Adakah anda ingin bercuti di tempat menarik Shah Alam? Setiap tempat ini mempunyai keunikan dan tarikannya yang tersendiri.
Malaysia merupakan negara yang penuh dengan tempat menarik di setiap negeri dan di setiap daerah di Malaysia.
Hal ini juga tidak terkecuali di Shah Alam daerah Selangor yang berdekatan dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Shah alam terdapat pelbagai tempat yang menarik dan harus diteroka oleh pengunjung-pengunjung yang pergi ke sana.
Senarai tempat menarik di Shah Alam untuk dilawati
Bagi ibu dan bapa yang ingin mengambil anak mereka pulang dari universiti di Shah Alam boleh membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat menarik ini.
Sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam, jangan lupa untuk singgah di tempat ini, anda pasti tidak menyesal.
Taman Tasik Shah Alam
Tempat picnic di Shah Alam
Alamat: Pesiaran Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5522 2834
Taman Tasik Shah Alam merupakan antara tasik yang terbaik di Shah Alam. Selain berjogging dan jalan jalan di sini, anda juga disajikan dengan pemandangan yang indah seperti masijid Shah Alam, air terjun dan lain-lain.
Tempat ini sangat sesuai untuk berkelah kerana terdapat banyak tempat berteduh. Antara aktiviti menarik disini ialah bungee jumping, berkayak, melalui jambatan bergoyang dan sebagainya.
Pemandangan malam juga sangat cantik terutamanya di tempat air terjun. Jadi tidak hairanlah taman Shah Alam ini merupakan tempat tarikan pengunjung untuk beriadah disini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Tempat menarik percuma di Shah Alam
Alamat: Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5519 9988
Sekiranya anda berkunjung ke Taman Tasik Shah Alam seperti yang dicadangkan, anda pasti melihat masjid ini di tasik itu.
Inilah Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz. Masjid ini mempunyai reka bentuk dan sejarahnya yang tersendiri yang pasti membuatkan anda teruja apabila mengetahuinya.
Masjid ini sangat digalakkan untuk dikunjungi sekiranya anda tiba di daerah Shah Alam. Singgah juga Dataran Shah Alam yang berdekatan.
Perpustakaan Raja Tun Uda
Tempat lepak di Shah Alam
Alamat: Jln Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5519 7667
Anda inginkan suasana yang sunyi dan memerlukan pemandangan yang indah?
Perpustakaan Raja Tun Uda adalah tempat yang sesuai kerana sambil anda membaca buku dan berehat, anda dapat melihat pemandangan indah di sekeliling anda.
Tempat ini sesuai untuk menenangkan fikiran dan berehat sebentar setelah puas berjalan. Kemudahan yang disediakan disini juga sangatlah memuaskan!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: setiap hari ( 9 pagi – 6 petang)
I-City Shah Alam
Tempat menarik Shah Alam pada waktu malam
Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5521 8800
Anda ingin menghabiskan malam anda di tempat yang cantik dan seronok? I-city lah tempatnya dengan pemandangan malam dipenuhi lampu-lampu menarik serta pelbagai permainan yang anda lakukan.
Luangkan masa bersama anak-anak mahupun sahabat dengan bermain dan mencipta kenangan indah bersama. I-City Shah Alam bayaran hanya bermula dari RM33.
Ini juga salah satu keistimewaan Shah Alam. Tempat cantik di Shah Alam ini juga mempunyai banyak spot yang cantik untuk anda bergambar dan simpan sebagai kenangan.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: setiap hari (5 petang – 12 pagi)
I City Snowalk
Tempat menarik untuk dating di Shah Alam
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5521 8800
Anda ingin merasai suasana salji seperti di luar negara? Marilah berkunjung ke I-City Snowalk dan rasai kesejukan dan kenikmatan berada di tempat salji.
Anak-anak anda pasti menyukai sekiranya anda bawa mereka kesini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dan ayuh cipta kenangan bersama keluarga.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Isnin – jumaat (3petang – 11malam) & sabtu – ahad (1petang – 11malam)
Taman Botani Negara Shah Alam
Taman di Shah Alam
Alamat: Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5510 7048
Taman botani adalah tempat yang wajib anda kunjungi jika anda adalah pencinta alam semula jadi. Menariknya di sini anda boleh melakukan aktiviti fly fishing, berbasikal dan banyak lagi.
Bahkan, taman haiwan pun ada! Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil boleh datang ke sini sambil bermain bersama. Tarikan selanjutnya ialah rumah iklim sederhana 4 musim. Jangan lupa selfie disini!
Selain itu, disini juga terdapatnya jenis-jenis rumah kampung setiap negeri di Malaysia. Pelbagai kemudahan juga disediakan seperti bas, surau, tempat letak kenderaan dan pondok rehat.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Selasa – ahad (7:30 pagi – 4:00 petang)
Laman Seni 7
Lokasi outdoor photoshoot Shah Alam
Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 013-6032411
Laman seni 7 ini juga tempat yang menarik untuk dikunjungi. Terdapat banyak lukisan-lukisan yang cantik di dinding dan realistic.
Tempat ini sesuai untuk anda yang ingin mengambil gambar yang cantik untuk dibuat kenangan. Seni-seni di laman ini membuatkan anda terpukau dengan kecantikan yang dipersembahkan oleh pelukis.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Shah Alam Extreme Park
Aktiviti lasak dan ekstrem di Shah Alam
Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 012-2878787
Lihat daripada nama sahaja anda sudah tahu bahawa tempat ini merupakan tempat anda melakukan sukan-sukan yang ekstrem.
Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan disini ialah skateboarding, rock climbing, roller skating dan sebagainya.
Tempat best di Shah Alam ini sesuai untuk anda yang suka mencabar diri dan menghilangkan stress dengan melakukan aktiviti seperti ini.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 petang)
Wetworld Shah Alam
Taman tema air di Shah Alam
Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5513 2020
Wetworld Shah Alam merupakan tempat yang sesuai bagi anda yang meminati aktiviti air.
Pelbagai kemudahan dan permainan disediakan untuk memuaskan hati pelanggan. Taman Tema Air Wet World ini sesuai untuk kanak-kanak kerana kolamnya cetek.
Malah, waterpark ini juga seringkali memberikan diskaun yang menarik untuk disambar oleh anda semua. Tempat ini juga sesuai untuk team building dan mengeratkan persahabatan.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: khamis – selasa (10 pagi – 6 petang)
Shah Alam Community Forest
Bukit di Shah Alam
Alamat: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: 011-33886483
Bagi anda yang meminati kehijauan dan menyukai keindahan alam amatlah sesuai untuk anda singgah ke Shah Alam Community Forest ini ataupun dikenali sebagai Setia Alam Community Trail.
Anda boleh mendaki sambil melihat keindahan alam serta menyihatkan tubuh badan menikmati udara segar.
Bawalah keluarga anda dan mendaki bersama-bersama menuju ke destinasi. Terdapat banyak pilihan laluan yang anda boleh lakukan bergantung kepada tahap stamina anda.
Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam
Stadium Shah Alam
Stadium di Shah Alam
Alamat: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: –
Stadium Mini Shah Alam merupakan stadium bola sepak yang digunakan oleh Pasukan Selangor Fa. Bahkan, stadium ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk dijadikan spot mengambil gambar.
Tempat ini mempunyai banyak sejarah tersendiri dan berkapasiti lebih daripada 80,000 orang pada satu masa. Di sekitar stadium ini juga seringkali mempunyai gerai-gerai makanan terutama ketika bulan puasa.
Kawasan sekitar stadium ini juga mempunyai tempat yang luas untuk anda bentang tikar dan berehat menikmati pemandangan stadium.
Litar Go Kart
Aktiviti outdoor di Selangor
Alamat: Go Kart Circuit, Stadium Car Park, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55125868
City Karting menawarkan perhidmatan Go Kart bagi mereka yang meminatinya. Litar Go kart ini memiliki lebih kurang 15 selekoh yang mencabar.
Anda yang sukakan cabaran pastinya menikmati pengalaman menaiki Go Kart di litar ini.
Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa singgah sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam untuk bercuti dan mencari ketenangan.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: (10 pagi – 7 petang)
Laman Budaya, Galeri Shah Alam
Bangunan bersejarah di Selangor
Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55105344
Laman Budaya Shah Alam atau juga dikenali dengan Galeri Shah Alam ini mempunyai tiga ruang pameran. Pameran yang ditunjukkan termasuk pameran koleksi, lukisan kanak-kanak dan banyak lagi.
Anda yang meminati sejarah dan suka melihat lukisan digalakkan untuk berkunjung ke Laman Budaya Galeri Shah Alam ini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Isnin – jumaat (9 pagi – 5 petang)
Zipline Shah Alam
Aktiviti flying fox di Shah Alam
Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 011-29801801
Bagi anda yang meminati aktiviti ekstrem, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Zipline Shah Alam ini untuk melakukan aktiviti flying fox.
