loading...

Wednesday 21 February 2018

Pelanggan Bukan Pengemis, Peniaga Perlu Tahu Adab

Sesiapa sahaja mampu membeli belah walaupun berada di dalam rumah, tidak perlu keluar, hanya memerlukan telefon bimbit, anda kini mampu membeli belah dengan mudah. Kecanggihan yang ada membuatkan ramai pembeli membuat keputusan untuk membeli belah di atas talian.

Ramai peniaga-peniaga yang mengambil langkah bijak dengan mempromosikan barangan jualan di media sosial, ramai peniaga yang menggunakan peluang baik ini untuk melariskan produk mereka. Bukan mudah untuk berkomunikasi dengan pelanggan di atas talian berbanding secara berhadapan. Ada segelintir peniaga online yang kurang mesra dan etika ketika melayan pertanyaan setiap pelanggan.

Adab ketika berhadapan dengan pelanggan itu penting, walaupun mereka tidak berhadapan dengan anda dan hanya bertanya secara atas talian, anda seharusnya memberikan layanan yang baik, bukan hanya sambil lewa dan akhirnya merugikan diri sendiri.

Ini kisah gadis yang mendedahkan sikap biadap peniaga tiada etika melayan pelanggan.

Adab berniaga perlu agar murah rezeki

Masa peniaga berharga

Ini adalah keratan gambar yang dikongsi seorang gadis di laman Facebook mengenai perbualan yang kurang mesra ketika dilayan peniaga tersebut.

Ugut pelanggan

Jika anda mahu maju dalam hidup dan sentiasa berjaya dalam perniagaan, anda seharusnya belajar bagaimana untuk menghormati pelanggan anda. Jangan pula hendak berniaga, tetapi tidak mahu melayan kerenah pelanggan.

Semoga perkongsian dari gadis ini mampu membuka mata peniaga-peniaga atas talian yang lain.

Sumber: Facebook/Nur Liyana Farahin

The post Pelanggan Bukan Pengemis, Peniaga Perlu Tahu Adab appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...