Baru-baru ini Datin alyah telahpun mengadakan satu majlis yang meriah sempena majlis ulangtahun kelahirannya yang ke 37 tahun pada tarikh 3 Januari yang lepas. Penyanyi yang berbakat ini juga telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang Maestro Muzik Malaysia iaitu Datuk Ramli Ms selama 5 tahun.
Namun apa yang lebih menyayat hati, sehingga saat ini mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Menurut Datin Alyah lagi, dia juga turut mencari ikhtiar yang lain dengan melakukan sebuah rawatan kesuburan In Vitro Fertilizer (IVF) sebagai jalan terakhir untuk mendapatkan zuriat bersama suaminya yang tercinta.
Datin Alyah dan juga Datuk Ramli Ms juga turut mengambil inisiatif yang lain dengan membuat satu rujukan ke beberapa buah pusat perubatan yang telah mengendalikan kaedah kesuburan tersebut.
“Bila bercakap soal anak, siapa yang tak mahu cahaya mata. Malah sebelum Datuk Siti lakukan kaedah berkenaan, saya sudah tanya beberapa pusat perubatan juga.
“Cuma mungkin disebabkan rutih harian misalnya tekanan dalam kerja dan gaya hidup menyebabkan saya sukar untuk hamil. Jadi memang saya pernah ada tanya kaedah tersebut.
“Saya difahamkan, kalau mahu lakukan kaedah tersebut, saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan pertama kandungan kalau ada rezeki.
“Malah tidak boleh langsung pakai kasut tumit tinggi. Cuma itulah, buat masa ini biarlah saya selesaikan dahulu jadual seni sedia ada. Perlukan rehat yang cukup kalau nak buat IVF.
“Laporan seterusnya (mengenai mengandung atau tidak) kita nantikan pada tahun 2019 nanti ya”
Alyah juga kini sangat sibuk dengan single keluaran terbarunya Jutaan Purnama menerusi muzik video lirik yang sudah boleh ditonton di laman youtube. Artis ini juga merupakan bintang asal Gelang patah.
Pada waktu yang sama juga, Datin Alyah juga telah meluahkan rasa terharunya dan bahagianya apabila meraikan majlis untuk peminat-peminatnya yang sentiasa menyokong dan sentiasa berada dibelakangnya selama 18 tahun ketika dia telah menjuarai Bintang HMI. Apa yang lebih terharu lagi, dia telah dikejutkan dengan majlis hari jadi.
“Terima kasih buat semua yang hadir. Ada peminat yang sanggup datang dari Kedah dan Kelantan bagi mengikuti program ini. Sokongan kalian cukup saya hargai dan saya turut berbesar hati bila ada pihak yang sudi menaja aktiviti ramah mesra ini”
Walauapapun, semoga karier Datinalyah sentiasa maju dan semakin bertambah di masa yang akan datang. Semoga proses mendapatkan zuriat ini berjalan sengan lancar. Semua itu dengan izin Allah, kita hanya mampu merancang yang penting jangan pernah berputus asa untuk berusaha.
Sumber: Heroviral.online
The post Datin Alyah Buat Rawatan Kesuburan (IVF) Demi Mendapatkan Cahaya Mata appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment