loading...

Wednesday, 24 August 2022

30 Tempat Menarik Di London Kota Tumpuan Pelancong 2022

Walaupun kebanyakan tempat menarik di London telah berusia berabad lamanya namun masih gah berdiri menjadi tumpuan pelancong hingga kini.

Kota ini ada banyak gelaran tau! Ada yang kata kota “Sherlock Homes” dan ada juga yang kata kota “Harry Potter” dan banyak lagi lah.

Ibu negara England dan United Kingdom ini turut mempunyai Tapak Warisan Dunia seperti di Georgetown dan Melaka.

Senarai tempat menarik di kota London

Tahukah anda terdapat 4 tempat menarik sekitar London yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia?

Menara London, Kew Gardens, Gereja St Margaret dan Greenwich adalah Tapak Warisan Dunia yang boleh dijadikan destinasi wishlists anda.

Jadi jom trip ke London beramai-ramai dengan berpandukan senarai 30 tempat menarik di London ini!.

Rooftop Film Club

Pawagam atas bumbung di London

Alamat: Roof A, Bussey Building, 133 Rye Ln, London SE15 4ST, United Kingdom

Telefon: +44 207 635 6655

Tempat menarik London: Rooftop Film Club
Sumber gambar: Management, London Double Trouble, Mathieu Farina

Kebiasaannya kalau menonton wayang di tempat bertutup kan? Tapi ini agak rare di mana anda menonton wayang di atas bumbung!

Wah! Rooftop Film Club memberi anda pengalaman sambil menghirup udara segar dengan view langit.   

Tambahan pula, ia dilengkapi dengan kerusi yang selesa dan headphone berkualiti tinggi untuk anda mendengar tanpa gangguan bising.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi:

Madame Tussauds London

Muzium patung lilin di London

Alamat: Marylebone Rd, London NW1 5LR, United Kingdom

Telefon: +44 871 894 3000

Tempat menarik London: Madame Tussauds London
Sumber gambar: Gustavo Simões, Mónika Karsai, Victória Ganzo, Jatinder Singh

Biasa kan kita dengar muzium patung lilin wujud di serata dunia? Lalu apa yang istimewanya di tempat pelancongan Madame Tussauds London ini?

Ia merupakan muzium patung lilin manusia yang asli iaitu wujud pada tahun 1836.

Muzium ini menempatkan sebanyak 250 patung nama-nama besar seperti Prince Harry dan Meghan yang boleh diajak bergambar bersama!

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 5 petang

Leadenhall Market

Pasar tertua di London

Alamat: Gracechurch St, London EC3V 1LT, United Kingdom

Telefon: +44 207 606 3030

Tempat menarik London: Leadenhall Market
Sumber gambar: Rob D’Arcy-Burt, laura sanfilippo, Marcin Kozak, Iván Gutiérrez

Jangan lepaskan peluang untuk ke pasar tertua di ibu negara England ini iaitu Leadenhall Market. Pasar ini telah bertapak sejak abad ke-14 lagi. Lama bukan?

Dahulunya ia menempatkan daging dan barangan basah namun kini menempatkan pelbagai kedai butik, restoran dan kafe.

Untuk anda ‘kaki shopping’ pastikan tak lepaskan peluang berbelanja di sini!

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Hyde Park

Taman rekreasi di London

Alamat: Hyde Park London, United Kingdom

Telefon: +44 300 061 2000

Tempat menarik London: Hyde Park
Sumber gambar: bassam alhariri, Mohammad Abo-Mokh, Cristian Navarro, JOSE CARLOS SC

Hyde Park adalah sebuah taman rekreasi yang dipenuhi dengan ribuan pokok, tasik yang besar, berbagai taman bunga dan gelanggang sukan.

Bagi anda pencinta bunga-bungaan mungkin boleh singgah di tempat pelancongan menarik ini? Selain itu, ia amat dikenali sebagai lokasi demonstrasi besar-besaran di London.

Misalnya, pada tahun 1908 pergerakan wanita membuat protes besar-besaran untuk mendapatkan hak mengundi.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 5 pagi – 12 pagi

Camden Town

Gerai-gerai jualan di London

Alamat: Camden Town, London, United Kingdom

Telefon: –

Tempat menarik London: Camden Town
Sumber gambar:John Trigg, Greg, Manuel Doménech, Richard Herczeg

Kalau di Malaysia kita ada Uptown manakala di London ada Camden Town. Di sini wujudnya berbagai jualan yang dipenuhi dengan 1000 jenis kedai, gerai dan kafe.

Antara barang yang boleh ditemui ialah pakaian vintage, buku second hand, hasil seni yang menarik dan banyak lagi.

Memang puaslah berjalan di sini mencuci mata sambil membeli!

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi:

London Eye

Roda ferris gergasi di London

Alamat: Riverside Building, County Hall, London SE1 7PB, United Kingdom

Telefon: +44 207 967 8021

Tempat menarik London: London Eye
Sumber gambar: Maria Romanov, Daniel Smith, Gunter Hofer, Станислав

Bukan di Malaysia sahaja yang ada roda ferris gergasi malah di London Eye pun ada juga tau!

Tempat pelancongan ini amat sesuai berkunjung pada waktu malam kerana roda ferris ini akan dihiasi dengan cahaya berwarna-warni.

Bukan itu sahaja malah jika anda berada di puncak London Eye ini dapat melihat pemandangan sekitar ibu negara England!

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 11 pagi – 6 petang

Thames Cruise

River cruise di London

Alamat: Westminster Pier, Victoria Embankment, London SW1A 2JH, United Kingdom

Telefon: +44 203 778 0700

Tempat menarik London: Thames Cruise
Sumber gambar: Dino David, Bryan Brierley, faze64 2, Panicos Panicos

Tak puas lagi nak tengok pemandangan tempat menarik sekitar London? Jom river cruise di Thames Cruise pula!

Trip ke London menjanjikan keseronokan dengan melihat pemandangan di sungai dengan menaiki bot atau kapal.

Bolehlah feeling feeling sikit naik kapal macam dalam filem Titanic!

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang

Hampstead Heath Park

Taman terbesar di London

Alamat: Hampstead Heath Park, London, United Kingdom

Telefon: +44 207 332 322

Tempat menarik London: Hampstead Heath Park
Sumber gambar: Susanna Chaplin, Tony Baer, Granny’s Tuna, Hampstead Heath

Sememangnya ibu negara London ini menempatkan banyak taman-taman yang menarik.

Tidak ketinggalan taman terbesar di London iaitu Hampstead Heath Park yang terletak di salah satu kawasan tertinggi di London.

Bila dah berada di kedudukan tertinggi pastinya pemandangan pun menarik kan? Tambahan pula, taman ini mempunyai kolam renang dan muzium yang boleh anda lawati.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Brick Lane

Street Art di London

Alamat: Brick Lane, London, UK

Telefon: –

Tempat menarik London: Brick Lane
Sumber gambar: Kass Papadopoulos, JY Kim, JR Suarez, patrick jacobs

Tahukah anda, Brick Lane merupakan kawasan komuniti Bangladesh? Jadi jika anda ingin mencari makanan halal di sini bolehlah kunjungi ke kedai-kedai makan di sini. 

Macam-macam ada di sini iaitu menu kari, tandoori dan banyak lagi! Apa yang paling tertarik di sini ialah Street Art yang cukup cantik untuk anda yang mencari port bergambar terbaik.

Lihat Peta | Waktu operasi:

London Zoo

Zoo di London

Alamat: Outer Cir, London NW1 4RY, United Kingdom

Telefon: +44 344 225 1826

London Zoo
Sumber gambar: Meghan Albrecht, Carina Guadalupe Barocio Guzmán., Aurelia Ven, Christoph Pirius

Jika anda membawa anak-anak trip ke London jangan lupa bertandang ke London Zoo. Banyak tarikan yang menempatkan lebih 700 spesies haiwan di sini!

Antaranya ialah “Penguin Beach”, “Butterfly Paradise”, “Land of the Lions”, “Meet the Monkeys”. Tak pernah tengok penguin di depan mata? Inilah tempat menarik di London yang wajib anda pergi!

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: 10 pagi – 6 petang

Leicester Square

Dataran di London

Alamat: Leicester Square, London WC2H 7LU, United Kingdom

Telefon: –

Leicester Square
Sumber gambar: Milan Engels, Anthony, Jeff, From a Google User

Mencari tempat menarik sekitar London untuk bersantai-santai? Jom ke dataran di Leicester Square yang dipenuhi dengan kehijauan taman.  

Selain itu, ada banyak tarikan lain di sini tau! Iaitu port menonton wayang dan teater, kedai M&M terbesar di Eropah serta kedai LEGO terbesar di dunia ada di sini. 

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: 24 jam

Harrods

Shopping mall di London

Alamat: 87-135 Brompton Rd, London SW1X 7XL, United Kingdom

Telefon: +44 207 730 1234

Harrods
Sumber gambar: MIKE M, Mirela Lena, Kyle Murch, Aron Szyls

Tak puas membeli-belah di Leadenhall Market dan Camden Town? Jangan risau, ada lagi 7 tingkat untuk diterokai di Harrods! Confirm puas berbelanja di shopping mall ini.  

Pelbagai barangan menarik di tempatkan di sini seperti barangan rumah, pakaian, makanan, teknologi dan banyak lagi.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Sabtu: 10 pagi – 9 malam
  2. Ahad: 11.30 pagi – 6 petang

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web

Platform 9 ¾

Lokasi penggambaran filem Harry Potter di London

Alamat: London N1 9AP, United Kingdom          

Telefon: +44 207 833 1137

Platform 9 ¾
Sumber gambar: 은정강한 국어, Ruthi David, Nadia Levy, 王小明

Para penggemar koleksi filem Harry Potter pastinya anda tahu tentang Platform 9 ¾ kan? Di mana Harry dan rakan-rakannya pergi ke platform ini melalui dinding batu-bata di antara platform 9 dan 10.

Tambahan pula, terdapat kedai Harry Potter yang boleh anda kunjungi yang terletak bersebelahan platform ini.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 8 malam

Buckingham Palace

Istana di London

Alamat: London SW1A 1AA, United Kingdom

Telefon: +44 303 123 7300

Buckingham Palace
Sumber gambar: Sekhon B, Marcelo Messias, DANIEL COBZAC, Роман Вайцулевич

Jika anda merancang percutian ke London pada bulan Ogos dan September bolehlah jadikan Buckingham Palace di dalam destinasi wishlists anda.

Untuk makluman anda, istana ini merupakan kediaman rasmi Ratu Elizabeth yang menempatkan banyak hiasan menarik untuk dilawati.

Menariknya di sini, penerangan audio yang digunakan ketika melawat istana ini menggunakan suara Prince Charles tau! Bukan calang-calang orang ya.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi:

Greenwich Market

Kraftangan di London

Alamat: 5B Greenwich Market, London SE10 9HZ, United Kingdom

Telefon: +44 208 269 5096

Greenwich Market
Sumber gambar: J B, Linh Doan, sarasaya meiko, Daiva Juozapaityte

Lagi tempat mendapatkan ole-ole menarik yang boleh didapati di tempat menarik di London ini ialah di Greenwich Market.

Pelbagai jenis kraftangan asli yang boleh didapati di sini tau! Antaranya ialah barangan seni, kraf, designer, antik dan koleksi berharga lain.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 5.30 petang

National Gallery

Galeri lukisan di London

Alamat: Trafalgar Square, London WC2N 5DN, United Kingdom

Telefon: +44 207 747 2885

National Gallery
Sumber gambar: V B, Zain Rizvi, ようこ, Martin Časár

Mencari tempat menarik sekitar London yang percuma? Mari ke National Gallery yang pastinya membuatkan anda terpukau dengan keindahan karya-karya ini!

Galeri lukisan ini menempatkan lebih 2000 lukisan yang halus seninya. Tidak ketinggalan juga hasil lukisan pelukis terkenal iaitu Leonardo da Vinci turut ada di sini!

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang

Natural History Museum

Koleksi sejarah asli terbesar di dunia

Alamat: Cromwell Rd, South Kensington, London SW7 5BD, United Kingdom

Telefon: +44 207 942 5000

Natural History Museum
Sumber gambar: Tonmai Cheewasutthanon, Raziman T.V., Ionut Chiru, Tim Treeby

Diwujudkan pada tahun 1754 menjadikan Natural History Museum dikenali sebagai koleksi sejarah asli terbesar di dunia.

Muzium ini terletaknya lebih 70 juta spesimen dengan tambahan 500 000 spesimen baharu dibawa masuk ke sini saban tahun. Wah, Menariknya!

Antara spesimennya ialah fosil dinasour, tulang dodo, batuan dari bulan dan tumbuhan eksotik.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 5.50 petang

Science Museum

Muzium sains dan teknologi di London

Alamat: Exhibition Rd, South Kensington, London SW7 2DD, United Kingdom

Telefon: +44 330 058 0058

Science Museum
Sumber gambar: merje kruuk, Daniel Boullosa Perez, Ntale Eastmond, Narendrakumar Chauhan

Ingin meneroka ke dalam dunia sains dan teknologi secara lebih mendalam? Jom terokai di Science Museum.

Apa yang menariknya di sini ialah ia menjadi lokasi yang sering diterokai di benua Eropah! Muzium sains dan teknologi ini mempunyai 3 tingkat dengan lebih 15 000 koleksi dipamerkan.

Selain itu, 3 tarikan utama yang patut anda terokai di sini ialah “Making the Modern World Gallery”, “The Atmosphere Gallery” dan “The Flight Gallery”.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang

Victoria and Albert Museum (V&A)

Muzium seni rekaan di London

Alamat: Cromwell Rd, London SW7 2RL, United Kingdom

Telefon: +44 207 942 2000

Victoria and Albert Museum
Sumber gambar: Kolluri Surya, Abbou Fatima Zahra, Alby Set, Artur Żarski

Seronok melawat ke muzium di London dan ingin mencari muzium menarik yang lain? Bagaimana kalau berkunjung ke V&A Museum pula?

Ia menampilkan muzium seni rekaan terbaik di dunia dengan tarikan kreativiti manusia sejak 3000 tahun lalu.

Antara bahan kreativiti adalah lukisan, ukiran, perabot, besi, fesyen, fotografi dan banyak lagi. Kreatif betul ya orang-orang zaman dahulu!

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 5.45 petang

British Museum

Muzium sejarah manusia di London

Alamat: Great Russell St, London WC1B 3DG, United Kingdom

Telefon: +44 207 323 8299

British Museum
Sumber gambar: Matt Gilmour, Gabriele Bicchierai, Kevin Rothschild, Martin Časár

Dah berkunjung ke National History Museum dan V&A Museum ke belum? Kalau dah mari melawat ke tempat menarik di London iaitu British Museum!

Dibina pada tahun 1753 dengan menempatkan pelbagai sejarah manusia lebih 2 juta tahun dahulu. Bagi anda yang tidak pernah lihat mumia-mumia Mesir secara dekat, bolehlah melawat muzium ini!

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 5 petang

Isabella Plantation

Taman bunga di London

Alamat: Richmond Park, Richmond TW10 5HS, United Kingdom

Telefon: +44 300 061 2200

Isabella Plantation
Sumber gambar: Jim G H, Siemprecipri, Song Yang

Jika anda mengikuti trip ke London pada musim bunga iaitu bulan April – Mei bolehlah singgah di Isabella Plantation.

