loading...

Monday, 29 August 2022

15 Tempat Menarik Di Thailand Bercuti Sambil Jalan-Jalan

Melalui jolokan nama ‘Negeri Gajah Putih’ dan ‘Negara Seribu Pagoda’ menawarkan tempat menarik di Thailand untuk bercuti.

Negara yang memiliki tempat yang cantik ini merupakan satu-satunya negara yang bebas dari dijajah oleh negara Eropah.

Selain itu, ‘Thailand’ dalam bahasa Thai bermaksud ‘Tanah Kebebasan’ (Prathet Thai).

Tambahan pula, negara ke-20 dunia yang mempunyai ramai penduduk ini bersempadan dengan negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan

Senarai tempat percutian best di Thailand

Bercuti di Thailand dan honeymoon di Thailand lazimnya menjadi destinasi percutian bajet bagi rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, negara ini mempunyai banyak tempat menarik untuk jalan-jalan serta tempat memborong makanan ringan di Thailand.

Oleh itu, alami pengalaman bercuti di Thailand yang menyeronokkan bersama seisi keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan!

Berikut terdapat 15 tempat menarik di Thailand yang disenaraikan khas untuk anda.

Railay Beach

Pantai di Thailand

Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand

Telefon: –

Tempat menarik Thailand - Railay Beach
Sumber gambar: Paddy Snaps, Travel Life Vibe, TequilaPepita, TexAggie78

Bandar Krabi merupakan tempat yang cantik di Thailand yang menjadi kawasan hotspot pengunjung.

Railay Beach yang terletak di Krabi merupakan pantai yang terkenal dengan pasir pantai yang putih dan kebiruan air laut.

Bukan itu sahaja, malah pantai ini merupakan lokasi awal ketibaan pengunjung sebelum mendaki ke kawasan gunung.

Banyak sebenarnya aktiviti menarik di sini seperti trekking gajah, berkayak, snorkeling dan meneroka Gua Berlian.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Koh Phi Phi

Pulau di Thailand

Alamat: Krabi, Thailand

Telefon: –

Tempat menarik Thailand - Koh Phi Phi
Sumber gambar: Charlotte C, muhammad, 狩野英樹

Jadikan pengalaman bercuti di Thailand yang memiliki tempat yang cantik di Koh Phi Phi.

Pulau ini menempatkan banyak tarikan menarik seperti Koh Phi Phi Don iaitu ‘Pantai Monyet’ dan Maya Bay.

Selain itu, anda boleh berkayak di kawasan ini dengan adanya sewaan kayak yang disediakan. Tambahan pula, terdapat gerai-gerai menjual makanan ringan Thailand yang boleh didapati di sini.

Jadi anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan lagi dah!

Lihat Peta | Waktu operasi:

Grand Palace, Bangkok

Istana bersejarah di Thailand

Alamat: Na Phra Lan Rd, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon, Bangkok 10200, Thailand

Telefon: –

Tempat menarik Thailand - Grand Palace, Bangkok
Sumber gambar: YK Luk, Kyle Bechtloff, Jaro Seco, Min Jun Kang

Umum mengetahui bahawa Bangkok merupakan ibu kota Thailand. Disebalik kepesatan sebuah bandar tersimpan sebuah istana bersejarah di sini!

Grand Palace, Bangkok yang dibina pada tahun 1782 merupakan tempat menarik untuk berjalan-jalan di Thailand.

Ia merupakan bekas tempat kediaman keluarga diraja Thailand yang seluas 214 000 kaki persegi.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8.30 pagi – 3.30 petang

Sunday Walking Street, Chiang Mai

Tempat menarik waktu malam di Thailand

Alamat: Rachadamnoen Rd, Tambon Si Phum, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

Telefon: –

Tempat menarik Thailand - Sunday Walking Street, Chiang Mai
Sumber gambar: We’re here together., Nong Moo, Vivian Wang, MeSkko

Mencari tempat menarik untuk berjalan pada malam hujung minggu? Jom jalan di Sunday Walking Street, Chiang Mai.

Pelbagai hidangan makanan yang boleh didapati di sini termasuklah makanan ringan Thailand.

Jika dah puas berbelanja makanan bolehlah mengunjungi gerai-gerai yang menjual barangan unik sebagai ole-ole!

Antaranya ialah sabun semulajadi, kraftangan penduduk setempat, alat muzik dan hiasan dinding.

Lihat Peta | Waktu operasi: Ahad: 5 petang – 10.30 malam

Pai

Tempat menarik untuk backpacker di Thailand

Alamat: Pai District, Mae Hong Son 58130, Thailand

Telefon: –

Pai
Sumber gambar: Bo Stengard, Pete F, fussyoneLondon, Irenegui

Sebuah perkampungan yang terpencil iaitu Pai seringkali menjadi kunjungi para backpacker untuk bercuti di Thailand.

Selain itu, tempat ini boleh dikatakan sebagai tempat menarik untuk berjalan kerana dihiasi dengan pemandangan yang menarik.

Bukan itu sahaja, terdapat pasar malam yang menjual pelbagai makanan ringan Thailand, cenderamata dan banyak lagi!

Lain daripada itu, Pai turut mempunyai air terjun yang best seperti Pombok dan Mo Paeng.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Taman Negara Khao Yai

Taman negara di Thailand

Alamat: Mu Si, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand

Telefon: +66 86 092 6529

Taman Negara Khao Yai
Sumber gambar: Михаил Вергун, termpong manotham, wachirawit suwan, Irvan Hidayat

Tahukah anda bahawa gajah amat sinonim dan dihormati di Thailand?

Bagi anda yang ingin melihat sekumpulan gajah di sini bolehlah alami pengalaman bercuti di Thailand di Taman Negara Khao Yai.

Selain gajah, taman negara ini menempatkan air terjun, pelbagai spesies burung-burung dan banyak lagi.

Tambahan pula, terdapat tapak perkhemahan yang disediakan bagi anda yang ingin merasakan suasana berkhemah di dalam hutan.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 6 petang

Sukhothai Old City

Aktiviti fotografi di Thailand

Alamat: หมู่ที่ 3 498/12 Mueang Kao, Mueang Sukhothai District, Sukhothai 64210, Thailand

Telefon: +66 55 697 241

Sukhothai Old City
Sumber gambar: Сергей Филин, Suree Sawartsoot, nina kimmy, นายวิมล พันไพรี

Sukhothai Old City adalah kawasan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia seperti di Georgetown dan Melaka.

Untuk makluman anda, majoriti penduduk di Thailand menganut agama Buddha jadi anda boleh lihat banyak penubuhan Wat yang ada di sini.

Bagi anda yang gemar dengan aktiviti fotografi, di sini merupakan tempat paling ideal untuk mengambil gambar.

Meskipun kawasan ini wujud sejak abad ke-13 lagi namun masih berdiri utuh walaupun ada beberapa runtuhan struktur berlaku.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 6.30 pagi – 7.30 malam

Bandar Bersejarah Ayutthaya

Tempat menarik yang bersejarah di Thailand

Alamat: 196 หมู่ที่ 4 Khlong Tho Rd, Pratu Chai Sub-district, Phra Nakhon Si Ayutthaya District, Phra Nakhon Si Ayutthaya 13000, Thailand

Telefon: +66 35 242 286

Bandar Bersejarah Ayutthaya
Sumber gambar: Nga Dao, Hung Xuan, kiki姫

Bagi penggemar sejarah mungkin tidak cukup berkunjung ke satu tempat bersejarah sahaja kan? Bagaimana jika anda berkunjung ke Bandar Bersejarah Ayutthaya pula?

Kawasan ini menempatkan istana lama dan kuil-kuil yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Tambahan pula, semua struktur yang ada di sini dibina pada zaman kerajaan Ayutthaya sebelum terdirinya kerajaan Thai.   

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari: 8.30 pagi – 6.30 petang

Doi Suthep

Kuil di atas bukit di Thailand

Alamat: 9 หมู่ที่ 9 Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

Telefon: –

Doi Suthep
Sumber gambar: Bas EnduroTH, 9Kasem, จงศักดิ์ ตะหมัง, Hans-Joachim Burg

Sebuah lagi struktur bersejarah yang masih utuh berdiri meskipun dibina pada tahun 1383 ialah Doi Suthep.

Ia merupakan kuil terpenting di Chiang Mai yang terletak di atas bukit dan masih digunakan hingga kini! Selain itu, terdapat 2 pilihan untuk menuju ke kuil ini iaitu mendaki 300 anak tangga ataupun menaiki lif.

Di sini anda boleh menyaksikan keindahan dan kehalusan seni rekaan kuil ini yang sungguh menarik.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 8 malam

Pasar Terapung

Pasar terapung di Thailand

Alamat: 51 Damnoen Saduak, Damnoen Saduak District, Ratchaburi 70130, Thailand

Telefon: +66 85 222 7470

Pasar Terapung
Sumber gambar: Casey Hearne, Vasıf Yüceliş, วันชัย มารมย์ , Mohd Haryzal Ismail

Selain dikenali dengan negeri gajah putih, pasar terapung juga turut menjadi trademark di negara ini!

Untuk anda yang ingin jalan-jalan honeymoon di Thailand pun boleh merasai pengalaman berlayar di atas sampan sambil membeli-belah di sini!

Antara barangan yang dijual di sini ialah rempah-ratus, barangan basah, kering dan banyak lagi.

Untuk makluman anda, terdapat 2 lokasi popular pasar terapung di Thailand iaitu Amphawa dan Damnoen Saduak.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 5 petang

Koh Samui

Tempat menarik untuk honeymoon di Thailand

Alamat: Ko Samui District, Surat Thani, Thailand

Telefon: –

Koh Samui
Sumber gambar: Lamai Beach, Patrik, Zbynek Rampacek, Roberts Jarichevskis

Mencari tempat menarik untuk honeymoon di Thailand? Koh Samui mungkin destinasi yang anda cari! Ia merupakan tempat menarik di Thailand untuk bercuti dengan aktiviti-aktiviti yang terbaik!

Berkelah, snorkeling, melawat Taman Rama-Rama Samui dan Patung Buddha disaluti gangsa merupakan senarai aktiviti untuk jalan-jalan di sini.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Umphang

Air terjun terbesar di Thailand

Alamat: อำเภออุ้มผาง, Tak 63170, Thailand

Telefon: –

Umphang
Sumber gambar: waswit panyadilok, ฐิติรัตน์ แก้วมี, ไอ้คล้าว ผจญภัย, pongpan saija

Siapa sangka disebalik hutan yang tebal menempatkan air terjun yang sungguh mendamaikan? Umphang merupakan perkampungan yang bersempadan dengan negara Myanmar.

Ia menempatkan air terjun yang terbesar di negara ini yang dikenali sebagai Tee Lor Su. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak, bermandi-manda dan jungle trekking.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Sungai Chao Phraya

River cruise di Thailand

Alamat: Thailand

Telefon: –

Sungai Chao Phraya
Sumber gambar: Waan Mingkwan, Chirath Wickramasinghe, 天王はるか, Ardika Dodoka

Sungai yang terkenal dan terpanjang di Thailand yakni Sungai Chao Phraya menjadi lambang kemajuan Bangkok.

Sehingga kini sungai ini masih menjadi laluan untuk orang awam ke tempat kerja dengan menaiki feri. Selain itu, ia dinamakan Chao Phraya yang bermaksud ‘Sungai Raja’ atau ‘sungai milik tuhan’.

Para pengunjung boleh menaiki feri river cruise untuk melihat pemandangan indah di sepanjang sungai ini.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Siam Niramit Theatre Show

Pementasan teater terbesar di dunia

Alamat: Huai Khwang, Bangkok 10310, Thailand

Telefon: –

Siam Niramit Theatre Show
Sumber gambar: สยามนิรมิต, Alena Nesterova, Ginee Chen, Denny Gunawan

Terletak di bandar Bangkok, Siam Niramit Theatre Show menempatkan salah sebuah pementasan teater terbesar di dunia!

Selain itu, bangunan ini menempatkan sebanyak 2000 buah tempat duduk dengan mempersembahkan kisah sejarah dan budaya Thailand.

Bukan itu sahaja, malah sebelum persembahan bermula aktiviti-aktiviti seperti demonstrasi tenunan kain sutera dan Muay Thai juga ditawarkan.

Jadi, bagi anda penggemar karya-karya seni sebegini jangan lepaskan peluang untuk ke sini!

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi:

Dreamworld Bangkok

Taman tema di Thailand

Alamat: 62 หมู่ที่ 1 ถนน รังสิต – องครักษ์ Bueng Yitho, Thanyaburi District, Pathum Thani 12130, Thailand

Telefon: +66 2 577 8666

Dreamworld Bangkok
Sumber gambar: Han, Ленар Хайруллин, nam anothai, Base Best

Jika berbagai tempat di luar negara ada Disneyland manakala di Bangkok ada Dreamworld Bangkok. Jadi apa yang menarik di taman tema ini?

Anda dapat melihat persembahan haiwan “The Animal Show” dan aksi lasak “Hollywood Action”.

Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa yang berkunjung ke sini pastinya ingin bermain di taman tema ini kan?

Antara tarikan permainan yang patut anda cuba di sini iaitu “Hurricane Ride”, “Viking Ride”, “Tornado Ride”, “Super Splash” dan “Grand Canyon Ride”.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat: 10 pagi – 5 petang
  2. Sabtu – Ahad: 10 pagi – 6 petang

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web

0 comments:

Post a Comment

loading...