loading...

Thursday, 11 August 2022

20 Tempat Menarik Di Georgetown Bandar Bersejarah

Selain negeri Melaka, tempat menarik di Georgetown turut diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Hal ini kerana, ibu negeri bandar Penang ini menempatkan banyak bangunan bersejarah untuk dipelihara bagi generasi akan datang.

Di samping itu, ia turut dikenali sebagai “Tanjung” dan “Town” dalam kalangan penduduk setempat yang majoriti didiami oleh masyarakat tiong hua.

Lain daripada itu, menara Komtar merupakan tarikan di Georgetown sebagai mercu tanda Pulau Pinang.

Senarai tempat best Georgetown

Bagi anda yang gemar mempelajari sejarah negara bolehlah jalan jalan Penang ke tempat menarik sekitar Georgetown.

Pada entri kali ini, kami bawakan lebih 10 tempat menarik di Georgetown sekaligus tempat menarik di Penang untuk dihayati.

Jadi, jom jalan jalan Penang ke tempat best Georgetown!

Rumah Agam Cheong Fatt Tze (Cheong Fatt Tze Mansion)

Hotel antik di Georgetown

Alamat: 14, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-262 0006

Rumah Agam Cheong Fatt Tze
Sumber foto: google map

Menerima anugerah dari UNESCO pada 2010 dan gelaran “Greatest Mansions in the World” pada 2011 menjadikan ia sebagai tarikan di Georgetown.

Rumah Agam Cheong Fatt Tze adalah sebuah hotel antik yang dibina pada abad ke-20. Selain itu, ia mempunyai reka bentuk cina dan dihiasi dengan warna biru.

Tambahan pula, terdapat 18 bilik yang disediakan dan jenis bilik liang double room, tang double room, han triple room, liang twin room, ming double room, ming twin room, one-bedroom townhouse serta two-bedroom townhouse.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

Persiaran Gurney (Gurney Drive)

Tempat menarik waktu malam di Georgetown

Alamat: Gurney Drive, 10250, Penang

Telefon: –

Persiaran Gurney
Sumber foto: google map

Persiaran Gurney yang berhampiran dengan pantai Gurney semestinya menjadi tempat pelancongan di Penang pada waktu malam.

Disebalik pemandangan yang indah terdampar luas, ia turut terkenal dengan pelbagai makanan jualan gerai penjaja.

Selain itu, pengunjung boleh membeli makanan di sini sambil menjamu selera di warung yang disediakan.

Tambahan pula, bagi masyarakat muslim anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak gerai makanan halal di sini.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: 24 jam

Rumah P.Ramlee

Rumah kelahiran seniman agung di Georgetown

Alamat: Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman P. Ramlee, 10460 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-281 7484    

Rumah P.Ramlee
Sumber foto: google map

Siapa yang tidak kenal dengan salah satu seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Tempat menarik di Penang ini menempatkan Rumah P.Ramlee.

Selain itu, ia menempatkan pelbagai barangan klasik koleksi peribadi, didendangkan lagu-lagu beliau, serta pameran perjalanan karier beliau.

Menariknya di sini, seni bina rumah yang berbumbungkan nipah dan berdindingkan kayu ini masih utuh berdiri sehingga kini.

Lihat Peta | Waktu operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Muzium Sun Yat Sen

Muzium “Bapa China Moden” di Georgetown

Alamat: 120, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-262 0123

Muzium Sun Yat Sen
Sumber foto: google map

Digelar sebagai “Bapa China Moden” demikianlah gelaran bagi Sun Yat Sen iaitu seorang pencetus gerakan revolusi bagi kaum Cina.

Rumah beliau kini dijadikan sebagai muzium iaitu Muzium Sun Yat Sen setelah beliau meninggal dunia akibat kanser.

Ia menempatkan segala surat, memoir, ucapan dan barangan yang pernah digunakan oleh beliau.

Harga tiket:

  1. Kemasukan biasa: RM 5
  2. Pelajar: RM 3

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 5.30 petang)

Rumah Agam Peranakan Pinang (Pinang Peranakan Mansion)

Muzium Baba Nyonya di Georgetown

Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Telefon: 04-264 2929

Rumah Agam Peranakan Pinang
Sumber foto: google map

Bukan di Melaka sahaja yang ada kaum peranakan seperti Baba dan Nyonya, malah tempat pelancongan di Penang pun ada tau!

Rumah Agam Peranakan Pinang sebagai tempat menarik di Penang ini menempatkan lebih 1000 khazanah sejarah, budaya dan adat resam masyarakat ini.

Antara adat kaum ini yang boleh dipelajari ialah “dianggap tidak menghormati tuan rumah jika memijak bingkai pintu masuk”.

Lain daripada itu, seni bina rumah besar ini cukup klasik iaitu gabungan unsur Cina, Inggeris dan Scotland.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Dewan Bandaraya Pulau Pinang (Penang Town Hall)

Bangunan bersejarah di Georgetown

Alamat: Jalan Padang Kota Lama, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-259 2020

Dewan Bandaraya Pulau Pinang
Sumber foto: google map

Jom jalan jalan Penang singgah ke sebuah bangunan bersejarah yang dibina oleh pihak British iaitu Dewan Bandaraya Pulau Pinang.

Selain itu, bangunan yang tertua di bandar Penang ini kini berperanan sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Tambahan pula, bangunan ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem “Anna and the King” pada tahun 1999.

Lihat Peta | Waktu operasi:

Kubu Cornwallis

Kubu bersejarah di Georgetown

Alamat: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-263 9855

Kubu Cornwallis
Sumber foto: google map

Jika di Perak ada Kubu Belanda dan di Melaka ada Kota A’Famosa, tidak kurang hebatnya tarikan di Georgetown mempunyai Kubu Cornwallis.

Ia dikenali sebagai kubu kuno terbesar di Malaysia yang berfungsi sebagai kawasan simpanan senjata api dan kelengkapan peralatan perang.

Selain itu, kubu ini merupakan kawasan pertama Sir Francis Light mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1876.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 10 malam)

Menara Jam Memorial Ratu Victoria

Menara jam bersejarah di Georgetown

Alamat: Lebuh Light, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Telefon: –

Menara Jam Memorial Ratu Victoria
Sumber foto: google map

Sebuah lagi tempat best Georgetown yang bersejarah iaitu Menara Jam Victoria yang dibina sekitar 1897.

Sementara itu, menara ini diusahakan oleh Cheah Chen Eok bagi memperingati Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria pada tahun 1837 hingga 1897.

Tambahan pula, menara setinggi 60 kaki ini bertambah ketinggian 1 kaki setiap tahun pemerintahan baginda.

Namun begitu, pengeboman yang berlaku ketika Perang Dunia Ke-2 mengakibatkan menara ini menjadi condong.

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Kuil Sri Mahamariamman

Kuil hindu tertua di Pulau Pinang

Alamat: Queen St, Georgetown, 10450 George Town, Penang

Telefon: 04-263 8916

Kuil Sri Mahamariamman
Sumber foto: google map

Kuil Sri Mahamariamman merupakan tempat pelancongan di Penang yang lazimnya dikunjungi oleh penganut beragama Hindu untuk beribadat.

Ia adalah kuil Hindu tertua di Pulau Pinang sejak tahun 1833. Kuil ini turut dikenali dengan beberapa nama lain iaitu Kuil India Queen Street, Kuil Sri Mariamman dan Kuil Sri Arulmigu Mahamariamman.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 12 tengahari) & (5 petang – 9.05 malam)

Muzium Negeri dan Galeri Seni Pulau Pinang

Muzium dan galeri di Georgetown

Lebuh Farquhar, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-226 1439

Muzium Negeri dan Galeri Seni Pulau Pinang
Sumber foto: google map

Muzium Negeri dan Galeri Seni Pulau Pinang menempatkan berbagai pameran hasil seni yang menarik dari tahun 1965 sehingga sekarang. Selain itu, terdapat 2 galeri yang ditempatkan di sini iaitu galeri tetap dan galeri kontemporari.

Seterusnya, tempat menarik sekitar Georgetown ini menampilkan banyak aktiviti berfaedah misalnya forum, bicara seni, workshop dan pertandingan lain.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Masjid Kapitan Keling

Masjid tertua di Pulau Pinang

Alamat: 14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-261 4215    

Masjid Kapitan Keling
Sumber foto: google map

Masjid tertua di Pulau Pinang dikenali dengan nama Masjid Kapitan Keling telah dibina pada tahun 1801. Pada awal pembinaannya adalah bertujuan untuk kemudahan masyarakat India muslim untuk beribadah.

Selain itu, seni rekaan masjid pula mengambil unsur budaya Timur Tengah dan Roman.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)

Gereja St. George

Gereja Anglican tertua di Asia Tenggara

Alamat: 1, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-226 0708

Gereja St. George
Sumber foto: google map

Rumah ibadat bagi penganut agama Kristian iaitu Gereja St. George merupakan gereja Anglican yang tertua bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara.

Ia dibina sekitar tahun 1816 oleh banduan-banduan India dengan seni bina neo-classical Barat. Antara pengikutnya ketika itu ialah para pegawai British, pemilik rumah tumpangan, tukang gunting rambut, pedagang dan peladang.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Isnin & Rabu & Sabtu (10 pagi – 12 tengahari)

Cheah Kongsi Temple

Tokong puak Hokkien yang tertua di Georgetown

Alamat: 8, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-261 3837 

Cheah Kongsi Temple
Sumber foto: google map

Cheah Kongsi Temple merupakan tempat ibadat bagi puak Hokkien yang tertua di Georgetown pada tahun 1870.

Di samping itu, tokong ini merupakan clan house tunggal di Pulau Pinang yang berunsurkan reka bentuk Melayu, Eropah dan Cina Selat tradisional.

Seterusnya, ia juga menampilkan muzium yang memaparkan artifak dan beberapa perabot yang lain.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10 pagi – 4 petang)

Tokong Kuan Yin

“Goddess of Mercy Temple Penang” di Georgetown

Alamat: 30, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-261 4137

Tokong Kuan Yin
Sumber foto: google map

Digelar sebagai “Goddess of Mercy Temple Penang” menjadikan rumah ibadat masyarakat tiong hua ini amat disegani. Tokong Kuan Yin merupakan tokong 2 tingkat yang wujud sejak tahun 1928 lagi.

Selain itu, rekaannya adalah berkonsepkan seni bina Cina klasik dengan tiang batu berukiran naga dan siling yang tinggi.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Hotel Eastern & Oriental

Hotel mewah di Georgetown

Alamat: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-222 2000

Hotel Eastern & Oriental
Sumber foto: google map

Mempunyai bajet lebih untuk mencari tempat menarik sekitar Georgetown yang mewah untuk bermalam? Hotel Eastern & Oriental merupakan destinasi yang sesuai untuk anda.

Tambahan pula, kedudukan yang strategik berdekatan dengan tempat menarik di Georgetown iaitu Muzium Negeri Penang, Kubu Cornwallis dan Padang Kota Lama.

Sementara itu, rekaan hotel 5 bintang ini berkonsepkan seni bina Inggeris dengan bangunan yang berwarna putih.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka

Tokong Burma Dhamikarama

Tokong Burma yang tertua di Pulau Pinang

Alamat: 24, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10250 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-226 9575

Tokong Burma Dhamikarama
Sumber foto: google map

Satu-satunya Tokong Burma tertua di Pulau Pinang ialah Tokong Burma Dhamikarama. Ia terletak bertentangan dengan kuil Siam iaitu kuil Wat Chaiyamangalaram Reclining Buddha.

Lain daripada itu, rumah ibadat ini seringkali menjadi tumpuan pengunjung ketika perayaan tahunan Air, Songkran dan Pertengahan Musim Luruh, Hari Puasa Buddha serta Pencahayaan Lilin di pinggir bandar.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 2 petang)

Wat Chaiyamangalaram Reclining Buddha

Kuil Siam tertua di Pulau Pinang

Alamat: 17, Lorong Burma, Pulau Tikus, 10250 George Town, Pulau Pinang

Telefon: –

Wat Chaiyamangalaram Reclining Buddha
Sumber foto: google map

Terdapat kuil Siam yang tertua di Pulau Pinang iaitu Wat Chaiyamangalaram Reclining Buddha.

Kuil ini lazimnya didatangi pengunjung semasa perayaan tahunan Songkran Siam dan Loi Krathong di pinggir bandar serta Hari Buddha.

Selain itu, kuil ini memaparkan Buddha bersaiz besar yang sedang berbaring, naga mozek dan pelbagai patung yang lain.

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 4 petang)

Jeti-Jeti Penang (Clan Jetties)

Perkampungan orang cina di Georgetown

Alamat: Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Telefon: –

Jeti-Jeti Penang
Sumber foto: google map

Jeti-Jeti Penang bukanlah sekadar jeti biasa kerana di sini menempatkan peninggalan rumah panjang Melayu lama yang didiami oleh masyarakat Cina.

Di samping itu, perkampungan di atas air ini berdiri teguh berabad lamanya dengan penggunaan kayu istimewa yang tinggi tahap ketahanannya.

Dalam pada itu, 7 jeti secara keseluruhannya hanya tinggal 6 jeti sahaja disebabkan 1 daripadanya musnah dalam kebakaran.

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 9 malam)

Tokong Kek Lok Si

Tokong terbesar di Malaysia

Alamat: Kek Lok Si Temple, Jln Balik Pulau, 11500 Air Itam, Penang

Telefon: 04-828 3317

Tokong Kek Lok Si
Sumber foto: google map

Ibu negeri Pulau Pinang ini rata-rata menempatkan banyak penempatan awal rumah-rumah ibadat bagi penganut agama masing-masing.Tidak ketinggalan bagi tokong yang terbesar di Malaysia iaitu Tokong Kek Lok Si.

Ia dibangunkan pada tahun 1890 oleh pendatang Cina Buddha yang alim iaitu Beow Lean. Tambahan pula, tokong ini mempunyai kedai cenderamata, kolam penyu dan ikan.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5.30 petang)

Seni Jalanan Penang (Penang Street Art)

Tempat menarik yang percuma di Georgetown

Alamat: 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

Telefon: –

Seni Jalanan Penang
Sumber foto: tripadvisor.com

Mari ke tempat best Georgetown yang percuma di Seni Jalanan Penang atau mesra dipanggil Penang Street Art. Kawasan ini menempatkan lukisan seni jalanan yang antaranya dilukis oleh pelukis Ernest Zacharevic.

Di samping itu, majoriti lukisan yang menghiasi dinding bangunan ini menceritakan tentang aktiviti harian masyarakat di bandar Penang.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

0 comments:

Post a Comment

loading...