loading...

Monday, 12 September 2022

19 Tempat Menarik Di Jepun Yang Terkenal

Bandar-bandar seperti Tokyo, Kyoto, Osaka, Fukuoka, Hokkaido, Wakayama, Shizuoka dan Okinawa menawarkan pelbagai tempat menarik di Jepun.

Sebut sahaja negara Jepun pasti anda terbayangkan pohon sakura, Geisha dan kemajuan teknologi tandas dan keretapi laju kan?

Terdahulu, negara matahari terbit ini dikenali sebagai ‘Yamato’ sehinggalah ia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China.

Gunung Fuji sebagai gunung tertinggi di Jepun menawarkan keindahan tidak kira musim panas di Jepun mahupun musim sejuk di Jepun.

Tips ke Jepun dan permainan tradisional Jepun

Anda boleh jalan jalan Jepun dengan mendapatkan pas keretapi bagi menaiki keretapi untuk melihat pemandangan di Jepun.

Seterusnya, tips ke Jepun iaitu air paip di sini selamat diminum tau! Jadi anda boleh menjimatkan kos di sini.

Tips ke Jepun yang terakhir ialah bagi anda yang mencari penginapan bajet anda boleh menginap di hotel kapsul.

Dah melancong ke Jepun tidak lengkaplah kalau tidak mempelajari permainan tradisional Jepun kan?

Permainan tradisional Jepun terdiri daripada “kamizumo”, “ohajiki”, “koma”, “takeuma”, “otedama” dan banyak lagi.

Shinjuku Gyoen National Garden

Tempat menarik di Jepun musim bunga

Alamat: 11 Naitomachi, Shinjuku City, Tokyo 160-0014, Japan

Telefon: +81 3-3350-0151

tempat menarik di jepun - Shinjuku Gyoen National Garden
Sumber gambar: Mark Williams, Enlive Inc., Francisco Fernandez, Vincent Pender

Ingin melihat keindahan pepohon sakura yang mekar dan kolam ikan koi di bandar Jepun? Jom jalan jalan Jepun ke Shinjuku Gyoen National Garden!

Untuk makluman anda, taman ini telah wujud ketika zaman Meiji sekitar tahun 1906.

Ia mempunyai 3 jenis taman sebagai tempat menarik untuk dilawati di Jepun. Antaranya ialah ‘Taman Rasmi Perancis’, ‘Taman Landskap Inggeris’ dan ‘Taman Tradisional Jepun’.

Waktu operasi:

  1. Selasa – Jumaat (9am – 5:30pm)
  2. Sabtu – Ahad (7am – 5:30pm)

Lihat peta | Laman web

Tokyo Camii & Turkish Culture Center

Komuniti Turki di Jepun

Alamat: 1-19 Ōyamachō, Shibuya City, Tokyo 151-0065, Japan

Telefon: +81 3-5790-0760

tempat menarik di jepun - Tokyo Camii & Turkish Culture Center
Sumber gambar: jimmy ho, t m, Yi-Rong Li, Siolong Cheang

Tahukah anda, bandar Jepun juga didiami oleh komuniti Islam tau!

Tokyo Camii & Turkish Center merupakan komuniti Islam Turki yang berhijrah ke negara Jepun sejak tahun 1938.

Antara tarikan menarik di sini ialah informasi tentang masyarakat Turki serta masjid dengan rekaan timur tengah.

Menariknya masjid di sini ialah bahasa penyampaian khutbah terdiri daripada 3 iaitu Jepun, Turki dan Inggeris.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10am – 6pm)

Meiji Jingu Shrine

Tokong klasik di Tokyo Jepun

Alamat: 1-1 Yoyogikamizonocho, Shibuya City, Tokyo 151-8557, Japan

Telefon: +81 3-3379-5511

tempat menarik di jepun - Meiji Jingu Shrine
Sumber gambar: Paulo Braz, Emmanuel Dronne, 邱才哲, Oscar Lin

Meiji Jungu Shrine merupakan tempat menarik untuk dilawati di Jepun yang dibina pada tahun 1920.

Ia terletak selepas pintu gerbang besar dan dipisahkan daripada bandar Jepun yang moden ini oleh ribuan pokok.

