loading...

Saturday, 3 February 2018

Ayahku Seorang Mata Duitan, Sanggup Paksa Aku Untuk Menikahi Lelaki Tua Namun Perbuatan Lelaki Tua Itu Buat Aku Tidak Boleh Pergi Meninggalkannya

Semasa umurku mula mencecah 5 tahun, aku amat terkejut dengan keputusan ayah dan menyuruh aku keluar untuk mencari kerja untuk menampung hidup. Selang beberapa tahun aku menjalankan perniagaan dan pada ketika itu aku baru sahaja mula masuk bersekolah menengah. Pada masa yang sama, perniagaan ayahku semakin berkembang maju. Pada waktu itu juga kehidupanku sangat bahagia. Prestasi pelajaran aku semasa di sekolah juga sangat memberangsangkan.

Sebaik sahaja perniagaan sudah cukup stabil, ibu kandungku juga tiba-tiba kembali ke sisi kami dan sisa hidupnya juga digunakan untuk menjaga keperluan aku dan ayah.

Semasa aku di bangku sekolah menengah. Hubungan ayah dan ibu kebelakangan itu menjadi sangat tidak baik. Selalu sahaja aku mendengar kedua-dua mereka bergaduh. Malah ibuku mengatakan yang ayah ada wanita lain dibelakang dan apa yang lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut sudah mengandung dan banyak lagi.

Beberapa hari kemudian, aku terdengar lagi ibu dan ayahku bertengkar. Namun pada kali ini lebih teruk lagi dari yang sebelumnya. Ayahku juga sudah berani untuk angkat tangan dan memukul ibuku. Tanpa membuang masa, ibuku telah lari dan meninggaklan rumah kami. Pada masa itu juga aku telah kehilangan kasih sayang ibu untuk selamanya. Tidak lama selepas itu, ibuku telah meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Selepas dua minggu ibuku meninggal dunia, muncul seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 20-an yang sedang sarat mengandung terus masuk ke dalam rumahku. Tanpa ditanya ayahku menyatakan yang wanita berkenaan adalah ibu tiriku. Apa yang aku rasakan selama ini rupa-rupanya sudah menjadi kenyataan.

Mula dari saat itu, ayah sudah tidak memberikan sepenuh perhatian kepadaku lagi. Ayah selalu sahaja balik dalam keadaan mabuk lewat-lewat malam.

Setelah kematian ibuku yang tercinta, perangai aku sudah tidak seperti dulu lagi. Aku kini menjadi seorang yang cepat marah. Lagi-lagi apabila melihat kelakuan buruk ayahku. Tapi apa yang aku dapat, ayahku malah membalas kembali kemarahannya terhadap aku dengan perkataan yang kesat dan kasar. Dia juga selalu memukulku tanpa ada sedikitpun rasa belas kasihan.

Sebaik sahaja aku berjaya menamatkan persekolahan dengan cemerlang, aku juga telah mendapat tawaran ke salah satu maktab perguruan tinggi di luar bandar. Setelah aku lulus dalam pengajian, aku terkejut apabila ayahku dengan tergesa-gesa menyuruh aku untuk pulang ke rumah dengan secepat yang mungkin..

Ayahku rupa-rupanya mempunyai agenda yang tersendiri apabila menyuruhku pulang ke rumah. Perniagaannya kini di dalam fasa berbahaya. Pada masa yang sama, ibu tiriku telah menunjukkan kepadaku satu gambar lelaki yang sudah tua dan menyatakan bahawa lelaki berkenaan adalah duda anak satu. Tanpa segan silu, ibu tiriku memaksa aku untuk menikahi lelaki tua tersebut, dengan alasan lelaki tua itu dapat membantu dalam memberikan saluran kewangan bagi membantu perniagaan ayah stabil semula jika aku mengahwini lelaki tua itu.

Sebaik sahaja habis mendengar rancangan kotor mereka aku tanpa membuang masa lagi terus melangkah keluar dari rumah itu. Belum sempat langkah kakiku berjalan, ayahku terus menarik dengan kasar dan mengurungku di dalam sebuah bilik. Ayah berkata padaku, dia kan melepaskan aku jika aku bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya itu.

Tanpa disangka airmataku mengalir dengan laju setelah mendengar kata-kata ayah. Dalam keadaan terpaksa aku harus menikahi lelaki tua berkenaan.

Apa yang bermain difikiranku masa itu, selepas sahaja berkahwin aku akan terus membunuh diri dan berjumpa dengan ibu yang sangat menyayangiku pada ketika dulu.

Tanggapan buruk aku mengenai lelaki tua itu rupa-rupanya meleset. Selepas sahaja kami berkahwin, dia tidak pernah sekalipun bersikap kasar terhadap aku. Malah setiap malam sebelum kami tidur, suamiku pasti sudah awal-awal lagi menyediakan segelas air susu dengan alasan aku tidak lagi menangis semasa mengalami mimpi di waktu malam.

Aku sangat bertuah kerana kali keduanya aku dapat merasakan kasih sayang seorang ibu. Ibu mertuaku juga melayanku dengan begitu baik seperti layanan ibuku dulu.

Hampir beberapa bulan hubungan perkahwinan kami berjalan, perasaan benci terhadap suamiku sudah tiada lagi. Apa yang membuat aku berubah adalah dengan kebaikan suamiku dan juga keluarganya telah berjaya membukakan hatiku. Aku juga tidak benci bila melihat kepala suamiku yang sudah botak, tidak seperti sebelumnya. Perut buncitnya juga sekarang menjadi kesayanganku dan bau rokok yang ada pada badannya sudah aku tidak ambil kisah lagi.

Kini aku sudah bleh menerimanya sepenuh hatiku, apatah lagi setiap malam dia menyediakan segelas air susu untukku sebelum tidur.

Sekali lagi perniagaan ayahku diuji dengan masalah yang lebih besar dari masalah sebelumnya. Perniagaannya mengalami masalah kewangan yang sangat teruk.

Tidak lama selepas itu, ayah dan ibu tiriku telah meminta bantuan aku agar memujuk suami untuk menyalurkan sedikit dana ke perniagaannya. Malah mereka sempat lagi mengugut aku, jika bukan kerana mereka, aku tidak akan dapat berjumpa dengan lelaki sebaik lelaki yang sudah menjadi suamiku kini.

Setelah mendengar semua percakapan mereka, aku hanya mampu ketawa besar dan menghalau mereka pergi dari perkarangan rumahku.

Aku melakukan perkara seperti itu, bukannya melupakan apa yang pernah ayahku lakukan pada satu ketika dahulu. Dari kecil sehinggalah aku besar, aku langsung tidak pernah merasakan kasih sayang dari seorang yang bernama ayah.

Pengalaman hidup juga boleh mengajar kita untuk berfikir secara matang. Mungkin pada mulanya kita tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita. Tuhan mengetahui semua yang akan terjadi. Seharusnya kita bersyukur kerana bertemu dengan pasagan yang baik dan menerima baik buruk kita.

Sumber: Heroviral.online

The post Ayahku Seorang Mata Duitan, Sanggup Paksa Aku Untuk Menikahi Lelaki Tua Namun Perbuatan Lelaki Tua Itu Buat Aku Tidak Boleh Pergi Meninggalkannya appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...