Dikenali dengan jolokan nama “Bandar Membaca” dan “Rice Bowl of Perak” menjadikan ia sebagai tempat menarik di Parit Buntar Perak.
Pusat bandar Parit Buntar merupakan bandar yang terbesar di daerah Kerian dan berhampiran dengan Taiping, Nibong Tebal di Pulau Pinang dan Bandar Baharu di Kedah.
Asal usul Parit Buntar Malaysia bersempena dengan nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar yang terkenal dengan pembinasn Parit Sungai Kerian untuk disalurkan ke sawah padi.
Senarai tempat menarik di Parit Buntar
Parit Buntar Malaysia adalah lokasi yang strategik untuk dijadikan destinasi melancong.
Hal ini kerana, ia adalah sebuah kawasan yang berhampiran dengan negeri-negeri lain seperti Kedah dan Pulau Pinang.
Oleh itu, telah disediakan senarai 16 tempat menarik Parit Buntar serta kawasan yang berhampiran untuk dikunjungi.
Menara Jam Besar
Mercu tanda di Parit Buntar
Alamat: 93, Jalan Teh Peh Kong, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak
Telefon: –
Mercu tanda di Parit Buntar Perak tidak lain tidak bukan iaitu Menara Jam Besar sebagai tempat menarik di Parit Buntar.
Selain itu, bangunan ikonik ini menjadi lambang kemajuan dan kemakmuran bagi penduduk pusat bandar Parit Buntar yang bebas dari penjajah.
Tambahan pula, ia telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961.
Untuk rekaannya pula menampakkan bentuk seolah-olah kubah masjid dan ditempatkan sebuah jam di setiap sisi menara tersebut.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Ikan Kurau Homestay
Homestay di Parit Buntar
Alamat: Jln Pantai, 34350 Kuala Kurau, Perak
Telefon: –
Mencari penginapan yang menenangkan jiwa sambil memancing? Jom menginap di Ikan Kurau Homestay iaitu homestay yang menghadap laut sambil melihat keindahan pemandangan matahari terbenam.
Terdahulu, Kuala Kurau merupakan perkampungan nelayan kecil di mana terletaknya homestay yang berusia kira-kira 50 tahun lamanya.
Terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan iaitu asrama, bilik street view dan bilik pemandangan laut berserta kemudahan asas yang disediakan.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 5 petang)
Brader’s Cafe
Tempat makan best di Parit Buntar
Alamat: 55, Jalan Perwira, pusat bandar baharu, 34200 Parit Buntar, Perak
Telefon: 04-5945776
Brader’s Café salah satu tempat menarik di Parit Buntar Perak untuk penggemar western food.
Selain itu, menu chicken chop terbesar yang dikenali dengan nama “The Giant Chicken Chop” merupakan tarikan utama di kafe ini dengan harga yang berbaloi.
Bukan di Parit Buntar sahaja malah kafe ini turut mempunyai cawangan lain di Jawi, Taiping dan Bagan Serai.
Tambahan pula, beraneka menu sampingan turut disajikan di sini seperti spaghetti, lamb grill, homemade burger dan nasi ayam penyet.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (2 petang – 10 malam)
Pantai Ban Pecah
Pantai di Parit Buntar
Alamat: Pantai Ban Pecah, 34350 Kuala Kurau, Perak
Telefon: –
Tumpuan lokasi bercuti selalunya tidak lengkap jika tidak singgah bersantai di pantai. Keindahan pantai Ban Pecah dengan keunikan bongkah batu tidak dapat disangkal lagi.
Pelbagai aktiviti kebiasaan di pantai seperti memancing, bergambar, membina istana pasir dan mandi-manda boleh dilakukan di sini.
Lain daripada itu, kawasan berhampiran pantai ini ialah Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Taman Pinggiran Sungai Kerian
Taman rekreasi di Parit Buntar
Alamat: 23, Jalan Sungai, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak
Telefon: –
Sebuah taman rekreasi di Taman Pinggiran Sungai Kerian merupakan lokasi strategi untuk dikunjungi di Parit Buntar Malaysia.
Hal ini kerana, ia merupakan titik pertembungan antara 3 negeri sebelah utara iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Menarik bukan?
