Untuk makluman anda, bahagian Sabah terdiri daripada tempat menarik di Kudat, Pantai Barat, Pedalaman Sabah, Sandakan dan Tawau.
Kudat merupakan tempat menarik di Sabah untuk dilawati di mana majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Rungus.
Oleh hal yang demikian, Kudat turut dikenali sebagai “Tomborungus” daripada etnik tersebut.
Tambahan pula, ia terdiri daripada beberapa bandar utama yakni Kota Marudu, Pitas dan Kudat.
Senarai tempat menarik di sekitar Kudat Sabah
Jadikan Kudat sebagai tempat percutian di Sabah yang terbaik dengan pelbagai keindahan pantai di Sabah dengan mengambil gambar tepi pantai yang cantik ini.
Berikut adalah senarai 17 tempat menarik di Kudat untuk anda bersantai secara bersendirian, berpasangan mahupun secara berkumpulan.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang ke tempat percutian di Sabah ini!
Industri Gong Kampung Sumangkap
Cenderamata di Kudat Sabah
Alamat: Jalan Kg Sumangkap, Sabah
Telefon: –
Seperti yang kita tahu bahawa gong merupakan alat muzik yang seringkali dimainkan ketika majlis-majlis besar.
Industri Gong Kampung Sumangkap sememangnya tidak asing lagi dengan pembuatan gong dalam kalangan penduduk setempat.
Ia sesuai dijadikan tempat menarik di Sabah untuk dilawati bagi melihat penghasilan gong tradisional yang terdiri daripada berbagai saiz.
Tambahan pula, gong juga dijual di sini sebagai cenderamata tau!
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Ahad – Jumaat: 8 pagi – 5 petang
Tampat Do Aman
Tempat menarik untuk backpacker di Kudat Sabah
Alamat: Kg. Tiga Papan, Peti Surat 115, 89570 Kudat, Sabah Malaysia, 89057 Kudat, Sabah
Telefon: –
Bagi backpacker di luar sana, mari mengembara sambil menginap di Tampat Do Aman. Lokasi ini amatlah mudah diakses dan tidak jauh dari pantai di Sabah yang terkenal iaitu Pantai Bak-Bak.
Suasana di tempat ini sangat menyamankan serta penginapan daripada kayu yang berkonsepkan jungle camp.
Selain itu, aktiviti mendaki, menyelam, snorkeling dan berkayak juga disediakan oleh pihak pengurusan di sini.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Maranjak Rungus Longhouse Lodge
Homestay rumah panjang di Kudat Sabah
Alamat: Jalan Bavanggazo,, PS 17, Pos Mini Matunggong, 89058 Kudat, Sabah
Telefon: –
Binaan yang hanya menggunakan bambu sebagai dinding dan daun nipah sebagai atap menjadikan homestay rumah panjang ini amat istimewa.
Di samping itu, aktiviti menarik yakni memancing di sungai, jungle trekking, melawat taman botani dan menangkap ketam boleh dilakukan di sini.
Menariknya di sini, persembahan alat muzik dan tarian tradisi etnik Rungus dipersembahkan pada setiap selepas makan malam.
Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: –
Pantai Tindakon Dazang
Tempat menarik untuk keluarga di Kudat Sabah
Alamat: Unnamed Rd, Kg, Jalan Minyak, 89050 Kudat, Sabah
Telefon: –
Pantai Tindakon Dazang merupakan tempat menarik di sekitar Kudat yang bukan hanya memiliki pantai di Sabah malah penginapan buat seisi keluarga.
Terletak kira-kira 27 km dari pekan Kudat, ia menawarkan aktiviti bergambar tepi pantai yang cantik serta berkayak.
Selain itu, uniknya penginapan di sini berkonsepkan rumah panjang etnik Rungus menjadikan ia tempat menarik di Sabah untuk dilawati.
Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang
Kudat Golf Dan Marina Resort
Resort rumah panjang moden di Kudat Sabah
Alamat: Off Jalan Urus Setia, Kudat, Sabah, Malaysia, 80957
Telefon: 08-861 1211
Mencari resort terbaik di bahagian hujung utara Borneo? Kudat Golf dan Marina Resort merupakan lokasi ideal untuk anda.
Resort ini berkonsepkan rumah panjang moden dan dalam masa yang sama masih menerapkan elemen etnik Rungus.
Selain itu, turut disediakan padang golf yang mempunyai 18 lubang dan boleh menikmati pemandangan laut Sulu dari resort ini.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Pantai Kelambu
Aktiviti pantai di Kudat Sabah
Alamat: Jalan Pantai Kelambu, 89050 Kudat, Sabah
Telefon: –
Pantai Kelambu antara destinasi menarik di Kudat yang sesuai untuk melakukan aktiviti pantai.
Meskipun ia kurang dikenali di mata umum, namun kejernihan pasir putih serta dikelilingi banyak pulau sesuai untuk bergambar tepi pantai yang cantik ini.
Antara aktiviti pantai yang sesuai di sini ialah speed boating, berenang, snorkeling, ski air, berkelah serta mengutip kerang dan siput.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Pantai Bak-Bak
Pantai cantik di Kudat Sabah
Alamat: Pantai Bak-Bak, 89050 Kudat, Sabah
Telefon: –
Sebuah pantai yang terkenal di Sabah iaitu Pantai Bak-Bak semamangnya tidak disangkal lagi kecantikannya.
Selain itu, butiran pasir putih yang halus serta kejernihan air laut sehingga ke dasar mampu menambat hati pengunjung ke sini.
Lain daripada itu, jika anda mencari tempat penginapan di sini bolehlah menginap di resort 9 Hut On A Hill.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Tommy Place @ Tip of Borneo
Chalet di Kudat Sabah
Alamat: Simpang Menggayau, Tip of Borneo Kudat, 89050 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: –
Tommy Place iaitu chalet yang terletak di Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo) ini merupakan tempat percutian di Sabah yang best.
Selain itu, ia juga terletak berhampiran dengan pesisir pantai sambil bersantai di restoran yang disediakan.
Dalam pada itu, snorkeling, menyelam dan surfing merupakan aktiviti pantai yang menarik boleh dibuat ketika berada di sini.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: –
Ladang Madu Lebah Gombizou
Ladang lebah di Kudat Sabah
Alamat: Kampung Gombizau Jalan Gombizau 1 km Pekan Baru, Matunggong, 89050 Kudat, Sabah
Telefon: –
Untuk makluman anda, Kampung Gombizou mempunyai pengalaman yang luas dalam industri penternakan iaitu selama 10 tahun.
Begitu juga di Ladang Madu Lebah Gombizou di mana pelancong boleh melihat penternakan lebah serta mendapatkan madu lebah asli di sini.
Lain daripada itu, kawasan ini turut memiliki ladang getah dan pelancong boleh mempelajari teknik penorehan getah gaya tradisional.
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang
Kudat Riviera
Resort mewah di Kudat Sabah
Alamat: Kudat Rivera, 89050 Kudat, Sabah
Telefon: –
Bagi anda yang memiliki bajet yang besar untuk menampung perbelanjaan tempat penginapan, Kudat Riviera amat sesuai untuk anda.
Resort mewah ini berkonsepkan alam sekitar dengan dipenuhi oleh pohon menghijau ditambah lagi dengan kolam renang, spa dan aktiviti sukan air yang terbaik.
Tambahan pula, tarikan lain yang menarik di resort ini dengan adanya Restoran Caviar Sky Longue setinggi 900 kaki bagi melihat tempat menarik di sekitar Kudat sambil menjamu selera.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Pantai Tanjung Bangau
Aktiviti mandi-manda di Kudat Sabah
Alamat: Unnamed Road, 89050, 89050 Kudat, Sabah
Telefon: –
Sebuah lagi pantai yang cantik dan bersih iaitu di Pasir Tanjung Bangau untuk bersantai.
Di samping itu, ia memiliki muara sungai yang jernih serta mendamaikan. Oleh itu, aktiviti mandi-manda dan berkelah amatlah sesuai dilakukan di sini.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Dreamland Beach Hotel
Hotel di Kudat Sabah
Alamat: Kampung Tampakan, 89058 Kudat, Sabah
Telefon: –
Dreamland Beach Hotel yang sesuai dengan namanya merupakan hotel impian anda sebagai tempat percutian menarik di Kudat ini.
Terletak di puncak bukit dengan hotel penuh berwarna-warni serta memiliki pantai yang cantik semestinya mengukuhkan lagi daya tarikan pengunjung ke sini.
Selain itu, lokasinya di puncak bukit sudah semestinya menyajikan panorama yang cantik menjelang senja.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Pantai Bavang Jamal
Tempat pemuliharaan penyu di Kudat Sabah
Alamat: Pantai Bavang Jamal, 89050, Sabah
Telefon: –
Satu-satunya pantai yang terkenal dengan kehadiran penyu di Kudat ialah Pantai Bavang Jamal. Ia mempunyai pantai yang panjang dan indah ditambah lagi dengan tempat pemuliharaan penyu.
Namun begitu, kehadiran penyu ke pantai ini hanyalah pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Pantai Kalampunian (Kalampunian Beach)
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Kudat Sabah
Alamat: Jln Tanjung Simpang Mengayau, 89050 Kudat, Sabah
Telefon: –
Turut berdekatan dengan Tanjung Simpang Mengayau semestinya Pantai Kalampunian (Kalampunian Beach) menjadi tempat menarik untuk kanak-kanak di sini.
Ia juga sama seperti pantai di Sabah yang lain iaitu turut memiliki pantai yang indah untuk menyaksikan matahari terbenam.
Selain itu, kanak-kanak boleh bermain pasir dengan membina istana pasir di sini.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Pantai Kimihang (Kimihang Beach)
Aktiviti berkelah di Kudat Sabah
Alamat: Kampung Kimihang, 89050 Kudat, Sabah
Telefon: –
Mencari tempat menarik untuk berkelah? Pantai Kimihang (Kimihang Beach) merupakan pantai menarik untuk aktiviti berkelah.
Bukan itu sahaja, malah melihat pemandangan matahari terbenam merupakan memori terindah di sini. Sementara itu, tempat penginapan rumah panjang turut terletak berdekatan dengan pantai ini.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Hibiscus Beach Retreat
Tempat menarik untuk pasangan di Kudat Sabah
Alamat: Hibiscus Villa, Jalan Marang Parang, Tiga Papan, 89058 Kudat, Sabah
Telefon: –
Mencari tempat penginapan menarik bersama pasangan? Hibiscus Beach Retreat merupakan destinasi yang tepat untuk bersantai.
Chalet persendirian yang mewah, eksklusif dan privasi ini dikelilingi oleh tumbuhan tropika yang menyamankan.
Bukan itu sahaja, malah dapat melihat pemandangan Laut China Selatan dari kawasan chalet ini. Menarik bukan?
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Pulau Supirak (Supirak Island)
Pulau cantik di Sabah
Alamat: Batu Supirak Island, Sabah
Telefon: –
Pulau Supirak (Supirak Island) meskipun pulau ini agak terpencil daripada pengunjung namun ia sungguh unik.
Ia adalah antara tarikan utama pelancongan di Pekan Pitas dan berhampiran kawasan nelayan.
Selain itu, pulau ini mirip seakan-akan sebuah kapal seperti lagenda si Tanggang yang disumpah bersama kapal menjadi batu.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
0 comments:
Post a Comment