Tambahan pula, anda berpeluang menyaksikan cara perkahwinan tradisional Jepun. Misalnya, pengantin perempuan berbaju kimono dan pengantin lelaki berbaju suit.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (5:20am – 5:20pm)

Imperial Palace

Istana bersejarah di Tokyo Jepun

Alamat: 1-1 Chiyoda, Chiyoda City, Tokyo 100-8111, Japan

Telefon: +81 3-3213-1111

tempat menarik di jepun - Imperial Palace
Sumber gambar: Robiul Islam Khan, Veronika Kopackova, 市川徳宏, cristian beltran

Imperial Palace atau Istana Maharaja Tokyo ialah istana bersejarah di Tokyo yang bertapak sejak abad ke-15.

Dahulunya, ia dijadikan sebagai kediaman Maharaja Jepun. Kini, istana ini menjadi kediaman rasmi orang kenamaan di negara Jepun.

Kawasan istana ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu timur (Istana Shogun) dan barat (Istana Imperial). Hanya istana bahagian timur sahaja yang boleh pengunjung jalan jalan Jepun.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Selasa – Sabtu (9am – 11:15am) & (1.30am – 2:45pm)

Senso-ji Temple

Tokong cantik di Jepun

Alamat: 2 Chome-3-1 Asakusa, Taito City, Tokyo 111-0032, Japan

Telefon: +81 3-3842-0181

tempat menarik di jepun - Senso-ji Temple
Sumber gambar: 月城晴海, Jayasimha Nuggehalli, 野々山隆, 小林幸夫

Tokong cantik yang tersergam indah dengan warna merah ini menjadi sebab tarikan pengunjung ke sini.

Senso-Ji Temple bukan sahaja terletaknya sebuah tokong malah ada juga kawasan taman kecil untuk di singgah.

Jika anda berkunjung ke sini pada waktu malam keindahan tokong ini cukup menarik untuk anda bergambar.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –

Samurai Museum

Muzium samurai di Jepun

Alamat: Japan, 160-0021 Tokyo, Shinjuku City, Kabukicho, 2 Chome−25−6 1F2F ホライズン・ビルディング

Telefon: +81 3-6457-6411

Samurai Museum
Sumber gambar: Nick Jones, T.G. VIJAYAN, Hello!, Samurai Museum

Samurai lazimnya dikaitkan sebagai pahlawan Jepun. Di ibu kota Jepun iaitu Tokyo terdapat Samurai Museum sebagai tempat menarik untuk dilawati di Jepun.

Muzium ini terdiri daripada 2 tingkat yang mempamerkan pedang samurai, perisai dan senapang. Anda boleh menyaksikan demonstrasi pedang Samurai yang dilakukan 4 kali sehari di sini tau!

Bukan itu sahaja anda juga boleh mencuba memakai perisai Jepun tau. Bolehlah action sikit ala-ala Samurai kan?

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10:30am – 9pm)

The National Art Center, Tokyo

Tapak pameran terbesar di Jepun

Alamat: 7 Chome-22-2 Roppongi, Minato City, Tokyo 106-8558, Japan

Telefon: +81 3-5777-8600

The National Art Center, Tokyo
Sumber gambar: Faw Keawsuwan, Hiroshi Sugano, 香月カイム, Amir Najjar

Dalam banyak-banyak tempat melancong di Jepun yang berbayar, ada juga tempat percuma ya!

Dengan berkunjung ke The National Art Centre Tokyo, anda berpeluang melihat pelbagai jenis pameran menarik.

Berkeluasan 14 000 m persegi menjadikan ia sebagai tapak pameran terbesar di Jepun! Tambahan pula, lebih 12 000 karya akan dipaparkan saban tahun.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Rabu – Isnin (10am – 6pm)

Tokyo City View Observation Deck (Roppongi Hills)

Tempat menarik yang percuma di Jepun

Alamat: Japan, 106-0032 Tokyo, Minato City, Roppongi, 6 Chome−10−1, Roppongi Hills Mori Tower, 52

Telefon: +81 3-6406-6652

Tokyo City View Observation Deck (Roppongi Hills)
Sumber gambar: azmi huda, ミツバ・, Makoto Nishikura, toru travel

Ingin melihat keindahan pemandangan di Jepun siang dan malam? Anda boleh melihat sendiri di Tokyo City View Observation Deck (Roponggi Hills) pada ketinggian 250 m.

Selain itu, bangunan ini turut menempatkan tarikan best yang lain iaitu “Academy Hills” dan “Mori Art Museum”.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Nijo-jo Castle

Istana bersejarah di Kyoto Jepun

Alamat: 541 Nijojocho, Nakagyo Ward, Kyoto, 604-8301, Japan

Telefon: +81 7-5841-0096

Nijo-jo Castle
Sumber gambar: 山本耕一郎, 銀流, Javi Martín, 陳啟新

Setelah ke Tokyo berkunjung pula ke sebuah istana bersejarah di Kyoto. Nijo-jo Castle yang dibina pada tahun 1603 telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.

