loading...

Monday, 5 February 2018

Gadis Dilema Akibat Terlanjur, Ibu Sendiri Pula Malu Mengaku Anak

Kebanyakkan masyarakat kita kini terlalu memandang serius dengan apa sahaja percakapan orang-orang disekeliling. Ada juga segelintir ibu bapa yang sanggup tidak mengaku darah daging semata-mata ingin menjaga nama baik keluarga. Malah ada juga di antara mereka menghantar anak kandung ke pusat pemulihan dan perlindungan supaya boleh dibentuk dan dibimbing dengan agama semula.

Menurut perkongsian dari Syed Azmi di laman Facebooknya dia mendapat luahan dari seorang gadis yang sedang dilema akibat telah mengandung hasil anak luar nikah bersama tunangnya sendiri. Oleh kerana terlalu kecewa dan terkejut dengan apa yang terjadi dengan anak gadisnya itu, ibu gadis berkenaan telah menghalang keras anaknya untuk berkahwin.

Kes seperti ini memang selalu berlaku di kalangan masyarakat masa kini. Kes terlanjur dan hamildulu sebelum berkahwin ini sudah banyak berlaku. Tidak mustahilah banyak kes-kes pembuangan bayi sekarang.

Terlanjur dengan tunang sendiri

Saya sedih dengan kes kami hari ni.
Remaja mengandung hasil perhubungan dengan tunang sendiri. Keluarga porak peranda.
Mak sendiri hantar ke sebuah rumah perlindungan. Saya waktu itu hanya menghantar diapers ke sana di minta temuduga.
“Dah berapa bulan?” Tak tahu.
“Apa perancangan?” nak kahwin tapi mak tak bagi walaupun keluarga tunang menerima saya.

Mak sendiri malu

Dia nangis. Sedih saya tengok.
“Kenapa nangis?” Tak nak duduk sini.
“Eh, waktu datang sini tak dapat persetujuan ke?” Geleng kepala.
“Bayi ni nak jaga atau buat pengangkatan?” Jaga.
“Nanti nak duduk mana kalau bukan tempat ni sementara mengandung?” Nak duduk dengan mak, tapi mak yang malu dengan saya. Saya sedih sangat.

Saya juga turut membantu dalam mempersetujui dalam sesuatu perancangan.Consent atau lebih dikenali sebagai suatu pengizinan juga adalah amat penting dalam perkara-perkara sebegini. Walaubagaimanapun kesalahan yang telah dibuat oleh si anak, seharusnya kita mengambil langkah untuk menjaga perasaan mereka juga dan memperikan persetujuan.Ini kerana, apa yang kita lakukan ini adalah melibatkan nyawa ibu dan juga bayi yang dikandung. Jika si ibu dalam keadaan jiwa yang sihat, pada masa yang sama juga ia akan membentuk seorang bayi yang sihat dan sempurna tanpa ada apa-apa masalah yang timbul.

Saya sangat memahami apa yang sedang dalam hati seorang ibu apabila menghadapi permasalah begitu. Itulah gunanya kemudahan rumah perlindungan dan kebajikan sebagai terapi sementara si ibu diberi masa untuk bertenang dan memberi ruang untuk kedua-duanya berbincang dan membuat keputusan yang terbaik. Tipulah kalau hati si ibu tidak remuk dan terluka.

Sudah pasti banyak cabaran dan rintangan yang akan ibu muda yang mengandung anak luar nikah. Apa yang penting si ibu seharusnya berada di tempat yang selamat dan terjaga.

Mungkin mereka telah melakukan kesalahan yang besar, tapi tidak ada salahnya memberikan mereka peluang yang kedua untuk membaiki semula kesalahan yang telah dilakukan demi keselamatan dan keselesaan bayi di dalam kandungan.

Sumber: Facebook/Syed Azmi via Oh! Bulan

The post Gadis Dilema Akibat Terlanjur, Ibu Sendiri Pula Malu Mengaku Anak appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...