Pahang merupakan sebuah negeri yang besar antara negeri di semenanjung Malaysia. Jerantut pula merupakan sebuah daerah yang mempunyai kepelbagaian tarikan pelancong yang boleh di terokai.
Keindahan hutan dan kekayaan flora dan fauna di Jerantut Pahang sentiasa menjadi tumpuan pelancong baik dalam mahupun luar negara.
Kita perlu bersyukur kerana atas inisiatif badan-badan tertentu untuk melestarikan hutan kita. Jadi bersiap untuk packing! Jom bercuti.
Senarai tempat percutian menarik di Jerantut
Jika bercuti di Pahang tidak cukup hanya sehari kerana begitu banyak tempat menarik di Jerantut yang boleh anda lawati. Berikut merupakan cadangan lokasi menarik untuk anda ketika di Jerantut Pahang.
Taman Negara Malaysia
Taman negara tertua di Malaysia
Alamat: 27000 Kuala Tahan, Pahang
Telefon: –
Tempat menarik di negeri Pahang ini terletak tidak jauh dari bandar Jerantut. Taman negara Pahang ini merupakan taman negara yang terbesar di semenanjung Malaysia dan tertua di Malaysia.
Pelbagai spisis haiwan dapat di temui di sini terutama yang hampir pupus. Kemudahan penginapan turut diberikan kepada pengunjung bermula dari yang murah hingga yang mahal sesuai keinginan masing-masing.
Terdapat bayaran tertentu yang perlu dibayar bagi mengikuti aktiviti yang disediakan di sini seperti canopy walkway, rapit shooting, melawat santuari kelah, jungle trekking, menerokai gua dan melawat perkampungan orang asli.
Oh ya, bagi kaki pancing, ramai yang mengetahui tentang kemanisan rasa ikan patin segar dari sungai Pahang bukan? Jadi anda jangan lepaskan peluang untuk memancing di sini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5.30 petang)
Galeri Mat Kilau
Galeri bersejarah di Jerantut
Alamat: Galeri Mat Kilau, Kompleks Galeri dan Sukan Komuniti, Jln Pulau Tawar – Durian Hijau, 27000 Jerantut, Pahang
Telefon: 09-266 2205
Siapa sahaja yang tak pernah dengar tentang Pejuang Negara Mat Kilau? Semua daripada kita sudah di dedahkan tentang beliau sejak dari sekolah lagi.
Namun maklumat tentang beliau amat terhad. Atas inisiatif kerajaan, mereka telah membangunkan sebuah galeri untuk memperingati jasa pahlawan ini beserta rakan-rakan seperjuangannya.
Galeri ini sangat inovatif kerana jika anda malas membaca, terdapat juga tayangan visual dan audio di sediakan. Bahkan koleksi senjata yang mereka pernah gunakan juga di pamerkan di sini. Sangat berbaloi jika berkunjung ke sini.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Air Terjun Lata Meraung
Tempat mandi manda di Jerantut
Alamat: Sungai Kiol, 27000 Jerantut, Pahang, Malaysia
Telefon: –
Lata Meraung salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong yang berada di Jerantut Pahang. Air terjun Lata Meraung ini sangat tenang dan damai.
Terdapat pelbagai kemudahan di sini seperti tempat solat, tandas awam, tapak perkemahan, jungle trekking dan banyak lagi. Ini menarik lebih ramai pengunjung untuk menghargai keindahan alam semula jadi.
Lebih unik lagi suara air terjun ini yang seakan akan suara orang sedang meraung. Jadi dari situlah air terjun ini mendapat nama.
Tempat pelancongan di Pahang ini hanya 15 kilometer sahaja dari bandar Jerantut. Jadi jika anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk bersantai di sini bersama keluarga.
Lihat peta | Waktu operasi: –
I City Jerantut
Taman menarik di bandar Jerantut
Alamat: Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang
Telefon: –
Antara salah satu tempat untuk bersantai bersama keluarga ialah I city Jerantut. Tempat menarik ini terletak tidak jauh daripada balai polis daerah Jerantut.
Kawasan ini kerap dikunjungi pengunjung terutama pada waktu malam. Tempat ini sangat cantik di waktu malam dengan hiasan lampu-lampu yang berwarna-warni menghiasi seluruh taman ini.
