Anda tertanya-tanya dimanakah tempat menarik di Kuala Sepetang? Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita imbas sedikit sejarah tentang Kuala Sepetang atau nama asalnya Port Weld. Nama ini diambil daripada Sir Frederick Weld yang datang membawa kemajuan di Taiping, Perak pada tahun 1881.
Terletak hanya 15km dari Taiping, Kuala Sepetang Perak merupakan perkampungan nelayan yang indah dan berlandskapkan kawasan hutan paya bakau yang luas.
Hal ini menjadi daya tarikan pelancong dalam mahupun luar negara datang berkunjung dan juga mee udang Kuala Sepetang yang popular.
Senarai tempat menarik di Kuala Sepetang, Perak
Dahulunya Kuala Sepetang menjadi lokasi pelabuhan kerana lokasinya yang strategik dan sesuai dijadikan kawasan perdagangan.
Disebabkan itu, pada tahun 1880, pihak British telah membina landasan kereta api dari Kuala Sepetang ke Taiping bagi tujuan pengangkutan pemindahan bahan-bahan mentah dan urusan perniagaan.
Sekarang, tempat menarik di Kuala Sepetang Taiping telah menjadi lokasi wajib di Perak untuk dilawati. Hayatilah keindahan hutan paya bakau sambil mendalami cara hidup di perkampungan nelayan yang pastinya akan menjadi satu pengalaman berharga buat anda.
Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang
Aktiviti meneroka hutan paya bakau di Kuala Sepetang
Alamat: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 05-858 1762
Tahukah anda? Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang sudah berusia 100 tahun dan merupakan kawasan hutan paya laut tertua di Malaysia. Panorama hutan paya yang hijau dengan pokok bakau yang menjalar dengan kicaun burung-burung amatlah menenangkan jiwa.
Nak jungle trekking? Sudah tentu boleh! Selain itu, anda juga boleh berkhemah, memancing dan melihat ekosistem hutan paya laut. Fasiliti seperti tandas awam, surau, gerai, dan tempat parking juga disediakan.
Tiket masuk juga berpatutan, dewasa hanya RM 5 dan kanak-kanak pula percuma. Jika nak hilangkan tekanan, lokasi ini sangatlah sesuai.
Lihat peta | Laman web | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (8:00 am – 7:00 pm)
Kilang Arang Kuala Sepetang
Kilang arang di Kuala Sepetang
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 012-4286098
Tahukah anda? Sektor ekonomi tertua di Kuala Sepetang adalah pembuatan arang dan merupakan antara arang paling berkualiti di Malaysia sehingga mendapat permintaan tinggi daripada negara luar seperti Korea, Jepun, dan Arab.
Proses pembuatan arang tidaklah semudah yang kita kira. Ianya proses yang lama, mencabar dan perlu teliti demi menghasilkan arang terbaik untuk kegunaan seharian manusia. Tempoh untuk menghasilkan arang selalunya memakan masa sebulan.
Oleh itu, kilang arang ini merupakan salah satu tempat menarik di kuala sepetang yang menjadi tarikan pelancong.
Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (10:00 am – 5:00 pm)
Jambatan Pelabuhan Weld Kuala Sepetang
Port menarik untuk melihat sunset di Kuala Sepetang
Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: –
Jambatan Pelabuhan Weld Kuala Sepetang merupakan antara lokasi terindah yang ada di Kuala Sepetang. Jambatan yang terbina di Sungai Reba ini menawarkan panorama rumah atas air, kesibukan bot-bot nelayan dan feri yang memberikan suasana kampung nelayan kepada anda.
Selain itu, jambatan ini akan menghubungkan anda kepada kawasan masyarakat Cina yang boleh dilalui dengan berjalan kaki atau menunggang motorsikal.
Tempat ni juga sesuai jika anda ingin melihat sunset di Kuala Sepetang. Layan sunset sambil menikmati suasana kampung nelayan sememangnya akan menjadi pengalaman yang indah.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Papan Tanda Stesen Kereta Api Port Weld
Tinggalan sejarah di Kuala Sepetang
Alamat: 75, Jalan Trump, Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: –
Mengimbas semula sejarah Kuala Sepetang, kawasan ini dahulunya menjadi laluan kereta api antara Taiping ke Kuala Sepetang yang membawa bahan-bahan mentah seperti arang, timah dan banyak lagi. Lokasi ini sangat strategik dan penting kepada pihak British.
Sekarang semuanya telah menjadi sejarah dan anda boleh melihat sisa peninggalannya seperti papan tanda stesen kereta api port weld.
Papan tanda ini telah berdiri lebih 1 abad ditulis dalam bahasa melayu, inggeris, cina dan india. Kini ianya menjadi tarikan pelancong untuk bergambar dengan peninggalan sejarah Kuala Sepetang.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Lawatan Bot Kuala Sepetang
River cruise di Kuala Sepetang
Alamat: Jalan Besar, Jalan Sungai Manggis, Kampung Kuala Sepetang 34650, Kuala Sepetang, Perak, Malaysia
Telefon: 012-514 5023
Salah satu aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Kuala Sepetang adalah melawat perairan Kuala Sepetang dengan bot. Setiap pakej akan membawa 5-6 orang selama 1 jam setengah.
Pakej lawatan akan membawa anda ke perkampungan nelayan, kolam penternakan kerang, ikan dan melihat hidupan liar seperti helang, serta penerangan sejarah Kuala Sepetang.
Jangan risau, keselamatan anda terjamin kerana dibekalkan dengan jaket keselamatan serta pemandu pelancong yang berpengalaman.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (7:00 am – 10:00 pm)
Kuala Sepetang Eagle Feeding
Aktiviti eagle feeding di Kuala Sepetang
Alamat: 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 012-5145023
Kuala Sepetang juga terkenal dengan burung helang dan anda boleh menyaksikan burung helang ini beraksi dengan lawatan bot. Sedikit info, burung helang merupakan burung terpantas di udara.
Spesis burung helang di Kuala Sepetang adalah White Bellied dan terdapat sekitar 500 ekor. Pemandu pelancong akan melontar ayam ke laut dan burung helang akan datang menyambar makanan tersebut dengan pantas.
Selain burung helang, anda juga berpeluang melihat spesis burung lain seperti burung raja udang, woodpecker, pekaka bitnik, dan pekaka emas. Ditambah dengan landskap laut, suasana ini akan melekat di minda.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (7:00 am – 10:00 pm)
Dolphin Tour Kuala Sepetang
AKtiviti dolphin tour di Kuala Sepetang
Alamat: C13, Kampung Menteri, Kuala Sepetang 34650 Taiping, Perak
Telefon: 012-631 6132
Selain burung helang, dolphin juga antara tarikan pelancong di Kuala Sepetang. Dolphin sangatlah jarang ditemukan dan sukar dikesan, tetapi anda berpeluang untuk melihat haiwan “rare” ini di Kuala Sepetang .
Malahan, dolphin juga adalah haiwan yang “friendly” tetapi anda harus sentiasa waspada kerana ianya masih hidupan liar dan sukar dijangkakan.
Dolphin Tour Kuala Sepetang akan membawa anda trip selama 3 jam mengelilingi perairan Kuala Sepetang dan anda perlu menempah 2 minggu awal.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi: Secara tempahan (3 jam setiap trip)
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Tempat makan di Kuala Sepetang
Alamat: Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Telefon: 05-858 1400
Tidak lengkap percutian anda jika tidak merasai keenakan mee udang Kuala Sepetang. Lokasi terbaik dan popular untuk makan mee udang sudah tentu di Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.
Restoran Mee Udang Mak Jah sudah tidak asing lagi di Kuala Sepetang kerana keenakan mee udangnya. Makan mee udang sambil layan sunset di jeti Kuala Sepetang sangatlah menyeronokkan!
Setelah puas meronda dan menerokai Kuala Sepetang, disinilah tempat anda memanjakan perut yang lapar. Dijamin anda akan berpuas hati sebab udangnya besar-besar dan segar. Nikmati keenakan Kuala Sepetang seafood halal!
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari kecual rabu (12:00 pm – 10:00 pm
Muzium Matang
Muzium berdekatan Kuala Sepetang
Alamat: Muzium Matang, Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Perak
Telefon: 05-847 7970
Jangan lepaskan peluang singgah dan kunjungi muzium ini jika anda memandu dari Taiping ke Kuala Sepetang. Kompleks Sejarah Matang atau Muzium Matang ini dibina oleh Ngah Ibrahim.
Pameran ini banyak menumpukan kepada sejarah politik Bandar Taiping dan Kuala Sepetang sebelum penjajahan British di Tanah Melayu. Kemasukan adalah percuma. Pelajari juga mengenai sejarah Perang Larut.
Selain itu, muzium ini memaparkan pelbagai alat pertanian, alat ukur dan barangan yang berkaitan dengan operasi perlombongan bijih timah Larut. Jika anda mempunyai beberapa jam lagi, sila singgah!
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9am – 5pm)
Wonder Farm Mushroom
Melawat kebun cendawan di Kuala Sepetang
Alamat: Lot 1626, Lorong 1, Kampung Setia, 34700 Taiping, Negeri Perak
Telefon: 016-531 8161
Ladang cendawan organik berdekatan ini telah menanam pelbagai jenis cendawan sejak 30 tahun lalu. Lokasi ini berguna untuk mempelajari tentang penanaman cendawan.
Selain menjual cendawan segar, mereka juga menyediakan banyak pengeluar hiliran barangan makanan dan minuman yang mengandungi cendawan.
Kanak-kanak akan sangat seronok belajar tentang penternakan cendawan organik semasa lawatan yang mendalam dan menarik. Untuk merancang lawatan anda, hubungi pihak mereka.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9 am – 4.30 pm)
0 comments:
Post a Comment