Tidak seperti wanita, lelaki adalah makhluk yang mudah tergoda dan berpaling tadah kepada orang lain. Secara umum, terdapat 5 perkara yang boleh menggalakkan seseorang untuk curang.
1. Kecewa
Seorang lelaki yang kecewa (terutamanya lelaki pertengahan umur), jika dia rasa tidak selesa untuk berkongsi masalahnya dengan ahli keluarganya di rumah, mungkin dia akan beralih dan mencari orang lain yang difikirkannya lebih selesa.
2. Kejayaan yang mendadak
Lelaki dan wang adalah perpaduan yang buruk. Apabila seorang lelaki tiba-tiba mencapai kejayaan dengan mudah, dia akan menjadi besar kepala dan berfikir bahawa dunia diciptakan untuknya. Di samping itu, dia juga akan merasakan bahawa semua perkara boleh dibeli dengan wang dan dalam keadaan ini dia akan mudah beralih kepada orang lain.
3. Kurang semangat untuk hidup
Apabila tekanan kerja dan tekanan hidup mula membuat seorang lelaki (terutama lelaki pertengahan umur) bosan dan kehilangan keinginan untuk hidup, dia akan mencari sesuatu yang dapat membuatnya kembali teruja dan dengan curang adalah salah satu daripada perkara itu.
4. Perubahan besar dalam rumah tangga
Perubahan mendadak seperti pendapatan isteri secara tiba-tiba adalah lebih tinggi daripada suami, masalah ekonomi keluarga, ibu bapa atau mertua yang tiba-tiba duduk sebumbung, dan gangguan-gangguan sementara yang lain menjadi alasan kenapa lelaki mencari orang lain yang dirasakan lebih tenang dan selesa bersama.
5. Kehamilan
Menurut satu kajian, kehamilan adalah salah satu sebab utama lelaki curang. Selalunya disebabkan oleh sebab fizikal, banyak perkara tidak dapat dilakukan oleh isteri. Selain itu, ramai wanita yang selepas mengandung kemudian menumpukan perhatian mereka kepada bayi, sehingga membuat lelaki rasa kesepian dan mencari orang lain yang dapat memenuhi keperluan mereka.
Dunia kini, perasaan cinta yang mendalam antara kedua-dua pasangan tidak dapat menjamin bahawa suami tidak akan curang. Lelaki yang mempunyai hubungan sulit dapat dikenalpasti melalui 6 tanda berikut ini:
1. Telefon sentiasa mati
Dia boleh membuat alasan bahawa dia sedang bertugas atau bertemu pelanggan, tetapi sebenarnya dia tidak mahu anda tahu bahawa dia ada bersama seseorang atau dia menghindari anda.
2. Nada menjadi provokatif
Jika dia mempunyai hubungan sulit, hatinya akan rasa bersalah. Sebaik sahaja anda mempersoalkan syak wasangka anda, dia biasanya akan bertindak balas dengan jawapan yang provokatif, seperti: “Tidak percayakan saya?” Sekiranya dia memberi jawapan seperti itu, lebih baik anda lebih berhati-hati.
3. Dia jarang melakukan aktiviti dengan anda
Jika pasangan anda jarang melakukan aktiviti bersama dengan anda, sering mengelak apabila anda memintanya untuk melakukan sesuatu perkara bersama, anda sudah sepatutnya mula berjaga-jaga.
4. Ingin tahu berlebihan
Sekiranya dia mempunyai hubungan sulit, dia biasanya lebih ingin tahu tentang apa yang akan anda lakukan dan di mana anda akan pergi dengan matlamat untuk mengelakkan anda bertemu secara tidak sengaja.
5. Apabila kawan-kawannya bertemu dengan anda, mereka kelihatan pelik
Mungkin rakan-rakan pasangan anda mengetahui tentang perkara itu, tetapi mereka tidak mahu atau menyembunyikannya daripada anda, jadi apabila kawannya bertemu dengan anda, mereka akan kelihatan agak pelik untuk menyembunyikan sesuatu.
6. Dia tidak tinggal bersama anda untuk masa yang lama
Tanda terakhir ini adalah tanda yang jelas. Apabila dia telah menemui tempat lain yang lebih selesa, dia akan menghabiskan lebih banyak masa di tempat itu.
Sekiranya pasangan anda memenuhi 6 tanda di atas, anda harus mula waspada terhadap dirinya.
Sumber: vip
The post Si Dia ‘Curang Atau Tidak?’, Ketahui 6 Ciri-Ciri Lelaki Yang Curang Di Belakang Anda appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment