Kali ini destinasi artikel ini akan membawa anda ke salah satu tempat pelancongan di Perak iaitu daerah Manjung, Perak. Tempat menarik di Manjung Perak ini mempunyai keunikan tersendiri!
Tarikan utama daerah Manjung ini lebih kepada aktiviti pantai. Daerah Manjung juga mempunyai beberapa pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Pekan Pangkor, Bandar Lumut, Pekan Beruas dan lain-lain.
Selain menarik dari kisah lipatan sejarahnya yang sangat dramatic dengan perebutan daerah kekuasaan. Kini daerah ini hidup sebagai kawasan yang akan menarik pengunjung dari dalam dan luar.
Senarai tempat menarik di Manjung Perak
Manjung juga adalah pintu masuk utama ke Pulau Pangkor melalui Jeti Marina Island dan Jeti Lumut. Mungkin anda hanya kenal dengan Pulau Pangkor atau Pulau Batik sahaja.
Di sini kami akan bawakan anda lebih banyak destinasi untuk anda kunjungi di Manjung. Jom ke Perak tempat pelancongan untuk keluarga!
Frenzy Waterpark Lumut
Waterpark di Manjung
Alamat: KM 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak
Telefon: 010-546 8611
Bagi anda yang suka main air, inilah tempat yang sesuai untuk anda. Frenzy Water Park menjanjikan keseronokan bagi peminat permainan air.
Taman tema air di Manjung ini direka berkonsepkan rancangan realiti Wipeout di saluran AXN. Sertai pelbagai aktiviti dan cabaran sukan air. Seronoknya!
Harga tiket buat pengunjung dewasa sekitar RM 20 manakala kanak-kanak pula RM 15. Aktiviti ini boleh memupuk hubungan kekeluargaan dan kerja berpasukan!
Lihat peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: isnin – ahad (8 pagi – 7.30 malam)
Pulau Pangkor
Pulau cantik di Perak
Alamat: Pulau Pangkor, 332200 Lumut, Perak
Telefon: –
Pulau Pangkor terkenal dengan air lautnya yang bersih serta pantainya yang cantik. Salah satu dari pulau terbesar di Malaysia. Penduduk pulau ini kebanyakannya adalah nelayan.
Untuk anda sampai ke sini, anda hanya perlu menaiki feri dari pangkalan lumut yang boleh mengambil masa sekitar 15 – 20 minit. Pantai utama terdiri daripada Emerald Bay, Coral Beach dan Royal Bay.
Bagi anda yang suka aktiviti snorkeling di sini adalah syurga untuk anda melihat ikan-ikan yang cantik. Anda juga boleh berkayak, memancing dan berkelah bersama keluarga.
Jika ingin berjalan sekitar pulau ini, terdapat beberapa tempat menarik untuk dikunjungi seperti Pantai Puteri Dewi, batu bersurat Pangkor, Kota Belanda dan kilang memproses ikan bilis. Mari bercuti!
Marina Island
Pulau buatan di Perak
Alamat: Marina Island Pangkor, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –
Pulau Marina atau Marina Island antara pulau yang tercantik dan salah satu pulau buatan manusia di Malaysia. Selain bertentangan dengan Pulau Pangkor, pulau ini juga mempunyai keluasan sebesar 316.9 ekar.
Jika anda ingin menginap di tempat percutian Perak ini juga boleh kerana terdapat penginapan yang sesuai dengan pilihan dan citarasa anda. Contohnya, Marina Island Pangkor Resort & Hotel.
Kemudahan lain seperti dewan konvensyen, kolam memancing dan juga taman tema air ada disini.
Muzium Beruas
Muzium di Manjung
Alamat: Jalan Besar, 32700 Beruas, Perak
Telefon: 05-674 0160
Muzium Beruas ini telah dibuka sejak 1995 dan pernah menjadi tempat menarik suatu ketika dahulu. Disini dipamerkan barangan peninggalan dan khazanah terdahulu.
Muzium ini menampilkan artifak berusia kira-kira 500 tahun yang hanya berkaitan dengan kawasan Beruas sahaja. Barang-barang ini juga dipercayai berasal dari Kesultanan Melayu di Beruas pada abad ke-16.
Walaupun muzium ini kecil, namun di dalamnya tersimpan lebih kurang 300 artifak sejarah. Memang berbaloi untuk anda mendapatkan ilmu pengetahuan. Masuk adalah percuma.
