Kejadian yang mengemparkan ini telah menghebohkan satu Malaysia apabila kedatangan seorang lelaki yang telah didapati telah menikam sehingga mati kekasihnya sendiri. Selepas melakukan perbuatan tersebut, lelaki berkenaan juga telah membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Damansara sendiri dan pada masa yang sama dia menyerahkan dirinya.
Mungkin belum pernah kita dengar apabila kejadian bunuh ini dan terus menyerahkan dirinya sendiri ke balai polis dan mengakui perbuatannya tanpa ada sedikit pun perasaan takut. Mungkin ini adalah perkara yang boleh di anggap ‘Rare’.
Menurut pihak polis pula, mereka juga tidak menolak kemungkinan punca pembunuhan itu dilakukan apabila mengetahui suspek mengetahui yang mangsa juga ada menjalinkan perhubungan dengan orang lain selain dirinya. Namun apa yang didedahkan oleh ahli keluarga mangsa pada hari ini sangat mengejutkan.
Ahli keluarga mangsa menafikan hubungan cinta suspek dan mangsa
Menurut laporan, bapa saudara kepada mangsa telah menafikan tentang hubungan mangsa dan juga suspek. Bapa saudara suspek yang dikenali sebagai D. Tharani yang hanya mahu dipanggil sebagai Manimaran menyatakan, mangsa sedang cuba untuk mengelak dari bersemuka dengan suspek yang dikatakan selalu menganggu mangsa di tempat kerja.magsa dan suspek sebenarnya bekerja di satu tempat yang sama.
Ujar Manimaran, mangsa juga telah mereka-reka cerita bahawa dirinya sudah berkahwin agar dapat mengelak terus dari suspek.
Dia mesti dah buat cerita yang dia sudah berkahwin, walaupun kami tahu perkahwinan adalah benda paling akhir dia fikir akan buat.
Tambah manimaran, mereka sekeluarga langsung tidak mengetahui kewujudan suspek dan tiada seorang pun yang pernah berjumpa dengan suspek sehingga kejadian yang memilukan semalam.
Jika betul Tharani dan lelaki berkenaan berhubungan, sudah tentu dia berkongsi cerita dengan adik beradik perempuannya. Malahan saya juga bertanya anak saudara lain yang rapat dengan Tharani, mereka juga tidak tahu mengenai hubungan seperti didakwa suspek.
Setahu kami, suspek adalah rakan sekerja di tempat kerja barunya.
Suspek juga dikatakan kerja satu bumbung dengan mangsa semenjak November. Suspek juga pernah membawa mangsa ke sebuah pasar raya untuk pergi makan tengahari bersama serta membeli belah termasuklah membeli sebilah pisau juga.
Sebaik sahaja kembali ke tempat letak kereta yang dimiliki oleh suspek dan pada masa yang sama, mangsa telah menyatakan yang dia akan berkahwin dengan lelaki pilihannya yang lain. Apabila mengetahui perkara tersebut dari mulut mangsa sendiri, tanpa berfikir panjang dia terus mengambil sebilah pisau yang baru dibeli untuk menikam mangsa sehingga mati.
Akibat dari cintanya ditolak oleh wanita idamannya, suspek bertindak di luar jangkaan dengan membunuh mangsa tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapinya. masyarakat diluar sana seboleh-bolehnya berhati-hati dalam pergaulan.
Sumber: New Straits Times
The post Bawa Mayat Kekasih Selepas Tikam Ke Balai Polis Dan Serah Diri? appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment