan risau! Luthfi Tang Kopitiam ialah restoran masakan cina muslim yang boleh anda cuba.
Antara masakan cina yang boleh anda cuba ialah Pan Mee, Wantan Mee, Kuey Teow Goreng dan dim sum. Sambil makan jangan lupa pekena kopitiam nya memang terbaik!
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Selasa – Ahad: 7.30 pagi – 3 petang
Al Daud Arabic Restaurant
Masakan timur tengah di Semenyih
Alamat: WRXW+5P7, Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Aduh! Tiba-tiba tekak rasa nak makan masakan timur pula? Jom singgah di Al Daud Arabic Restaurant. Antara makanan yang disajikan di sini ialah nasi mandy, shawarma, nasi kabsah, kebab dan roti naan.
Bagi anda penggemar dessert jangan lupa untuk mencuba kunafa! Semestinya terbaik!
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 11 pagi – 11 malam
Papa Sushi Semenyih
Makanan Jepun di Semenyih
Alamat: No 33, Jalan Tps 1/3, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Penggemar sushi sila munculkan diri anda! Mari menjamu selera di Papa Sushi Semenyih! Restoran makanan Jepun ini sememangnya terkenal di bandar Semenyih ini.
Sampaikan Mira Filzah pun pernah menjadi duta jenama sushi ini tau!
Antara sushi kegemaran ramai yang ada di sini ialah tempura, unagi bon bon dan salmon sushi dengan harga serendah RM 1 sahaja.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 10.30 pagi – 10 malam
Shaqhel’s Kitchen
Masakan western di Semenyih
Alamat: 13-G, Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Shaqhel’s Kitchen sememangnya tempat menarik di Semenyih yang terkenal dengan masakan western dan kampung.
Antaranya ialah chicken chop, lamb chop, pasta, burger, nasi serai dan mee bandung.
Bukan itu sahaja, malah tempatnya yang selesa serta servis makanan yang pantas membuatkan pengunjung gemar makan di sini!
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Khamis – Selasa: 5.30 petang – 10.30 malam
Mai Kolam Kitchen
Masakan tradisional melayu di Semenyih
Alamat: Unnamed Road, 43500, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Mencari tempat makanan dengan suasana ala-ala kampung? Mai Kolam Kitchen adalah destinasi tepat untuk anda dengan view kolam lagi tau!
Pelbagai hidangan tradisional melayu seperti nasi goreng, nasi ayam, laksa, nasi impit, satay, cucur disajikan di sini.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Sabtu – Ahad: 7.30 pagi – 11 pagi
Saté Kesuma
Sate di Semenyih
Alamat: Taman Seri Mawar, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Hidangan sate sememangnya amat terkenal di dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tempat ini menyediakan 3 pilihan sate iaitu sate ayam, sate daging dan sate kambing. Apa kata anda cuba rasa kelazatan sate di Sate Kesuma ini?
Selain itu, ditambah lagi dengan kuah kacang, potongan timun dan bawang merah serta nasi impit. Bertambah-tambah selera makan lah jawabnya!
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 6 petang – 10 malam
Warunk Mangoshake Semenyih
Mango shake di Semenyih
Alamat: H-03-01 Ecohill Walk, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Kalau di Melaka ada Mango Float manakala di Semenyih ada Mango Shake. Minuman mango shake di Warunk Mangoshake Semenyih ini menggunakan buah mangga yang segar.
Ia juga mempunyai variasi minuman yang lain seperti “milo mafia” dan “mangoshake mafia”. Best juga kan minum mango shake ni waktu cuaca panas yang dapat menyejukkan tekak!
Selanjutnya, hidangan makanan juga disediakan di sini seperti nasi sotong berapi, nasi ayam berapi, burger dan cheezy funfries chicken pop / meatball
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 11 pagi – 10 malam
Sungai Lalang Hot Spring
Tempat menarik untuk keluarga di Semenyih
Alamat: Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Mencari tempat beriadah seisi keluarga di Semenyih? Sungai Lalang Hot Spring amat sesuai dikunjungi untuk anda seisi keluarga.
Asyik sibuk dengan urusan kerja, jadi masa inilah yang sesuai untuk eratkan silaturahim dengan ahli keluarga kan?
Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik persalinan, ruangan barbeku dan tandas.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 10 pagi & 4.30 petang – 10 malam
Ostrich Wonderland
Tempat menarik untuk kanak-kanak
Alamat: Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Mari jalan-jalan ke Ostrich Wonderland bersama anak-anak anda! Ia merupakan taman penternakan burung unta yang berhampiran dengan Sungai Tekala.
Di samping itu, bukan burung unta sahaja tau yang ada di sini malah arnab, burung merak dan unta turut ada di sini!
Oleh itu, jadikan tempat ini sebagai tempat bercuti menarik di sini agar kanak-kanak terhibur, ibu bapa bahagia!
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Selasa – Ahad: 10 pagi – 6 petang
Lady Bird Organic Farm
Educational tour di Semenyih
Alamat: 1731, Jln Broga, Batu 25, 43500 Semenyih, Selangor
Telefon: –
Anda seorang guru yang sedang mencari tempat untuk educational tour bagi murid-murid?
Kami sarankan untuk anda ke Lady Bird Organic Farm! Di mana pelbagai aktiviti menarik dan berilmu tentang sayur dan tumbuhan yang boleh didapati di sini.
Ia merupakan taman organik dengan tanaman sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau serta ada juga ladybird.
Bukan itu sahaja, malah turut ada perkhidmatan delivery sayur ke rumah anda. Wah, sayur segar dari ladang!
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 7 malam
Empangan Semenyih
Empangan di Semenyih
Alamat: Semenyih, Selangor
Telefon: –
Mencari tempat menarik untuk menikmati keindahan alam? Cuba singgah di Empangan Semenyih dengan pemandangan menghijau!
Empangan ini merupakan antara empangan utama di Lembah Klang yang wujud pada tahun 1985. Ia berperanan untuk menampung bekalan air kepada masyarakat sekitar sehinggalah sekarang.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Air Terjun Sungai Tekala
Air terjun di Semenyih
Alamat: Semenyih, Selangor
Telefon: –
Tidak jauh dari Ostrich Wonderland dan Empangan Semenyih terletaknya Air Terjun Sungai Tekala. Apa kata anda cuba singgah sebentar di sini merehatkan minda dengan mandi-manda di sini?
Selain itu, kanak-kanak boleh mandi-manda di sini kerana air terjunnya yang cetek dan tidak deras.
Tambahan pula, bagi anda yang suka meneroka bolehlah meneroka setiap tingkat yang ada setinggi 7 tingkat di air terjun ini!
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam
0 comments:
Post a Comment