loading...

Wednesday, 14 February 2018

Gadis Dedah Penderitaan Hampir Maut Akibat Didera Kejam Oleh Datuk

Gambar-gambar seorang gadis yang berasal dari negara Jepun menjadi tular di laman sosial dan mengejutkan ramai orang. Keadaan gambar yang telah dimuatnaik oleh gadis berkenaan, sudah pasti akan membuat mulut anda melopong dengan keadaan gadis itu yang sangat mengerikan.

Wanita Jepun itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Wild Cabbage’ di Twitter berkata 10 tahun lalu dia tinggal dengan datuknya dan sering dibiarkan kebuluran. Wanita dari Kyoto itu dalam tweetnya mendakwa dia dilarang makan oleh datuknya, yang akan ‘menendang perut saya’ jika ditangkap sedang makan secara rahsia.

Gadis ini juga telah menyatakan bahawa dia juga sering menjadi mangsa penderaan yang dilakukan oleh datuknya sendiri beberapa tahun yang lalu sepanjang dia tinggal serumah dengan datuknya itu.

Pada masa yang sama, datuknya akan marah dan menghalang gadis berkenaan untuk makan sebarang makanan. jika dia ingkar sudah pasti datuknya akan menendang di bahagian perut dan akan dipaksa untuk memuntahkan kembali jika dia didapati curi-curi menjamah makanan.

Gambar berkenaan telah diambil dan dimuatnaik di laman sosial sebelum gadis berkenaan dimasukkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut. Apa yang boleh diperhatikan tentang kandungan gambar-gambar tersebut, ia sangat menakutkan apabila tulang pinggul dan bentuk tulang rusuk gadis berkenaan kelihatan dengan jelas seolah-olah hanya kulit sahaja yang membaluti tubuh badannya ketika itu.

Oleh sebab akibat dari penderaan yang melampau itu, gadis berkenaan juga didapati telah banyak kekurangan zat makanan. Malah gadis ini juga sudah kehilangan terlalu banyak dan separuh dari tubuh badannya yang asal sehingga kini berat badannya hanya mencecah 16.8kg saja.

Nasib gadis berkenaan sangat bertuah kerana dia telah diselamatkan oleh orang ramai. Gadis berkenaan juga turut mengambarkan detik-detik dia menunggu ajal beberapa minit sebelumnya. Kata gadis itu lagi, jika terlambat bantuan datang sudah pasti orang ramai hanya akan dapat melihat mayatnya sahaja.

Ada juga segelintir masyarakat luar sana berpendapat yang dia sengaja mereka-reka gambar tersebut hanya ingin mendapatkan perhatian otrang ramai dan ingin mendapat banyak pengikut di laman sosial miliknya.

Untuk membuktikan semua tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu semuanya salah, gadis malang ini telah memuatnaik gambar yang lain semasa dia berada di sebuah hospital dan pada masa yang sama dia menunjukkan kesan lebam yang ada pada bahagian tuubuhnya seperti di dada,kaki dan juga di bahagian lehernya.

Tidak semua apa yang telah ditunjukkan di laman sosial itu tipu belaka. Mungkin hanya dengan cara itu orang-orang yang teraniaya menyampaikan maslah yang telah dihadapinya. Kes penderaan yang teruk sebegitu adalah sangat melampaui batas. Lagi-lagi jika wanita yang menjadi mangsa kekejaman tersebut. semoga kita dijauhi dari perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri.

Sumber: Metro UK

The post Gadis Dedah Penderitaan Hampir Maut Akibat Didera Kejam Oleh Datuk appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...