Kebanyakkan dari pemahaman ramai penguna yang banyak mengambil supplement kecantikan seperti nak kurus cepat, nak putih dan nak kulit yang cantik. Kebiasaannya pengedar akan memberitahu agar minum air kosong dengan banyak jika mahu nampak kesan yang cepat.
Mengikut pemikiran anda sebagai penguna, dengan minum air kosong dalam kuantiti yang banyak dalam mengamalkan makan pelbagai jenis supplement untuk mendapatkan kesan yang lebih ini adakah ia fakta ataupun mitos?
Supplement atau lebih dikenali sebagai makanan tambahan bertujuan untuk kelihatan cantik memang sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Kebiasaannya mereka akan menyuruh para pelanggannya untuk minum banyak air kosong dengan alasannya produk yang dimakan itu kaan berkesan dengan lebih cepat seperti yang di idamkan.
Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai Placebo, ia merupakan satu kaedah perubatan yang langsung tidak mempunyai kesan terapeutik aktif yang akan diberikan kepada para seseorang dengan alasan untuk menipu penerimanya agar mempunyai pemikiran tentang rawatan berkenaan adakah berkesan ke atas pengunanya. Selain itu juga, ia diperbuat dalam segi bentuk ubatan ataupun terapi supaya ia akan lebih berfungsi kepada penguna.
Setelah mengetahui kesan-kesannya, mulai sekarang anda boleh berhenti untuk mempercayai mana-mana jenis supplement yang tidak masuk akal ini. Oleh kerana anda terlalu obses untuk kelihatan cantik, anda tidak tahu kesan sampingan yang boleh merosakkan buah pinggang. Sudah banya kita dengar dan lihat kesan buruk yang boleh memudaratkan kesihatan para penguna. Seelok-eloknya, sebelum anda ingin mengambil mana-mana supplement, sebaiknya anda mendapat rujukan dari pakar. Jangan menyesal kemudian baru nak pergi ke hospital.
Sumber: Facebook/Khairul Yoi
The post Betul Ke Bila Minum Air Banyak, Suplemen Jadi Lebih Berkesan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment