loading...

Sunday 11 February 2018

Fungsi ‘Rahsia’ Kekunci F & J Pada Papan Kekunci

Adakah anda seorang yang sering menggunakan komputer dalam kehidupan seharian? Jika diperhatikan, pada papan kekunci komputer anda ada bonjolan kecil yang hanya terdapat pada huruf F dan J.

Bonjolan itu dipanggil sebagai Home Row. Fungsinya adalah sebagai pusat jari anda diletakkan semasa menaip.

Bukan itu sahaja, bonjolan itu juga sangat berfungsi untuk membantu orang buta menyentuh papan kekunci. Menurut Akta Telekomunikasi, semua syarikat telekomunikasi dikehendaki membuat peranti yang boleh digunakan oleh semua orang yang mengalami gangguan penglihatan.

Bukan hanya pada papan kekunci, papan kekunci nombor 5 pada telefon juga mempunyai bonjolan yang sama.

Bonjolan adalah petunjuk mengenai kewujudan kekunci lain di sekelilingnya. Jika anda sudah hafal menaip, adakah anda boleh menaip tanpa harus melihat ke kanan papan kekunci?

Semua perkara yang dicipta itu tidak sia-sia dan ada gunanya.

Sumber: ID Grid

The post Fungsi ‘Rahsia’ Kekunci F & J Pada Papan Kekunci appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...