Spot menarik dan cantik untuk bergambar di waktu malam. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makanan yang dijual di sekitar sini. Jadi sambil bersantai anda boleh makan dan selfie bersama rakan.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Tekam Plantation Resort
Resort menarik di Jerantut
Alamat: 27070 Jerantut, Pahang
Telefon: 019-366 6078
Sebuah tempat penginapan yang mesra keluarga dan menjadi pilihan setiap pelancong yang ingin meluangkan masa dengan keluarga. Pilihan penginapan yang selesa dan harga berpatutan.
Antara jenis penginapan di sini seperti standard room, family suite dan chalet. Kawasan ini dikelilingi oleh felda yang pasti indah dengan kehijauan. Selain itu, terdapat juga kolam renang untuk anda berenang.
Jika anda orang yang suka dengan aktiviti lasak seperti flying fox, juga di sediakan di sini dengan harga yang berpatutan. Harga bukan menjadi masalah tetapi pengalaman percutian di sini akan menjadi kenangan indah anda.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Gua di Jerantut
Alamat: Kampung Sungai Batu, 27070 Jerantut, Pahang
Telefon: 09-471 8450
Taman Warisan Gua Kota Gelangi ini sangat unik. Nak tahu kenapa? Sebabnya di dalamnya terdapat gua lain seperti Gua Angin, Gua Kota Balai, Gua Tongkat, Gua Penyu, Gua Batu Sanding, dan Gua Kelawar.
Gua-gua ini adalah antara yang sering di kunjungi bahkan mempunyai nilai sejarah juga. Gua tersebut pernah menjadi tempat persembunyian Pahlawan Mat Kilau Ketika di buru British pada zaman dahulu sebelum menghilangkan jejak.
Selain itu, anda akan menjumpai gua yang berbentuk pintu gerbang dan di dalamnya mengalir alur jernih yang cantik. Jangan lupa singgah ya!
Lihat peta | Waktu operasi: buka setiap hari
Gunung Tahan
Gunung kedua tertinggi di Malaysia
Alamat: Taman Negara, Jerantut Pahang
Telefon: –
Gunung yang mendapat tempat kedua tertinggi di Malaysia setelah Gunung Kinabalu. Malahan, gunung ini menjadi kegemaran pendaki untuk mencabar diri dalam pendakian.
Perjalanan yang mencabar fizikal dan minda ini amat digemari bagi mereka yang menyukainya. Namun, sebelum memulakan pendakian perlulah memastikan fizikal sihat dan fit semasa mendaki.
Anda juga perlu memaklumkan kepada pihak yang menguruskan pendakian gunung tahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingin berlaku.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Tasik Bera
Tasik menarik di Jerantut
Alamat: 28050 Jerantut, Pahang
Telefon: –
Tasik bera merupakan tasik air tawar semula jadi yang terbesar di Pahang. Selain itu, di sini juga terdapat penempatan orang asli yang telah bertapak semenjak ratusan tahun.
Tasik ini dipenuhi dengan kepelbagaian flora dan faunanya, tasik ini dijaga sebaiknya dengan kerjasama kerajaan dan orang asli. Jika ingin berkunjung ke sini, anda boleh menginap di mana-mana chalet yang tersedia.
Anda juga boleh menyewa bot dari kawasan berdekatan untuk menikmati keindahan Tasik Bera ini. Pelbagai jenis ikan ada di sini. Anda boleh meminta pemandu bot untuk membawa anda ke lubuk ikan kerana mereka lebih arif.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Pasar Besar Jerantut
Pasar pagi di Jerantut
Alamat: Jalan Bidai, Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang
Telefon: –
Bagi anda yang suka membeli cenderamata untuk sahabat handai ketika bercuti, singgahlah ke Pasar Besar ini. Pelbagai pilihan yang anda boleh dapati di sini, bermula dari makanan hingga aksesori.
Jadi tidak hairanlah jika pengunjung yang datang ke sini memborong banyak barangan kerana harga yang sangat berpatutan.
Lihat peta | Waktu operasi: di buka setiap hari
Kuala Gandah Pusat Pemuliharaan Gajah
Pusat pemuliharaan gajah di Pahang
Alamat: 28500 Lanchang, Pahang
Telefon: 013-908 8207
Gajah kini merupakan haiwan yang diancam pupus kerana pemburuan gading mereka oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan dan badan bukan kerajaan berkerjasama membangun pusat perlindungan gajah ini.
Haiwan ini dijaga seperti mana di habitat asal dan ini telah menyelamatkan banyak gajah-gajah daripada terus diburu. Anda juga boleh melihat banyak informasi berguna tentang haiwan ini. Sangat sesuai jika membawa anak-anak anda untuk datang ke tempat bercuti di Pahang ini.
Selain dapat manfaat ilmu, mereka juga akan terhibur dengan aksi-aksi comel dari gajah-gajah terlatih. Pengunjung juga dapat memberi mereka makan dan menyentuh gajah-gajah ini dengan pengawasan pelatih.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (10:30 pagi – 3:30 petang)
Gunung Senyum
Aktivti meneroka gunung di Pahang
Alamat: 28050 Kuala Krau, Pahang
Telefon: –
Kisah misteri telah beredar dari mulut ke mulut tentang gunung senyum iaitu tentang seorang lelaki yang telah melanggar janjinya kepada isterinya. Gunung senyum ini mempunyai 25 gua yang unik.
Antara gua-gua yang kerap di kunjungi di sini ialah seperti gua angin, gua terang bulan, gua kolam tujuh, dan gua makam tok long. Ramai pengunjung dari luar dan dalam negara berkunjung ke sini dengan pelbagai tujuan, seperti hobi, kajian, dan pendidikan.
Selain itu, kekayaan flora dan fauna di sekeliling Gunung Senyum ini juga turut menjadi tarikan yang penting. Oleh sebab itu, terdapat cas -cas yang dikenakan sebelum masuk ke sini. Sekiranya anda berminat untuk meneroka gunung ini, anda boleh lah datang ke sini.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Lata Berkoh
Tempat menarik untuk picnic di Jerantut
Alamat: Tamannegara2u, Sungai Tahan Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang
Telefon: 012-658 4456
Lata berkoh merupakan kawasan air terjun yang terletak 6.8 kilometer dari Kuala Tahan.
Untuk pergi ke Lata Berkoh, anda perlu menaiki bot dan anggaran perjalanan sekitar 5 hingga 6 jam perjalanan termasuk jungle trekking sejauh 1 kilometer sebelum menjumpai air terjun ini.
Meskipun jauh, Lata Berkoh menjanjikan pengalaman yang indah di tambah lagi dengan kesejukan air batu dan sangat jernih. Pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk bermandi manda di sini.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari ( 8 pagi – 3 petang)
Kelah Santuary
Kolam ikan di Pahang
Alamat: Lubuk Tenor, Sungai Tahan, Taman Negara
Telefon: –
Ikan-ikan kelah ini dipulihara untuk mengekalkan jumlah spisis mereka. Malahan, ikan kelah merupakan ikan termahal di Malaysia dan diancam kepupusan jika tidak dijaga.
Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh memberi makan kepada mereka dan juga bermain bersama. Namun, anda tidak dibenarkan untuk menangkap ikan ini.
Lebih menyeronokkan lagi anda akan nampak ikan-ikan ini berenang dengan jelas kerana air sungai yang sangat jernih bak kristal. Jika ingin pergi ke sini, anda perlu menggunakan bot daripada Lata Berkoh mengambil masa 30 hingga 40 minit masa perjalanan.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Gua Kota Balai
Gua di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Alamat: Gua Kota Balai, Taman Warisan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang
Telefon: –
Berlainan dengan gua yang lain, Gua Kota balai tidak mempunyai bentuk-bentuk batuan yang menarik. Gua ini antara salah satu gua yang terdapat di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.
Gua ini dijadikan sebagai tempat untuk aktiviti perkhemahan kerana lantai gua yang rata serta suhu sejuk pada waktu malam.
Selain itu, bagi yang meminati aktiviti abseiling ada juga disediakan di sini oleh pihak terlatih. Jadi inilah tarikan tersendiri gua ini berbanding yang lain.
Gypsy Garden Jerantut Cafe
Tempat makan menarik di Jerantut
Alamat: 41, Jalan Besar, Bandar Lama, 27000 Jerantut, Pahang
Telefon: 016-460 4798
Adakah anda mengidam masakan western ketika bercuti? Jika ya, kunjungilah Gypsy Garden Jerantut Cafe.
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis hidangan barat yang sesuai dengan selera anda. Tempatnya juga ada galeri dan taman mini.
Rasa makanannya sangat enak, ditambah pula dengan hiasan dan vibe cafe yang unik. Nak bergambar dan melepak sini pun boleh!
Lihat peta | Waktu operasi: Sabtu: 6 malam- 11 malam, Ahad – rabu: 11 pagi –11 malam & khamis – jumaat (tutup)
0 comments:
Post a Comment