loading...

Wednesday, 14 February 2018

Kerap Kerja ‘Shift Sebelah Malam’? Waspada, Kerja Pada Waktu Malam Menjemput Penyakit Maut Ini

Ramai yang tahu bahawa waktu pagi hingga petang adalah masa yang paling sesuai untuk bekerja. Dan juga masa yang tepat untuk badan kita berfungsi dengan produktif. Dan waktu malam adalah masa untuk tubuh badan berehat.

Namun, masih ada banyak kerja di dunia yang memerlukan pekerja bekerja di sebelah malam, atau larut malam. Daripada keseluruhan pekerja, separuhnya adalah wanita.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika (AACR), wanita yang bekerja di sebelah malam mempunyai risiko mendapat kanser.

Kanser payudara, kanser paru-paru, kanser kulit dan kanser perut. Risiko adalah 19% lebih tinggi daripada wanita yang tidak berkerja di sebelah malam.

Kes ini paling kerap adalah jururawat perempuan yang bekerja di sebelah malam. 58% berisiko mendapat kanser payudara, 35% kanser perut dan sebanyak 28% kanser paru-paru.

Penyelidik dan ahli onkologi dari Universiti Sichuan, Xuelei Ma, mendapati bahawa bekerja shift malam dikaitkan dengan kanser pada wanita. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa terdapat keperluan untuk program perlindungan kesihatan untuk wanita yang bekerja pada waktu malam.

Malam adalah masa untuk berehat. Sel-sel badan juga perlu tumbuh semula untuk bekerja dengan optimum pada hari berikutnya. Kurang tidur pada waktu malam menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan sistem metabolisma. Ia mampu mencetuskan permulaan penyakit termasuk sel-sel kanser untuk membiak.

Jika anda boleh menukar waktu shift kerja anda, ubahlah. Jangan meminta shift bekerja di waktu malam.

Sumber: Vemale

The post Kerap Kerja ‘Shift Sebelah Malam’? Waspada, Kerja Pada Waktu Malam Menjemput Penyakit Maut Ini appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...