Tempat-tempat menarik di Bali Indonesia sememangnya tidak asing lagi menjadi destinasi honeymoon mahupun percutian berkumpulan bagi rakyat Malaysia.
Selain itu, pulau Bali Indonesia terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok dan ibu kotanya ialah Denpasar.
Tambahan pula, Bali yang dikenali dengan jolokan nama ‘Pulau Dewata’ dan ‘Pulau Seribu Pura’ mempunyai majoriti penduduk yang menganut agama Hindu.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat tips melancong ke Bali yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan perjalanan ke sana?
Senarai destinasi percutian terbaik di Bali Indonesia
Antara tips melancong ke Bali yang perlu anda tahu ialah menghormati adat resam di Bali seperti hari Nyepi.
Selain itu, anda perlu berjaga-jaga dengan haiwan liar di sana bagi mengelakkan berlakunya serangan penyakit berbahaya.
Tambahan pula, anda juga perlu tahu musim hujan di Bali iaitu Januari – April dan Oktober – November bagi mengelakkan percutian anda terkandas di sana.
Oleh itu, terdapat 20 tempat menarik di Bali Indonesia yang disenaraikan khas untuk anda! Yuk cuti bareng temen-temen!
Pantai Suluban
Pantai di Bali
Alamat: Pantai Suluban, Bali, Indonesia
Telefon: –
Kebiasaannya bila tiba ke kawasan pantai dah boleh nampak air laut yang berombak kan? Tapi keadaannya agak berbeza di Pantai Suluban yang terletak di kedudukan yang agak mencabar.
Hal ini kerana, anda memerlukan sedikit pendakian di tangga batu yang curam untuk sampai ke sini! Antara aktiviti yang sesuai di pantai ialah mandi-manda dan meluncur.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Yellow Bridge Point
Tempat menarik untuk photoshoot di Bali
Alamat: Unnamed Rd, Kec. Klungkung, Kabupaten Klungkung, Bali 80771, Indonesia
Telefon: –
Mencari tempat menarik di Indonesia Bali untuk photoshoot? Jom ke Yellow Bridge Point yang terletak di Nusa Ceningan.
Ia turut digelar sebagai “Jambatan Cinta” kerana seringkali menjadi lokasi pre wedding photoshoot. Nak tahu kenapa jambatan sepanjang 140m ini seringkali menjadi lokasi bergambar?
Kerana di sini merupakan port terbaik berlatar belakangkan kehijauan alam dan kebiruan air laut! Bukan itu sahaja malah nak tengok sunset pun boleh di sini!
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam
Air Terjun Cepung, Bangli
Air terjun dari langit di Bali
Alamat: Central parkir waterfall tukad cepung, Jl. Tembuku, Tembuku, Kec. Tembuku, Kabupaten Bangli, Bali 80671, Indonesia
Telefon: +62 819 3703 7946
Nikmati keindahan dan kesegaran air terjun di Air Terjun Cepung, Bangli setinggi 15m ini. Selain itu, air terjun ini dikatakan sebagai air terjun dari langit di Bali ini!
Mana tidaknya, bila dipandang dari atas ditambah lagi dengan silauan cahaya matahari menampakkan ia seolah-olah jatuh dari langit.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 6 petang
Uluwatu Surf Villas
Tempat menarik untuk honeymoon di Bali
Alamat: Uluwatu Surf Villas, Jl. Pantai Suluban Jl. Raya Uluwatu Pecatu, Pecatu, Kec. Kuta Sel., Kabupaten Badung, Bali 80364, Indonesia
Telefon: +62 817 555 421
Inginkan percutian yang sempurna di tempat menarik di Bali Indonesia untuk honeymoon? Pendek kata memang superb la!
Yuk, menginap di Uluwatu Surf Villas! Ia menyajikan pemandangan laut yang indah bak kata orang “million dollar view”.
Selain itu, aktiviti meluncur di laut dan senaman yoga merupakan tarikan utama di samping pemandangan yang mengasyikkan.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Air Terjun Aling-Aling, Singaraja
Air terjun di Singaraja Bali
Alamat: Dinas Banjar Anyar, Jl. Raya Desa Sambangan, Banjar, Sambangan, Kec. Sukasada, Kabupaten Buleleng, Bali 81161, Indonesia
Telefon: –
Jika anda berkunjung ke kawasan Singaraja, jangan lupa singgah di Air Terjun Aling-Aling.
Ianya amat istimewa berbanding air terjun di kawasan lain kerana air yang mengalir terbahagi kepada dua air terjun bersebelahan. Unik bukan?
Namun begitu, di bahagian bawah air terjun ini tidak digalakkan untuk mandi-manda kerana terdapat pusaran air yang merbahaya sedalam 4m.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Pura Luhur Uluwatu
Kuil di tebing tinggi di Bali
Alamat: Pecatu, South Kuta, Badung Regency, Bali, Indonesia
Telefon: –
Sebuah kuil di tebing tinggi yang boleh anda kunjungi di Pulau Bali Indonesia ialah Pura Luhur Uluwatu.
‘Ulu’ bermaksud ‘atas’ manakala ‘watu’ bermaksud ‘batu’. Jika digabungkan menjadi ‘atas batu’. Maknanya seiring dengan kedudukan yang sangat tinggi lah kan?
Bila dah berada di kedudukan yang tinggi semestinya pemandangan juga indah bukan?
Tambahan pula, anda boleh melihat persembahan tarian tradisional Kecak dengan mengambil tahu tips melancong ke Bali seperti yang dinyatakan tadi.
Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam
Pura Lempuyang
Tempat sejuk di Indonesia
Alamat: Jl. Pura Telaga Mas Lempuyang, Tri Buana, Kec. Abang, Kabupaten Karangasem, Bali 80852, Indonesia
Telefon: +62 363 430 1326
Disebabkan majoriti penduduk di sini beragama Hindu, maka anda boleh lihat banyak kuil Hindu yang berada di sini.
Pura Lempuyang merupakan kuil Hindu tertua yang ada di Pulau Bali Indonesia ini.
Menariknya, kuil ini berada di atas gunung tau! Sebab itu ia digelar sebagai ‘Gateway to Heaven’ kerana ketinggiannya seolah-olah menyentuh awan.
Oleh itu, pendakian sebanyak 1700 anak tangga yang curam diperlukan untuk sampai ke sini. Diingatkan untuk bawa baju sejuk bersama kerana suasana dipuncak amat sejuk tau!
Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 7 malam
Candi Gunung Kawi
Candi purba di Bali
Alamat: H8G6+QWG, br penaka, Tampaksiring, Kec. Tampaksiring, Kabupaten Gianyar, Bali 80552, Indonesia
Telefon: –
Mencari tempat menarik di Bali Indonesia yang bersejarah? Jom jalan-jalan ke Candi Gunung Kawi! Percaya tak bahawa candi yang wujud pada abad ke-11 ini masih utuh berdiri sehingga kini?
Selain itu, sama juga seperti di Pura Lempuyang di mana anda harus mendaki untuk sampai ke destinasi.
Cuma untuk ke candi ini anda hanya perlu mendaki 315 anak tangga sahaja dan disajikan dengan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Wah, menarik bukan?
Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 6 petang
Pura Ulun Danu Bratan
Kuil dikelilingi tasik di Bali
Alamat: Danau Beratan, Candikuning, Baturiti, Tabanan Regency, Bali 82191, Indonesia
Telefon: +62 368 203 3143
Menyingkap keindahan sebuah lagi kuil iaitu Pura Ulun Danu Bratan yang dikelilingi oleh Tasik Beratan.
Ia dibina pada tahun 1633 yang mempunyai keindahan kehijauan pemandangan alam, tasik dan gunung-ganang.
Untuk menuju ke kuil ini, anda perlu menaiki bot di tasik cantik ini.
Selain itu, berita baik untuk ‘kaki pancing’ kerana aktiviti memancing boleh dilakukan di tasik dengan menyewa joran di sini tau!
