loading...

Wednesday 14 February 2018

Mengapa Melahirkan Anak Hasil Dari Luar Nikah Sangat Mudah

Mungkin masih ramai lagi masyarakat di luar sana tertanya-tanya tentang proses wanita yang sedang hamil anak luar nikah lebih mudah berbanding dengan wanita yang sudah pun berkahwin. Jika diamati dengan teliti, selama dalam jangka masa kehamilan, kebanyakkannya tidak ramai yang boleh melihat perubahan fizikal wanita yang belum lagi berkahwin berbanding wanita yang sudah berkahwin sehinggalah proses bersalin.

Banyak sudah kita dengar kes-kes buang bayi yang dilakukan oleh wanita yang hamil anak luar nikah yang sangat senang melakukan proses bersalin dimana pun tempat tersembunyi tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa pun. Mungkin ini kedengaran sangat pelik bukan?

Itu kerana disebabkan oleh perasaan takut yang melampau dek perbuatan terlanjur dan membuat perkara yang salah bagi seorang gadis yang mengandung anak luar nikah dan mereka boleh bersalin dengan sangat mudah. Sepanjang kehamilan mereka, langsung tiada timbul kesusahan seperti mana-mana wanita yang mengalami proses kehamilan yang betul.

Pada masa yang sama Allah Swt telah mencabut semua rasa susah sehingga mereka langsung tidak mendapatkan sedikitpun pahala berbanding wanita yang bersusah payah ketika mengandung dengan ikatan yang sah.

Ada juga orang yang mengandung ini langsung tidak terlihat tanda-tanda yang ada pada mereka. kadang kala perut mereka juga langgsung tidak kelihatan seperti orang yang sedang mengandung sampaikan mereka boleh berjalan dengan kuat seperti biasa. Ada yang boleh pergi ke sekolah seperti biasa dan melakukan kegiatan yang biasa dilakukan walau pada hakikatnya mereka sedang mengandung. Satu lagi nikmat yang telah ditarik oleh Allah SWT terhadap mereka.

Sebaik saja bersalin, tersangat mudah dan senangnya bayi yang mereka kandung itu keluar. Pahala sakit telah dicabut ketika bersalin. Namun bagi wanita yang berkahwin dengan hubungan yang sah, apabila mereka mengalami proses sebegini mereka memerlukan bantuan seperti bidan ataupun para doktor. Namun, walau memerlukan bantuan, rasa sakit yang teramat itu masih saja ada berbanding wanita yang melahirkan anak luar nikah.

Setelah baik sahaja mereka melahirkan sudah pasti mereka akan membunuh bayi yang telah mereka lahirkan itu untuk menghapuskan bukti-bukti yang ada dari pengetahuan orang. Kejamkan? Itu kerana perasaan kasih dan sayang terhadap darah daging sendiri juga Allah SWT telah cabut daripada mereka.

Pengajaran kepada semua gadis-gadis di luar sana supaya janganlah terjebak dalam kancah perzinaan. Walaupun sebaik dan sealim manapun lelaki itu kepada kamu, jangan sesekali kamu menyerahkan maruah kamu semata-mata untuk membuktikan cinta yang belum pasti akan menjadi milik kamu sepenuhnya. Jangan disebabkan kesalahan itu, anda menyesalinya seumur hidup anda.

Amat rugi jika anda tidak merasakan bertapa indahnya nikmat semasa mengandung yang telah diberikan oleh Allah Swt. Pengalaman itulah yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap wanita yang sudah berumahtangga. Sama-sama kita renungkan dan jadikan semua ini iktibar dan pengajaran agar kita tidak mengambil jalan yang salah.

Sumber: Keramatviral.com

The post Mengapa Melahirkan Anak Hasil Dari Luar Nikah Sangat Mudah appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...