Ia pernah menjadi kediaman shogun era pemerintahan Edo iaitu Tokugawa Ieyasu. Istana ini terbahagi kepada 3 kawasan iaitu “Honmaru”, “Ninomaru” dan taman yang mengelilingi kedua-dua kawasan tersebut.

Dengan keindahan seni lukisan pada bangunan istana, ia tidak kelihatan seperti melawat istana tetapi seolah-olah seperti melawat muzium seni!

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (8:45am – 4pm)

Fushimi Inari-taisha Shrine, Kyoto

Tokong di Kyoto Jepun

Alamat: 68 Fukakusa Yabunouchicho, Fushimi Ward, Kyoto, 612-0882, Japan

Telefon: +81 7-5641-7331

Fushimi Inari-taisha Shrine, Kyoto
Sumber gambar: 礒部祥世, 雷鳥風月(猫鳥風月), Joshua Wright, Witold Kowalczyk

Tokong Fushimi Inari-taisha Shrine cukup berbeza dari tokong-tokong yang ada di Jepun.

Hal ini kerana, terdapat ribuan gerbang torii iaitu gerbang tradisional Jepun yang dipenuhi di kawasan pejalan kaki. Menarik bukan?

Untuk makluman anda, setiap tulisan yang ditulis di gerbang torii itu merupakan nama individu atau syarikat yang menyumbang torii tersebut.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam

Arashiyama Monkey Park, Kyoto

Taman monyet di Kyoto Jepun

Alamat: Japan, 616-0004 Kyoto, Nishikyo Ward, Arashiyama Nakaoshitacho, 61

Telefon: +81 7-5872-0950

Arashiyama Monkey Park, Kyoto
Sumber gambar: Yao Zhou, Carlotta L., Kita Jalan, Jong Hyun Won

Arashiyama merupakan kawasan paling sibuk di Kyoto yang menempatkan banyak tempat musim panas di Jepun. Salah satu daripadanya ialah Arashiyama Monkey Park.

Di sini anda dapat melihat 120 spesies monyet salji (Japanese Macaque) bebas berkeliaran di habitatnya yang luas.

Anda juga boleh membeli makanan di taman ini untuk memberi monyet-monyet tersebut makan.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9am – 4pm)

Sagatenryuji Kurumamichicho

‘Keretapi romantik’ di Kyoto Jepun

Alamat: Ukyo Ward, Kyoto, 616-8373 Japan

Telefon: –

Sagatenryuji Kurumamichicho
Sumber gambar: 許沛晴, Norman See, WAG – Udomsak _ MEP, Wide Tshelf

Tak puas melihat pemandangan di sekitar Jepun lagi? Jom ke Sagattenryuji Kurumamichicho atau dikenali sebagai “Sagano Romantic Train”.

Alami pengalaman bermakna menaiki gerabak keretapi bagi menyaksikan pemandangan di Jepun samada musim panas di Jepun atau musim sejuk di Jepun.

Lalu kenapa digelar sebagai keretapi romantik?

Disebabkan pergerakan keretapi yang perlahan membolehkan pengunjung menikmati keindahan sambil menangkap gambar!

Lihat peta | Waktu operasi: –

Bamboo Forest Street

Tempat menarik di Jepun musim luruh

Alamat: Sagatenryuji Susukinobabacho, Ukyo Ward, Kyoto, 616-8385, Japan

Telefon: –

Bamboo Forest Street
Sumber gambar: Yuusuke Kawaberi, Ed Ho, Ravindu Liyanage, Süleyman MERMER

Pada asalnya, Bamboo Forest Street merupakan destinasi berehat oleh Maharaja Jepun. Namun kini ia menjadi tarikan pelbagai pengunjung luar negara ke sini.

Melancong ke Jepun di tempat dengan kehijauan buluh-buluh pastinya menenangkan fikiran bukan?

Bukan sahaja boleh bergambar di tempat cantik ini malah anda boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar sini.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam

Mount Fuji

Gunung tertinggi di Jepun

Alamat: Kitayama, Fujinomiya, Shizuoka 418-0112, Japan

Telefon: –

Mount Fuji
Sumber gambar: ムラッチムラキチ, Kapubha Chauhan, SGR RT, Porkodi Chandrasekran

Di poskad, poster atau di mana-mana sahaja yang berkaitan Jepun pastinya ada simbol Gunung Fuji ini kan? Hanya jarak 319 m sahaja yang membezakan ketinggian Gunung Fuji dengan Gunung Kinabalu, Sabah.