Taman ini dihiasi dengan bunga-bungaan berwarna-warni sejak tahun 1953 lagi. Antara spesies bunga yang menghiasi taman ini ialah Azalea, Rhododendron dan Camelia.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 7.30 pagi – 5.15 petang

Covent Garden

Pertunjukan jalanan di London

Alamat: Covent Garden, London, UK

Telefon: –

Covent Garden
Sumber gambar: Convent Garden, Kevin Lee, Tiziana Mantoan, Mariana Popa

Mencari tempat untuk berhibur di London? Convent Garden menempatkan pertunjukan jalanan yang menarik.

Kadangkala pertunjukan di sini mampu menghimpunkan seramai 200 orang penonton! Wah, Ramainya! Bermakna pertunjukan di sini sangat terbaiklah kan?

Selain itu, antara pertunjukan terbaik di sini ialah balet dan opera.

Lihat Peta | Waktu operasi:

St. James’ Park

Taman diraja di London

London SW1H 9AP, United Kingdom

Telefon: +44 300 061 2350

St. James' Park
Sumber gambar: Simon Banks, Apostolos Darisaplis, CHIHE WANLER, Stefanos Antonakopoulos

Mencari tempat menarik di London yang lain dengan pemandangan yang indah?

Sebuah taman diraja iaitu St. James’ Park menyajikan pemandangan cantik berlatar-belakangkan bangunan ikonik di London.

Antara bangunan ikonik yang menghiasi taman ini ialah Buckingham Palace, Clarence House dan Whitehall.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 4 petang

Portobello Market Notting Hill Gate

Pasar jalanan di London

Alamat: Portobello Rd, London W10 5TY, United Kingdom

Telefon: –

Portobello Market Notting Hill Gate
Sumber gambar: Portobello Road Market, Mel, J SUN, Alessandro Bracci

Tahukah anda Portobello Market Notting Hill Gate pernah menjadi lokasi penggambaran filem?

Di dalam filem Notting Hill memaparkan kesibukan pasar jalanan ini yang meriah dengan kehadiran pengunjung.

Pelbagai barangan menarik yang boleh didapati di sini. Confirm buat anda rambang mata!

Pada hari Jumaat terdapat berbagai gerai jualan pakaian vintage dan barangan rumah manakala hari Sabtu terdapat barangan antik di sini.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Isnin – Sabtu: 8 pagi – 7 malam

Kensington Palace

Kediaman keluarga diraja Inggeris di London

Alamat: Kensington Gardens, London W8 4PX, United Kingdom

Telefon: +44 333 320 6000      

Kensington Palace
Sumber gambar: Sanjay Sharma, Agnes Fox, Mick Oldham, Marilisa Rossi

Walaupun Kensington Palace adalah kediaman keluarga diraja Inggeris namun ianya masih dibuka untuk kunjungan awam tau!

Antara tarikan utama untuk pengunjung ke sini iaitu “The King’s Staircase”, “The King’s Gallery” dan “The Privy Chamber”.

Selain itu, anda juga boleh melihat pameran dan kedai di The Orangery Café.

Lihat Peta |Laman Web | Waktu operasi: Rabu – Ahad: 10 pagi – 6 petang

Kew Gardens

Taman bersejarah di London

Alamat: Richmond, United Kingdom

Telefon: +44 208 332 5655

Kew Gardens
Sumber gambar: David Anton, Joao Miranda, Tiz, Rupesh Silwal

Tergolong dalam 4 kawasan Tapak Warisan Dunia menjadikan Kew Gardens sebagai tempat menarik di London yang bersejarah.

Ia merupakan taman yang bersejarah kira-kira 250 tahun dahulu.

