Manja dan perempuan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sifat seseorang wanita itu pasti inginkan perhatian dari pasangan, atau perkara-perkara seperti barangan yang diingini atau pelbagai sebab lain.
Baru-baru ini, video mengenai seorang gadis yang merengek manja dalam keadaan kepanasan dan kelaparan terhadap teman lelakinya menjadi tular di laman sosial kerana ramai yang menjadi meluat dengan peribadinya.
Untuk pengetahuan, gadis ‘awek cendol’ berkenaan dikenali sebagai Nija atau nama sebenar Nur Anizah Tahang, 20 tahun. Dia mengatakan aksinya dalam video yang tular itu adalah spontan dan bukannya dibuat-buat.
Menurutnya, dia tak sangka video itu akan tular hingga ramai yang membuat parodi mengajuk perbuatannya itu di laman sosial.
“Sesiapa yang kenal saya, itu memang diri saya, bukan dibuat-buat. Sedangkan bunyi guruh pun saya boleh menangis dan duduk diam-diam,” jelasnya.
Dengan menjadi perhatian umum di media sosial, Nija hanya sentiasa berfikiran positif dan menganggap ianya sekadar hiburan.
Tambahnya, dia meminta maaf kepada orang ramai jika video itu dianggap melampau oleh orang lain. Dia tidak berniat untuk berbuat sedemikian dan tidak sengaja melakukannya.
Sumber: mStar Online, Malay Mail Online
The post Identiti Sebenar ‘Awek Cendol’ Yang Tular Sebab Lapar appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment