Kejadian ini terlah berlaku di Jakarta Indonesia. Seorang guru yang mengajar dalam subjek pendidikan seni kini telah berada dalam keadaan yang sangat kritikal selepas dibelasah oleh muridnya sendiri sehingga dia didapati meninggal dunia.
Guru berkenaan yang dikenali sebagai Ahmad Budi Cahyono yang mengajar di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Torjun, Kabuputen Sampang yang bertempat di kawasan Jawa Timur.
Guru malang tersebut juga disahkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa rawatan dijalankan di Hospital Dr Soetomo. Identiti suspek juga dirahsiakan dan hanya dikenali sebagai HI.
Semasa proses pembelajaran dilakukan , suspek semasa berada di dalam kelas langsung tidak menumpukan perhatian, malah dia menganggu pelajar lain juga,ujar polis yang bertugas.
Gambar kenangan mangsa bersama isterinya yang tercinta.
Guru berkenaan sudah beberapa kali menegur sikap pelajar tersebut namun sedikitpun tidak dihiraukan, malah sikap nakalnya semakinmenjadi-jadi tanpa rasa malu bila ditegur.
Oleh kerana pelajar berkenaan tidak mendengar kata, guru tersebut terus mangambil berus cat dan terus menconteng ke muka suspek.
Akibat berasa tidak puas hati dengan kelakuan mangsa, suspek tanpa teragak-agak terus bangun dan membelasah guru bekenaan tanpa rasa simpati,ujar seorang Pesuruhjaya Polis Jawa Timur yang dikenali sebagai Frans Barung Mangera pada hari ini tadi.
Gambar suspek pembunuhan
Tambah Pesuruhjaya itu lagi, guru-guru dan pelajar yang lain terpaksa masuk campur dalam perbuatan kasar suspek ketika itu.
Selepas sahaja kejadian itu berlaku, mangsa juga telah mendapat kebenaran dari pengetua sekolah untuk balik awal.
Sebaik saja tiba di rumahnya, mangsa mengadu terasa sangat sakit di bahagian lehernya sebelum masuk untuk pergi tidur.
Beberapa jam kemudian, mangsa masih lagi mengadu sakit di bahagian leher sebelum pengsan tidak sedarkan diri dan terus dikejarkan ke Hospital Dr Soetomo uang bertempat di Surabaya untuk mendapatkan rawatan.
Menurut keterangan dari guru-guru sekolah berkenaan, mangsa juga telah mengalami kecederaan yang teruk dan apa yang lebih dasyat lagi, mangsa telah mengalami mati otak dan semua organ dalamnya sudah tidak berfungsi lagi.
Mangsa juga telah meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi pada hari Khamis.
Kes ini masih dalam hasil siasatan dan tindakan dan hukuman yang sewajarnya jika suspek disabit bersalah.
Kekerasan yang seperti ini sudah sering berlaku pada zaman sekarang. Rata-rata pelajar masa kini sudah hilang rasa hormat terhadap guru. Malah mereka berasa lebih berbangga dengan perbuatan mereka.
Sumber: Sindonews.com
The post Akibat Berang Muka Di Cat, Pelajar Tekad Belasah Guru Hingga Mati appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment