Jika Bangi, Selangor terkenal sebagai ‘bandar ilmu’ manakala tempat menarik di Skudai pula terkenal sebagai ‘bandar universiti’.
Ia terletak di dalam daerah Johor Bahru yang bersempadan dengan Pontian, Kota Tinggi dan Kulai Jaya. Bandar ini diuruskan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Tambahan pula, sebab utama ia digelar sebagai ‘bandar universiti’ adalah kerana di sini terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Senarai tempat menarik di Skudai Johor
Tahukah anda bahawa selain dikenali sebagai tempat menimba ilmu, Skudai juga menempatkan banyak tempat menarik di UTM Skudai ini?
Antaranya ialah tidak lain tidak bukan iaitu taman tema Legoland dan pusat beli-belah Johor Premium Outlets.
Berikut terdapat 14 tempat menarik di Skudai Johor yang boleh anda terokai.
Escape Room Johor
Permainan menguji minda di Skudai
Alamat: Level 2, No. 79, Jalan Austin Heights 8/5, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-352 2566
Asyik berjalan menikmati pemandangan sahaja, mari tukar angin bermain permainan menguji minda pula!
Escape Room Johor adalah permainan untuk anda mengatur strategi untuk meloloskan diri dari bilik kurungan dalam masa yang ditetapkan. Mencabar minda bukan?
Permainan ini diadaptasi ke dunia sebenar daripada filem-filem terkenal seperti “Resident Evil” dan “Prison Break”.
Terdapat 3 jenis tema yang boleh anda pilih untuk aktiviti menarik di Johor ini iaitu tema pembunuhan, seram dan siasatan.
Waktu operasi:
- Isnin – Rabu: 2pm – 10pm
- Jumaat – Ahad: 1pm – 12am
Lihat Peta | Facebook | Instagram
Lost in JB : The Haunted House
Permainan menguji tahap keberanian di Skudai
Alamat: 30, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
Telefon: –
Anda berani dalam cabaran mengharungi aktiviti lasak? Tetapi adakah anda cukup berani untuk menerokai ke dalam rumah hantu?
Jika anda ingin tahu, mari menguji tahap keberanian anda di tempat menarik sekitar Skudai iaitu Lost in JB: The Haunted House.
Sedikit peringatan untuk anda yang ada masalah jantung, tempat ini tidak sesuai untuk anda!
Waktu operasi:
- Isnin – Khamis: 12pm – 10.30 pm
- Jumaat – Ahad: 12pm – 11pm
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp
Golden Screen Cinema, Skudai
Tempat menarik untuk menonton wayang di Skudai
Alamat: 7F-01 & 7F-02, Level 7, Paradigm Mall JB, Skudai Lbh, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru, Johor
Telefon: 03-7713 7888
Golden Screen Cinema, Skudai ialah pawagam yang terletak di dalam Paradigm Mall. Menariknya di sini, ia dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih tau!
Sistem bunyi “Dolby Atmos Sound” memberikan efek bunyi yang sedap didengar ketika anda menonton wayang. Barulah syok kan?
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10am – 10pm
Paradigm Mall
Shopping mall di Skudai
Alamat: Paradigm Mall, Lot 3FK-12J, third floor, Skudai Lbh, 81200, Johor
Telefon: 07-231 3888
Selain menonton wayang, terdapat banyak pilihan outlet yang boleh anda kunjungi di Paradigm Mall ini. Terdapat berbagai pilihan barangan berjenama yang ditempatkan di sini seperti Adidas, Nike dan Uniqlo.
Bukan itu sahaja, sebut sahaja makanan western? makanan Jepun? makanan Melayu? Semuanya ada di sini tau!
Tambahan pula, anda boleh berhibur dengan bermain ice skating, rock climbing dan hoki ais sebagai aktiviti menarik di Johor.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10am – 10pm
Thyme Spa
Tempat menarik untuk kaum wanita di Skudai
Alamat: 6, Jalan Jati 1, Taman Nusa Bestari Jaya, 81300 Skudai, Johor
Telefon: 07-512 1512
Spa dan kaum wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana, setiap wanita pastinya mengimpikan tubuh yang ramping dan wajah yang cantik flawless kan?
Thyme Spa adalah tempat yang sesuai untuk kaum wanita mencantikkan diri sendiri.
Terdapat 5 jenis terapi yang dilakukan iaitu terapi genkilogi, penjagaan wanita, mengaktifkan sel-sel kulit muka, kurus dan spa hydro.
Lihat Peta | Waktu operasi:–
Hutan Bandar MPJBT
Taman rekreasi di Skudai
Alamat: Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Seri Orkid, 81300 Johor Bahru, Johor
Telefon: –
Mencari aktiviti menarik di Johor yang best? Mari menghirup udara segar di taman rekreasi Hutan Bandar MPJBT.
Berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini yang bebas dari hiruk-pikuk kota. Antaranya ialah berbasikal, berjoging, bersenam dan banyak lagi di tempat menarik di UTM Skudai ini.
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari: 7am – 7pm
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
Lapangan terbang ke-5 tersibuk di Malaysia
Alamat: Johor Darul Ta’zim, 81250 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-599 4500
Ditubuhkan pada tahun 1974 menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor sebagai lapangan terbang ke-5 tersibuk di Malaysia.
Lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd. Selain itu, di sini anda berpeluang untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat secara lebih dekat.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: –
Johor Premium Outlets
Barangan berjenama dan mewah di Skudai
Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Telefon: 07-661 8888
Jika di negeri Melaka ada Melaka Premium Outlets, di negeri Johor pula terdapat Johor Premium Outlets sebagai tempat menarik sekitar Skudai.
Bagi anda peminat koleksi barangan berjenama dan mewah, di sinilah tempatnya. Pusat beli-belah high class ini ditubuhkan pada tahun 2011 dengan menempatkan sebanyak 150 kedai.
Antara barangan berjenama yang ada ialah “Calvin Klein”, “Nike”, “Puma”, “Gucci”, “Under Armor” dan banyak lagi.
Pastinya akan membuatkan anda rambang mata kan?
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari: 10am – 10pm
Pantai Rekreasi Desaru
Pantai di Skudai
Alamat: 82200 Bandar Penawar, Johor
Telefon: –
Warna air laut yang biru dan jernih sememangnya menambat hati pengunjung untuk bersantai sebagai tempat menarik di UTM Skudai ini.
Terdapat aktiviti best yang boleh dilakukan di Pantai Rekreasi Desaru ini iaitu berenang, snorkeling dan berkelah.
Di samping itu, banyak tempat penginapan menarik seperti resort dan hotel berdekatan UTM Skudai untuk anda bermalam.
Lihat Peta | Waktu operasi: –
Legoland
Tempat menarik untuk keluarga di Skudai
Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Nusajaya, Johor
Telefon: 07-597 8888
Sebut sahaja Legoland pastinya anda terbayangkan betapa banyaknya lambakan lego yang ada di situ kan?
Tempat menarik di Skudai ini merupakan taman tema berkonsepkan ‘lego’ yang pertama di Asia tau! Ia amat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.
Di sini anda boleh lihat terdapat banyak mini model bangunan di seluruh dunia yang diperbuat daripada lego. Wah! Menarik bukan?
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: –
Hello Kitty Town Sanrio
Tempat menarik untuk kanak-kanak perempuan di Skudai
Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor
Telefon: 07-291 3535
Kanak-kanak perempuan sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan warna merah jambu kan? Begitu juga warna merah jambu yang menjadi warna rasmi watak kucing comel yang dikenali sebagai “Hello Kitty”.
Para ibu bapa, anda boleh membawa anak-anak anda menemui kartun comel ini di Hello Kitty Town Sanrio.
Selain itu, terdapat barangan bertemakan “Hello Kitty” dan persembahan menarik dari maskot comel ini. Pastinya anak-anak anda berasa seronok bermain di sini!
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: –
Hotel Zamburger Lavender Nusa
Hotel bertaraf 3 bintang di Skudai
Alamat: LOT 7 & 9, Jalan Bestari 3/5, Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-511 4509
Mencari hotel berdekatan UTM Skudai yang bertaraf 3 bintang? Hotel Zamburger Lavender Nusa adalah lokasi ideal untuk anda menginap.
Ia terletak berhampiran dengan Legoland, Lapangan Antarabangsa Senai dan Johor Premium Outlets.
Antara jenis bilik yang ditawarkan ialah superior double room, deluxe double room, deluxe twin room, deluxe family room, single room dan superior twin room.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
SmoR Hotel
Hotel bertaraf 2 bintang di Skudai
Alamat: 45-47, Jalan Bestari 8/2, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor
Telefon: 07-234 1668
Smor Hotel merupakan hotel berdekatan UTM Skudai yang bertaraf 2 bintang. Ia terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan AEON.
Selain itu, hotel ini mempunyai 34 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma. Tambahan pula, bilik arked, bilik permainan biliard dan taman permainan turut terdapat di hotel ini.
Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Sentiasa dibuka
The Little Big Club
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Skudai
Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya Johor
Telefon: –
Lagi tempat menarik sekitar Skudai untuk kanak-kanak ialah taman tema The Little Big Club. Taman tema ini menempatkan watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak yang terkenal.
Antaranya ialah “Bob the Builder”, “Barney” dan “Thomas and Friend”.
Selain itu, pada bahagian “Bobsville” terdapat aktiviti-aktiviti menarik yang merangsang minda anak. Iaitu bermain model pemasangan batu-bata, rangka tingkap dapur dan pemasangan bilik mandi.
Lihat Peta | Waktu operasi:–
0 comments:
Post a Comment