Lihat peta | Waktu operasi: buka setiap hari (9.30 pagi – 5 petang)
Kota Belanda
Tempat menarik di Manjung untuk ootd
Alamat: Kota Belanda, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Telefon: –
Menurut sejarah, Kota Belanda merupakan sebuah kubu di Pulau Pangkor yang juga diberi nama Fort Dutch. Di kawasan ini anda akan menemui runtuhan kubu lama di Manjung, Perak.
Kubu ini telah dibangun semula oleh muzium pada 1973 sebagai monumen sejarah dan bukti penjajahan belanda. Terdapat kemudahan di sini seperti tempat letak kereta, taman dengan landskap yang cantik dan beberapa kedai cenderahati.
Tempat best di Perak ini mempunyai banyak spot yang cantik. Jadi anda bolehlah bergambar sepuasnya!
Lihat peta | Waktu operasi: buka setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Daddy Café
Tempat makan best di Manjung Perak
Alamat: Daddy’s Cafe, 27, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Telefon: –
Sambil menikmati pemandangan laut yang indah, anda juga boleh menikmati hidangan yang lazat.
Jom singgah ke Daddy’s Café, tempat makan ini menyajikan makanan yang membuka selera dengan harga yang berpatutan. Menu di sini kebanyakannya seafood dan western.
Pelbagai makanan yang boleh anda pilih seperti Mango Salad, Chicken Chop, dan Beef Rendang. Ini antara menu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Anda perlu datang ke sini pada waktu matahari akan terbenam, dijamin sangat memuaskan. Selain dapat layanan yang istimewa, nikmati keindahan senja yang cantik!
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: setiap hari (11 pagi – 11 malam)
Lumut Waterfront Esplanade
Tempat menarik untuk keluarga di Manjung
Alamat: 32200 Lumut, Perak
Telefon: –
Bagi yang belum tahu, Lumut Waterfront ini berkeluasan sekitar 3.3 hektar dan dekat dengan Terminal Jeti Lumut. Reka bentuk kawasan ini sangat moden dan futuristik yang mengambil konsep maritim.
Tempat bercuti di Perak ini lengkap dengan taman permainan, wakaf, tandas awam, dan tempat duduk tepi pantai. Jika berkunjung ke sini, anda juga akan melihat kapal perang kerana ia berdekatan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Selain datang bersiar-siar, anda juga boleh bawa makanan dan berkelah bersama keluarga. Sewa basikal pun boleh!
Taman Paya Bakau (Mangrove Park)
Taman bakau di Manjung
Alamat: Jln Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –
Hutan Paya Bakau ini bukan hanya memelihara habitat beberapa spesis haiwan tetapi ia juga sangat penting juga untuk ekosistem. Sangat sesuai untuk anda yang ingin menenangkan minda.
Salah satu tempat beriadah dan bersantai di Manjung. Jika anda bernasib baik, anda berpeluang melihat monyet, biawak, burung dan beberapa lagi jenis haiwan yang ada di sini.
Lakukan aktiviti menarik seperti jungle trekking. Cabar diri anda dengan berjalan di jambatan gantung taman paya bakau. Ajaklah keluarga dan sahabat anda pasti seronok!
Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (8:30 pagi – 5 petang)
Teluk Batik
Pantai di Manjung
Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Lumut, Perak
Telefon: 019-393 7529
Pantai Manjung yang indah ini sangat sesuai untuk berkelah dan bersantai. Dengan latar belakang hutan hujan tropika dan dilengkapi kemudahan asas menyenangkan pengunjung disini.
Itulah Teluk Batik yang terkenal dengan keindahan pantainya yang tidak jauh dari jeti Lumut. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti berkayak, banana boat, snorkeling, dan permainan pantai.
Para pengunjung sangat suka bermandi manda di sini kerana struktur pantai Manjung yang landai dan ombak yang tenang. Nak lagi selamat, sewa pelampung kat sini.
Tempat menarik Manjung ini turut menyediakan penginapan Chalet Teluk Batik dan Resort Teluk Batik dengan harga berpatutan.
Air Terjun Ulu Licin
Air terjun di Manjung
Alamat: Air Terjun Ulu Licin, 32700 Beruas, Perak
Telefon: 011-3787 3882
Mungkin jarang yang tahu, daerah Manjung ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantai, malah tersimpan air terjun yang sangat bersih dan mendamaikan.
