Adakah anda mempunyai rancangan yang menyeronokkan pada hujung minggu ini? Contohnya melawat tempat menarik Genting Highland tetapi tidak pasti apa yang perlu dilakukan atau ke mana hendak pergi?
Jika ya, anda harus membaca artikel ini dengan segera! Kerana kami akan memberitahu anda apa yang telah kami rancang untuk hujung minggu anda di sini. Suhunya juga tidak jauh berbeza dari suhu Cameron Highland.
Genting Highlands antara percutian ideal di Malaysia! Segala-galanya sudah menanti anda, daripada pusat membeli-belah, taman tema Skyworlds yang terbaru sehingga penginapan terbaik di Genting.
Senarai Tempat Menarik Di Genting Highland
Selain terkenal dengan indoor theme parknya dan sebagai pusat peranginan tertinggi di Malaysia, Genting Highlands Pahang sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menyeronokkan untuk diterokai seisi keluarga!
Jom lihat 17 lokasi untuk percutian di Genting Highland Malaysia yang patut anda lawati, termasuk tarikan yang percuma!
Genting SkyWorld Theme Park
Outdoor theme park di Genting Highland
Alamat: Genting SkyWorlds, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Salah satu tarikan paling popular di Genting Highland ialah Genting SkyWorlds. Terdapat 9 dunia berbeza berdasarkan siri filem 20th Century Fox World di Taman Tema SkyWorld.
Antaranya ialah Central Park, Rio, Robot Rivet Town, Andromeda Space Base, dan Eagle Mountain. Anda boleh berseronok di SkyWorlds dengan hampir 26 tunggangan dan tarikan tersendiri.
Selain itu, anda boleh mendapatkan gambar dengan watak animasi kegemaran anda, termasuk Rio dari disney movies dan Mammoth dari zaman ais. Taman tema Genting ini juga ada shopping outlets dan pelbagai jenis restoran.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu Operasi: Setiap hari: 11.00 pagi – 6.00 petang
Skytropolis Theme Park
Indoor theme park di Genting Highland
Alamat: Level 1, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Lawati Skytropolis Fundland, yang terletak kira-kira sejam dari Kuala Lumpur. Indoor themepark ini berkeluasan lebih daripada 400,000 kaki persegi, menjamin keseronokan tanpa henti untuk seisi keluarga!
Di First World Plaza yang terletak berhampiran dengan SkyAvenue, anda boleh menikmati lebih daripada 20 rides termasuk kereta kebal dan roller coaster dalam suasana yang selesa.
Dengan pelbagai tarikan untuk semua peringkat umur, taman tema Genting ini ideal untuk keluarga dan rakan-rakan! Alami pengalaman menaiki carousel nostalgia dan klasik di taman tema!
Jika anda tidak berminat dengan rides, lampu neon dan fun vibe di Skytropolis akan menjadi backdrop sempurna untuk gambar anda.
Waktu Operasi: Setiap hari: 2.00 petang – 9.00 malam
Zombie Outbreak
Pengalaman menyeramkan di Genting Highland
Alamat: Level 4, Sky Avenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Alami pengalaman rumah berhantu yang menyeramkan dan seakan zombi benar-benar wujud di sekeliling anda. Adakah anda cukup berani untuk ke Zombie Outbreak atau hanya menjerit apabila di sana?
Kanak-kanak tidak disarankan untuk dibawa ke sini. Suasana di sini agak menakutkan seakan cerita siri Walking Dead.
Jika anda mencari tempat yang mesra kanak-kanak, bawalah mereka ke Jungle Gym di mana kanak-kanak boleh bermain sepuas hati.
Lihat Peta | Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam
Ripley’s Adventureland
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Genting Highland
Alamat: Level 4, Sky Avenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6436 0690
Antara tarikan pelancong terbaik di Genting Highlands, Ripley’s Adventure sangat disyorkan jika anda melancong ke Genting Highland bersama kanak-kanak.
Ripley’s Believe It Or Not! Adventureland adalah muzium yang luar biasa yang dipenuhi dengan replika pelik, aktiviti menarik dan pameran yang akan menghiburkan anda dan keluarga anda.
Memandangkan terdapat lebih daripada 400 pameran di sini, anda akan mengambil masa beberapa jam untuk melihat segala-galanya. Dua tarikan berdekatan yang mesti dilawati ialah Jurassic Research Centre dan Zombie OutBreak.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam
Lihat Peta | Laman Web | Facebook
Snow World
Luncur ais di Genting Highland
Alamat: Level 2, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Ingin merasai musim sejuk tanpa perlu meninggalkan Malaysia? Lakukan day trip ke Snow World, sebuah perkampungan musim sejuk yang mempesonakan dengan tema Eropah!
Snow World ini bukan sahaja menyeronokkan untuk bermain, tetapi juga bagus untuk mengambil gambar. Contohnya, basikal roti di hadapan kedai Perancis, malah ada prop unik untuk anda bergambar.
Tempat best ini menawarkan salji turun di Genting Highland yang real, istana ais, rumah igloo, perubahan siang ke malam, dan luncur ais. Spot terbaik untuk berseronok bagi kanak-kanak dan orang dewasa!
Genting Strawberry Leisure Farm
Aktiviti keluarga yang popular di Genting Highland
Alamat: No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6100 1152
Berminat ingin petik strawberi? Ada ladang dekat Genting Highlands tau!
Tidak perlu lagi bersesak-sesak di Cameron Highland hanya untuk melawat ladang strawberi! Anda harus tahu bahawa benih strawberi ini datang dari California!
Terdapat taman bunga lavender dan rose yang indah berdekatan jika anda ingin mengambil beberapa gambar swafoto yang menarik.
Tiba-tiba perut anda berbunyi? Nikmati makanan ringan yang lazat dengan tema strawberi di cafe berdekatan!
Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 pagi – 6:30 petang
Lihat Peta | Facebook | Harga Tiket: Dewasa : RM 15, Kanak-Kanak: RM 10
Awana Skyway
Cable car di Genting Highland
Alamat: Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Trip ke Genting Highlands tidak akan lengkap tanpa menaiki Genting Skyway! Dengan menaiki kereta kabel gondola Awana SkyWay selama 10 minit, nikmati udara pergunungan tanah tinggi Genting yang segar.
Sambil mengecas telefon anda di dalam gondola, nikmati pemandangan menakjubkan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun.
Gunakan tiket yang sama serendah RM10, berhenti di Stesen Chin Swee dan melihat Kuil Gua Chin Swee serta persekitarannya yang indah secara percuma.
Waktu Operasi:
- Stesen Chin Swee : Setiap hari: 8.00 pagi – 7.00 malam
- Awana SkyWay : Setiap hari: 7.00 pagi – 11.00 malam
Happy Bee Farm
Spot shopping madu lebah di Genting Highland
Alamat: Lot 6452, Genting View Resorts, KM 11-3, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6100 1000
Ketahui lebih lanjut tentang kitaran hidup serangga dan pembuatan madu di tempat ini.
Terdapat juga banyak serangga rare ditemui dari seluruh dunia yang tinggal di sini. Jangan lepaskan peluang melihat rama-rama berkeliaran dengan bebas di Butterfly Wonderland Genting yang berdekatan.
Inilah salah satu tempat terbaik untuk shopping madu lebah asli!
Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 pagi – 8.00 malam
Harga Tiket: Dewasa: RM 16, Kanak-Kanak: RM 12
Lihat Peta | Laman Web | Facebook
4D Trick Art Museum
Tempat bergambar menarik di Genting Highland
Alamat: Flour 4, SkyAvenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Fantasi mana-mana Instagrammer boleh menjadi kenyataan di 4D Trick Art Museum. Dindingnya dilitupi lukisan yang bertenaga dan kreatif, yang merupakan hasil kerja artis Korea Selatan.
Karya seni ini mencipta peluang foto yang menakjubkan melalui penggunaan ilusi optik. Jadi buat pose terbaik anda dan biarkan jurugambar menangkap semua keseronokan.
Selain itu, karya seni di sini cukup unik walaupun anda tidak berminat untuk mengambil gambar.
Lihat Peta | Waktu Operasi: 10.00 pagi – 8.00 malam
Bona Cinemas
Cinema di Genting Highland
Alamat: Level 1, SkyAvenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 019-214 4124
Adakah anda bosan menonton filem di pawangan tempatan? Terfikir untuk movie trip yang agak berbeza ketika bercuti di Genting?
Apabila anda menonton filem di salah satu teater IMAX atau D-Box, pengalaman menonton filem anda yang seterusnya lebih baik.
Skrin yang lebih luas dan tempat duduk bergerak yang boleh anda sesuaikan serta-merta membenarkan anda mengikuti keseronokan dan aksi seperti yang berlaku pada skrin.
Namun begitu teater ini hanya memfokuskan kepada filem luar negara. Jangan hanya duduk dan menonton filem. Sertai Bona Cinemas untuk pengalaman terhebat!
Lihat Peta | Facebook | Instagram
SeniKome Péng Hēng
Pusat seni dan budaya di Genting Highland
Alamat: Level 4, Sky Avenue, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Pusat seni budaya ini mempamerkan keindahan seni dan budaya di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Anda boleh melihat pertunjukan dan aktiviti tradisional seperti wayang kulit, pembuatan batik, wau dan banyak lagi di sini.
Bermain beberapa permainan tradisional bersama keluarga, seperti tingting, batu seremban, congkak dan lain-lain. Aktiviti ini bukan sahaja membuatkan anda ketawa malah mengimbau kembali zaman kanak-kanak.
Lihat Peta | Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.00 malam
Vision City Video Games Park
Tempat lepak di Genting Highland
Alamat: Lower Lobby, Genting Grand, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-271 81118
Adakah anda bosan dengan tunggangan di taman tema? Jom ke Sky Vr atau pilihan keduanya ialah Vision City Video Game Park.
Sediakan wang secukupnya untuk membeli token dan bermain pelbagai game yang menyeronokkan sambil hangout bersama rakan anda.
Bagi mereka yang sukakan cabaran bolehlah bermain game laser, pac-man atau street fighter. Anda juga boleh menangi hadiah menarik dengan machine claw!
Lihat Peta | Laman Web | Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 pagi – 10.00 malam
Sky Avenue
Shopping mall di Genting Highland
Alamat: Resorts World Genting, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6101 1118
Genting Sky Avenue ialah pusat membeli-belah gaya hidup terbaharu di Genting Highlands dan ia sangat menakjubkan!
Sebelum ini dikenali sebagai First World Indoor Theme Park, kini kompleks ini menampilkan lebih daripada 100 jenama dan kedai, termasuk pilihan tempat makan, cinema, aktiviti keluarga yang menyeronokkan dan banyak lagi.
Anda juga berpeluang melihat SkySymphony Genting, persembahan grafik percuma kepada pengunjung. Anda akan terpukau melihat visual gerakan yang luar biasa dengan alunan muzik yang diubah khas.
Sebaik sahaja anda keluar dari kereta kabel di Stesen Sky Avenue, anda akan menyedarinya. Bersiar-siar di sekitar pusat beli-belah yang luas ini, tanpa sedar masa anda berlalu dalam sekelip mata.
Lihat Peta | Facebook | Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 pagi – 10.00 malam
Genting Highlands Premium Outlets
Outlet mall di Genting Highland
Alamat: KM13, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Telefon: 03-6433 8888
Jika anda suka barangan berjenama, anda harus mengunjungi Genting Highlands Premium Outlets. Pusat membeli-belah ini sentiasa dipenuhi penduduk tempatan dan pelancong asing.
Di sini anda akan temui 150 kedai jenama tempatan dan antarabangsa yang menjual pakaian, aksesori, dan barangan elektronik dengan diskaun sehingga 60%.
Inilah outlet premium kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlet. Apabila anda keletihan dari berjalan kaki dan shopping, bolehlah berehat serta makan di foodcourt berdekatan.
Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 pagi – 10.00 malam
Lihat Peta | Laman Web | Facebook | Instagram
Resort World Genting
Tempat menarik untuk keluarga di Genting Highland
Alamat: Resort World Genting, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Genting Highlands menawarkan pelbagai tarikan, termasuklah kerana cuaca Genting Highland yang berawan dan suhunya yang rendah menjadi salah satu keistimewaanya.
Tempat penginapan menarik di Genting Highland ini menjadikan hujung minggu anda bersama keluarga lebih istimewa.
Resort World Genting mempunyai segala-galanya yang mungkin anda inginkan, sama ada anda mencari penginapan mewah, hiburan malam, restoran mewah, taman tema yang penuh aksi atau percutian dari kesibukan bandar.
Kini, anda boleh bercuti di Genting Highland dengan gembira kerana pelbagai pakej Genting Highland yang berbaloi ditawarkan untuk pengunjung. Nikmati pemandangan bukit berkabus putih dari sini.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web
Awana Golf
Hotel dengan aktiviti flying fox dan golf course di Genting
Alamat: Awana Hotel Resorts World Genting, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Salah satu pusat peranginan yang paling mewah di Genting Highland Pahang ini ialah Resort World Awana di atas bukit berhampiran Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh pergunungan.
Bilik yang bergaya dan selesa ini menawarkan balkoni dengan view padang golf dan gunung yang cantik. Sihatkan badan dengan bersenam di fitness center dan berenang dengan sepuasnya di kolam renang luaran.
Ayu Awana, restoran bertema tropika dan lounge tepi kolam yang pertama di Malaysia, juga terletak di Resorts World Awana.
Jika anda ingin bermain golf atau menyertai flying fox dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di genting Malaysia, ini adalah tempat terbaik untuk melakukannya.
Glamz at Genting
Pengalaman glamping yang menarik
Alamat: 1, Jln Meranti, 69000, Genting Highlands, Pahang
Telefon: 012-664 5269
Adakah anda sanggup bermalam glamping daripada di hotel? Ini adalah pilihan yang hebat untuk anda!
Rumah persinggahan gaya glamping yang diselubungi kabus sejuk pada waktu senja dan subuh yang terletak di kaki bukit Genting Highlands Pahang.
Tempat terbaik untuk berkumpul dengan rakan-rakan, pengembaraan keluarga atau percutian romantis dengan pasangan anda. Nikmati pengalaman glamping yang tersendiri dan chill out yang santai.
Lokasi glamping berinspirasikan alam semula jadi ini menawarkan suasana tenang yang sesuai untuk menghidupkan semula hubungan dengan orang tersayang.
Lihat Peta | Laman Web | Facebook | Instagram
0 comments:
Post a Comment