Mungkin sejak dua menjak ini anda ada melihat satu video yang melibatkan sepasang suami isteri yang kononnya berada dalam terapi disebabkan si isteri mengandung. Bagi segelintir orang mungkin mereka rasa kelakuan sebegitu sangat romantik, tapi ada juga yang teruk mengecam serta memberi makian yang tersangat pedas setelah video berkenaan tersebar sambil dipeluk mesra oleh suami masing-masing.
Pada mulanya mereka ingin menunjukkan sisi yang positif demi untuk memberikan pengetahuan buat ibu bapa yang tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata mereka.
Perkongsian ini juga telah menjadi viral di laman sosial selepas diambil dari sebuah kelas antenatal yang dikatakan sangat terkenal yang telah beroperasi di ibu negara baru-baru ini saja.
Apa yang boleh anda lihat sepanjang video itu berdurasi, terdapat bermacam-macam gaya yang telah dipamerkan oleh pasangan suami isteri yang kebanyakkannya berbangsa melayu dan bertudung . Keadaan sebegitu amatlah tidak sesuai untuk ditonton secara terbuka.
Menurut kandungan video itu, nampaknya pasangan suami isteri itu kelihatan bergitu asyik dan sedap sambil si suami membelai atau mengusap perut buyung si isteri. semua kelakuan itu amat tidak sesuai dengan seorang yang muslimah seharusnya mempunyai perasaan malu.
Rata-rata telah mengecam perbuatan para suami kerana membenarkan aurat isteri masing-masing terdedah supaya boleh dipertontonkan oleh orang ramai.
“Kesian tengok yang bertudung… yang tak bertudung orang tak perasan dia agama apa.. dalam Islam dah ajar bila wife pregnant baca la surah-surah yang terbaik untuk anak dalam kandungan.
“Bukan dok dengar lagu mat salleh peluk bini depan orang ramai,” tulis Ruzaini Rahman.
Mari kita lihat video rakaman berkenaan
Namun masih ada juga yang berfikiran positif dan memuji para suami yang sanggup menemani isteri mereka.
“Respect the husband for their effort. Maklum la bukan semua lelaki sporting semata-mata nak senangkan hati isteri. Cuma lagi manis if buat dekat rumah.
“Nak-nak pulak if isteri rase nak amek feel sampai macam tu huhu ,” tulis Ain Domman.
Ada yang setuju dan begitulah sebaliknya. Mungkin ada juga kebaikan dan keburukan dalam melakukan kelas seperti ini. Seharusnya kelas-kelas ini tidak didedahkan secara umum di laman sosial. Cara pemikiran terpulang pada individu.
Sumber: Mukamedia.com, Sarkasteek.com
The post ‘Ingat Sweet Ke Tunjuk-Tunjuk Macam Itu, Menyampah Lagi Ada’ – Netizen appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment