loading...

Tuesday 6 February 2018

Akibat Dari Cara Pakaian Isteri Yang Terlalu Ketat, Ini Yang Si Suami Lakukan

Apabila diperkatakan tentang fesyen masa kini sudah pasti anda akan mengeleng kepala. Ini kerana fesyen masa kini semuanya pelik-pelik belaka. Kini bermacam-macam sahaja trend yang telah menjadi ikutan masyarakat masa sekarang. Ada juga dikalangan belia yang sangat mengemari fesyen sekarang.

Baru-baru ini telah berlaku satu pergaduhan di antara suami isteri mengenai pemakaian jubah yang telah dikenakan oleh isterinya yang tidak mengikut syariat agama islam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, si suami telah melakukan kekerasan kepada isterinya apabila dia telah menumbuk dan memukul muka isterinya sehingga mendapat kecederaan di bahagian tubuhnya.

Kejadian berkenaan telah terjadi di sebuah rumah yang di diami oelh kedua orang tua pasangan tersebut di kawasan setapak sekitar 8.30 malam semalam. Sebelum kejadian berlaku, pasangan suami isteri berkenaan sedang bersiap-siap untuk pergi ke sebuah majlis makan malam.

Menurut sumber yang lain, sebelum kejadian itu berlaku, si suami telah mengajak si isteri untuk keluar untuk pergi ke sebuah majlis makan malan anjuran dari sebuah pihak syarikat tempat si suami bekerja. Pada malam itu, si isteri telah membuat pelihan untuk memakai jubah, namun si suami tidak setuju dengan cara pemakaian si isteri dan menyuruh isterinya tukarkan kepada baju yang lain.

Dari pandangan si suami, cara pemakaian si isteri itu tersangat ketat sehingga boleh menampakkan bentuk badannya yang seolah-olah melekat pada tubuh si isteri. Menurut dalam ajaran agama, ia seperti tidak cukup mengikut syariat pemakaian wanita islam.

Pada masa yang sama, si isteri berdegil tidak mahu menukar baju jubah yang dipakainya kerana berpendapat baju yang dikenakannya itu tidak nampak keterlaluan dan sudah cukup menutup aurat, ujar suaminya ketika dihubungi malam semalam.

Menurut sumber lagi, mereka mendengar pasangan itu telah bertengkar dengan pada mulanya hanya berperang mulut sahaja sehingga pada akhirnya si suami tidak dapat mengawal kemarahannya terus sahaja menumbuk muka isterinya sebanyak beberapa kali.

Tidak hanya dengan itu sahaja, si suami juga bertindak memukul anggota badan isterinya dengan penyangkut baju sehingga wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian mulut dan juga didapati ada lebam-lebam di seluruh bahagian badannya.

Mangsa juga dikatakan telah dihantar ke sebuah klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan dengan lanjut sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Setapak.

Sudah tentu si suami marah jika melihat si isteri memakai pakaian yang boleh memperlihatkan tubuh badan pada orang ramai. Mana tidaknya tubuh badan yang sepatutnya menjadi tatapan si suami dikongsikan untuk di lihat oleh orang lain. Seharusnya para isteri tahu palkaian apa yang lebih sesuai untuk dikenakan berbanding jubah atau pakaian yang terlampau ketat. Jadikan semua ini sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak salah untuk mengikut peredaran zaman, tapi jangan dilupakan syariat pemakaian yang telah di ajar dalam agama kita.

Sumber: Kosmo!

The post Akibat Dari Cara Pakaian Isteri Yang Terlalu Ketat, Ini Yang Si Suami Lakukan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...