Gunung tertinggi di Jepun ini terbentuk kira 10 000 tahun yang lampau dengan ketinggian 3376.12 m. Ia dikelilingi oleh 5 buah tasik iaitu Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motsu dan Shoji.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Osaka Castle

Istana dalam taman di Osaka Jepun

Alamat: Japan, 540-0002 Osaka, Chuo Ward, Osakajo, 1番1号

Telefon: +81 6-6941-3044

Osaka Castle
Sumber gambar: POU asovent, Vedprakash Pandey, juna j, Mooseong Kim

Siapa sangka dalam kawasan taman terletaknya istana yang masih berdiri utuh kan? Osaka Castle tidak lagi berfungsi sebagai istana malah dijadikan sebagai muzium.

Selain itu, kawasan ini dicantikkan lagi dengan keindahan pokok-pokok sakura menjadi sebab kenapa anda perlu melancong ke Jepun.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9am – 5pm)

Fukuoka Castle Ruins

Istana bersejarah di Fukuoka Jepun

Alamat: 1 Jonai, Chuo Ward, Fukuoka, 810-0043, Japan

Telefon: +81 9-2732-4801

Fukuoka Castle Ruins
Sumber gambar: GR. K, 福岡城跡, 鶴田直己,Edison Wong

Bandar Fukuoka juga menempatkan istana bersejarah yang dikenali sebagai Fukuoka Castle Ruins. Istana ini juga dikenali sebagai Taman Maizuru atau Istana Seki.

Ia menempatkan rumah tetamu purba di bawah istana yang menjadikan ia sebagai pusat geografi yang penting.

Kini, sebahagian besar kawasan istana telah menjadi tempat kemudahan sukan, mahkamah dan muzium seni.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam

Sapporo Kokusai Ski Resort, Hokkaido

Tempat menarik di Jepun musim salji

Alamat: 937番地先 Jozankei, Minami Ward, Sapporo, Hokkaido 061-2301, Japan

Telefon: +81 1-1598-4511

Sapporo Kokusai Ski Resort, Hokkaido
Sumber gambar: 莉子, Martian in Hokkaido, HIROSHI MIYAZAKI, 石川哲朗(ナハシュ)

Merancang untuk bercuti ketika musim sejuk di Jepun? Kunjungi Sapporo Kokusai Ski Resort yang mempunyai banyak aktiviti menarik.

Ia terletak di kawasan pergunungan di pinggir Sapporo. Anda boleh mengunjungi pusat sukan untuk membeli atau menyewa peralatan sukan di sini.

Antara aktiviti salji menarik di sini ialah bermain ski, ski lift, snowboarding dan banyak lagi.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat (9am – 5pm)
  2. Sabtu – Ahad (8:30am – 5pm)

Lihat peta | Laman web

Koyasan Okunoin

Makam di Wakayama Jepun

Alamat: Koyasan, Koya, Ito District, Wakayama 648-0211, Japan

Telefon: –

Koyasan Okunoin
Sumber gambar: なおすけ, Chee Cuiying, Freelance Guide

Singgah sebentar melawat ke kawasan perkuburan terbesar Jepun di Koyasan Okinawa.

Ia menempatkan makam Kobo Daishi iaitu pengasas agama Buddha Shingon yang terhormat dalam sejarah agama Jepun.

Kawasan perkuburan ini dianggap sebagai tempat suci di Jepun.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam

Okinawa Churaumi Aquarium

Akuarium di Okinawa Jepun

Alamat: 424 Ishikawa, Motobu, Kunigami District, Okinawa 905-0206, Japan

Telefon: +81 9-8048-3748

Okinawa Churaumi Aquarium
Sumber gambar: ra rarara, neko kuro, Leon ENL, tetsu tetsu

Akuarium Ekspo Lautan Okinawa kini bertukar nama kepada Okinawa Churaumi Aquarium.

Nama “Churaumi” dipilih melalui undian dalam kalangan Jepun. Di mana dalam bahasa Jepun “chura” bererti ‘cantik’ dan “umi” bererti ‘lautan’.

Akuarium ini pernah memegang rekod sebagai akuarium terbesar di dunia. Namun pada tahun 2005 bertukar tangan kepada Akuarium Georgia.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (8:30am – 6:30pm)

0 comments:

Post a Comment

loading...