loading...

Wednesday, 14 February 2018

Wanita Comel Tidak Semestinya Memiliki Rupa Paras Cantik Sahaja

Pernah tak terfikir, bagaimana untuk mengenalpasti kecomelan yang ada pada seseorang wanita itu? Kebanyakkan orang berfikir, wanita yang mempunyai kecomelan itu harusnya mempunyai pesonaliti yang menarik dan cantik. Wanita yang gedik ini tidak sama dengan wanita yang comel. Mungkin ini menjadi persoalannya di sini,adakah wanita yang cantik itu seharusnya memiliki wajah yang cantik sahaja?

Menurut kajian, wanita yang boleh termasuk dalam kategori cantik ini semuanya bergantung pada paras rupanya, adakah ia nampak menarik pada pandangan lelaki. Denagn sekilas pandang saja kita sudah dapat menyatakan seseorang wanita itu cantik dan menarik. Pergi ke mana-mana pun sudah pasti akan menjadi perhatian ramai orang,lagi-lagi di mata para lelaki yang sangat sukakan kecantikan.

Perempuan yang comel semestinya mempunyai perwatakkan yang menarik dan cantik. Pada masa yang sama tahap kecomelan mereka boleh menarik perhatian ramai lelaki. Tidak semestinya perempuan comel ini perlu berwajah cantik sahaja.

Dibawah ini beberapa ciri-ciri wanita yang comel dan boleh jadikan sebagai panduan buat diri sendiri, adakah kita tersenarai dalam golongan wanita yang comel ataupun tidak.

Tidak terlalu serius dan suka bergurau

Jarang kita nampak wanita comel ini berkelakuan serius. Mungkin sekali sekala itu memanglah ada. Kebanyakkannya mereka lebih suka tersenyum dan bergurau senda. Oleh itu juga, perempuan comel ini menjadi penawar bagi seseorang yang sedang bersedih dan mereka lebih berasa selesa dengan sikap yang telah diberikan dan membuatkan suasana menjadi meriah dan tidak sunyi. Wanita yang mempunyai ciri-ciri kecomelan tidak semestinya perlu cantik sahaja. Sifat comel ini boleh dimiliki oleh mana-mana wanita.

Sifat kewanitaan terserlah

Rata-rata wanita yang mempunyai ciri-ciri comel ini sangat menyukai warna merah jambu ataupun ‘Pinky‘. Warna-warna yang tidak boleh disingkirkan dari para gadis-gadis. Kebanyakkan mereka amat gemarkan patung-patung beruang dan ia boleh menyerlahkan lagi sifat feminin dan penuh dengan rasa kasih sayang.

Peramah

Ciri-ciri wanita yang coeml ini sangat berlainan dari wanita yang mempunyai sikap yang gedik dan terhegeh-hegeh. Sikap ramah mereka lebih menyerlah dengan berapa banyak orang yang berada di sekelilingnya. Keramahan mereka juga mempunyai batasnya bukannya bebas untuk melakukan sewenang-wenangnya. Jikan anda tidak menegur mereka dahulu, mereka juga tidak akan menegur anda dahulu.

Tarikan fizikal yang comel

Kecomelan yang ada pada seseorang lelaki ini akan menjadi semakin menyerlah jika mempunyai ciri-ciri fizikal berkenaan. Mempunyai pipi yang gebu,berlesung pipit bentuk mata yang sangat comel bila terpandang seperti tidak terlalu besar dan kecil. Hanya wanita yang bertuah saja memiliki anugerah seperti itu. Tidak semua orang yang memiliki kelebihan berikut.

Kelakar/Lucu

Wanita yang suka bergurau senda dan suka dengan sifat kelakar adalah punca utama mereka untuk tidak kelihatan terlalu serius. Ada juga segelintir wanita yang tidak gemarkan bergurau senda dengan orang-orang yang mereka tidak kenali. Tidak kira di mana saja mereka boleh menyerlahkan sikap kelakar mereka dari segi percakapan dan juga perbuatan.Mungkin dengan sikap yang kelakar itu akan lebih menarik perhatian orang sekeliling.

Reaksi comel

Apa saja reaksi dari wanita yang comel sudah pasti akan menjadi perkara yang lucu. Bukannya lucu kerana diketawakan oleh orang dengan cara yang hina. Tindakbalas itu berlaku dengan spontan apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang melucukan dan semua itu ada pada ciri-ciri sebagai wanita yang comel.

Terkawal ketika ketawa

Perbezaan wanita yang suka ketawa dengan kuat dan terbahak-bahak ini adalah tergolong dalam kategoro wanita yang selamba dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Tapi bagi wanita yang comel, mereka akan pandai dalam mengawal bunyi ketawa agar terkawal. Mereka tidak mahu orang-orang yang berada di sekeliling mereka memberikan tindak balas yang negatif. Oleh itu berpada-padalah dalam ketawa agar tidak menganggu privasi orang lain. Jika ingin kelihatan comel, cubalah kawal gelak ketawa anda.

Mungkin ramai wanita yang diluar sana mempunyai banyak persamaan seperti apa yang telah dikongsikan di atas. Wanita yang memiliki sikap yang comel ini sangat disukai ramai. Malah sesiapa sahaja yang mendekati mereka akan lebih berasa selesa dan tenang berbanding wanita yang gedik.

Sumber: Kuasaviral.net

The post Wanita Comel Tidak Semestinya Memiliki Rupa Paras Cantik Sahaja appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...