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam
Gunung Batur
Gunung di Bali
Alamat: South Batur, Kintamani, Bangli Regency, Bali, Indonesia
Telefon: –
Anda ‘kaki hiking’ yang mencari tempat menarik di Indonesia bali untuk mendaki gunung? Jom ‘hiking’ di Gunung Batur!
Untuk makluman anda, gunung ini masih lagi aktif cuma kali terakhir meletus adalah pada tahun 2000.
Walau bagaimanapun, keindahan di puncak gunung berketinggian 1717m ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Terbaik!
Tambahan pula, di bahagian puncak gunung terdapat kawasan kem dilengkapi kerusi dan meja untuk anda berehat seketika.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Tanah Lot Temple
Tempat menarik di Denpasar Bali
Alamat: Beraban, Kediri, Tabanan Regency, Bali 82121, Indonesia
Telefon: +62 361 880 361
Lagi kuil purba yang terdapat di Denpasar Bali yang dikenali sebagai Tanah Lot Temple.
Selain itu, juga digelar sebagai ‘Tengah Lod’ yang bermakna ‘di dalam laut’ yakni sesuai dengan lokasinya dikelilingi laut!
Jika anda dah berkunjung ke kuil dikelilingi tasik, apa kata cuba melawat kuil yang dikelilingi laut pula? Sememangnya pengalaman bercuti yang menyeronokkan di Bali ini!
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 7 malam
Ujung Water Palace
Istana seni bina Bali dan Eropah
Alamat: Ujung Water Palace, Br. Dinas, Tumbu, Kec. Karangasem, Kabupaten Karangasem, Bali 80811, Indonesia
Telefon: +62 363 430 1870
Dah berkunjung ke banyak kuil purba yang menarik di sini? Kalau dah, jom ke Ujung Water Palace pula! Istana indah dengan reka bentuk Bali dan Eropah ini dibina oleh Raja Karangasem.
Akibat daripada limpahan gunung berapi pada tahun 1963 dan gempa bumi pada tahun 1979 menyebabkan ia mengalami kerosakan yang teruk.
Namun begitu, kemegahan istana ini terus dipelihara bagi generasi kini untuk melihat istana zaman silam!
Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam
Bali Safari & Marine Park Gianyar
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Bali
Alamat: Jl. Prof. Dr. Ida Bagus Mantra No.km 19, Serongga, Kec. Gianyar, Kabupaten Gianyar, Bali 80551, Indonesia
Telefon: +62 361 950 000
Jika di Perak ada Zoo Taiping, manakala di tempat menarik di Indonesia Bali ada Bali Safari & Marine Park Gianyar.
Jadi apa menariknya di sini untuk kanak-kanak? Di sini menempatkan lebih 80 spesies haiwan dari negara Afrika, India dan Indonesia tau!
Pernah lihat harimau putih? Jika tidak jom menyaksikan harimau putih yang berasal dari India di sini. Oleh itu, jangan lupa ikuti tips melancong ke Bali iaitu berjaga-jaga dengan haiwan liar di luar sana!
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 9 malam
Bali Bird Park
Taman burung di Bali
Alamat: Jl. Serma Cok Ngurah Gambir Singapadu, Batubulan, Kec. Sukawati, Kabupaten Gianyar, Bali 80582, Indonesia
Telefon: +62 361 299 352
Jika di KL ada KL Bird Park manakala di Indonesia pula ada Bali Bird Park. Menariknya taman ini mempunyai lebih 1000 ekor burung dari seluruh dunia tau!
Anda boleh menonton pertunjukan “Flight Bird Show” di mana burung akan terbang untuk mengambil makanan daripada penjaga burung.
Tambahan pula, taman seluas 2 hektar ini bukan hanya ada taman burung tetapi ada taman reptilia juga.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5.30 petang
Elephant Safari Park Lodge
Resort mewah dalam taman gajah di Bali
Alamat: Jalan Elephant Safari Park Banjar Desa Taro Tegallalang, Taro, Kec. Tegallalang, Kabupaten Gianyar, Bali 80561, Indonesia
Telefon: +62 361 721 480
Mencari tempat penginapan yang lain dari yang lain? Elephant Safari Park semestinya rare dan hanya boleh dijumpai hanya di Bali!
Disebabkan ianya istimewa, hanya 25 bilik sahaja yang ditawarkan di resort mewah ini. Apa yang unik di sini adalah anda boleh mengakses ke taman gajah secara percuma tau!
Oleh itu, alami keseronokan di sini bersama gajah-gajah seperti memberi gajah makan dan menunggang gajah.
Lihat Peta | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 5 petang
Tegallalang Rice Terraces
Tempat menarik untuk melukis di Bali
Alamat: Jl. Raya Tegallalang, Tegallalang, Kec. Tegallalang, Kabupaten Gianyar, Bali 80561, Indonesia
Telefon: –
Mencari ilham untuk melukis pemandangan? Tegallalang Rice Terraces merupakan salah satu kawasan yang menenangkan serta menyajikan pemandangan indah di sini!
Jadi cuba lah bertandang ke sini, manalah tau idea untuk melukis muncul kan?
Selain itu, kehijauan sawah padi di lereng bukit terbentang luas semestinya pengalaman bercuti yang tidak boleh dilupakan di sini.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 6 petang
Pasar Seni Ubud
Kraftangan di Bali
Alamat: Jl. Raya Ubud No.35, Ubud, Kecamatan Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
Telefon: –
Dah bertandang ke Istana Puri Saren Ubud? Tapi tidak tahu ingin ke mana selepas itu? Jom singgah ke Pasar Seni Ubud yang terletak hanya berhadapan dengan Istana Puri Saren Ubud.
Lokasi ini menjadi pilihan pengunjung untuk membeli barangan kraftangan hasil tangan penduduk setempat.
Banyak pilihan barangan menarik di sini tau! Antaranya ialah sulaman beg, bakul, lukisan dan banyak lagi.
Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 5 petang
Coffee Plantation Bali Pulina
Ladang kopi di Bali
Alamat: Jl. Raya Pujung Kaja, Sebatu, Kec. Tegallalang, Kabupaten Gianyar, Bali 80561, Indonesia
Telefon: +62 811 394 462
Bila anda tiba di sini barulah anda tahu bahawa Starbucks bukanlah kopi yang termahal di dunia!
Bagi penggemar kopi khususnya jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Coffee Plantation Bali Pulina.
Ladang kopi ini menyediakan cara proses pembuatan kopi serta boleh merasa kopi-kopi yang ada secara percuma tau!
Percuma? Ya, percuma kecuali Kopi Luwak iaitu kopi termahal di dunia kerana proses pembuatannya yang agak rumit.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang
Tirta Gangga
Istana air di Bali
Alamat: Jalan Raya Abang Desa Adat, Ababi, Kec. Abang, Kabupaten Karangasem, Bali 80852, Indonesia
Telefon: –
Siapa sangka di kawasan sungai terletaknya sebuah istana kan? Tirta Gangga membawa makna ‘air yang mengalir dari Sungai Gangga’.
Selain itu, pemandangan dari istana ini amat indah sekali yang dikelilingi oleh kolam-kolam, pancuran air dan ukiran-ukiran batu.
Bukan itu sahaja, jika anda ingin berendam di dalam kolam-kolam yang ada pun boleh dengan bayaran hanya Rp10.000.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang
Sekumpul Waterfall
7 air terjun di Bali
Alamat: R5CM+X2, Sekumpul, Sawan, Buleleng Regency, Bali, Indonesia
Telefon: +62 821 4533 3346
Biasanya kita lihat air terjun yang mengalir hanya satu atau dua sahaja kan? Tetapi di Sekumpul Waterfall ini anda boleh lihat 7 air terjun yang mengalir dalam satu kawasan!
Menarik kan ciptaan Tuhan ini! Dan sebab itulah ia dinamakan sebagai ‘sekumpul’.
Terdapat 2 laluan yang boleh dilalui di sini iaitu laluan yang ada gazebo, laluan hutan dan kawasan perkampungan.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang
0 comments:
Post a Comment