Anda dapat menikmati pemandangan tasik Shah Alam sambil menjalankan aktiviti zipline ini. Sebarang info dan sebagainya boleh dirujuk di laman Instagram mereka iaitu Zipline Shah Alam.
Lihat peta | Waktu operasi: selasa – jumaat (10 pagi – 6:30 petang) & sabtu, ahad (8:30 pagi – 6:30 petang)
Mudtrekker Paintball Park
Tempat menarik di Shah Alam untuk remaja
Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor
Telefon: 016-3231144
Anda sedang bercuti beramai-ramai bersama keluarga mahupun sahabat dan tidak tahu aktiviti outdoor yang ingin dilakukan?
Terdapat beberapa tema zon perang yang boleh anda pilih, dan setiap satu mempunyai cabaran unik yang bagus untuk mengasah kemahiran taktikal anda.
Kakitangan yang sangat mesra dan profesional. Kemudahan termasuk bilik mandi, tandas, surau, dan dapur (tempah makanan sebelum acara). Datang ke Mudtrekker Paintball Park dan gembira bersama!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: selasa – jumaat (10 pagi – 5 petang) & sabtu – ahad (9 pagi – 5 petang) 0163231144 Paintball%20Park%20enquiry
Setia City Mall
Mall di Shah Alam
Alamat: 59, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-33758688
Jika anda ingin bersantai hujung minggu bersama kawan-kawan untuk bermain boling, atau anda suka menyanyi karaoke, anda bolehlah datang ke Setia City Mall Shah Alam ini.
Selain itu, anda juga boleh membeli belah kerana di sini terdapat banyak kedai pakaian berjenama dan keperluan lain. Anda juga boleh bawa anak-anak ke taman permainan yang disediakan.
Luangkan masa dengan mereka sambil menikmati pemandangan air pancut di tasik buatan di sini. Rasanya sangat tenang!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Pasar Malam Setia Alam
Pasar malam di Shah Alam
Alamat: Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: –
Syurga makanan! Itulah yang boleh digambarkan dengan pasar malam ini. Sekiranya anda kaki makan, anda wajib datang ke sini.
Pastikan anda bawa duit yang banyak kerana di sini akan buat anda rambang mata untuk memilih.
Kebanyakan mereka yang berada di sekitar sini atau luar dari kawasan ini sering berkunjung ke sini. Mana tidaknya, sebut sahaja makanan apa yang ingin dicari mesti jumpa.
Lihat peta | waktu operasi: sabtu (4:30 petang – 11 malam)
Denai Alam Riding & Recreational Club (DARC)
Aktiviti berkuda di Shah Alam
Alamat: No 1, Jalan Elektron U16/100 Seksyen 16, Denai Alam, 40160, Selangor
Telefon: 010-2402606
Pernah rasa menunggang kuda? Takut jatuh? Jangan risau disini para pelatih yang berkemahiran tentang kuda. Bahkan, semua lapisan umur boleh menunggang kuda.
Jika anda mempunyai anak-anak yang ingin membelai kuda pony, disini juga boleh! Kebanyakan pengunjung sangat berpuas hati dan akan kembali jalan jalan hujung minggu bersama orang tersayang.
Tempat best di Shah Alam ini lengkap dengan surau dan gerai makan. Anda hanya perlu tangkap kenangan banyak-banyak!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: selasa – ahad (8 pagi – 7 malam)
Taman Rekreasi Alam Megah
Taman rekreasi di Shah Alam
Alamat: Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor
Telefon: –
Anda masih tercari-cari kawasan untuk merehatkan yang percuma? Jom ke taman di Shah Alam ini.
Disini ada trek jogging, wakaf rehat, parking, restoran dan tandas serta pelbagai peralatan senaman disediakan.
Kanak-kanak pula boleh berseronok di taman permainan. Selain itu, anda boleh berjogging, bermain badminton, bola sepak dan sebagainya.
Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (8 pagi – 7 malam)
Kompleks Taman Seni Islam
Galeri seni islam di Shah Alam
Alamat: 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55119001
Kompleks bercirikan islam ini, turut menyimpan khazanah yang memukau. Anda yang datang ke sini akan tertarik dengan keindahan tulisan khat.
Malahan, pelbagai informasi yang berkaitan tamadun islam dan kreativiti para pelukis islam banyak dipamerkan di sini.
Lebih menarik lagi anda akan dapat melihat manuskrip asli Al-Quran asli yang berharga 20 juta ringgit Malaysia. Wah, menarik kan!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: setiap hari (9.30 pagi – 5.30 petang)
0 comments:
Post a Comment