loading...

Wednesday, 28 February 2018

5 Sikap Ibu Bapa Yang Boleh Buat Anak Menderita Tanpa Disedari

Kebanyakkan orang yang sudah mendirikan rumahtangga sudah pasti tidak akan pernah lari dari membuat perkara ini. Pentingnya mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Banyak juga tanggungjawab yang harus dipikul oleh pasangan yang sudah bergelar ibu dan bapa. Mungkin bbagi orang yang belum mendirikan rumahtangga ianya kelihatan sangat mudah, tapi bagi yang sudah mengalaminya ianya tidak semudah yang diperkatakan.

Anak adalah anugerah dari Tuhan. Setiap pasangan sudah pasti menginginkan anak dalam setiap hubungan yang sah. Anak juga adalah penyeri dalam kehidupan. Jika dalam perhubungan itu tiada anak, maka sunyilah suasananya.

Adakah anda tahu, dalam mendidik anak ini punya caranya yang tersendiri. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan apa saja walaupun itu anak kita. Ada segelintir ibu bapa sangat tegas dalam mendidik, tapi adakah anda tahu kesan buruk disebalik ketegasan itu. Diini kami kongsikan 5 perkara yang boleh anda jadikan panduan bersama.

Terlalu garang

Tiada salahnya jika kita menjadi garang dalam mendidik anak-anak, tapi janganlah sampai keterlaluan. Jika ibu bapa mempunyai sikap yang terlampau garang dan bengis, anak-anak juga akan mengalami mati akan sifat inovatif dan kreatif sekiranya mereka baru saja membuat idea yang baru terlintas di fikiran mereka. Oleh sebab terlalu takut  dan diselubungi rasa bersalah kerana selalu saja ditengking setiap kali membuat perkara yang pelik di pandangan mata ibu dan bapa mereka.

Ego

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang mempunyai ego yang sangat tinggi. Malah ada saja yang tidak kena di mata walaupun anak-anak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dijadikan sebagai contoh, kita tegur anak kenapa tidak pergi solat lagi, lepas itu belum dengar apa yang anak ingin katakan kita sudah pergi pukul kerana anggap anak-anak itu tidak sopan dengan orang tua. Akibat dari perbuatan berikut, sistem penghakiman anak-anak kita menjadi tidak seimbang dan mereka akan menjadi susah dalam membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Pendengar yang sangat teruk

Dalam tidak sedar, kita sebagai ibu bapa hendaklah selalu mengingati ilmu mengajar yang paling baik adalah memperbetulkan  cara menegur anak-anak. Perangai anak-anak menjadi teruk adalah dari akibat kita sebagai ibu bapa yang tidak pernah menegur dan mendengar luahan mereka dengan baik. Oleh sebab itu juga banyak anak-anak masa kini menjadi lebih agresif kerana kita sebagai ibu bapa tidak mendengar permasalahan mereka. Mereka menjadi agresif adalah hanya menginginkan perhatian dari kita supaya pada masa yang sama kita mendengar apa yang sedang dipendam di hati mereka.

Tiada masa

Kadang kala kita langsung tidak menyedari kualiti masa bersama anak-anak itu sebenarnya tidak mencukupi. Bagi anda 10 jam bersama mereka, dalam masa yang sama anda juga dikira sibuk dengan perkara yang lain dan hanya 10 minit saja perhatian diberikan kepada anak-anak. Hanya mengunakan ‘eye contact’ bersama anak-anak seketika dan selebihnya anda lebih sibuk mengadap telefon pintar dan juga televisyen. Apa yang tinggal keadaan anak-anak yang terpingga-pingga di tepi tanpa perhatian anda.

Lupa untuk jadi ‘Role Model’

Perkembangan awal otak anak-anak adalah mencari seseorang untuk ditiru. Pada mulanya anak-anak akan meniru cara kita untuk tersenyum dengan segala mimik muka kita sebagai ibu bapa. Bukan itu saja, mereka juga akan meniru setiap tingkah laku kita dari segi cara kita berjalan, bergerak dan paling penting adalah cara akidah kita. Semau itu adalah kekuatan ‘Mirror neuron’. Dalam keadaan yang kita tidak sedari, anak-anak juga akan mengikut segala tabiat buruk yang kita lakukan. Untuk dijadikan contoh, kita sering minum minuman yang manis dan anak kita sudah pasti akan meniru perbuatan kita itu. Jika kita mengunakan perkataan yang kurang sopan, secara tidak langsung anak-anak akan mengunakan perkataan yang dengari di dalam rumah mereka akan praktikkan di sekolah semasa mereka berbual berama rakan-rakan. Andainya kita langsung tidak menghormati pasangan kita, secara automatik anak-anak juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka sudah berkahwin nanti.

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah berhati-hati dalam setiap perbuatan. Kita seharusnya memberikan contoh yang terbaik untuk anak-anak supaya mereka menjadi orang yang berguna di masa depan. Setiap ibu bapa sudah pasti menginginkan anak mereka berjaya di masa depan, oleh itu mulakan semua yang baik-baik dan bermanfaat dari sekarang. Anak-anak yang berjaya adalah dari didikan ibu bapa yang betul. Didiklahanak-anak kita dengan pelajaran yang berguna bermula mereka dari masa kecil. Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Sumber: Islam Itu Indah

The post 5 Sikap Ibu Bapa Yang Boleh Buat Anak Menderita Tanpa Disedari appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...