Dengan adanya rumah gelas zaman Viktoria yang terbesar di dunia iaitu “Temperate House” dan lukisan-lukisan tumbuh-tumbuhan iaitu “Marianne North Gallery”.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi tarikan menarik untuk anda lihat di sini!

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat: 10 pagi – 7 malam
  2. Sabtu – Ahad: 10 pagi – 8 malam

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Sea Life London Aquarium

Akuarium di London

Alamat: Riverside Building, County Hall, Westminster Bridge Rd, London SE1 7PB, United Kingdom

Telefon: +44 207 967 8025

Sea Life London Aquarium
Sumber gambar: Osolot W, Kevin Patel, Adam Porter, Patricio Gomes

Bukan di KLCC sahaja yang ada akuarium sebagai tempat pelancongan! Malah Sea Life London Aquarium turut ada di London.

Anda dapat menerokai dunia lautan dengan melalui terowong akuarium lutsinar berkaca yang dipenuhi dengan hidupan laut.

Antara hidupan laut yang mewarnai akuarium ini adalah ikan pari, ikan jerung, ikan nemo, penyu dan banyak lagi.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Rabu & Jumaat: 10 pagi – 4 petang
  2. Khamis: 11 pagi – 4 petang
  3. Sabtu – Ahad: 10 pagi – 5 petang

Lihat Peta | Laman Web

London Transport Museum

Muzium kenderaan lama di London

Alamat: The Piazza, London WC2E 7BB, United Kingdom

Telefon: +44 343 222 5000

London Transport Museum
Sumber gambar: Keiran Rayman, Josh Schmid, Kevin Chapple, Jean-Michel Fernet

Dah puas berhibur di pertunjukan jalanan di Covent Garden? Mari mengunjungi London Transport Museum pula yang berada di tengah-tengah Covent Garden.

Menariknya di sini anda dapat menyaksikan kenderaan-kenderaan lama yang dipamerkan cukup antik sekali!

Bukan itu sahaja malah terdapat bahan pameran lain seperti lukisan kejuruteraan, poster, tiket-tiket, uniform, foto dan filem yang dipamerkan di sini.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang

Hamleys Toys London – Regent Street

Kedai mainan terbesar di dunia

Alamat: 188-196 Regent St., London W1B 5BT, United Kingdom

Telefon: +44 207 479 7398

Hamleys Toys London – Regent Street
Sumber gambar: Patrick McWilliams, Saad Achwa, Aiden R, GIUSEPPE CANITANO

Asyik bershopping barangan rumah dan pakaian sahaja, kali ini tukar mood pula ke kedai mainan terbesar di dunia!

Pastinya anda akan terpegun melihat berbagai alat mainan yang terletak di bangunan 7 tingkat ini. 7 tingkat? Ya betul tu 7 tingkat, rasa macam mimpi pula kan?

Hamleys Toys London – Regent Street mampu memuatkan sebanyak 50 000 jenis mainan. Antaranya ialah permainan komputer, patung dan permainan klasik.

Bukan kanak-kanak sahaja yang teruja ke sini malah orang dewasa pun sama kan?

Waktu operasi:

  1. Isnin – Sabtu: 10 pagi – 8 malam
  2. Ahad: 12 tengahari – 6 petang

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

The London Dungeon

Taman tema di London

Alamat: The Queen’s Walk, London SE1 7PB, United Kingdom

Telefon: +44 333 321 2001

The London Dungeon
Sumber gambar: David Eaton, Markus Schaubmaier, Chris Korybalski, Cécile

Sebuah pengalaman bermakna yang hanya terdapat di ibu negara England sahaja iaitu The London Dungeon.

Ia menghimpunkan lakonan teater, babak, pentas, kesan khas dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

Tambahan pula, taman tema ini mempunyai 19 persembahan interaktif, kisah sejarah berkisarkan 1000 tahun lalu dan 20 pelakon secara live.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 5 petang

0 comments:

Post a Comment

loading...