loading...

Sunday, 11 February 2018

Bapa Tiri Lepas Kemarahan Terhadap Empat Beradik

Berpunca dari masalah rumahtangga yang telah dihadapi oleh ibu dan bapa tiri, dipercayai oleh jiran tetangga empat orang adik beradik telah menjadi mangsa keadaan dan didera oleh bapa tirinya tempat melepas perasaan marah. Kejadian ini telah berlaku di Kuala Nerus dan pada masa yang sama, empat orang adik beradik itu dipukul dengan mengunakan rotan oleh bapa tiri mereka.

Suspek yang berusia 37 tahun itu telah diketahui oleh bapa saudara yang merupakan abang kepada ibu kepada empat beradik berkenaan. Keempat-empat mangsa dera itu dalam lingkungan lima hingga sembilan tahun itu pada ketika itu telah pergi ke rumah adik perempuannya untuk melihat keadaan mangsa.

Asisten Komisioner Idris Abd Rafar selaku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu berkata, sebaik saja tiba di kawasan perkarangan rumah adiknya itu, hanya terdapat seorang sahaja anak buahnya yang berada di dalam rumah, manakala yang lainnya telah pergi ke sekolah.

“Bapa saudara mangsa itu kemudian membawa anak saudaranya yang berusia lima tahun ke sekolah bagi memeriksa keadaan tiga lagi anak saudaranya tersebut.

“Setelah pemeriksaan dibuat didapati ada kesan lebam dan parut pada badan empat anak saudaranya yang masing-masing dua lelaki dan dua perempuan dipercayai akibat dipukul menggunakan rotan.

“Sejurus itu bapa saudara berkenaan membawa empat beradik itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan berikutan terdapat kesan lebam dan parut pada bahagian punggung dan kaki,” katanya


Tambahnya lagi, suspek juga telah melakukan kekejaman terhadap empat beradik itu dan menjadikan mangsa sebagai tempat melepaskan geram jika berlakunya pergaduhan dengan isterinya.

“Wanita terbabit memaklumkan anak-anaknya dipukul menggunakan rotan dua minggu lalu namun tidak membuat laporan kerana takut selain susah untuk keluar dari rumah.

“Suspek juga dikatakan sering memukul keempat-empat mangsa setiap kali selepas bergaduh dengan isterinya.

“Selain dipukul menggunakan rotan, suspek turut memukul mangsa menggunakan selipar, tangan dan kaki sebelum laporan dibuat di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujarnya lagi, buat masa kini, usaha dalam mencari suspek sedang dijalankan dan kes berkenaan juga disiasat mengikut seksyen 31(1) (a) Akta penderaan kanak-kanak 2001.

Kes penderaan ini tidak asing lagi berlaku di negara Malaysia,malah semakin hari semakin kerap kita mendengar tentang kes dera kanak-kanak. Sebaik-baiknya kita membanteras gejala dera ini.

Sumber: Sinarharian.com.my

The post Bapa Tiri Lepas Kemarahan Terhadap Empat Beradik appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...