Selain itu, terletak di tepi Sungai Kerian dan mempunyai landskap yang cantik membolehkan aktiviti seperti memancing, berbasikal dan berjoging dilakukan dengan tenang.
Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam
Pasar Malam Pekan Lama Parit Buntar
Pasar malam di Parit Buntar
Alamat: Jalan Menteri, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak
Telefon: –
Pasar Malam Pekan Lama Parit Buntar yang terletak berhadapan Menara Jam Besar cukup gamat dengan kehadiran pengunjung pada setiap hari Jumaat.
Pelbagai deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga berpatutan yang boleh diperoleh di sini.
Antara menu yang best di sini seperti nasi campur, mee sup, burger, ayam gunting, boba dan ice blended.
Lihat Peta | Waktu operasi: Jumaat (4.30 petang – 10 malam)
O&G Hotel Parit Buntar
Hotel di Parit Buntar
Alamat: 1, Jalan Wawasan 2, Taman Wawasan Jaya, 34200 Parit Buntar, Perak
Telefon: –
Hotel yang berkonsepkan moden iaitu O&G Hotel Parit Buntar merupakan tempat terbaik untuk menginap di Pusat Bandar Parit Buntar.
Hal ini kerana, ia berhampiran dengan 3 lokasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kulim dan Butterworth.
Selain itu, hotel ini menyediakan kemudahan asas seperti taman, wifi, parkir kenderaan, pendingin hawa, TV, dan bilik mandi.
Tambahan pula, 2 jenis bilik yang disediakan iaitu 2 katil single untuk superior twin dan 1 katil double besar untuk deluxe king.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal
Tempat menarik waktu malam di Nibong Tebal
Alamat: Jeti Kelip-kelip, Jalan Pasar Lama, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Telefon: 04-5935516
Dari Parit Buntar ingin menuju ke Nibong Tebal, jangan lupa untuk singgah ke Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal pada waktu malam.
Alami melihat keindahan cahaya kelip-kelip seakan-akan kelipan bintang di pokok bakau pada waktu malam dengan menaiki bot menelusuri di sepanjang sungai.
Namun begitu, diingatkan untuk tidak membuat bising ketika berkunjung ke sini agar kelip-kelip tidak hilang dari pandangan.
Lain daripada itu, bagi anda yang ingin mencari tempat makan berdekatan jeti ini bolehlah singgah ke Kafe Jeti Kelip-Kelip.
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (7.30 malam – 9.30 malam)
Taman Negeri Bukit Panchor
Taman menarik untuk keluarga di Nibong Tebal
Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Telefon: 04-5932977
Taman Negeri Bukit Panchor merupakan tempat percutian terbaik untuk seisi keluarga di Nibong Tebal.
Selain itu, kawasan seluas 155 hektar juga dikenali sebagai Hutan Lipur Bukit Panchor dan bersempadan dengan negeri Kedah.
Di samping itu, kawasannya yang agak lapang membolehkan aktiviti berkelah dan bermandi-manda dilakukan di sini.
Lain daripada itu, bagi antara ahli keluarga anda yang meminati sukan lasak turut terdapat aktiviti meneroka gua dan alur sungai yang mencabar di sini.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)
Spritzer EcoPark
Taman rekreasi di Taiping
Alamat: Lot 898, Reservoir, Off, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping
Telefon: 05-8012663
Rata-rata sudah pasti mengenali air mineral Spritzer bukan? Ia turut mempunyai taman yang tersendiri iaitu Spritzer EcoPark yang terletak di Taiping.
Selain itu, taman rekreasi ini dibuka pada tahun 2015 dan menempatkan pelbagai tempat menarik sambil melihat kehijauan alam semulajadi.
Contohnya The Discovery Tunnel, lapangan golf mini berbayar, Tree Tag Walkabout, Kidz Zone dan kafe berdekatan.
Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 9 malam)
5D Art Paradise Taiping
Seni lukisan di Taiping
Alamat: 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak
Telefon: –
Mencari tempat yang lain dari yang lain di Taiping? Mari, kunjungi ke 5D Art Paradise Taiping yang semestinya menarik.
Kawasan ini menempatkan banyak lukisan dan prop efek ilusi yang menarik di setiap ruang dalam bangunan ini.
Oleh itu, pengunjung boleh posing bergambar dengan lukisan-lukisan di sini sebagai kenang-kenangan.
Waktu operasi:
- Selasa – Khamis (11.30 pagi – 7 malam)
- Jumaat (11 pagi – 6.30 petang)
- Sabtu – Ahad (10.30 pagi – 7 malam)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Bukit Larut (Maxwell Hill)
Tempat menarik untuk hiking di Taiping
Alamat: Pegawai Penjaga Bukit Larut, Perak, 34000 Taiping
Telefon: 05-8077241
Bukit Larut (Maxwell Hill) merupakan tempat terkenal di Taiping yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan sesuai untuk aktiviti hiking.
Selain itu, bukit dengan ketinggian 1250m ini boleh dilalui dengan 2 cara iaitu secara hiking atau sewaan Jeep.
Di samping itu, pemandangan dari atas bukit ini dapat disaksikan dengan keindahan pemandangan sekitar Pulau Pangkor, Pulau Pinang mahupun sejauh Selat Melaka.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 5 petang)
Charcoal Factory Kuala Sepetang
Kilang pembuatan arang di Taiping
Alamat: Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang
Telefon: –
Keunikan di Charcoal Factory Kuala Sepetang iaitu kilang pembuatan arang secara tradisional menjadikan ia sebagai tempat terbaik untuk dilawati.
Di samping itu, kilang arang ini menggunakan pembuatan arang dari sumber kayu pokok bakau. Selanjutnya, proses menyiat kulit pokok kayu bakau dilakukan dan digunakan untuk mendapatkan pewarna yang asli.
Tambahan pula, pengunjung boleh mencuba kelazatan keledek yang dibakar dengan arang batu. Sememangnya terbaik!
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 5 petang)
Matang Mangrove Forest Reserve
Hutan paya bakau terbesar di Malaysia
Alamat: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: –
Berkeluasan 40 000 hektar, menjadikan Matang Mangrove Forest Reserve sebagai hutan paya bakau terbesar di Malaysia. Selain itu, hutan ini telah diwartakan sebagai hutan simpan yang tertua di Malaysia sejak tahun 1906.
Pelbagai aktiviti yang ditawarkan di sini iaitu taklimat dan praktikan pokok bakau, hutan paya laut, mangrove forest walk 1.5km, menyemai benih bakau dan melawat kilang arang kayu.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 7 malam)
Bukit Merah Laketown Resort
Resort di Taiping
Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Telefon: 05-8908888
Mencari resort yang dipenuhi dengan kehijauan alam semulajadi di Taiping? Bukit Merah Laketown Resort dengan keluasan 7000 ekar ini merupakan tempat penginapan terbaik untuk anda.
Menariknya di sini, banyak pusat ekopelancongan yang boleh dikunjungi di sini seperti Eco Park, taman tema air, Reptile Park, Pets Parks dan Pusat Pemiliharaan Orang Utan.
Untuk tarikan di taman tema air pula terdapat body slides, water speed slides, activity pool, lazy river, kids adventure river, jumbo shower dan water pillar.
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: –
Muzium Telegraf Taiping
Muzium telegraf pertama di Asia Tenggara
Alamat: 2664, Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak
Telefon: 05-8010682
Muzium telegraf pertama di Asia Tenggara yang bertempat di Taiping dikenali sebagai Muzium Telegraf Taiping.
Terdahulu, ia adalah lokasi yang terletaknya pejabat pos pertama pada tahun 1885 dengan memberi perkhidmatan telegraf, telefon dan perbankan kepada penduduk.
Selain itu, antara barangan pameran yang dipamerkan di sini ialah pelbagai mesin dan bahasa komunikasi sebelum berkembangnya teknologi canggih.
Antaranya ialah mesin telegraf dan bahasa komunikasi iaitu Morse code.
Harga tiket:
- Dewasa: RM 8
- Kanak-kanak 3 tahun ke atas: RM 5
- Warga emas: RM 5
- Pelajar: RM 3
- Keluarga 2 dewasa & 2 kanak-kanak: RM 20
Waktu operasi:
- Isnin – Selasa (8 pagi – 5 petang)
- Rabu -Ahad (9 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Instagram | Laman Web
0 comments:
Post a Comment