Air terjun ini terletak di Hutan Lipur Ulu Licin Beruas. Perjalanan ke sini dari Pekan Beruas mengambil masa 5 minit. Setibanya di sini, anda akan disambut dengan alam semulajadi yang indah.
Selain mandi manda dan berkelah, sertai juga aktiviti jungle trekking dan berkhemah. Sekali sekala hilangkan stress dengan alam semulajadi dan rasa segar semula untuk bekerja kembali.
Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (6 pagi – 10 malam)
Bazar Lumut
Tempat membeli-belah di Manjung
Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –
Jika anda mencari kraftangan, hasil laut, atau pakaian, anda boleh datang ke Bazaar Lumut yang berdekatan dengan Lumut Waterfront.
Di sini pelbagai barangan ditawarkan dengan harga yang sangat terjangkau. Jangan lupa untuk singgah ya!
Kebanyakan cenderamata yang dihasilkan sangat comel dan sesuai untuk anda bawa balik sebagai kenangan untuk sahabat handai dan ahli keluarga.
Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Teluk Rubiah
Tempat menarik di Lumut Perak
Alamat: Jln Teluk Batik, Telok Batek, 32200 Lumut, Perak
Telefon: –
Selain Teluk Senangin, inilah lokasi terbaik untuk memancing Di Manjung! Teluk Rubiah juga terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik.
Bahkan jika anda ingin mandi manda di sini juga boleh. Datang bersama keluarga dan rakan anda!
Menariknya lagi, penginapan di sini berbentuk rumah tradisional. Jadi tunggu apa lagi? Jomlah bercuti di Manjung!
Ritz Garden Hotel, Manjung
Hotel di Manjung Perak
Alamat: 5260 & 5261, Jalan Lumut, 32040 Seri Manjung, Perak
Telefon: 05-688 8811
Hotel bertaraf 3 bintang dengan kemudahan terbaik dan berdekatan dengan pusat membeli-belah. Ritz Garden Hotel terletak bersebelahan Pasar Raya Billion di Seri Manjung Perak.
Pusat peranginan di Perak ini sangat selesa dan mempunyai kafe, bilik karaoke, perkhidmatan urut, gimnasium, dan WiFi percuma. Selain itu, bilik ini mempunyai peti keselamatan peribadi, cerek elektrik, dan tv.
Anda boleh menggunakan ruang mesyuarat, simpanan bagasi dan perkhidmatan cucian kering yang tersedia di kaunter penerimaan tetamu sepanjang masa. Tempat letak kereta juga tidak dikenakan bayaran.
Warisan Rojak Manjung
Rojak sedap di Manjung
Alamat: Jalan Astaka, Kampung Serdang, 32000 Sitiawan, Perak
Telefon: 012-564 0021
Rojak salah satu kudapan kesukaan rakyat Malaysia. Di Manjung terdapat sebuah gerai yang amat popular dalam kalangan penduduk tempatan.
Dahulu dikenali sebagai Rojak Manjung sebelum ditukar kepada Warisan Rojak Manjung. Antara menu mereka yang sedap ialah nasi lemak, mi goreng, kuey teow goreng, mi rebus, nasi campur, dan semestinya rojak.
Rojak mereka tawarkan dari set makan seorang sehingga set makan empat orang. Jika anda mahu sarapan pagi atau makan tengah hari, singgahlah kat sini!
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: ahad – khamis (7 pagi – 3 petang)
Horizon Garden Seri Manjung
Tempat makan menarik di Manjung
Alamat: No. 7, Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak
Telefon: 05-6888 799
Ingin makan secara berkumpulan tetapi tiada idea? Datanglah ke Horizon Garden Seri Manjung. Maklum balas pelanggan mengenai kedai ini sangat bagus. Anda juga boleh makan nasi arab Manjung Perak yang berdekatan.
Nak bawa satu kampung pun tidak ada masalah kerana set di sini tersedia untuk set makanan untuk 2 sehingga 12 orang. Harga set sangat terjangkau ditambah lagi dengan dekorasi ala hotel yang eksklusif.
Jauh berjalan-jalan di Seri Manjung Perak pasti berbaloi untuk anda singgah merasai keenakan makanan di sini. Menu masakan tempatan yang menggamit selera! Perut kenyang hati pun senang!
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 3.30 petang, 6 petang – 11 malam)
0 comments:
Post a Comment