loading...

Friday 2 February 2018

Aksi Terlampau Hairul Azreen Dikecam Hebat Oleh Netizen

Nama Hairul Azreen nampaknya hebat diperkatakan dimana-mana sahaja. Hairul Azreen yang telah mendirikan rumahtangga dengan Hanis Zalikha yang juga merupakan seorang pelakon. Mereka telah dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Yusuf iskandar. Hairul Azreen ini juga mempunyai seekor kucing kesayangannya Bujibu yang sering menarik perhatian orang ramai di laman instagramnya.

Kebelakangan ini juga Hairul Azreen juga dikatakan telah menembak dengan mengunakan pistol tanpa mempunyai lesen yang sah. Ramai yang mendakwa perangai Hairul Azreen ini seperti suka menunjuk-nunjuk dalam banyak perkara dalam kehidupannya di laman sosial yang tidak sesuai pada tempatnya.

Namun,baru-baru ini juga telah timbul satu lagi perkara yang mengaitkan nama Hairul Azreen yang membuatkan netizen jadi kurang setuju dengan perbuatannya yang berbahaya dan melampau itu.

Orang ramai telah mengecam perbuatan Hairul azreen yang berbahaya. Kelakuan Hairul Azreen yang ketika itu dengan menunjukkan aksi dirinya sedang terlentang seperti sedang terbang di sebuah eskelator di sebuah pusat membeli belah sambil disaksikan oleh orang ramai yang kebetulan berada di situ. Hairul Azreen kelihatan begitu gembira sekali sambil aksinya itu dirakam oleh seorang rakannya tanpa berasa malu dan bersalah dengan kelakuannya itu sambil berlalu dengan selamba seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Gambar-gambar yang telah dimuatnaik oleh Hairul azreen sendiri ketika membuat aksi berbahaya di atas eskalator.

Rata-rata netizen mengecam dan mengkritik perbuatan Hairul tersebut seperti tiada kesedaran sivik dan kematangan dalam hidup. Walaupun sudah bergelar seorang bapa. Kelakuan sebegitu tidak ubah seperti mat rempit yang sedang melakukan aksi berbahaya di jalan raya.

Mari kita saksikanvideo kelakuan Hairul azreen berkenaan.

Isteri kepada Hairul azreen iaitu Hanis Zalikha juga secara angsung terpalit juga dengan kelakuan yang telah dilakukan oleh suaminya itu. Netizen malah menyalahkan Hanis Zalikha kerana tidak berusaha untuk menegur perbuatan merbahaya suaminya itu. Malah ada yang berpendapat, Hanis Zalikha boleh lagi tertawa riang melihat aksi suaminya. Lain isteri, lain sikapnya. Mungkin ada segelintir para isteri diluar sana sentias amenyokong apa yang dibuat oleh suami mereka asalkan tidak melampaui batas. Ada sahaja isteri yang open minded dan sporting tetapi tidaklah dalam semua perkara.

Oleh itu, mari kita jadikan semua yang berlaku ini sebagai pengajaran bersama. Bagi Hairul Azreen yang merupakan contoh buat remaja-remaja masa kini, seelok-eloknya lebih berhati-hati dalam melakukan  beberapa perkara. Menjadi seorang selebriti ini sentiasa akan menarik perhatian orang ramai dalam apa jua perbuatan.

Sumber: Mukamedia.com

The post Aksi Terlampau Hairul Azreen Dikecam Hebat Oleh Netizen appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...