Adakah anda pernah mengalami penyakit radang di bahagian telinga? Jika anda pernah mengalaminya sudah pasti anda tahu tahap mana kesakitan yang harus ditanggung. Pemulihan bagi radang telinga ini dikatakan mengambil tempoh yang lama dan apabila anda tidak menjaga dengan bagus, kemungkinan radang telinga ini akan menyerang anda kembali.
Hanya mengunakan sebiji antibiotik dan juga ubat-ubatan penahan sakit juga boleh digunakan untuk menghindar dari kesakitan buat sementara waktu sahaja. Pengunaan dari segi ubat-ubatan ini juga mempunyai kesan sampingan.
namun anda jangan risau akan perkara ini, disini kami kongsikan serba sedikit petua untuk memberikan keredaan sakit telinga yang anda alami. Bahan-bahannya sangat mudah iaitu hanya mengunakan garam sahaja. Selainmengunakan garam, anda juga harus menyediakan stokin bersih yang tidak digunakan lagi atau lebih bagus yang berwarna putih. Jika anda mengunakan stokin yang bercorak, dengan adanya garam di dalamnya akan membuat warna stokin berkenaan menjadi pudar dan luntur.
Bahan-bahan yang harus anda ada adalah garam laut. Sebaik-baiknya gunakan garam kasar supaya ia tidak mudah menjadi cair. sekurang-kurangnya sediakan dalam 1-1.5 gelas garam.
Anda cuma harus masukkan garam kasar tadi kedalam stokin yang telah disediakan.
Kemudian setelah garam sudah dimasukkan semua ke dalam stokin dan ikat sehingga ketat.
Selepas di ikat, ia akan menjadi seperti ini. Sebesar tapak tangan.
Seterusnya apa yang harus anda lakukan adalah, hanya panaskan sahaja bungkusan garam tadi ke dalam kuali yang panas sekurang-kurangnya 4-5 minit. Selepas itu, anda hanya perlu terbalikkan agar garam didalamnya dapat dipanaskan secara rata. Jika anda mempunyai microwave ia juga boleh digunakan untuk memanaskan garam tadi. Anda mesti sentiasa perhatikagaram tadi agar tidak terlalu panas kerana dibiarkan terlalu lama di dalamnya. Itu juga boleh menyebabkan garam akan hangus dan stokin akan terkoyak kerana terlalu panas.
Kami sarankan agar anda mengunakan kuali agar lebih mudah untuk anda terbalikkannya sentiasa.
Sebaik sahaja garam di dalam stokin tadi panas dengan cukup. anda hanya perlu tuam atau letakkan sahaja di bahagian elinga yang mengalami kesakitan. Dijamin kesakitan yang kerap anda hadapi ini akan mula hilang sedikit demi sedikit. Jika anak-anak kita yang mengalami keadaan sebegitu sudah pasti tidak akan merengek lagi malah mereka akan mengukir senyuman yang comel.
Ini adalah cara yang paling mudah untuk anda amalkan. Malah bahan-bahannya juga tidak rumit dan mudah untuk didapati di dalam rumah anda. Selamat mencuba.
Sumber: Heroviral.online
The post Letak Garam Dalam Stokin Mungkin Kedengaran Pelik Tapi Besar Manfaatnya appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment